Cerita Si Tungau


Jam berdetik tepat jam 23.35pm waktu GMT +08.00 ( Kuala Lumpur, Singapore ) .

"Tungau tetap tungau, di mana ia hinggap akan terus menghisap darah?."
si A bagitau dongan ponuh somangat dan keyakinan yang tinggi.

"Nampaknya tungau membawa virus keburukan pada manusia.."
tambahan laie dari si A yang mungkin arif tentang tungau.

Kesian pado tungau, dah memang ianyo dicipto macam tu.. akan terus dipandang hino. Puas tungau cubo mencari jalan penyelesaian untuk berbuat baik tapi dituduh sebagai penghisap darah sedangkan makanannyo adalah dari habuk-habuk yang terdiri dari kulit-kulit kering hasil perkumuhan badan manusio. Tungau jugak yang keno tuduh penghisap darah sedangkan yang hisap darah adalah dari spesis kutu ataupun spesis pepijat.
Pepijat alaf baru... "Orang lain makan nangka, orang lain kena getahnya".

Tapi memang betul tungau mampu membuatkan manusio menjadi gatal. Kalu hinggap pado haiwan lak, bulih buat jadik monyok dan gelisah. Sebab tuh adonyo peribahaso.. "Macam ayam digigit tungau" yang bererti 'kelihatan gelisah dan murung'.

Kesimpulan dari kisah tungau, penamatnyo kato si A...
"Jauhi la tungau, ia merbahayo kepado kesihatan!".
Dan si A berjanji akan membunuh tungau dengan minyak panas mendidih kerano bagi beliau... tungau tetap tungau!!



Pepatah Melayu :
Si kutuk beras basah ditampi tak terlayang, diindang tak berantah, hujungnya tidak disudu itik.
ertinya: perihal seorang yang hina atau sesuatu benda yang tiada berguna dan tiada berharga sekali-kali..

Saudara Paling Tua


Selopaih waktu lunch, balik semula ke opis dah tentu akan terselit kad jemputan dari 'saudaro paling tuo' kat pintu besi opis den. Bukan hari nih ajo malah boleh dikatokan setiap hari kecuali Ahad jo yang takdo kad jemputan itu.

Den tidak tertarik untuk membaco.. malah menghayatinyo jauh sekali. Den amik dekat pintu besi itu lalu den lontar jauh2 ke jalan rayo di depan opis. Tiada kepentingan bagi eden untuk bergantung harap dengan 'saudaro tuo' itu. Malah den tidak penah konal beliau sojak den di lahirkan laie dan tak teringin pun untuk konal.

Rajin dan tidak putus aso btol beliau menjemput dan menjemput sesape ajo walaupun beliau sendiri tidak kenal mereko-mereko yang beliau jemput. Hari nih den pungut 3 keping dari beberapo kad yang berterabur di kaki limo. Mau lihat namo 'saudara tuo' itu.. ooo.. macam2 namo ado..
'LI DA Business Consultant - 8%' , Forber Credit Sdn Bhd - RM10x100 hari' dan 'Easy City Financial Consultancy - bla..bla..bla.....untuk tolong-menolong'.

Wah.. baik jugo yer 'saudaro paling tuo' ini.. tp eden tetap tidak terpengaruh dongan jemputan beliau itu. Tiado keinginan juo untuk menyimpan kad itu.

Tapi ado sorang yang den konal, meng'ekploitasi'kan kad itu demi kepentingan diri.. beliau kato dalam blog beliau, itu adalah hobi beliau..'kumpul kad namo Along'.
Yer.. Tok Rimau ada hobi ini ruponyo. Sojak bilo la agaknyo yo??

  • Imaginasi


Barang yang terminat tempohari maso dokek City Square [rujuk entry 5 Dec] kini sudah menjadi hak milik mutlak den selopaih not-not dari wallet Polo itam bertukar tuan di MPH, Jusco semalam. Tidak budget pun buku itu ado dokek situ, sekadar menjongah menghabiskan maso.

Balik ke rumah, den selak ala kadar dan baco isi kandungan jo. Belom sompek laie nak mentelaah intipati di dalamnyo dan den biarkan ajo di atas mejo bersamo barisan ilmu-ilmu yang lain kerano Dik Cerdas mintak dibelai terlobih dahulu.

Malam ni ado kesompatan. Sambil berehat, den selak satu persatu dan hayati setiap baris yang ado. Tertarik dongan salah satu topik.. "Berfikir Seperti Juara". Mengaitkan tontang dayo imaginasi yang merupokan tunggak kejayaan ramai cendekiawan. Saintis terkenal, Albert Einstein mengatokan pendapatnyo pado dunio.."Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan!".

Kita lihat juo kejayaan Tun Dr. Mahathir memodenkan Malaysia. Kito tolak tepi dolu 'perihal' yang lain yg mungkin korang fikirkan. Apo yang beliau laksanokan dalam negaro adolah merupokan imaginasi beliau ketiko menuntut di universiti ketiko belom laie berjinak dongan dunio politik. Maso itu tentu beliau belom terpikir yang beliau akan jadi Perdana Menteri tetapi bilo beliau sudah berpeluang..apa laie di tunggu?. Terus sajo beliau laksanokan imaginasi beliau dan akhirnyo banyak yang kito mampu lihat sekarang seperti terhasilnyo kereto Nasional, Putrajaya, Cyberjaya dan lain-lain.

'Imaginasi Menolak Kemustahilan' dan " Perkataan mustahil hanya ada dalam kamus orang-orang dungu.." kata Napoleon Bonaparte.

Kerano tidak mau tergolong dalam golongan orang-orang dungu... sobab tuh den selalu berimaginasi di atas 'kudo jantan' den... agar mampu menolak sebarang kemustahilan dan beroleh kejayaan.


Nota Kaki :
- dikutip dari ' 55 Petua Orang Berjaya ' oleh Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof.

Itulah Kojo Mereko

Lopaih den belek-belek, angkat dan peratikan.. pastu den lipat balik. Den beransur ke bahagian lain sambil mato melirik. Pasti mereko akan mulo ambik alih tompek den tadi.. mereko angkat, mereko lipat, mereko usap-usap,mereko tenyeh-tenyeh.. Dah kerap kali den peratikan tiap kali den habiskan maso dokek bahagian tuh.. tentu mereko akan ambik alih tompek den tu selopaih itu.

Itulah kojo mereko sebagai promoter dokek pasarayo di bahagian pakaian terutamo pakaian berlipat. Mungkin dah jadi tabiat mereko.. walau pengunjung sentuh hanyo seinci dan sesaat mungkin.. mereko akan perbetulkan balik apo sajo yang pengunjung tadi usik. Pantang mungkin bagi mereko apo yang mereko susun dan lipat cantik-cantik itu di usik oleh pengunjung.

Seperti malam tadi, den peratikan laie. Den cubo buek ujikaji skit lalu den selak pakaian itu elok-elok tanpo terusik susun aturnyo.. kendian den lepaskan balik dan usap-usap pakaian itu. Den beransur ke rak yang lain. Tidak sampai 3 langkah... mereko ganti tempat den tadi.. mereko selak-selak jugo dan mereko usap-usap jugo lagak seperti menyusun kembali...
Dalam hati den..." aduh..den tak layak jadik promoter sambilan ko?"


Pepatah Melayu:
Pesan dituruti petaruh dimalami berserah berkehendak hati.
ertinya : Sungguhpun diharapi kepada seseorang kepercayaan tetapi dijaga sangat lagi....

  • Setongah Hari Setongah Malam


Start dari pukol tongahari sampai pukol sonjo... masih jugak belom pueh hati dongan keadaan bilik..walaupun dah borsih, tp susun aturnyo kelihatan merapu kepunden sungguh. Makin sompit den raso eh.. ahh, dah berojam den komeh bilik.. len kali la plak..badan dah ponek dah, makan bolom laie.

Toman hosmate poie bukak poso.. tapi den tak poso. Sobab den malaih nak poso. Menu ari nih.. nasi puteh dongan tomyam campur, tolor dadar dan kailan ikan masin. Airnyo.. den order Jus Manggo Blended.

Amik Ahmoi.. poie bandor. Takdo movie menarik di Mega Pavillion. Jadik pusing-pusing ajo la. Nak poie carik buku dokek Komtar.. tp kodai Badan Cemerlang dah tutup. Terlupo yang kodai dokek Komtar tutup awal.. kol 9 dah siap nak tarik shuttle.

Pusing balik.. poie carik buku dokek C.S ajo la. Terminat dongan satu buku Dr. Fadhilah Kamsah, tapi dalam wallet plak tak cukup duit. Tangguhkan dolu la jang yoo... Jadik duit cumo cukup utk boli buku Dik Cerdas. haha.. den sambar volume 12.

Singgah dokek Singgah Selalu.. walau perut dah di isi..raso lapor laie. Order satay ayam dan kepak ayam. Waa..menu eden malam nih ayam-ayaman. Cumo order air Longan ajo. Perut dah buncit raso malaih nok bangun...

Tunggang kudo jantan balik.. kono balik awal sobab nak baiki pc. Garo-garo modem punyo pasal.. ontah napo takleh nak setup router untuk jadikan auto-connect. Alih-alih apo laie.. buangkan semuo dan setup semula.. abis cerito yo dak?

Pepatah Melayu :
Sepuluh bintang bertabur bolehkah sama dengan bulan yang satu.

Mereko buek laie...

Sorang jejako keding melangkah masuk ikut pintu kecik... nasib baik muat. Beliau toleh belakang, ado sorang 'big brother' nak masuk jugak.. pun nasib baik muat setolah disengetkan badannyo.

Dalam hati jejako tersebut..."Apo la lomah btol office nih, pintu kecik giler. Cam taknak kasik orang masuk jo.."

Raso membuak-buak dalam dado ditambah dongan kepanasan di dalam ruang opis yang sederhano bosar dan suram itu. Aircond ado tapi mungkin bukan untuk menyejukkan tapi sekadar hiasan jo ataupun ambil syarat.

Mintak borang dan isi borang. Lopaih isi borang, tengok dokek cermin di kaunter kot2 ado tertampal kaunter khas untuk urusan beliau tuh.. tp takdo nampak pun dorang tampal apo2. Jadi jejako tersebut terus masuk line dan beratur untuk berurusan dongan petugas di kaunter.
Sambil beratur.. beliau tengok jam, 3.00pm. Beliau tengok kaunter.. ado 5 kaunter semuonyo tapi yang dibuko utk berurusan hanyo 2 kaunter ajo.

Uiks.. apo guno ado banyok kaunter? Orang makin ramai berbaris.. dah berpusing-pusing ikut lorong yang disediakan tu.. mano laie pekorjo yang lain atau di situ mmg hanyo ado 2 orang pekerjo jo untuk urusan di kaunter?

Jam dah jadik 3.15pm.. tp masih blom jugak sampai turn jejako itu. Masih ado 2 orang dokek dopan. Pekorjo yang kasik borang dokek jejako tersebut td hanyo tengok dan tengok dan tengok jejako tersebut memegang borang yang dah di isi itu.
Jam 3.30pm.. baru sampai giliran jejako tersebut.. lalu dihulurkan borang dan jugo sampul yang dibawo utk berurusan. Tibo-tibo...

"eh dik.. apa nih? haa.. nih sebelah sana la".. dengan nada selamba kak chik kat kaunter tuh mengarahkan sambil tunjuk kat kak ngah yang kasik borang pado beliau tadi.

Perghh.. hangin siot.. hangin. Jejako tersebut dah mendengus. Dalam hati beliau mahu sajo beliau maki hamun dan panggil Pengurus office tersebut. Dah la beliau berdiri beratur dekat setongah jam.. padahal urusan tuh dah leh setel dari tadi dalam 5 minit jo.
Ini semuo garo-garo ketidakprihatin 'kak ngah' yang kasik borang tadi. Sedangkan dia dah tengok jejako tuh doh melangut beratur bersamo borang yang dia kasik td.. tp langsung dio takmoh tanyo jejako tersebut. Nak kato salah jejako tersebut... di office cawangan lain, beliau ponah kono dah sekali.. tp terbalik. Bilo nak gi kaunter khas.. dorang soh beratur. Tp kat office ini pun jejako itu kono laie sekali... bilo beratur, dorang soh poie kaunter khas.
Aduhai.. aduhai... Nasib baik ari tuh jejako tersebut segak bergayo. Kalu la beliau selekeh jo ari tuh.. dah sure kono maki hamun dah pekorjo dokek situ sebagaimano ponah terjadi sebulan lopaih.

Ado sorang akak ngandung.. buncit mungkin dah 6 bulan ke atas.. pun beratur. Dopan dio masih ramai laie orang lain dok beratur. Muko dio dah berkerut.. sambil tangan memegang pinggang. Aduss... ontah berapo lamo agaknyo cik akak ngandung tuh kono beratur situ. Mungkin akan cocah sojam kot.

Yer.. kisah jejako di atas adalah kisah bonar. Kisah bonar yang melibatkan perkhidmatan dan prestasi yang ditonjolkan oleh sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran yang tidak asing lagi bagi rakyat mesia iaitu Pos Malaysia Berhad. Ini la akibatnyo kalau tolah di swastakan. Semuo nak save budget..pekorjo pun hanyo 2 orang walau ado 5 kaunter kat situ.. bangunan pun buruk.. sistem dah sah dan nyato la memang langsung tak canggih. Syarikat swasta terkemuka yg lain dah lamo pakai sistem bernombor.. sediakan kerusi dan tak perlu nak berdiri beratur lamo-lamo. Pekorjo plak camno nak senyum kalu nengok pelanggan berderet beratur.. dah sah mereko banyak kojo. Yang ikhlas dongan kojo sajo mampu senyum.. itupun senyum tawar.

Aduhai..kalu bukan kerano terpakso.. den takmoh laie jojak kaki dokek opis yg 'serbo daif' ini.



Pepatah Melayu :
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.

I'm back & I know what i did last Raya...


Humang aih.. lamo bonar den tak update blog den nih.. ramai juo yang bertandang ke mari bertanyo kabar berito den tapi malangnyo den tak dapek nak melayari internet di sobabkan beberapo faktor.. nanti den torangkan kenapo dan apo dio masalah yang melando yang menyobabkan den sedikit jauh dari dunio yang satu ini.

Nengok blog kengkawan.. rato2 dok ceritokan kemeriahan hari rayo dokek kampung memasing. Jadi kerano den jenis manusio yang ado juo sifat irihati.. ingin juo melebarkan cerito den selamo bercuti sekaligus mengungkapkan kemeriahan rayo dokek kampung den. Meh den mulokan yo..

10hb Nov 2004, balik jo kojo terus kemas ala kadar dan tunggu Huda and Gee datang amik. Bertolak dari umah dalam kol 6.00pm gitu. Den terus drive naik highway. Berbuko poso dalam keto sambil drive. Sampai dokek Kuantan hampir tongah malam dan singgah amik adik Gee kat Kolej Mara.. terus drive laie sampai ke umah abg den dokek Sg. Karang. Huda plak drive dan teruskan perjalanan untuk balik ke Pasir Mas. Den plak terus masuk umah abg den dan mandi bersihkan badan. Mato plak dah kuyu.. amik GT2 dan layan atas sofa sampai nyenyak.

11hb Nov 2004, lobih kurang kol 10.00am den drive keto Kancil abg den poie amik akak den dokek Sungai Isap. Angkut barang2 dio pun dah ponuh satu keto. Terus bertolak untuk pulang ke T.Merah. Dalam keto ado seramai 5 orang termasuk 2 anak sedaro den. Takleh naik laju sangat.. sobab pertamo adolah kerano ia keto kancil.. sbb keduo tayar bolah belakang kanan dah tak btol.. naik keto pun raso cam naik kudo. hahaha..
On the way.. dokek dongan Setiu ado kemalangan. Sebuah keto terbabas dan langgar pokok. Ado polis dan bomba dok sibuk2 atas jalan rayo menyobabkan jalan jammed. Tentu teruk jugak.. mungkin mangso tersopit. Tiba2 tengok ado mangsa tepi jalan atas strecher dah di tutup dengan kain. Innalillahi wainna ilaihirajiuunn...
Sampai dokek T.Merah dah petang. Dok rileks sekojap lopaihkan ponat then azan pun berbunyi menandokan waktu berbuko bagi kawasan nogori Kelantan. Hari pertamo berbuko di kg. cukup menyelerokan apatah laie dongan keponatan memandu selamo hampir 7 jam.

12hb Nov 2004, poie ke Rantau Panjang. Tomankan akak den nak boli barang2 perkahwinan dio. Lamo gilo sampai naik boring den dok nunggu dorang dok pusing2 carik barang. Dah la cuaco panas dan poso plak tu.
Ameri singgah umah den dari JB.. lopaih jo tumpang solat sekojap, den terus nak poie antorkan Ameri ke umah dio dokek daerah Bachok. Sempat singgah sekojap di cc dokek bandar T.Merah sbb nak transfer duit pada Blue. Jauh jugak ruponyo daerah Bachok nih dari T.Merah. Sampai jo dokek umah Ameri, den tak tunggu lamo sobab dah agak potang bonar. Den takut tak sompek nak berbuko poso dokek umah nanti. Terus den pecut 160km/j. Tp... malang tolah menimpo diri den nih.. dah dokek dah nak sampai umah.. keto tibo2 mati maso tongah atas jalan. Den bontikan tepi jalan.. nengok but dopan dah berasap. Alamak.. sah tentu air dokek radiator dah kering ni.. mati den kali nih. Den terlupo nak nengok temperature metre maso tongah best layan racing tadi. Last2 den call ayah den soh datang amik den dokek kg. sebolah jo.. tinggalkan jo keto dokek situ dolu.

13hb Nov 2004, poie tarik keto yang di tinggalkan semalam. Pastu bawak balik umah dan masukkan dalam stor. Tunggu ajo la lopaih rayo baru dapek baiki sobab takdo workshop yang buko ari ni memandang dah start cuti rayo. Boring kat umah.. den layan GT2 yang masih blom abis laie di baco. Lawak.. menyentuh jiwo.. mencuit hati.. menyedarkan diri.

14hb Nov 2004, Hari Rayo Aidilfitri tahun nih agak suram di rumah memandangkan ayah den masih laie sakit dan terlantar ajo. Jadik dio tak dapek poie semayang rayo. Dongan itu mama den pun tak dapek juo la poie semayang sobab kono tomankan ayah den. Jadi dorang takdo la nak bersiap2.. nampak macam bukan hari rayo jo. Lopaih jo salam mintak maaf dongan ayah dan mama den, terus bersiap nak poie masjid utk semayang rayo.
Lopaih semayang..poie berayo umah atok. Kat situ mmg ramai berkumpul dan bermaafan sesama family semuo. Kat situ juo la anak-anak sedaro dan sepupu sepapat yang masih kecik dok menadah tangan menagih duit rayo. Memandangkan rayo tahun nih den dapek bonus skit dari bos, jadik den anggap itu la gaji pertamo den selopaih grade nih dan harap semuo sedaro maro dapek merasoinyo dan harap juo berkat doa mereko dapek memberikan sinar kejayaan buek den dalam kerjayo plak.
Lopaih berayo umah atok.. macam biaso den akan jadik driver bawak segerombolan sedaro maro poie berayo umah sedaro maro yang lain plak. So, habis la dari satu rumah ke satu rumah kitorang naik dan perut pun dah ponuh tak tau nak isi colah mano laie. Sampai la ke tongahari baru la benti aktiviti ziarah menziarahi yang sudah menjadi tradisi dalam keluargo den nih.. sekali pegi satu2 umah tuh segerombolan ponuh dongan anak beranak kitorang jo.

15hb Nov 2004, hari untuk melayan paro tetamu plak yang datang berayo ke umah den. Boring layan tetamu dokek umah sendiri.. den poie layan tetamu dokek umah atok den. Ala.. bukan jauh sangat pun.. duo tigo pat limo nam langkah sampai la.

16hb Nov 2004, poie menziarahi kubur sanak saudaro. Dokek kampung den takdo kubur.. banyak2 kampung area T.Merah hanyo menggunokan tanah perkuburan bosar yg terlotak berhampiran dongan bandar ni. Dokek situ bersemadi atok den bolah ayah, keduo2 moyang den bolah mama, anak sedaro den dan sedaro maro yang lain laie. Aktiviti ini juo sudah menjadi tradisi dalam family den dan sekali pegi sudah pasti satu gerombolan dan di ketuai oleh atok den yg membaco tahlil.

17hb Nov 2004, gotong royong memasang khemah untuk majlis jamuan perkahwinan akak den esok. 2 buah khemah di pasang di laman umah atok den. Majlis ni memang diadakan di umah atok den memandangkan akak den di bosarkan di situ.
Malam ni majlis akad nikah diadakan di masjid Kg. Padang Siam. Dengan 3 kali lafaz.. mako selamat la mereko diijabkabulkan dan sah la sebagai suami isteri setolah berkapel selama 11 tahun sojak tahun 1993. Perkenalan mereko adolah ketiko samo-samo bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Terengganu.. sekolah lamo den. Malam ni den memegang jawatan sebagai cameraman. Sibuk ajo nampaknyo den nih. Majlis membatalkan air semayang di dalam bilik pengantin dan den carik posisi terbaik untuk mengsnap klik. Tp sayangnya camera yang den guno adolah kamera cikai berjenamo Samsung yang takdo zoom.

18hb Nov 2004, majlis persandingan pengantin. Ahli keluargo den dah berpakat untuk memakai pakaian berwarno ijau.. tak kiro la ijau daun pisang ke.. ijau rumput ke.. ijau pensil warno ker.. janji ijau. Dan den sendiri tolah di sponsor oleh akak den sehelai baju batik yang lawo..menyorlahkan laie kehenseman yang sedio ado ini... haha..haha..haha...
Selaku cameraman.. di mano pengantin duduk.. disitu la den berdiri. Dari satu roll ke satu roll den snap.. dari atas pelamin sampai la ke mejo makan.. dan sampai la ke acaro dalam bilik pun den snap.. tp ini acaro bergayo dalam bilik la.. bukan acaro sulit tuu.!
Malam plak meriah dengan acaro pemotongan kek pengantin 2 tingkat gitu.. Cameraman masih lagik aktif dengan lensa dan lampu flashnyo. Lewat malam skit di sambung plak dengan acaro membuko hadiah. Permainan meneko hadiah dan siapo yang meneko dongan topat hadiah yang akan di buko.. akan menerimo duit rayo dari pengantin. Ramai anak2 buah dan sepupu sepapat dok berkeliling ruang tamu bermain teka-teka itu.

20hb Nov 2004, menghantar menantu. Den jadik driver la..apa laie. Akak den naik keto dongan den bersamo sorang kawan dio dan sorang sepupu den. Kitorang berempat bertolak lebih awal dari ahli keluargo yang lain. Dalam kol 11.00am dah sampai dokek Dungun, Trg. Kitorang singgah umah kawan akak den untuk bersolek dan bersiap apa yang patut. Sambil tuh menunggu ahli keluargo yang lain sampai. Jumlah semuo kenderaan yang pegi untuk majlis menghantar menantu ni adalah 8 buah iaitu 4 buah kereta dan 4 buah van. Almaklum la.. ahli keluargo ramai sangat dengan kanak-kanak riang. Ayah den yang sakit pun ikut samo pegi. Kelihatan beliau ado sedikit tenago dan boleh tersenyum dan ketawo semasa berborak. Alhamdulillah....
Majlis selesai dalam kol 4.00pm gitu.. den terus bertolak ke Kuantan bersama sepupu den dan kawan akak den tadi. Sampai kat Kuantan dah senja.
Pegi makan ngan sepupu den dan bf dia kat Tanjung Lumpur.
Malam ni plak den dok merayau-rayau dokek Megamall Kuantan. Tibo-tibo2 teringat ado kawan Rasa Ayamas Restaurant dkat situ. Terus den poie jenguk...mmg sah ada kat situ. Den tunggu dorang abis kojo dan ajak minum sambil borak-borak kosong sampai la kol 2.00am.
Baru la den balik tido kat umah abg den.

21hb Nov 2004, bangun pun agak tengahari dah sobab ponat sangat semalam drive dan tido lambat. Pastu Huda sampai agak petang jugak. Kitorang poie lepak kat Pantai Telok Cempedak dolu coz Huda, Gee and adik dia nak makan dolu. Then kitorang baru bertolak dalam kol 7.00pm ke JB, den laie jadik driver. Ikut jalan lain plak kali ni.. naik kat Tangkak dan terus ikut Plus sampai la ke tol Skudai. Exit and sampai kat umah den dalam kol 11.00pm gitu.
Nafas dah kurang best.. tekak dah raso cam sakit2.. argh... dah nak demam.
Peralihan angin ker or kerano terlampau letih or kerano udara di JB nih sudah kotor. Hahahaha..

22hb Nov 2004, start masuk opis.. dah kono selesema. Asyik bersin jo.. Line internet plak down.. disebabkan router off terlalu lama dan modem tak dapat nak autoconnect. Kojo lak bertimbun nak kono siapkan. Nak tak nak tak dapek nak online dan jengok blog.. Bawak balik modem ofis ke umah.. try setting dan berjayo. Simpan modem ofis tuh dalam beg..pasang balik modem yang kat umah..Alih2 plak modem kat umah plak buat hal.. tak dapek laie nak online kat umah. Adush.. sungguh tensen.. terus den biarkan gitu jerk.

23hb - 26hb Nov 2004, byk giler kojo nak kono siapkan. Nak format pc la.. nak setting modem la.. nak wat order la.. nak siapkan project software sekolah la.. nak siapkan profile company yang baru la.. aduhai.. baru la tau seksanyo bilo masuk alam pekerjaan. Bilo dapek online.. ramai kawan dok tanyo kabar tp malangnyo den tak dapek nak layan langsung. Tentu dorang teraso ati dongan den sbb bilo dorang tegur den tak reply. So.. den harap dorang paham dongan situasi den sehari duo yang lopaih. Ado yang invite masuk conference pun den decline jo.. mmg tak sempat langsung nak layan y.m.. nak surfing dan jengok blog kengkawan pun tak sempat.. maybe minggu depan nih dah okies skit kot.. tp rasanyo cam busy jugak.. harap kengkawan yang baco blog nih dah paham kenapo den lamo tak update dan lamo menyepikan diri dari berchatting di y.m...


Okies.. sekian adonyo kisah perjalanan hidup den selamo tidak berupdate dan selamo menghilangkan diri nih. Den bukan menyombongkan diri.. bukan takmoh berkawan laie.. malah bukan juo di culik makhluk asing.. den masih di bumi JB melaksanokan tanggungjawab baru yang dipikul.. Insya Allah... ado maso luang.. kito berjumpo di arena blogging and chatting.

[ pergh.. panjang siot den lepaskan gian.. ]

Jalan-jalan carik kawan :
1. Bintang Jatuh
2. aien D' blogs

Gangguan Teksual Gen 2

[edit on 25 Nov 2004]

Den dapek dah lamo dah GT2 dari Tok Rimou.. sebolom ghayo gitu la.. tapi di sobabkan den tak sompek nak update entry nih.. sampai le ke hari nih den baru dapek update. Nak buek camno, busy berayo dokek kampung. Dokek kampung plak takdo internet.. dah kono potong daa..

GT2 dalam simpanan den ado laie satu jo tinggal..yang lain den dah kasik pado 3 orang yang bertuah yang tolah mengontek den lobih awal.. mereko yang bertuah yang tolah menerimo hadioh hari rayo adolah Kak Nina, Zurie dan Dr. Rosalina. Tp yang den pelik sangat... yang den antorkan ke Surabaya utk Dr. Rosalina nih blom laie sampai2 sampai skang. Aduhai sis.. tentu kamu kempunan mau baco GT2 kan? Gini la sis.. kalu masuk tongah bulan December pun blom sampai juo.. den antorkan laie.. jgn risau sis, masih boleh diulang cetakkan. Harap sis sabar dengan perkhidmatan pos di Indon itu.

Jalan-jalan carik cerita :
1. Seribu Satu Malam

Mengelamun

Ekorang ponah tak mengelamun? Dah tentu ponah kan? Dan mengelamun memang best... tidak menjadi suatu yang pelik kalu mengelamun. Tapi yang peliknyo kalu ekorang mengelamun ketiko sodang memandu motorsikal dengan kelajuan minimum 80km/j . Nak plak ketiko itu jalan rayo ponuh sosak dongan kereta yang bergerak lobih/samo dongan kelajuan motorsikal ekorang. Tahap mengelamun ekorang bukan la tinggi sangat.. tp tumpuan minda ekorang bukan pado kereto2 dan jalan rayo tp ontah mano ekorang dok mengelamun. Adakah ekorang ponah berkeadaan sedemikian rupo?


Haa.. jiko jawapan ekorang YA. Maka janganlah amalkan selalu.. terutamo ketiko hampir menjolangnyo Hari Rayo ni. Ianyo amat memudaratkan kesihatan malah bleh membuatkan ekorang berpindah ke alam lain. Mungkin juo membuatkan ekorang menyusahkan orang lain.


Ekorang ponah naik kereto selaju 180km/j ? Bagi yang kaki racing.. sudah tentu ponah kot.. dan bagi mereko yang ado kereto mewah cam Merz, Bmw and other's.. tentu juo ponah meraso pecutan selaju itu. Mengikut kajian yang dijalankan oleh pihak 'mesra,cepat dan betol' , pecutan melobihi had laju yang dibonarkan adolah sukar untuk dikosan oleh 'perangkap laju'.


Sebagai cth mudah, katakan di sebatang lebuhrayo..had laju yang dibenarkan adalah 110km/j. Jika ekorang memandu dengan kadar kelajuan 120-150km/j... 'perangkap laju' yg di set pado kelajuan maksima 110km/j dapat mengesan kadar kelajuan kenderaan ekorang tadi dan gambar kenderaan ekorang dapat diambil oleh alat perakam 'perangkap laju' tersebut. Akan tetapi... jika kadar pecutan ekorang sudah melampaui 150km/j ke atas ataupun selaju kelajuan cahaya.. adalah amat sukar utk sebuah mesin 'perangkap laju' untuk menangkap gambar untuk dijadikan bukti dan secaro tidak sengajo ekorang sudah terlepas dari dikonokan saman.


Chups... info diatas adalah samo sekali bukan untuk menggalakkan ekorang memecut laju di jalan rayo. Walaupun ekorang mempunyai sebuah Lamborgini-gitu.. ataupun sebuah Ferraro Roche.. tidak semestinyo ekorang boleh sesuko ati memecut laju tanpo mempedulikan orang tersayang. Chewaah.. cam iklan la plak.


Oleh itu.. posan dari pewaris takhta kerajaan Marang Kerapu Kepunden kepado semuo wargo Malaysia tercinto... berhemah la ekorang semuo di jalan rayo sempeno menjolangnyo Hari Rayo Aidilfitri ini..


Jalan-jalan carik kawan :

Hujan

Bincang punyo bincang.. terang punyo terang.. makin banyak plak soalan yang diajukan dokek den.. dah makin blur dah pale otak den ni tapi nasib baik la ado sedikit pengalaman handle customer/client. Tuh la pentingnyo pengalaman kalu nak kojo mano2 pun. Jadi nak taknak den terpakso la goreng apo yang patut.. janji jgn sampai hangus dah la.. karang takleh menikmati hasil gorengan tu plak.

Sojam lobih jugok la den dok menggoreng dalam bilik guru tu.. dan akhirnyo den dapat jugo memuaskan hati pihak berkenaan dongan jawapan yang diberikan. Yang penting sebonarnyo kono yakinkan dorang jo.. tapi apohal pun kono juo di bawak ke dalam mesyuarat PIBG sekolah. Nak tak nak terpakso la den nunggu laie eh.. maybe lopaih rayo baru la leh dapekkan keputusannyo.

Dokek Sek. Keb. Tun Aminah 1, ado sorang classmate den dolu sekarang mengajor dokek situ. Dah lari dari bidang... tp biaso la. Pompuan. Nak plak sekarang ni bukan sonang nak dapekkan kojo kalu ilmu di dado tidak cukup. Abis tidak jadik cikgu la jawabnyo. Tapi yang bestnyo member den ni.. lopaih graduate, amik laie kursus utk jadi guru.. utk mengajor kelas khas. Kelas khas ni adalah untuk murid-murid yang sindrom down.. dan slow skit pemikiran mereko.
Wah.. eden kagum btol dongan member den sorang nih.. Moga dia terus tabah dan jadik insan yang penyayang.

Bukak Pose


Company Znn Technology Centre tompek den kojo ado buek majlis bukak pose bersamo dongan staf Mpjbt, Bahagian Komputer. Memandangkan diorang banyak membantu company den nih.. jadik tidak salah bos eden belanjo mereko berbuko puaso tando terimo kasih. Majlis berbuko kali nih dibuek dokek Hotel Blue Wave, Johor Bharu.

Den poie sano dongan bos eden bersamo anak dan isterinyo. Sampai tidak la terlalu awal dan tidak la terlalu lewat.. jadik bleh get ready la memandangkan dokek situ menjadi tumpuan mereko yang berduit lebih utk berbuko puaso. Ramai juo nampaknyo yang berbuka di sini.. tp jemputan dari Znn Tech dan Mpjbt cumo 12 orang ajo.. Juadah pun cukup menyelerakan berbaloi la dengan bayaran yang dikenakan.. cumo perut sajo tidak mampu untuk menyumbat lebih. Tapi den makan bleh tahan.. lebih dari kebiasaan.. Hehe.. mungkin juo ado selero. Raso cam nak makan kat situ hari-hari. Hahaha... tunggu la 10 tahun laie.

Jalan-jalan carik kawan :

1. Mak Andeh
2. Cik Kieli

Related Posts with Thumbnails