31.1.09

Lumrah Wanita

Percayo atau tidak.
Pompuan memang takleh terimo.
Kalau lelaki cakap, pompuan copek tuo.
Walaupun itulah lumrahnyo.

Percayo atau tidak.
Pompuan memang takleh terimo.
Kalau lelaki cakap, pompuan suko memendam.
Walaupun itulah lumrahnyo.

Percayo atau tidak.
Pompuan memang takleh terimo.
Kalau lelaki cakap, pompuan ni bernafsu kuat.
Tetapi berakal pendek.
Walaupun itulah lumrahnyo.

Apo yo lumrah yang pompuan alami.
Mereko sukar untuk menerimonyo.
Kalu lumrah itu disebut-sebut oleh lelaki.

Pompuan. Suko kalau lelaki.
Yang sentiaso memuji mereko.
Dalam apo juo keadaan sekalipun.

30.1.09

Bisnes Jihad

Bisnes Jihad.

Buek bisnes biar bersunggoh-sunggoh.
Dan ikhlas serto amanah.

Pedoman 2009 diadokan seperti tahun-tahun sudah.
Di Persada Johor.
Satu agenda tahunan Kulim Berhad.

Saban tahun. Ese dapat pengajaran dari majlis ini.
Banyak info berguno walaupun ringkas tapi menyengat.
Dan ese kagum.
Dongan Tan Sri Chairman, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim.
Bila beliau menyampaikan amanat mahupun kato-kato perangsang.
Dan paling kagum bilo beliau mengeluarkan beberapo hadis.

Isu KFC menyumbang kepado U.S timbul dalam sesi soal-jawab.
Dan fakta menarik.
2 billion jualan dari KFC dibawah Kulim Berhad.
Hanya 3 peratus dibayar kepado pemegang brand-name KFC di U.S.
Kiro sendiri lah yo.

Dan paling penting.
Kalian cubo selidik. Saham KFC dimiliki sapo.
Dan kalian akan sodar dongan sendirinyo.
Manakalo keseluruhan organisasi mahupun bahan mentah serta overhead adalah dari lokal.
Memboikot KFC adalah samo macam membunuh ekonomi Malaysia.

Bayangkan sekironyo saudaro kalian yang punyo kilang proses ayam untuk KFC.
Bayangkan sekironyo saudaro kalian yang punyo kilang buat sos untuk KFC.
Dan bayangkan. Anak sedaro mahupun sepupu kalian yang bekojo sambilan di KFC.
Mungkin tidak dapat membuat kojo sambilan laie dah.
Untuk menampung pembelajaran barangkali.
Nak kojo dokek kilang? Tentu takdo yang nak amik secaro sambilan.

Akhirnyo. Bersyukurlah.
Malaysia masih aman.
Ekonomi masih stabil berbanding U.S sekarang.
Dan kojo dokek Malaysia.
Masih belum ado yang mati kebuluran.

Semalam.
Usai sekitar tongah malam.
Di tongah kota Singa.
Majlis yang sederhano tetapi meriah.

Perkahwinan antaro Rima & Marcell.
( Rima Melati Adams & Marcellius Kirana Hamonangan Sihaan )
Dan semalam adalah majlis makan malam rakan artis.
Dan sedaro maro yang terdokat yo.
Diadokan dokek Tepak Sireh Restaurant, Kg. Glam.

Rima, selebriti kota Singa.
Dan Marcell plak selebriti dari Indonesia.
Mulo konal semaso konsert Suria Raya pado 2006.
Dorang terlibat dalam konsert tersebut.
Tetapi pado maso tu, mereko cumo konal sebagai rakan artis.
Dan hanyo hi, hi, bye, bye gitu yo.

Sekitar 2008, wujudnyo Facebook.
Dan mereko bertemu kembali di alam maya.
Dan makin rapat dan berkongsi idea dan cerito.
Akhirnyo bersatu menjadi suami isteri.

Ese. Selaku Official Photographer.
Dibawah naungan Flipside.
Associates dari Singapore.
Membantu mereko dalam membuat liputan.
Bermulo dari Rima & Marcell bersiap di hotel Intercontinental.

Apo dio? Nak gambar?
Jengok-jengok lah nanti dokek Capturepixs Blog.
Will be upload soon.


p/s : all copyright is under Flipside.

28.1.09

Rempit

Dolu.
Budak-budak kampong merempit.
Setiap malam sabtu. 12mlm baru mulo.
Main 1km dongan Honda EX5.
Tapi rupo dah tak macam motor.
Terbarai sano-sini.

Joki bawak moto tak pakai baju.
Seluar pendek paras lutut.
Meniarap atas moto.
Gear masuk pakai tangan.
Tengok jalan ikut celah handle moto.

Penamat biasonyo dokek dopan umah ese.
Sobab situ kawasan lapang.
Ado lampu jalan.
Budak jago line kibar baju kaler putih.
Kononnyo macam bendero penamat.

Lopeh ado yang monang.
Yang mano melabur tadi.
Dapeklah sikit sorang habuan.
Dan yang monang belanjo kengkawan ramai-ramai.

Dolu. Takdo habuan minah rempit. Macam sekarang.
Dorang cumo layan makan-makan dokek warong.
Sambil borak dan bincang camno nak bikin moto kasik up lagi.

Dolu. Tak wujud laie minah rempit.
Yang main moto semuo budak jantan.
Kalu selak lutut atau tengok siku.
Pasti ado parut.

Itu dolu. Bukan sekarang.

27.1.09

Banned

Ado satu forum fotografi.
Yang ese duduk sojak forum tu mulo bertapak laie.
Sekitar tahun 2004.
Ketiko masih belum ramai forumer.

Yang mano ese samo-samo naikkan forum tu.
Bersamo rakan-rakan yang lain.
Yang ibarat macam keluargo sendiri.
Dari kosong sampailah terkonal sudah.
Dari orangnyo sedikit sehinggo ramainyo manusio.
Dari takdo kroni hinggo wujudnyo per'kroni'an.
Dari takdo sifat bongkak dan sombong.
Hinggo wujudnya puak dan berlagak bodoh sombong.

Tapi akhirnyo kini.
Ese dibuang sejauhnyo.
Atas apo alasan pun ese tidak tahu.
Yang pasti pado satu ketiko dolu.
Kerano ese salah sorang berdiri pado pihak pembangkang.
Membangkang ketidakadilan yang berlaku.
Sehinggokan segalo apo yang ese buek sebelum itu.
Langsung tidak dikonang walau sedikit.

Begitulah.
Kertas putih size A3.
Kalu dilotakkan setitik dakwat itam marker pen.
Orang akan totap nampak dakwat itam.
Dan tak pedulikan laie seluasnyo kertas putih.

Semuo garo-garo admin yang gilo kuaso.
Dan tak mengenang budi langsung.
Malah. Dendam kesumat jelas lekat di jiwo tuo beliau.
Yang ego tinggi melangit.
Kerano disokong kuat oleh kroni yang terlibat.
Yang tidak berani untuk berkato apo-apo.
Hanyo tahu angguk dan mengikut.
Walaupun jelas salah terserlah.

Harus?
Sio-sio lah kalau belajar sekolah pondok.
Pandai baco kitab. Hafal surah itu ini.
Boleh bagi tafsiran ayat Quran.
Tapi hati ponuh busuk dan memualkan.
Dan menghalang hubungan silaturrahim orang lain.
Atas dasar dendam yang tidak kesudahan.
Dan sio-sio lah hidup.

Dan sesungguhnyo.
Dosa memutuskan hubungan sesamo manusio itu.
Dan menghalang perhubungan silaturrahim orang lain.
Ibarat samo macam perangai Israel.
Laknatullah ekau.

Mungkin sekarang ekau berbanggo.
Kerano dikelilingi oleh kroni.
Yang menyokong membuto tuli.
Dan akan tibo juolah nanti.
Waktu dan maso ketiko.
Ekau akan meghaso semuonyo kelak.

24.1.09

Gam

Dolu.
Sewaktu hingus sudah koring.
Zaman tu belum wujud laie Ecstasy.
Budak-budak kampung yang tak abis sekolah.
Suko bonar hisap gam.

Gam kasut satu botol.
Yang dijual di kodai ese.
Berhargo sekitar RM1.
Dalam botol kaco.
Buatan Malaysia.

Kalu budak-budak datang boli gam.
Dorang gitau nak buat baiki kasut koyak.
Tapi. Dalam maso samo.
Dorang mintak 'plastik air batu' tu.
Untuk buat bubuh gam.
Dan sedut dari plastik tu.

Ese. Terpengaruh dongan rakan sebayo.
Kerano ingin mencubo.
Sebotol gam dikongsi berduo.
Sedut punyo sedut.
Khayal macam bermimpi.
Konon berperang dan tembak-tembak.
Ado yang mati kono tembak.
Jatuh berdebuk.
Lakonan nampak macam real.
Padahal khayal tak sodar apokobondo.

Habis satu botol.
Tambah laie satu botol.
Khayal laie. Berangan duduk di awan.
Seronok macam tinggal di kayangan.

Sudah habis khayal.
Otak ghaso pusing. Pening.
Sekali termuntah.
Keluar habis apo kejadah.

Sudahnyo.
Ese serik nak isap gam laie.
Itulah kali pertamo dan kali terakhir.
Konangan dan pengalaman.
Zaman hingus dah koring.

23.1.09

Tembak

Dulu.
Sewaktu ese masih berhingus.
Ese terjago sekitar jam 4am.

"Tadi ada orang kena tembak kat tempat keje."
gitau seorang gadis berskirt pendek paras paha.

"Sorang tokey cina kena tembak kat kepala. Mati."
tambah gadis tu laie.

Ese sambung tido.
Tidak hairan sangat.
Kes seperti itu berlaku.
Di selatan Thai.

22.1.09

Upgrade

Dalam dunio fotografi, upgrade alatan fotografi adolah satu kemestian.
Namun ianyo biarlah sejajar dongan kemahiran dan pengalaman yang ado.

Bak kato sifu ese.
Kalu bagi kamero canggih sekalipun dokek beginner.
Bolom tontu laie bulih dapekkan gambar yang bagus.
Kerano bukan hanyo kamero yo semato-mato.
Tetapi orang disebalik kamero tersebut.

Dan kalu bagi kamero biaso yo pun dokek professional.
Jugak bolom tontu bulih amik gambar yang sebagus seperti selalu.
Tetapi tidak mustahil bulih untuk dapatkan.
Dongan pengetahuan yang mereko ado.
Tetapi perlu amik maso dan struggle sikit.

Jadi sobab itulah.
Alatan yang digunokan oleh jurufoto.
Biarlah sejajar dongan kemahiran dan pengalaman yang ado.
Baru dapat menghasilkan yang terbaik.

Setiap jurufoto memang ado keinginan.
Untuk upgrade kamero dorang.
Apatah laie jurufoto yang menjalankan perniagaan fotografi sendiri.
Kecuali jurufoto dari kompeni media.
Mereko hanyo mendapat kamero yang kompeni bagi yo lah.
Mengikut bidang tugas dan kamero yang bersesuaian.

21.1.09

Lempang

Ghaso macam nak lompang yo.
Kalu jupo makhluk yang cakap Melayu.
Dan memang berbangso Melayu.
Walaupun sedikit ado campuran British.
Tapi dah hidup dokek Malaysia. Rambut kaler itam.
Tapi langsung tak amik tau tontang budayo dan adat resam Melayu.

Kalu sekalipun ekau taktau tontang adat Melayu.
Jangan pulak ekau suko-suko nak buek macam budayo orang barat.
Sodangkan ekau lahir dan menotap dokek Malaysia.

Udah la bodoh. Sombong pulak tu.
Orang dah ajar. Bukan nak ikut.
Tapi nak buat ikut kepala otak sendiri.

Ado raso ponah makan pelompang free?

20.1.09

Mereka Bertanya

Wanita lagi.
Mereko sering bertanyo.

"U pilih wanita yang macamana?"

Dan ese.
Selaku jejako yang bukan berdarah Russia.
Tetapi cumo mengalir darah Siam.
Tapi tak gheti sepatah haram bahasa Siam.
Menjawab.

"Ese pilih pompuan yang tidak lembut hatinyo."
"Dan tidaklah baik sangat dan tidaklah jahat sangat."

Mereko mahu menyelongkar lagi.
Kot-kot kalau mereko boleh masuk senarai.

"Kenapa u pilih yang tidak lembut hatinya?"

Sonang yo ese jawab.

"Sobab ese tak gheti nak jago ati pompuan."
"Kalau lombut sangat, susah nak jago."
"Sobab ese ni suko straight-forward yo bercakap."
"Dan out-spoken."
"Pompuan yang mudah teghaso hati. Memang ese reject yo."

Terus mereko diam.
Tidak bertanyo laie.

19.1.09

Wanita

Mungkin sifat wanita barangkali.
Perihal kocik yo pun dorang bosarkan.
Dari masalah dokek opis mahupun kek umah sewo.
Kalu wanita bertemu wanita.
Memang mereko ni mudah sangat nak bergaduh.
Malah mudah nak berkocik ati.
Walaupun hal cumo sekocik kuman.

Ah. Dah memang mereko ni berjiwo lembut.
Dan berakal satu.
Semulajadik memang lumrah wanita begitu.
Tidak hairanlah.
Kalu mereko tidak diberikan hak-hak yang hanyo lelaki yo dapek.

Kalu diboiekan. Nescayo tunggang langgang lah dunio.
Dari hal kecik pun mungkin boleh berporang barangkali.
Tetapi satu yo yang ese kagum dongan wanita.
Ketabahan dorang yang sukar lelaki tandingi.
Mungkin sobab mereko berjiwo lembut.

Tetapi, dalam kesabaran wanita.
Kalau sekali yo melotop.
Kecoh satu dunio wooo.

Dan itulah wanita.
Yang mano tangan menghayun buaian itu.
Mampu menggoncang dunio.

Selamat Hari Wanita Sedunio.

err..err..bilo yo?

Kaspersky ni antivirus buatan Russia.
Asal usulnya dari namo researcher, Natalya Kaspersky.
( sebut Kas-per-ski )
Yang mencipto antivirus ni pado 1997.
Dan kemudian Natalya dilantik menjadi C.E.O.
Dan akhirnyo kini menjadi Pengerusi dokek Kaspersky Lab tu.

Ese pulak?
Ayares. Bukan orang Russia.
Tidak pandai bercakap Russia.
Malah tidak ponah poie ke Russia.
Cumo jejako berdarah Thailand.
Bukan reseacher mahupun Pengerusi mano-mano kompeni gergasi.

Ese.
Cumo pembekal antivirus Kaspersky ni.
Dan membekal kepado gomen mahupun private sector.
Setakat ini sudah limo client yang menggunokan Kaspersky Antivirus.
Yang ese bokalkan. Dan.
Sehinggo hari ini belum ado sebarang complain tontang antivirus ni.

Hari ini. Kojo-kojo menyelenggaro rangkaian di sebuah pejabat.
Dari terbit mentari hinggo menjunam kembali di ufuk barat.
Semuonyo berjalan lancar.
Lenguh satu badan.

Syukur pado Yang Maha Pemberi Rezeki.
Semoga memurahkan laie rezeki ese.
Untuk menuju hari mendatang.
Dan ese berjanji pado diri sendiri.
Yang sikit samo dicicah.
Yang banyak samo dilapah.

17.1.09

Pindah Lagi

Masuk ni dah 3 kali pindah opis.
Sojak ese mulo bekojo dari 2004.
Penat boto nak angkat barang-barang.
Turun tanggo naik tanggo.

Opis pertamo dokek Taman Universiti.
Berkongsi opis dongan tukang jahit.
Dari zero sehinggolah dah mulo bertatih.
Dari tak tau bidang marketing.
Ese mulo belajar dari bawah.
Buek kojo merato tompek dongan motor.

Berpindah ke opis di Pulai Utama.
Laie dokek dongan rumah sedikit.
Lobih kurang 1km dari rumah.
Kali ni tidak kongsi laie.
Seluruh tingkat 1 di ubahsuai.

Agak lamo jugak di opis ini.
Pekojo silih berganti. Lelaki mahupun pempuan.
Dan dari ese duduk di ruang tamu.
Hinggolah di arah masuk ke bilik.
Untuk lobih seleso melayan client.

Kemudian membuko satu laie branch di Pulai Perdana.
Untuk fokuskan pado jualan dan teknikal serto cyber cafe.
Tetapi kerano tidak sompek nak monitor duo tompat.
Lalu opis di Pulai Utama di tutup.
Dan berpindah seluruh wargo kojo ke Pulai Perdana.

Di Pulai Perdana. Ese duduk di ruangan sempit.
Di bawah tanggo berhampiran stor.
Yang boleh memuatkan ngam-ngam yo mejo komputer ese.
Walaupun sempit, ese terimo yo.
Lagipun bukan ese selalu ado dokek opis.
Banyak buek kojo dokek luar.

Setahun lobih dah di Pulai Perdano.
Pejabat Urusan yang terbaru dipindahkan ke Taman Teratai.
Berhadapan dongan Pulai Perdano yo.
Tetapi bahagian teknikal dan jualan masih laie tetap di Pulai Perdana.

Kali ni bangunan kedai 3 tingkat.
Dan opis ese di tingkat 2 dan 3.
Sudah longkap dongan perabot.
Terdapat 5 bilik yang tersedio.
Bilik Pengarah Urusan dan bilik meeting dibahagian hadapan.
Bilik Pengurus Pemasaran ( ese ) di ruangan tongah.
Bilik solat dan bilik spare di ruangan belakang termasuk pantry.

Di ruang tamu plak, duo mejo staf tersedio.
Satu untuk kerani dan satu laie untuk Eksekutif Pemasaran.
Dan terdapat sofa untuk tetamu.

Bilik ese, tidak lah luas dan tidak lah sompit.
Tetapi sedikit kocik yo kalau dibandingkan bilik semaso di Pulai Utama.
Boleh memuatkan mejo yang bosar.
Dan beberapo rak untuk dokumen serto mejo untuk printer.

Atas tujuan apobondo untuk berpindah kali ini.
Pun ese tidak tahu menahu.
Dan mungkin malas untuk amik tahu.
Kerano segalo keputusan mahupun tujuan tidak dibincangkan secaro jelas.
Lalu ese cumo akan mengikut yo.
Kalau di kato hitam, mako hitam lah.
Kalau di kato putih, mako putih lah ese buek.

Tapi apo pun, ese syukur.
Kerano opis baru ini sedikit lebih seleso.
Berbanding dokek Pulai Perdano.
Yang mano ruang kojo ese sering dipenuhi tahi tikus.

Seharian ini. Mengangkut barang.
Macam nak patah pinggang ese.

16.1.09

Cat

Ese mahu Putama yang bosar ni berwajah baru.

Ruang tamu yang luas. Mahu dicatkan.
Kaler 261A-Knockout Red, 1053D-Spring Vigor dan 7033D-Golden Dome.
Bilik tidur dengan kaler 7235P-Blue Lullaby.
Dapur biarkan dolu.
Mahu bikin mozek kalau boleh setinggi Jaclyn Victor.

Tetapi. Cat apobondo yang bagus?

Ado yang mahu gotong royong?
Atau ado tukang cat yang murah-murah yo upahnyo?

15.1.09

Teddie

Sehinggo hari ini.
Sudah beberapo orang awek.
Mintak nakkan 'Teddie'.
Yang ado dokek dalam Jaisi.

Sampai sudah.
Ese takkan boie dokek sapo-sapo.
Walaupun 'Teddie' tu dapek percumo yo dari supplier ese.
Yang ese pow tempohari.

Datanglah bidadari cantik, sexy mahupun Scha yang bersuaro parau tu.
Dan mahu mintak 'Teddie' untuk simpanan dorang.
Ese takkan boiekan.
Walaupun alasan, memeluk 'Teddie' membuatkan mereko teringat ese.
Alasan semato.

Kalu ese bawak laju-laju. Ala-ala Rally.
Pantang 'Teddie' tercampak jatuh kebawah.
Ese cepat-cepat ambil dan letak balik atas dashboard.

'Jambu'kah ekau kalu melotakkan teddybear kat dalam kereto?
Ah, pedulik.

Ado awek cakap gini. 'So sweettttt'. 5 harkat.
Terangkat bontot ese macam tak jojak seat.
Yang penting ramai awek suko dongan 'Teddie' ese ni.
Tapi semuonyo kecewo kerano tak dapek nak pow untuk jadikan milik dorang.
Padan muko.

Itulah satu-satunyo penyori dokek dalam Jaisi.


*amaran! ekorang JANGAN type 'teddie' dokek Google semaso di hadapan anak-anak.

14.1.09

Suka vs Cinta

Dulu jolokan Dr. Love sering bermain di telingo ese.
Ah. Zaman remajo. Bilo di ingatkan. Goli eh telingo ese.
Zaman bermain dongan madah pujanggo.
Eiiiyeeewww.

Malas sebonanyo eh nak nulih jiwang-jiwang.
Macam sesetongah blog yang ado dokek dunio maya ni.
Muak dan memualkan. Sadis.
Tapi sekali sekalo tulih. Bulih bikin panas.

Kalau suko tapi tak cinto.
Tetap tidak bulih bersamo.
Kalu cinto tapi tak suko.
Pasti ado masalah melando.

Sayang?
Bukankah manusia harus saling sayang menyayangi.
Tapi istilah sayang ini luas sekali skopnyo.
Ado yang sayang disulami cinto.
Ado yang sayang disulami suko.
Ado yang sayang disulami duko.

Ese? Tidak ponah membenci sesiapo.
Walaupun musuh sekalipun.
Walaupun ekau ponah lukokan hati ese.
Walaupun ekau ponah robek dan jatuhkan maruah ese.

Bagi ese.
Sayang itu harus kekal wujud.
Hinggo jasad ese terbujur kaku.
Dan ese mohon, saat jasad ese jugak terbujur kelak.
Mogo manusia yang hidup. Totap menyayangi ese.
Walaupun duko yang kalian tempuhi.
Sepanjang mengonali ese.

Tanpo ghaso sayang. Manusio berporang satu samo lain.
Manusio sanggup membunuh makhluk tak berdosa.
Hilangnyo ghaso sayang. Manusia mulo membenci.
Walaupun doluan ponah ado selaut kasih.
Walaupun doluan ponah ado segunung harapan.
Benci bakal meranapkan segalonyo.

Sayang. Suko. Cinto.
Harus sering ado dalam jiwo manusio.
Kongsilah ghaso sekelumit itu.
Dongan manusio sekalian alam.
Akhirnyo dunio akan aman makmur bahgio.

13.1.09

Cakar Ayam

'Cakar Ayam' yang ese beli minggu lopeh.
Sungguh enak.
Rangup dan tidak terlampau manis.

Rasa macam mahu beli laie.
Tapi.
Jauh.

Ado orang Melako mahu courier kan pado ese?

12.1.09

Cucur Udang

Dokek Taman Sri Pulai ada satu gerai.
Jual Cucur Udang waktu potang.
Kalu waktu UTM sodang bercuti.
Memang gerai tu sedikit lengang.

Potang tadi ese singgah dongan kengkawan.
Melayan cucur udang berkuahkan kacang.
Murah tidaklah murah sangat.
2 ketol cucur udang dijual RM1.
Orderkan 5 ketol.
Dikongsikan dongan 3 orang.
Dongan 3 golas air.
Milo Ais, Sirap Limau dan Teh-O Ais.

Bilo buek bayaran.
Jumlahnyo RM7.50.
Mak aih.
Mahalnyo air.

11.1.09

Cadang

Kadang ese malas nak boie cadangan laie dah.
Buek ponat otak yo nak mikir.
Lebih baik mengikut yo apo yang dibuek.
Ese tak kisah.

Selagi bergolar kuli.
Apo juo cadangan di pandang remeh.
Walaupun terkadang ghaso menyirap jugak.
Tapi ese sedayo upayo sembunyikan dan senyum lebar.

Kadang apo pun perubahan dokek pejabat.
Langsung tidak dibawak berbincang.
Tup-tup tengok dah siap.
Tup-tup tengok dah ado.
Tup-tup tengok dah berlaku.
Tanpo ado sebarang permintaan cadangan.

Bilo keadaan tidak menjadi sempurno.
Atau bilo sesuatu bermasalah.
Baru mulo nak pikir untuk dapatkan pandangan kuli-kuli sekalian.
Adilkah begitu?

Haa.. itulah donia.

10.1.09

Sibuk?

Ese ingat ese yo yang sibuk siang malam.
Ruponyo ado laie orang yang sibuk 24 jam.
Sampaikan satu sms sukar nak di balas.

Biasonyo orang yang sibuk.
Adalah orang yang ingin mengejar kejayaan.
Samado dalam kerjayo mahupun dalam apo juo bidang.
Apatah lagi kalu orang tu buek duo tigo bisnes.
Yang memerlukannyo berfikir sepanjang maso.

Otak pun panas. Itu sobab orang yang suko berfikir.
Rambut pun gugur. Kepanasan.
Akhirnyo botak. Kat kawasan otak.

Terkadang. Orang yang sibuk.
Akan disalah-anggap sebagai orang yang sombong.

Jadi, walaupun sibuk.
Luangkan sedikit maso.
Untuk beramah mesro mahupun bersosial.

9.1.09

1001 MaLaM??

Mungkin. Astro cilok nama blog ese. 1001 Malam.
Untuk tema majlis kemuncak perkahwinan Mawi & Ekin.
Di Palace of The Golden Horses, pada 11 Januari 2008.

Ese tidak kisah. Dan ese tidak mahu royalti.
Walaupun pihak Astro tak bonarkan langsung photographer pihak keluargo Ekin.
Untuk turut serto menjadi official photographer pado majlis kemuncak ini.

Mereko conquer abis-abisan.

8.1.09

Sabit

Semalam, sambil ese poie site visit dokek ladang Alaf.
Melihat kandang kambing. Untuk projek kamera litar tertutup.
Bagi mengosan makhluk aneh yang membaham anak kambing.
Ladang ni milik YPJ.
Luas jugak. Terdapat 7 kandang.

Dah lamo tak 'menyabit' rumput.
Ese ajak rakan-rakan.
Untuk turut serto 'menyabit'.
Boleh dikatokan hampir 6 bulan lobih.
Ese tak pogang batang.
Oppps. Batang sabit.

Batang ese hayun. Kuat-kuat.
Sekali tak kono.
Ese hayun lagi.
Berkali-kali hayun.
Baru masuk lobang.
Rumput dah banyak tersopek.

'Menyabit' tak sampai ke lobang terakhir.
Garo-garo turf-mate cumo ado duo.
Ponat pulak menolak turf-mate yang rosak.
Kitorang pusing semula.
Cumo sompek layan duo lobang yo.

Songal badan-badan ese ni ah.
Dah lamo tak beriadah.

7.1.09

Angkuh

Terkadang.
Kalu kalian ghaso dah cukup terel dalam sesuatu bidang.
Harus diingat. Pasti masih ado laie yang lobih terel dari kalian.

Kalu kalian terlalu angkuh.
Sampai menidakkan orang lain.
Nescayo kelak kalian akan malu sendirian.
Bilomano apo yang kalian pertahankan.
Mahupun apo yang kalian sampaikan.
Ataupun apo yang kalian ucapkan.
Itu sebonarnyo salah dan dibuktikan salah.
Oleh orang lain yang kalian pandang rendah tadi.

Ingat. Apo yang kalian tahu.
Belum tentu menjaminkan kebonarannyo.
Mungkin yang kalian tahu itu sedikit yo.
Berbanding yang orang lain tahu itu lebih banyak dari yang kalian tahu.

Oleh itu.
Jangan Angkuh.

6.1.09

Mimpi

Seringkali. Ese bermimpi.
Tidak habis belajar.

Limo tahun sio-sio macam itu yo.
Yang tinggal hanyo satu subjek yo bolom selesai.
Tetapi maso selamo limo tahun tidak mencukupi.

Ah. Mimpi itu amat menakutkan.
Walhal ese sudah pun tamat belajar ompek tahun lalu.

Kadangkalo waktu belajar. Amat menyeronokkan.
Dan kadangkalo. Menyerabutkan.

5.1.09

Pesan Ayah

Bagi ayah, perniagaan adolah melibatkan beli, jual dan pengurusan wang.

Beli adolah untuk memperolehi barangan.
Jual adolah untuk memperolehi keuntungan.
Pengurusan kewangan adolah melibatkan modal, aliran tunai, keuntungan.

Posan ayah. Kalu berniago, tidak menjual.
Itu bukan meniago namonyo.

Samado menjual barangan, servis ataupun kemahiran.
Istilah menjual bukan ajo melibatkan tukaran barangan dongan wang.
Tetapi menjual kemahiran jugak adolah satu perniagaan berbentuk servis atau perkhidmatan.
Dan setiap jenis perniagaan pasti memerlukan modal.

Posan ayah. Berniago pasti ado untung. Pasti ado rugi.
Bukan berniago namonyo kalu tidak ado rugi.
Yang tidak rugi, adalah kojo gomen.
Cukup bulan dapek gaji. Bukan negatif.
Pasti.

Itu posan ayah.
Ese ingat sampai sekarang.

4.1.09

Bergenang

Ese lihat.
Ado air jernih. Bergonang di kelopak mato beliau.
Seperti ese tahu. Beliau kuat dan egois.

Ese lihat.
Beliau berlakon cerio.
Walau dalam hati bergolak seribu ghaso.

Ese lihat.
Dalam senyum tawo.
Ado seribu pengorbanan.
Yang ese sodari sojak dolu.

Teruskan melangkah.
Usah berpaling.
Kerano di penghujung pasti ado garisan kemonangan.
Dan di situ.
Lopehkan genangan air jernih itu.
Sebagai tando kegembiraan.

Jangan pandang rondah dokek prospek.

Itu posan ese pado seorang teman.
Pado satu malam ketiko menghirup teh-o halia.

Sekali yo kamu memandang rondah dokek prospek.
Peratusan kejayaan kamu memenangi hati prospek berkurang 50%.

2.1.09

10 Pasang

( klik dokek gambar untuk paparan bosar )

Tahun Baru.
Ese potong rambut.
Wajah baru.

Tahun baru.
Semalam ese cover konsert Wings kat Danga Bay.
Peminat macam orang giler.
Head-banging tak ingat dunio.
Tapi kaki ese turut terhentak-hentak samo.

Lopeh konsert, telingo jadi pokak.
Pegi gerai minum, panggil akak.
Nak order minuman pun kono jerit.
Macam mat rempit merempit.

Sekumpulan Pencegah Maksiat dan Amal Makruf Nahi Mungkar.
Berkumpul untuk menjalankan tugas mereko.
Disusuli takbir, mereko mulo berpocah.
Mahu yo ese ikut. Menjadi Official Photographer mereko.

Seperti tahun-tahun sudah.
Tahun baru menyaksikan anak mudo.
Berpeleseran melato.
Tanpo arah tuju.

Oh Malaysia-ku-ku...

Related Posts with Thumbnails