18.11.09

Serabut

Sojak akhir ini. Fikiran ese kian serabut.
Pelbagai dugaan datang menjongah.
Terkadang ghaso mau terduduk sekojap.
Hampir tersungkur dan rebah ke bumi.
Tapi ese harap ese masih kuat untuk bertongkat lutut.

Sesekali ese terfikir dalam otak yang kosong ini.
Haruskah ese menjauhkan diri dari segalo masalah dan dugaan?
Tetapi bilo direnungkan sejonak.
Melarikan diri dari masalah adalah bukan jalan penyelosaian terbaik.

Tetapi terkadang ese terfikir mau bersendirian yo.
Tonangkan jiwo. Kembali ke pangkal jalan.
Ese mahukan diri ese yang 10 tahun nan lalu.
Jiwo yang masih bersih. Bolom laie terpalit dongan noda dosa hina dina.
Belum laie hitam pekat mukat dek di palit kemaksiatan dunio.

Semakin ese dewaso. Seolah seperti semakin hanyut dalam arus dunio yang ponuh cabaran.
Semakin menginjak umur dari hari ke hari.
Semakin ese kurang mengerti hala tuju kehidupan ese.

Apo yang ese carikan dalam hidup ini?
Apo yang ese mahukan?
Dan apo laie yang kurang longkap yang ese ghaso ese bolom laie dapek.?
Adakah kerano ese semakin hari semakin menjauh dari DIA?
Dan bilokah saat ese harus pulang ke pangkal jalan mengadap DIA?
atau adakah ketika saat dan masa sudah di penghujungnyo?
Bilo mano apo yang ese ingin ubah sudah tidak boleh diubah laie?

Dilema sering menghantui jiwo orang yang tidak pernah puas dongan hidup mereko.
Dilema sering datang menguji keteguhan dan keyakinan diri seseorang.
Harus. Bagaimano untuk ese buang sejauhnyo kedilemaan yang menghantui jiwo?

8.11.09

Sibuk

Lantaran sibuk dongan urusan harian.
Ese langsung tak nyompek nak nulih dokek blog ese nih.

Baru-baru nih ese poie kursus perbankan, Al-Rajhi.
Kursus ni sebonanyo eh untuk pengangur dan lepasan universiti.
Tetapi disobabkan ese dibawah Telco & Post, mako dijomput la sekali.
Untuk berkursus bagi memahami lobih mendalam tontang produk Al-Rajhi.
Tetapi sebonanyo eh. Sekadar untuk memenuhi kuota yang ditotapkan yo.

Kursus Train & Place anjuran Kementerian Sumber Manusia.
Dikelolakan oleh Moonbow Consulting.
Dongan kojosamo dari Faratech ( Telekomunikasi ) dan ERSB ( Perbankan ).
Kumpulan dipocahkan kepada duo iaitu Telekomunikasi di Hotel KL International Hotel.
Manokalo Perbankan di Hotel Brisdale.

Ese memilih untuk join di bawah Perbankan memandangkan ese bolom ponah tau tontang perbankan Al-Rajhi dan tontang pembiayaan peribadi.
Ese masuk dibawah kumpulan 1 dari 4 kumpulan yang ado.
Dibawah pengurus kumpulan, En Thenesh.

Diringkaskan. Sepanjang kursus selamo 1 bulan. Memang ese banyak paham tontang pembiayaan peribadi. Tetapi memandangkan bank Al-Rajhi merupokan International Bank, mako kadar keuntungan yang mencocah 8.5% agak tinggi jiko nak dibandingkan dongan local bank yang ado seperti Bank Rakyat dan CIMB. Malah Bank Islam jugak menawarkan kadar keuntungan yang amat berpatutan.

Namun disebalik yang ese pelajari. Terdapat kelebihan yang tidak disedari oleh ramai orang yang mano agen-agen perlu menorangkan secaro jolas kek orang ramai.
Apo yang ese bulih katokan, walaupun kadar keuntungan yang agak tinggi, kelobihannyo terlotak pado jumlah pembiayaan yang diperolehi agak tinggi berbanding bank lain. Malah kadar rebet jugak agak tinggi bila melakukan pembayaran penuh awal.

Berbalik pada soal kursus. Pelbagai masalah yang paro peserto hadapi.
Tetapi pihak Moonbow yang rato-rato paro peserto cukup menyampah.
Pelbagai alasan yang pihak Moonbow berikan bagi mengelak memberikan penjelasan sepatutnyo. Dan bagi peserto yang di kalangan remajo, sudah pasti mudah melatah.
Ese sendiri merasokan amat merugikan maso menghadiri kursus setiap hari disano.
Pembaziran maso berlaku begitu yo tanpo ado pengisian yang sepatutnyo.
Kelemahan dari sudut pengurusan dan perancangan dari pihak Moonbow amat memalukan.
Mereko mengambil kuota yang agak banyak dan terdapat beberapo kumpulan dalam satu jangko maso sehinggokan kumpulan yang sedang berkursus pun seperti terabai.

Memandangkan ilmu yang dikejar. Ese kuatkan jugak kudrat untuk mengikuti kursus sehinggo selosai selamo sebulan di KL. Dan pelbagai ragam manusio, pelbagai kerenah dan pelbagai cabaran yang ese lalui. Tetapi seronok totap seronok.

Pulang ke JB. Ese merangko satu strategi untuk ese bawakkan produk Al-Rajhi kedalam Telco & Post dan seterusnyo akan melihat sejauh mano keberkesanan dan kemampuan pihak HQ untuk merealisasikan apo yang mereko janjikan. KOMISYEN.

Ramai jugak yang datang menjongah blog ese.
Mungkin kerano carian berkaitan dongan Telco & Post.
Yang mano perniagaan ini kini diperkatokan di merato tompek.
Tidak kiro oleh bangso Melayu, Cino mahupun India.
Kan sekarang 1Malaysia.

Pengalaman ese selamo menjago Telco & Post ( TNP ) ni.
Ado lah beberapo tokey-tokey Cina dan India yang datang melawat.
Dan bertanyokan info-info berkaitan dongan TNP ni.
Malah ado yang sudah membuko TNP pun turut datang mahu melihat.
Mungkin melihat konsep TNP kami ataupun sekadar mahu berkongsi maklumat
ataupun strategi perniagaan berkaitan Telekomunikasi dan Pos ni.

Seperti sedia maklum di dalam komen-komen di entri lopeh tu.
Rato-rato yang sudah sedio tahu tontang TNP dan konal dongan Intelica.
Sudah pasti punyo pengalaman masing-masing.
Malah ado cawangan Intelica yang masih beroperasi sehinggo sekarang.

Kami di TNP-Nusa Bestari, Johor bakal menyediokan khidmat bukan sahajo berkaitan
dongan Telekomunikasi dan produk Pos Malaysia. Malah lebih dari itu.
Produk perbankan yang mano meliputi bank Al-Rajhi, sebuah bank Islam antarobangso yang mano mempunyai banyak cawangan serato dunio.
Produk yang ditawarkan di bawah Al-Rajhi adalah berkaitan dongan Pembiayaan Peribadi kepado individu mahupun perniagaan.
Selain tuh, TNP kami jugak menyediakan servis untuk permohonan Kad Kredit dibawah Ambank.

Apa laie selain dari perbankan, fungsi TNP-Nusa Bestari jugak sebagai pusat sehenti bagi
individu ataupun perniagaan yang ingin membuat 'business card' , merekabentuk papan iklan, bunting, banner, sticker dan sebagainya.

Di maso akan datang, TNP-Nusa Bestari memainkan peranan sebagai pusat sehenti bagi firma-firma arkitek yang ingin membuat salinan pelan-pelan yang bersaiz besar dan juga pusat sehenti pada individu yang ingin membuat salinan fotostat dalam jumlah yang banyak.
TNP kami jugak bakal menawarkan servis penghantaran wang ke luar negaro.

Pihak kami jugak sodang merancang untuk mewujudkan servis insuran samado insuran kenderaan mahupun peribadi dan penyediaan servis pembaruan Road Tax.
Kemungkinan bosar kami akan bekerjosamo dongan Takaful Nasional.

Dan buat maso ini kami belum merancang untuk menjadikan TNP kami sebagai Kopitiam mahupun sebagai Cyber Cafe. Kerano memandangkan ruang premis yang tidak bersesuaian
bagi mewujudkan ruangan cafe.

Setakat ini dolu yang boleh ese kongsikan info berkaitan dongan Telco & Post dan perancangan jangko panjang yang sodang kami rangkokan.

Dah lamo ese tak menulih blog ni.
Ese sekarang sibuk amat dongan jawatan baru.
Nak kono jago satu cawangan yang di beri namo, Telco and Post Shoppe.
Yang berpengkalan di Nusa Bestari, Skudai.

Apo itu Telco and Post Shoppe?
Ianyo merupokan sebuah pusat sehenti bagi khidmat berkaitan dongan Telekomunikasi
dan jugak produk berkaitan Pos Malaysia.
Selain itu terdapat banyak lagi produk akan datang.
Ia jugak merupakan satu pusat sehenti untuk pembayaran bil-bil seperti bil TNB, Telekom,
Indah Water, Celcom, Digi, Hotlink dan Astro.

Ese sibuk memandangkan perlu untuk mengurus cawangan yang baru di bukak.
Dan terpakso untuk menyiap sediokan staf di bawah jagaan.
Untuk memberikan khidmat terbaik.

19.7.09

Wayang

Sojak pasarayo dokek dongan umah ese dah ado wayang.
Ese tengok parking tak ponah longang.
Kalu jalan kaki, tak sampai setongah jam dari umah ese.
Kalu naik kereto, dalam 5 minit dah sampai.

Pawagam MBO yang baru bukak.
Nak kato koman tak lah jugak.
Ado la dalam 5 panggung yang ado.
Kerusi pun boleh tahan la jugak. Luas.
Cumo tak banyak seat la yang ado.
Tapi layarnyo bulih tahan bosar.
Yang tak tahan, aircondnyo sojuk tak ingat aih.

Sojak di bukak awal Julai itu hari.
Ese dah duo kali dah poie nonton wayang dokek situ.
Sekali tengok cerito Ice Age 3.
Dan latest poie nengok cerito Harry Potter.
Dan untuk keduo-duo wayang tu.
Rumusannyo.

Menyosal tak bawak selimut.
Sojuk nak mampos.

Walaupun tak dapek nak poie sano.
Tapi kami syukur kepada Tuhan.
Sesungguhnyo Tuhan itu Maha Kaya.
Dan nyawo kami masih ado dikandung badan.

Plan kami. Pada 16hb Julai, iaitu Khamis dah bertolak dari Singapore ke Jakarta.
Dan perancangan kami akan menginap di Hotel Ritz Carlton.
Sudah pasti pado pagi Jumaat itu kami akan bersarapan.
Untuk bersiap sedio menuju ke Jakarta Convention Centre.
Dimano persiapan dan rehearsel diadokan pada hari tu.
Dan pagi itulah terjadinyo letupan bom.
Kalaulah kami sodang sarapan.
Sudah pasti badan kami terbarai samo.

Syukur kepada Tuhan. Kami tidak dapat pergi.
Atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.
Walaubagaimanapun, ese dokek rumah.
Totap mengikuti perkombangan.
Dongan menonton Astro.



Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu:
Duo/Kumpulan Baru Terbaik
Kotak - Beraksi

Artis Baru Lelaki
Aizat – Hanya Kau Yang Mampu

Artis Baru Wanita
Ayu – Hanya Di Mercu

Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu
Be’te – Dewiq Feat. Ipang

Artis Lelaki Terbaik
Afgan – Confession No. 1

Artis Wanita Terbaik
Bunga Citra Lestari – Tentang Kamu

Duo / Kumpulan Terbaik
Yovie & Nuno – The Special One

Lagu Terbaik
Laskar Pelangi – Nidji (Laskar Pelangi Official Soundtrack)

Album Terbaik
Confession No. 1 – Afgan

Artis Singapura Paling Popular
Taufik Batisah

Artis Malaysia Paling Popular
Dato' Siti Nurhaliza

Artis Indonesia Paling Popular
Yovie & Nuno

Artis Serantau Paling Popular
Dato’ Siti Nurhaliza

Lagu Singapura Paling Popular
Impianku – Didicazli Feat. Sleeq

Lagu Malaysia Paling Popular
Hanya Kau Yang Mampu - Aizat

Lagu Indonesia Paling Popular
Kuil Cinta - Slank

Kategori Khas:
Anugerah Cinta Planet Muzik

Dik Doank

Anugerah Khas Planet Muzik
Gigi

14.7.09

Talam Dua Muka

Ekorang sendiri tau.
Kalau makhluk berjenis manusio.
Bilo dah jadi talam duo muko.
Memang patut bonar talam tu.
Ekorang campak yo dalam longkang.
Situ lah tompek duduknyo 'talam duo muko'.

Dopan kito tunjuk baik.
Cakap orang itu tak bagus.
Orang ini tak elok.
Tapi bilo dopan orang yang dikutuk tadi.
Dio pusing pulak konar poie cakap kito ni tak bagus.
Kito ni yang tak elok.

Apokejadah semuo ni?

1.7.09

Transformer

Kawan ese ajak tengok Transformer.
Jam 2.15am di Cathay Cineplexes.
Suku pertamo ese tengok dongan jayonyo.
Selopeh itu. Ese terbongkang tido.

Mesti mau repeat tengok laie sekali.

26.6.09

Kek

Kek. Ada kek yang ese suko makan.
Ado kek yang ese tak suko.
Kek yang ese suko jenih yang lembut.
Dan tidak banyak krim.
Dan jugak kek coklat.
Terutamo Cheese Choc kat Secret Recipe.

25.6.09

Terima Kasih

Hidup selamo 28 tahun. Pelbagai cabaran dilalui.
Pengalaman dikutip buat bekal maso mendatang.
Berdiri. Duduk. Jatuh. Bangun.
Ese totap ese. Manusio yang sukar difahami.

Ese ucapkan terimo kasih.
Pado rakan taulan, sahabat handai, sedarah sedaging.
Atas doa dan ucapan di hari kelahiran ese.

Ese menunggu hampir 48jam.
Untuk menerima ucapan dari orang yang ditunggu.
Tetapi beliau hilang sudah 72jam. Sehari sebelum hari kelahiran.
Ese makan hati berulam jantung.
Ya. JANTUNG.