Wedding

Poie Banting. 2 buah keto poie. Huda ngan Gee dan adik dio. Pastu eden ngan Imie dan D. Singgah amik D kat stesen komuter pastu poie jupo ngan Huda kat Putrajaya. Pusing punyo pusing nak cari jalan ke Dengkil skit punyo susah, last-last baru jumpo. Terus pecut ke Banting.

Sampai-sampai ajo kebetulan baru lopaih akad nikah. Noor Zaiha bt. Haron. Kawan eden ni kawan sojak sekolah dokek Teknik Trg dolu laie. Kiro best friend jugok la dolu. Dok samo-samo berdating coz dio dolu bercinto dongan member baik eden jugok. Lopaih menjamah juadah, lepak sekojap sementaro menunggu pengantin dok bersolek. Dalam dok menunggu, apo laie. Den snapklik ajo la.

Skit punyo lamo tunggu. Baru la siap. Pengantin lelaki plak sampai untuk sesi bersanding. Den tidak lopaihkan peluang meng'snapklik' pengantin. Yang eden poliknyo, takdo sesi "renjis-renjis di pilis". Terus sesi bergambar. Lopaih bergambar beramai-ramai, kitorang balik terus memandangkan ado satu laie kenduri kawin yang sepatutnyo Imie poie.

Terus pecut ke arah Gombak plak. Sampai-sampai dokek Selayang, umah member Imie yang UTMKL tuh kawin. Tengok semuo dah komaih dah. Dorang dok sibuk gotong royong membasuh periuk belango. Kitorang hanyo masuk lepak kat dalam. Tapi dapat la meghaso makan nasi pengantin bersamo keluargo terdekat.

Imie antor eden kat stesen lrt star. Eden nak poie nengok Starwars plak dokek Mines. Naik komuter plak lopaih tu. Sampai dokek Mines, jumpo dongan Kak E-Najeef dan Kak Has kat sano. Dorang dah book tiket awal-awal tapi den polik sobab dapek seat yang kat dopan. Takpo lah janji dapek tengok Starwars walaupun eden tak berapo minat cerito cenggitu.

Balik, den kono drive sobab dorang taktau jalan ke Gombak. Den pun taktau sebonarnyo eh tapi den main rodah ajo ikut pengalaman lalu. Ini la pontingnyo pengalaman. Sampai dokek Gombak, Imie jemput dan poie melantit kat restoren NZ kat area Wangsa Maju mungkin. Dah kol 2am, baru mau angkat punggong. Antor dorang kat simpang ke MRR2 dan kitorang pecut naik bukit nak balik UK Perdana.

Road Block. Wah... dari KL-Banting-Selayang takdo pun road block. Lopaih ajo segalo rintangan. Tapi last-last punyo kono jugok saat dah dokek nak balik umah. Incik Polis takdo nak tanyo banyak, terus amik lesen si Imie dan tulis. Apo laie, Incik Polis mintak autograf si Imie. Takpo, takpo.. simpan ajo saman tu. Kekgi dah lopaih dapat jadi Inspektor, ekau setelkan sendiri ajo 'saman-saman' tu.



Pepatah Melayu : Lubuk menjadi pantai, pantai menjadi lubuk.
Ertinya : Tiap sesuatu itu akan berubah mengikut masanya.

Simple Gath

Den mintak cuti dongan bos sobab nak poie kenduri kawin member dokek Banting, Selangor. Sampai dokek KL lobih kurang tongahari. Poie survey barang dokek S&M sebolah Kotaraya tu. Carik kodai photo Rimpai Mewah. Jumpo uncle, layanan boleh dikatokan agak memuaskan jugak. Very friendly uncle's. Den sambar satu filter. Close-up filter jenamo Hoya.

Ado gathering potang ni. Member board Food&Recipe dan board Photo&Video dokek forum Cari. Lamo den tunggu sobab janji pukol 3.00pm tp semuonyo nampak sampai dalam kol 4.00pm. Dapat jumpo dongan geng photo buek den sogan. Maklum la dorang semuo bawak kamera canggih dan mahal semuo. Den punyo cikai ajo.

Konalan dongan forumers semuo dan sesi meng'snapklik' bermulo. Macam-macam gayo dorang dok snap. Forumers F&R plak dok sibuk borak pasal masakan dorang, kek dan macam-macam. Kitorang dari board P&V takleh campur sobab taktau mondo pun pasal masak-masak ni.
D join samo dan dok dikalangan ibu-ibu. Takpo, den sengajo biar D dapat curik ilmu masak-masak dari ibu-ibu semuo.

Tidak lamo di situ, kitorang poie meng'snapklik' dokek taman mainan kanak-kanak. Den tinggalkan D dokek kaum ibu tu. Seronok dok shoot bebudak main. Lopaih tu poie shoot kat depan klcc. Lopaih dah ponek semuo, kitorang membasahkan tokak dokek restoren mamak. D pun join samo. Melantit utk sesi photo nih. Kemudian baru la masing-masing membawo haluan memasing.

Den ngan D terus melangkah kaki menuju ke Dataran Bandaraya coz nak poie menonton teater. Sosat mencari dokek mano ontah panggung tu. Last-last Nida datang amik dokek stesen Lrt Star tu. Kelihatan kawan-kawan semuo dah sampai dokek sano.

Malam ini tajuk teater, "Jula-juli Bintang Tujuh". Best jugak. Lawak mereko tak kering gusi terutamo lawak dari "Misha Omar" a.k.a jin botak buncit. Sebonarnyo eh, ini la pertamo kali den menonton teater secaro live. Den dah mulo meghaso ketagih. Den tidak mau terlopaih laie untuk lain kali. Thanx to Nida coz invite eden untuk menonton teater ni.

Memulo eden takut-takut nak snap pic dokek dalam panggung sobab awal-awal dorang cakap takleh amik gambar. Tapi eden nengok mamat photographer dok snap, den jadi tak tontu hala. Membuak-buak ghaso nak snap jugak. Last-last den kuarkan senapang eden dan halakan ke pentas. Akhirnyo den dapek snap banyak jugok cumo hasil kurang menarik disobabkan tak pakai tripod dalam panggung yang suram golap itu.

Sesi melantit. Seperti yang dirancang, lantit kali ini di port utama, Syed Bistro, Kelana Jaya. Kehadiran agak memuaskan. OP dapat join melantit. Diman dan 2 orang laie gejunita pun turut serto melantit. Geng lantit baru, Beanseng dan Pulut Itam pun turut serto jugo menambahkan kemeriahan lantit. Ruginyo Uncle Ep dan Basrie tidak dapek join memandangkan hari pun sudah larut malam. Sesi lantit disuraikan dalam pukol 2am memandangkan perjalanan masih jauh untuk pulang.

Gallery has been updated !

Pepatah Melayu : Ikan berkilat jala pun tiba.
Ertinya : Orang yang bijaksana mudah memikirkan perkara-perkara yang susah.

Tambah


"Eh, dah tukar profession ke Incik AyAres?" sapa sorang cikgi bilo lihat eden terkial-kial dok mengetok skru mejo. "Dah jadi tukang jual perabot plak ke?" tambahnyo laie sambil tersenyum.

Iyo la cikgi, ni ah skarang dah jadi tukang pasang perabot plak eden ni. Kalu dolu cikgi dok tengok eden terkial-kial godek pc dokek makmal komputer sekolah, kali ni cikgi bleh nengok eden terkial-kial lagi pasang mejo plak dokek bilik guru. Kalu cikgi ado anak daro, meh konalkan dokek eden. Bertuah cikgi dapek menantu cam eden ni, godek menggodek bleh, tukang menukang bleh, tani menani bleh.. tulis blog pun bleh. Jiwo pun kontal. Copek-copek la cikgi soh anak daro cikgi ngorat eden.

Itu hari 5 jawatan, belum pun sebulan usio entry tu, kali ni tambah satu laie jawatan. Tukang Perabot. Itu hari bos bagitau maso dalam perjalanan balik dari Batu Pahat. "Nak sonang kono mulo dari bawah. Kolak, bilo kito berado di atas, kito dah tau segalonyo yang dibawah. Maso tu baru kito menghargai apo yang ponah kito lalui. Menghargai Pengalaman."
Nak berado di atas untuk memimpin yang di bawah, kito harus peka dan tau apo situasi di bawah. Jiko kito tidak tau, kito tidak mungkin dapat menjadi pemimpin yang berwibawo dan disukai ramai.

Syukur atas nikmat diberi. Bukan sonang untuk sonang. Dan bukan susah untuk susah. Tanpo usaho, kejayaan tidak datang bergolek macam bola, tidak datang melayang macam keris terbang.



Pepatah Melayu : Salangkan bah kapar tak hanyut, ini pula kemarau panjang.
Ertinya : Kalau seorang sudah biasa malas dari mudanya, mustahillah boleh menjadi rajin pada ketika tuanya.

Projek Tani Bindu

Pagi. Menggeliat malas nak bangun tapi kak ros dah sms awal-awal. Ingatkan supayo datang awal. Bertolak dari umah airiz menuju ke lokasi pertemuan di simpang Kampung Bindu. Kedapatan sudah ramai jugo yang sampai awal. Kelihatan Berry dan Ajun menunggu dalam kereta. Say hi to Ajun. Cumo menunggu sorang dua peserto yang paling 'jauh' sampai. Orang dari Tongkang Pecah. Yang cuma 5km mungkin dari simpang itu.

Semuo cukup. Konvoi bergerak masuk ke Kampung Bindu. Menuju ke kawasan ladang kelapo sawit. Sekitar ada kebun orkid, kebun sayur dan sebelahnyo ado kebun katak. Tuan kebun, Encik Ahmad dan Kak Yah sudah sedio menanti kehadiran kami.

Aktiviti dimulokan dongan bersarapan. Den sental satu nasi lomak copek-copek sobab takmau terlopas aktiviti meng'snapklik'. Kak Ros dan sorang ketua puteri umno cawangan memberikan sepatah duo kato. Den tergolak bilo Kak Ros gitau yang kitorang wartawan dan akan masukkan dalam berito. Yer btol. Cerito projek ini akan tersebar satu dunio.

25 peserta dibahagikan kepado duo kumpulan. Dan menuju ke tapak batas kacang panjang yang harus dibersihkan. Ado lobih kurang 30 batas. Kumpulan 1 mengambil 15 batas di hadapan, dan selebihnyo diserahkan kepado kumpulan 2. Aktiviti mencabut akar kacang panjang dan membuang segala semak samun sekitar batas itu berjalan lancar. Yang perempuan memetik kacang panjang yang masih segar. Dapat la jugo kumpul satu kereta. Kereta tolak.! Kelihatan kak ros dan kak yah amat bertenago dan bersomangat. Begitu jugo dongan peserto lain. Kepenatan kitorang terisi dongan lawak jenako dari kak yah. Yang memang dah terkonal sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Sketsa KLD.

Masih tinggal lebih kurang 10 batas tidak dibersihkan memandangkan kesuntukan maso. Matahari dah di atas kepalo. Aktiviti seterusnyo adalah memasak kacang. Tugas sepatutnyo disorahkan kepado kaum lelaki tetapi memandangkan semuo tangan bangku, mako semuo perhatikan ajo. Kecuali sorang. Awie, staff sebuah hotel di Batu Pahat mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman beliau di hotel untuk memasak di kebun. Kalau Chef Wan tengok sure dia hire si awie jadi pembantu khas. Hasil masakan awie amat memuaskan sungguh. Walaupun nampak brutal, tapi awie lembut didapur. Wahai gadis-gadis, dapatkan chef awie di pasaran sekarang. Harga saham sudah melambung tinggi di Bursa Saham 1001 Malam.

Lauk pauk dan nasi masakkan adik Kak Ros dah sampai akhirnyo. Masa untuk lunch. Lalat pun sibuk nak join samo. Dari awalan sampai akhiran, lalat banyak tak ingat. Entah ado pesta apobondo ontah dokek bangsal tu. Pesta pasar ramadhan gamaknyo. Ado banyak makanan. Ontah dari mano datangnyo lalat. Padahal takdo ladang ternak ayam dokek situ.
Masakkan sungguh menyelerokan. Gulai ikan pari, ikan kering, sayur kacang, baby kailan, ikan goreng. Perghh.. menjilat pinggan. Dan air oren sunquick. Siapo kato kojo dokek kebun takleh makan sodap-sodap.? Cumo makan sambil menggaru-garu akibat miang dan gatal kono ulat bulu naik daun.

Abis makan, kemas apo yang patut. Aktiviti sembang dan memberi laluan nasi turun ke usus besor utk proses penghadaman dan pengisaran. Sambil itu seloka gurauan dari kak yah tidak ponah jemu. Mengusik emak kak ros, yg jugo merangkap emak kak yah. Emak kak ros suko melatah dan pandai bergurau. Ayat yang keluar dari mulut dio membuatkan anak-anak mudo ketawo mengekek. Kak yah tidak habis-habis mengusik omaknyo itu. Sempat jugo eden bermain sekejap dongan Balqis. Anak sedaro Kak Ros.

Den sepanjang maso tidak lopaihkan peluang mengabadikan konangan ini. Apo sajo yang dirasokan menarik akan terpapar akhirnyo di Gallery eden. Anak-anak gadis plak sibuk bertanyokan apo erti 'melantit'. Dorang golak sakan untuk menyebutnyo. Den torangkan satu persatu dan cubo meracun mereko untuk mengikut aktiviti Geng Jurnal. Den pasti, selopaih ini perkataan 'melantit' akan bermain dibibir masyarakat Batu Pahat bermulo dari Tongkang Pecah. Mungkin.Mungkin maso akan datang, mereko ingin join untuk menguji jiwa kental di KLD. Insya Allah.

Sebelum bersurai, seperti biaso sesi fotografi untuk konangan. Konangan adalah segalonyo.!!
Dan sedikit buah tangan utk semuo peserto bawo balik dan nikmatinyo. Kacang panjang dan terung. Den tidak ambil kerano perjalanan masih jauh, susah mau bawak naik 'kudo betino'.

Singgah melantit lagi di bandar Batu Pahat. Di restoren Maryam. Restoren mamak yang satu-satunya sekitar situ yang buka hari Ahad. Tepi jalan berhampiran traffic light. Air minuman sungguh mahal. 7 gelas air biaso berjumlah RM13 kalau tidak silap. Padahal kalau dikiro tidak sampai pun seploh ringgit. Sudahnyo air tidak sodap, bayaran pulo mahal. Kak Ros, boikot ajolah kodai mamak itu.

Singgah umah airiz berehat kejap. Terlelap sebab kepenatan. Pukol 5.00pm. Bersiap untuk bertolak pulang. 'Kudo betino' dah ready untuk mendehem manjo lagi di lebuhrayo. Ghaso macam tidak mau pulang tapi apakan dayo, kerjayo tidak harus diabaikan.

Sampai di istano menanti sekitar jam 7.30pm setolah singgah mengisi perut. Keponatan. Membawo konangan bersamo-samo melayari bahtera indah. Hanyuttt........

Thanx to Tuan Kebun, Encik Ahmad & Kak Yah, membenarkan kebunnyo ditunggang-langgang oleh kami. Thanx to Kak Ros yang mengepalai aktiviti ini, thanx to kawan-kawan semuo, and special thanx to Airiz and Aiman menumpangkan kasih di teratak mereko. To Berry, nice to meet u 'The Indon Backpacker's" ( Aiman cakap muka Berry macam Hanif Basri ). Hope Berry akan join lagi aktiviti Geng Jurnal.


p/s : Kak Ros, gitau En. Ahmad, lotakkan namo kebun mereko, Kebun Sayur Geju.

Kembara Mahkota AyAres

Teruja. Melihat posting dari Kak Rosram di forum Geng Jurnal tontang projek tani di Kampung Bindu, Batu Pahat membuatkan eden excited untuk turut serto. Memulo den ingat nak dilaksanokan pada 22hb, den reply mengatokan tidak dapek join sobab akan ke KL untuk jemputan kawin my bestfriend.

Program ditotapkan pado 15.05.05, tiado aktiviti dalam jadual peribadi eden. Mako den totapkan untuk join aktiviti bertani ini. Sihat. Ini jugo peluang eden memenuhkan maso lapang
pado ujung minggu. Motif yang lain untuk survey kawasan Batu Pahat. Veni Vedi Vinci.
Tok Rimau plak kato, "pergi biar ada motif, apa yg dapat diberi dan apa yang dapat diambil".

Den terpakso poie potang Sabtu memandangkan projek tani akan dilaksanokan seawal pagi Ahad. Selopaih balik kojo, den bersiap apo yang patut. Melakukan checking ke atas 'kuda betina' eden. Semuonyo dah longkap.

Jam 3.30pm. Bermulonyo Kembara Mahkota AyAres. 'Kuda Betina' mendengus manjo menyusur jalan-jalan yang ponuh dongan sang gajah, sang kancil, sang rimau. Sesekali 'kuda jantan' berlari laju melintas. 'kuda betina' tidak mampu mengejar 'kuda jantan' walaupun nafsunyo membuak-buak.

Masuk highway Plus dari Tol Skudai. Cuaco sedikit redup, angin bertiup lombap menandokan hari seperti hondak ujan. Risau. Sotiap perhentian yang dilalui, berhonti menyejukkan badan 'kudo betino'. Sambil itu membasahkan tokak dongan tembikai ditabur asam. Hentian Kulai, hentian Simpang Renggam, R&R Machap dan exit to tol Ayer Hitam.

Pekan Ayer Hitam terkonal dongan jualan pasu bungo. Jiko datang ke Johor, tidak sah ghasonyo jiko tidak singgah membeli sebijik dua pasu bungo yang cantik. Nasib naik kudo, kalu naik kancil atau rimau, dah tontu angkut sebijik pasu perhiasan air terjun mini. Cantik sekali.

Melepasi pekan Ayer Hitam, sekitar 20km lagi akan sampai ke jajahan Batu Pahat. Sepanjang jalan den memerhati papan tando. Banyak sungguh 'parit' di Batu Pahat ini. Ada Parit Sulong, Parit Raja, parit permaisuri, parit ayares, parit sulaiman.

Sampai di depan Kuittho. Sms Airiz. Sambil menunggu sambil meng'snapklik' apa ajo yang patut. Airiz datang amik dan terus menuju umah dio dokek Parit Raja. Kiri jalan ado parit yang panjang. Mungkin itu la raja segalo parit di Batu Pahat ini.

Berehat. Makan kuih pau Batu Pahat. Perut yang kosong amat menyelerokan bilo disumbat pau bersamo nescafee panas. Sambil menonton tv. Rumah airiz sungguh murah. Sewonyo cumo RM250.00 sebulan. Mano mau cari rumah 2 tingkat, ado 3 bilik dongan sewo begitu di Johor Bahru. Tapi tidak tahan jugo jiko halaman rumoh sering menghidangkan wangian dari buangan si naughty cat milik jiran sebolah ( pssstt riz.. eko buat lauk je kucing tu... ).

Pengisian malam. Aktiviti menonton wayang. Kingdom of Heaven. Dah booking tiket utk 6 seat di GSW - Golden Screen Wayang itu. Yang join menonton malam itu, eden, airiz, aiman, kak ros, kak yah, berry. Bengang btol dongan penjago tiket tu. Cina tu tak paham baco signboard pawagam tu gamaknyo. "Video Camera are not allowed". Diulang. VIDEO CAMERA. Yang eden bawak bukan video camera, tapi digital camera. Kamero yang aiman bawak kecik tuh pun kono tinggalkan. Cis. Den yang kurang paham atau penjago tiket tuh yang terlalu skema? Dokek Mega Pavillion JB dibonakan plak. Terpakso tinggalkan didalam bilik penyimpanan barang. Den gitau airiz, "kalu ilang..aku tuntut caj 2 kali ganda dari mamat tu".

Dalam wayang bengang lagi. Seat belakang ado anak cino yang ghasonyo nak makan pelempang eden atau berry. Memekak dekat-dekat telingo kitorang. Dah la seat kat GSW tuh macam ampehs.. memang tak bleh lawan Mega Pavillion. Mamat cino tadi ulang alik dalam wayang. 3 kali ulang alik. Ntah apo dio dok peratikan setiap penonton. Macam bangang yang amat. Mengganggu orang nak menonton dengan aman.

Sesi melantit. 5 orang ajo melantit di bandar Batu Pahat. Warong milik pakcik Kak Ros. Nama warong tu, Warong Salina. ( sekali dgr macam walinongsari ..hehe) . Eden order Tomyam Campur. Dah cakap soh dia campur ayam ngan udang dan sotong. Takmoh daging. Tapi yang datang Tomyam Campur berisi campuran batang serai, daun limau, bawang. Ayam cuma ada 4 ketol kecik ajo. Terpakso eden order telor dadar lagi dan mendapat ehsan udang pulo dari Airiz.

Malam sudah larut. Sudah hampir pukol 1.00am. Bandar pun makin sepi. Angkat la kaki pulang ke rumah. Sesampai ajo terus membaringkan diri. Esok perlu bangun awal pagi. Alarm di setkan pado pukol 6.30am.

entry bersambung.... ( sbb terlampau panjang. )

Sama


Zaman sekarang lelaki dan perempuan samo ajo. Maksud den dalam ertikato perangai dan tingkahlaku. Dolu lelaki terkonal dongan suko pasang lobih (playboy), perempuan pulo terkonal dongan mato duitan ( materialistik ). Tapi semuo skang sudah samo. Lelaki jugo materialistik, perempuan pulo sudah jadi Playgal. Tidak hairanlah jiko aku sudah keliru. Jika aku sudah tersalah sangko.

Jadi jujur jugo tidak semestinyo menjanjikan kebahagiaan buat diri sendiri. Oleh itu, perlu jadi diri sendiri yang tidak perlu siapo pun tau apo yang kito pikirkan. Biar ajo mereko tau apo yang kito laksanokan. Jiko kito menyatokan apo yang kito pikir, mustahil ado yang akan percayo 100%. Zaman sekarang bukan zaman mempercayai orang bulat-bulat.

Kawan yang baik pun boleh menipu/mempermainkan kito. Apatah laie kawan yang kita anggap kurang baik. Bila kita jujur, tak semestinyo orang lain akan turut samo mau jujur bersamo kito. Bukan tiado, tapi amatlah susah mencarinyo.

Terus terang. Berapo orang yang miliki sifat suko berterus terang dalam apo juo hal. Amat sikit. Den juo tidak mampu memiliki sifat itu. Dan ianyo semulojadi mungkin tapi boleh dipupuk juo. Seperti juo perbuatan lain, tidak amal mako tidak menjadi.

Kini, biarkan segalonyo mengikut arus. Jangan melawan arus, kelak kito yang ponat dan merano badan. Tapi kemudilah jangan sampai hanyut ontah kemano dibawa arus. Tak cukup satu pendayung, gunokan duo. Tidak cukup duo, gunokan enjin. Tak perlu lagi mendayung. Lebih laju sampai ke destinasi.

Pepatah Melayu : Jikalau hendak beranak, ikutlah kata bidan.
Ertinya : Jikalau hendakkan sesuatu daripada orang lain, turutilah apa yang dikatakannya.

Outstation

Petang Jumaat dikobarkan secaro mendadak. Kono outstation ke KL selamo duo hari iaitu Sabtu dan Ahad. Sabtu minggu pertamo cuti, ahad pun cuti. Tapi den terpakso jadi Bangla pado duo hari itu. Biar la kawan mahu golak, tugas harus dipikul.

Bersiap dongan kadar panahan kilat, dan bertolak dari Jb pada jam 8.30mlm. Turun di perhentian rehat Nilai lebih kurang jam 12.30mlm. Sempat pekono nasi lomak dolu sementaro menunggu Man Driver datang amik.

Lebih kurang jam 1.00pg.. Man Driver sampai dongan Perdana V6 kaler itam. Man Driver antorkan di Metro Inn, Kajang. Lepas check-in, hempas badan di katil empuk. Terus sudah hanyut dalam mimpi indah.

Jam 6 pagi dah kono bangun. Perlu ado di Cheras pada jam 8.00pg. Ado majlis dokek dewan serbaguna di Cheras tu anjuran persatuan polis. Ceramah motivasi sehari bersama Dato. Dr. Fadzilah Kamsah. Terpakso handle satu gerai di sano untuk mempromosikan iRunding.

Jam 5 petang sudah selesai ceramah motivasi. Maka selesai la tugas eden disano. Man Driver hantar semula ke Metro Inn. Bersiap terus untuk keluar lagi. Kak Salina datang amik. Den bergogas turun. Singgah semayang Magrib di Masjid UPM. Jumpa Spyz dokek sano, den terus bagi gambar dan vcd yang memang di bawo untuk dio. Kebetulan jumpo di situ.

Diman datang. Kami bertolak ke Istana Budaya untuk menonton majlis penutup Festival Musik Kuala Lumpur. Memang memuaskan hati eden. Lagipun ini pertamo kali eden menjojakkan kaki ke Istana Budaya ni. Den kagum juo dongan pemain muzik semuo. Nida dah sediokan tompek utk kami. Dok kat kawasan press. Thanx to Nida. Lain kali lotak den dopan2 sekali yo..nak snap ketiak pengetuk gondang tu.

Lopaih dari menyaksikan persembahan, aktiviti seperti biaso. Melantit. Lokasi pilihan kali ini adalah restoran thai yg diberi namo Sri Niara Restaurant yang terlotak di Taman Melawati. Kehadiran adalah seramai 12 orang semuonyo. Ingin tahu siapo, jengok ajo dokek SINI.
Meriah juo. Seperti biaso kalau turun melantit di KL, den cubo memayungi majlis setakat den mampu. Itu berkat dari oustation la tu. Sapo kato jadi 'bangla' takdo rezeki?

Majlis lantit Melawati bersurai, Superdiman hantar kami (den dan kak salina) dokek 7-eleven tompek Kak Salina tinggalkan keta. Selopaih panaskan enjin, kak salina antorkan eden balik ke Metro Inn. Thanx to Kak Salina sudi amik dan antor balik sampai kol 2.30pg tuuu..

Esoknya. Bangun pagi lagi. Tukar tempat promosi. Pergi ke Permata. Kolej Latihan Perindustrian Petronas di Bangi mungkin. Tiada apa menarik melainkan majlis High Tea. Penceramah juga adalah Fadzilah Kamsah. Sempat masuk ke dalam menjamah juadah.

Man Driver antorkan. Singgah kat tasek serdang mengambil seseorang. Bawa sekali pergi KL. Sempat juga jalan2 sekitar KL. Pegi ke Time Square mencari aksesori kamera. Jumpa tu memang jumpa tapi harga membuatkan den telan liur. Wide Converter untuk digicam eden itu berharga RM1k++... tidak mampu. Cuba tanya Circular Polarizing Filter (CPL), size 72mm memang ada tapi kedai itu mau cekik darah eden. Mau jual dongan harga RM200++. Den tidak mau sbb budget lari. Akhirnyo kedai itu jual dongan harga RM150 sahaja. Den congak2 hasil dari survey, sudah murah itu. Apatah laie CPL itu berjenama Tamron.

Mau naik cab dari Time Square ke Puduraya jika amik dari kaunter, mereko mau charge RM8. Padahal tadi den naik dari Puduraya ke Time Square tu cuma RM3.. cis..cekik darah jugo yer kaunter taxi di KL ni ruponyo.

Dia suggest naik LRT sebelah Pudu Jail. Yakin yang amat dia kat situ ada Lrt Star. Jalan kaki dah sampai dokek dengan stesen monorail, baru teringat situ mana ada lrt. Adus..dapat penat saja. Peluh dah merecik membasahi kemeja lengan panjang eden. Gaya plak macam salesman baru balik jual barang. Hahaha..

Last-last jalan kaki saja. Tahan taxi tengah jalan. Hantar ke Puduraya cuma RM2.40 tapi orang kayo seperti eden cakap " keep the change".. ( riak ). Driver cina itu senyum tawar. Mungkin sikit sangat bakinya. Elehss..cukup la tu.

Dia hantar eden di Puduraya sampai naik bas. Dia lambai den lambai. Dia sudah hilang dari pandangan. Den lentokkan kepala lalu ilang dalam kegelapan suram lampu bas.
Sampai di JB sekitar jam 2 pagi.

Jawatan


Kalu orang pogang duo jawatan dalam satu syarikat itu perkaro normal. Kalu orang itu pogang 5 atau lebih jawatan dalam satu syarikat plak, itu perkaro kurang normal. Bukannyo takdo tapi jarang sekali berlaku. Itu pun bergantung pado nasib badan.


Kalu orang tanyo eden kojo apo, den akan jawab kojo syarikat IT. Bukan eden tak paham soalan tapi eden terpakso jawab camtu. Den taktau nak jawab kojo sebagai apo. Yang den tau den kojo dokek syarikat IT. Jawatan eden adalah tergolong dalam kategori kurang normal.


Di syarikat, den di bawah bahagian Pemasaran. Tugas itu belum mencapai seratus peratus laie pelaksanoannyo. Den takdo pengalaman terpakso mulo dari bawah, macam budak masuk tadika. Kojo eden jumpo client, dapatkan projek, submit sebuthargo dan berurusan dongan pembekal. Semuo den lakukan tanpo tunjuk ajar. Jadi eden main redah ajo la dongan kemahiran terpendam. Kalu dalam borang sebuthargo, bawah sekali ado tandotangan eden dongan jawatan 'Pengurus Pemasaran'. Hahaha. Lawak.


Selaku 'Pengurus Pemasaran' (incik manager), kono la jugak jadi tukang amik surat dan pos surat (mat despatch), tukang angkat, ambik dan antor barang (mat courier), tukang potong kertas dan photostat (mat opisboy), tukang jawab/buat panggilan (mat telefonis) dan tukang sapu/vacum sampah (mat cleaner). Hahaha. Lawak.


Malah tugas penting selaku 'Pengurus Pemasaran' juo adalah meng'godek' komputer yang tahapnyo layak dibuang ke lombong (mat technician). Godek la dimano ajo yang patut pergi godek. Di rumah client? Di opis? Di sekolah? Di jabatan kerajaan? ataupun Di Lombong tinggal?? Kalu kono gayo godek, lego separuh nyawo. Kalu godek punyo godek tapi masih bangsat juo komputer itu, mau eden angkat dan hempaskan ke lantai. Hahaha. Lawak.


Mau tau lagi apo tugas 'Pengurus Pemasaran'.? Ada.. tugas ini jarang-jarang sekali diberi. Tukang memandu untuk perjalanan jarak jauh(mat drebar). Yang ini takpo sobab den gomar memandu tetapi kekadang jiwo kacau jugo bilo semuo makhluk terlentok kiri kanan. Yang tinggal eden terngango-ngango menguap sambil menahan mato dari tertutop. Kalu tutop, sudah pasti semuo sekali golap gelito takkan cerah-cerah laie. Hahaha. Lawak.


Haaa, lawak pun lawak juo. Tapi saksikan kawan-kawan. Adakah ekorang sudah percayo ado orang yang pogang bukan ajo 5 tapi lebih jawatan dalam satu-satu syarikat itu. Mungkin di luar sano pun ado laie orang yang samo seperti eden. Kalu katakan 5 jawatan itu ado pekerjonyo, sudah tontu jumlah gaji untuk 5 jawatan itu mencocah empat angko bermulo dongan angko 5. Percayo tak? Dah boleh beli bungalow dan kereto mewah tu.


Tapi, inilah realiti kehidupan. Tiado yang sonang untuk dikecapi dongan sekelip mato. Mungkin sekarang 5 atau lebih jawatan. Siapo tahu mendatang dongan satu jawatan, dongan air liur bersembur ajo mampu untuk menikmati angko 5 di dopan. Hahahahahahaha. LAWAK.





Pepatah Melayu : Paksa terkukur padi rebah, paksa tikus lengkiang berbuka.
Ertinya : Seseorang beroleh keuntungan dengan tiada berpenat lelah.

VCD + 8R Photo-print Projek Basah 2.0, Jiwa Kental

JIWA KENTAL DI KEM LAMBAIAN DANAU

Koleksi foto-foto Projek Basah 2.0, Jiwa Kental di Kem Lambaian Danau (KLD) akan berada di pasaran sedikit masa lagi.

Terbitan sulung dari AyAres Production ini adalah kesinambungan dari Pak Beruang Production namun begitu koleksi ini serupa tapi tak sama dengan koleksi Pak Beruang. Jika Pak Beruang menyajikan video, terbitan kali ini menyajikan koleksi foto-foto yang kaku tetapi mampu menceritakan segala kenangan indah di dalamnya. "ada feel gitu bila menatapnya"..bak kata Bean Seng.

Ok..Koleksi versi sulung ini memuatkan sejumlah 400 foto yang di'snapklik' dari Lensa AyAres, beberapa jumlah lagi dari Lensa Tok Rimau, Lensa ND dan dari Lensa Mar yang berjaya dikumpulkan. Pada hari kejadian den berusaha agar tidak terlepas dari setiap aktiviti supaya dapat diabadikan kenangan manis itu dalam koleksi foto ini..
Bak kata De5lin : "Ayares macam bukan dari GEJU. Macam cameraman yang di datangkan khas tuk mensnap semua pixar menarik semasa projek basah 2.0. Tahniah ayares aku sure hasilnya hebat!"

Apa lagi ada dalam CD??

Oh yer.. Pak Beruang bagi idea agar dibuat slide show seperti movie. Agar sesiapa yang memiliki vcd ini boleh menayangkan kepada sanak-saudara, jiran-jiran dan ketua kampung dengan memasangnya di vcd player. Bila mereka tonton, sudah tentu jiwa mereka kacau, mereka mau join Projek Basah 3.0 nanti. Ini juga salah satu promosi untuk projek basah akan datang.!!
2 tahun lagi?? tidakkk... jiwa kacau..jiwa kacau...

Extravaganza!!

Selain itu, pakej keluaran sulung ini datang bersama dengan photo-print bersize A4/ 8R siap LAMINATE sekali. Sekeping photo-print 'mereka-mereka yang berjiwa kental' telah dapat diabadikan. Boleh diletak dalam frame lawa-lawa dan gantung di ruang tamu rumah. Sudah pasti lepas ni sesiapa yang terpandang foto itu berjiwa kacau dan mau join projek basah. - photo-print ini tidak la superb hasilnya, namun setelah diedit dan diprint dengan pencetak berenjin jet laser, hasilnya amat memuaskan hati eden. Harap ekorang pun berpuas hati sama.

Apa lagi??
Ada software ACDSee 6.0. Software untuk photo preview dan photo editor. Mungkin rata-rata dah ada software ni tapi disertakan sekali kepada mereka yang belum ada. Harap ia berguna untuk mengedit gambar kesukaan anda untuk dibuat 'kertas dinding' dikomputer anda.


BERAPA RINGGIT BANG??


VCD Koleksi Foto ( 400++ pic, movie, software ACDsee ) + Photoprint 8R Laminated ( foto seperti diatas ).
kira-kiranya lebih kurang begini.
1. VCD = RM5
2. Photoprint = RM5
3. Pos Laju = RM5
---------------------------------
Total = RM15 sahaja

*harga adalah terkawal setelah perbincangan dari 4 penjuru orang-orang atasan dan orang berpengalaman.

Oh yer.. ada pakej-pakej untuk memudahkan ekorang buat pilihan hati dan pilihan poket.

Pakej Superb :
- VCD + Photoprint + Pos Laju = RM15

atau
Pakej A :
- Sape yang taknak photoprint, leh amik VCD + Pos Laju = RM10

atau
Pakej B :
- Sape yang taknak VCD, bleh amik Photoprint+Pos Laju = RM10

atau
Pakej C :
- Sape yang taknak pos, bleh amik VCD+Photoprint = RM10 ( by hand masa kenduri pak beruang atau datang amik sendiri di JB )

atau
Pakej Jiwa Kacau :
- Sape yang Taknak Langsung, PASTI akan JIWA KACAU.!!!!


NAK ORDER CAMNE??
simple 3 steps:

1. Isi nama ekorang kat SINI ni. Ikut seperti contoh ye kawan-kawan.

2. Bank-in bayaran mengikut pakej yang korang pilih ke akaun AyAres Production seperti berikut :
Maybank : 1013 0202 0649
Fullname : Abdul Rahim Sulaiman


-jika by hand, sediakan bayaran secukupnya. Eden takde duit tukar.

3. Tak perlu bukti, eden percaya kawan-kawan di Geng Jurnal. Cuma perlu inform pada eden bila ekorang bank-in dan jumlahnya. Sambil tu inform sekali alamat ekorang untuk penghantaran oleh Pos Malaysia Berhad.
Hantarkan ke alamat email ni ye kengkawan : imayus @ yahoo. dot. com

Jika ada sebarang kemusykilan, guna ym saja. ym! id eden ialah : AyAres151


Lihat apa kata merekaaaa!!

Pulut Itam :
P/s: Den nak mintak satu jangan lupo yo kalo tidak jiwa kacau tak aman dan tenteramm.........heh heh heh....!!

Tok Rimau :
Tok nak order gambar tu 8R satu + semua gambar burn dalam CD. Nanti tok bayar dgn nasi berempah ayam panggang restoran gelas besar Singgora.

Kak G :
ayares, nnt burnkan gambo bagi akak, leh ? bgtau kosnya yer. tq

Mushroomcute :
nak, mush nak cd tu...lagi satu tak puas hati....sapa aaaa yg dpt gelaran Raja Botol tu eekk?..heheehhe

Basri :
1 gambar yg special tu 8r + 400 lebih gambar dalam burn CD + VCD harga berapa2 pun aku bayar.. terima kasih kawanku kerana sokongan mu, ce ce ce heheh

Salina :
hendak.dah siap nnt runding lain. tq. and thanks bagi akak peluang klik snap gunakan toys baru ko yek.jaki sungguh aku ini. hehehe.

Mar :
ayares, den pun nak gambar 8r & CD gambar tuh.

De5lin :
den nak gak !!



Sekian.. entry promosi tahap sakit urat belakang dari eden. Nantikan kemunculannya minggu depan.!!!

p/s : jika tak setuju dengan harga pasaran itu, kemukakan bantahan. Jika tidak, beli saja yg cetak rompak atau anda cetak dan rompak sendiri.

Laporan Projek Basah 2.0, Jiwa Kental.


*amaran awal - entry ini terlalu panjang, mungkin membuatkan anda muntah. AWAS!!!

Den teruja, den tercabar dongan promosi KLD dan akhirnyo den nekad untuk meng'kental'kan jiwo den di KLD. Den sahut cabaran demi cabaran walaupun den tau banyok kojo yang harus den selesaikan. Den tak kiro, den nak cuti jugak walaupun dah tontu pado 17hb tuh ado event bosar dokek KL yang company eden laksanokan. Nasib den baik bilo den mintak cuti dan terus diluluskan memandangkan den pun kurang diperlukan dokek event tu. Dan nasib baik den tidak 'bertukar ke department lain' memandangkan company eden takdo department.

14hb April, den terus amik bas dari JB pado pukol 8.oo mlm dan sampai di Melako Sentral lebih kurang pukol 10.15 mlm. Pak Bear yang poie amik eden dokek bus stand tu. Kendian terus poie amik Nida dokek resort apo kenama ntah. Kitorang nak poie makan-makan ikan bakar dokek Umbai tompek Penjejak Minda menjago kodai abangnyo. Sambil tu dapek den snap pic kawasan Umbai baru tu. Balik dari situ, hantar Nida ke resort semula dan den ngan Pak Bear balik ke umah sewonyo untuk berehat. Sempat jugo menjadi plumber pado malam tu.

15hb April, pagi ni poie jenjalan dokek Muzium Melaka. Singgah sekojap dokek opis Pak Bear dan beliau bawak eden jenjalan sat dan seterusnyo den jelajah satu kawasan tu sorang-sorang memandangkan Pak Bear ado kojo perlu diselosaikan. Start dari bawah bukit naik ke bukit St. Paul sampai ke bawah balik den tak lopaihkan peluang meng'snap' klik.

Tongahari, Pak Bear amik den dan terus balik ke umah beliau dokek Kampung Selandar dongan menaiki skuter. Naik kematu bontot eden. Bak kato Pak Bear. " Solang 10 minit den ekjas bontot..".

Kitorang poie amik van nak angkut ramai laie untuk poie KLD. Ekorang dah nengok pic van dokek blog Pak Bear? Haha, itu la van ayahanda Pak Bear. Lopaih solat Jumaat ( den tak poie solat Jumaat, musafir ) lunch sat umah Pak Bear dan baru memulokan perjalanan untuk mengangkut penumpang kasih Pak Bear. Memulo poie ke resort amik Nida. Call Kak Ros ingatkan dio ado dokek tiang bendero bosar dokek Ayer Keroh tapi ruponyo dio turun bas dokek Melaka Sentral daa. Terus Pak Bear pecut van ke Bandar Melaka.

Kelihatan Kak Rosram bersamo 2 orang laie iaitu Kak Yah ( kakak angkat kak ros ) dan Ajun@Nadia ( adik kak ros ) melenggang kangkong menuju ke arah van dongan senyuman manis kelat akibat dokek 3 jam menunggu kitorang menjemput mereko. Perjalanan pun diteruskan menuju kearah Jasin.

Pertongahan jalan ujan lebat amat. Den sompat msg kat Basrie memberitahu sampai lewat skit disobabkan van terpakso dibawo secaro berhati-hati. Dah tengok sebuah kereto dan sebijik van torjun dalam parit akibat terbabas mungkin sobab jalan licin. Akhirnyo bonar kato pepatah.. "biar lambar asalkan selamat". Kitorang sampai dongan selamat ke tapak Kem Lambaian Danau ketiko ujan dah mulo nak reda.

Kelihatan beberapo orang geju dan rakan-rakan sudoh ado di dewan menantikan kehadiran kawan-kawan yang lain. Selopaih bersalaman, den pekono nescafe untuk memanaskan badan dan menghilangkan haus. Takmoh lopaihkan peluang, den capai dc eden dan 'snapklik' pun bermulo. Pak Bear dan ND dongan videocam mereko. Satu persatu den snap gelagat dorang. Potang itu selopaih Pak Let ( tokei kem ) memberikan ucapan aluan, terus ready untuk aktiviti pertamo.

Yer.. Lari Berhalangan. Den pakai baju bersih yang den sayang. Den lupo nak bawak baju yang takmoh pakai laie dah. Ah..bantai ajo janji den dapat join aktiviti ni. Semuo halangan den berjayo lopasi. Haa.. tu la untungnyo orang berbadan ringan cam eden nih. Cian pado Basrie kerano terjatuh dan ketiaknyo terkono besi. Lebam woo. Macam kono 'lovebite' katonyo. Lopaih ajo abis larian berhalangan, apo laie kalu tidak ber'dugong-duging' ke dalam tasik yang luas itu. Macam-macam aksi yang dorang dugingkan. Terbang, melompat, berenang, menyelam dan 'bersimpuh ayu'. Kesian dokek ND sobab kakinyo tercucuk paku maso dokek jeti. Darah tak henti-henti kuar membuatkan beliau terpakso berhenti dari mendugongkan diri.

Tok Rimau sampai sorang diri dari Lumut, Perak dongan boban yang banyak macam pegi outstation sebulan. Haha. Katonyo sampai2 ajo dah disapa dek hantu gadis senjo yang manis.

Malam. Makan malam yang best saat badan penat dan perut lapar. Krew di dapur kem memang masak best utk kitorang. Nasi lauk ayam, telor dan sayur taugeh memang menyelerakan. Den nak tambah nasi tapi ingat pado kawan-kawan dibelakang takut tak cukup plak karang. Ketiko ini Superdiman, De5lin dan Mar pun tibo.

Ice Breaking malam nih. Dibahagikan kepado 3 kumpulan iaitu Merah, Kuning dan Hijau. Kumpulan merah memilih namo C'Merah Padi, kumpulan kuning plak dongan namo Morrok dan hijau memilih namo Dugong Bersimpuh Ayu. Den masuk kumpulan C'Merah Padi dongan ketuonyo Pak Bear dan ahlinyo terdiri dari Bean Seng, Aziz, Kak Ros, Langsatz, Mar, Munirah dan Yatie. Motto kumpulan eden plak 'Nyalaan Keterujaan'. Dan logo kumpulan kitorang mempunyoi sebijik cili padi merah dan dua tangkai padi serta logo KLD. Cili padi melambangkan walaupun kecil tetapi bisanya sungguh menyengat, hangat. Dan tangkai padi yang menunduk melambangkan resmi padi, "makin menunduk makin berisi". Dan strategi kitorang adalah jenis yang makan dalam senyap. Tak perlu kecoh-kecoh tapi bleh menang. Dan akhirnyo kitorang berjayo membuktikan kumpulan C'Merah Padi memang menyengat kerano tolah menggondol tempat pertamo keseluruhan.

Kumpulan masing-masing menunjukkan 'cheers' yang semuonyo amat mengagumkan. Memang kreatif sungguh paro gejuis dan tak kering idea. Kemudian permainan Raja Botol. Nombor yang berkaitan dongan tujuh akan diganti dongan perkataan 'Botol'. Kat sini lawak yang amat bilo tipah ( adik tok rimau ) menyebut 'dua puluh totol' bila dah kelam kabut untuk menggantikan nombor 28. Satu dewan tergolek2 menahan golak sampai nak terburai isi perut. Akhirnyo tipah@iefa mendapat golaran 'Tipah Totol'. Seterusnyo permainan kuiz dan kumpulan kami dapat menjawab dongan pelbagai kaedah penyelosaian.

Night Walk, aktiviti yang mencabar jiwo kental peserto. Para fasi membawo kitorang meredah kepokatan malam menyaksikan bintang-bintang bertaburan di langit. Den dapat peluang melihat satu 'tahi bintang' yang meluncur walaupun sekejap. Teringat maso zaman sekolah dolu cukup minat lepak di padang sekolah semato untuk melihat 'tahi bintang' di langit.
Kendian kitorang berkumpul dokek satu tokong cina dan cabaran jiwo kental pun bermulo. Para fasi dah mulo mengambil tempat memainkan peranan. Peserto pun di lopaihkan satu persatu untuk jalan kaki balik ke kem sejauh 1km. Nesloice merupokan peserto pertamo yang dilopaihkan. Den dah tak sabor nak jalan dolu memandangkan mato dah ngantok, badan ponat dok berdiri tunggu turn. Bilo dilopaihkan, den sonyap ajo jalan balik. Meromang juo bulu tengkuk eden tapi dah ado pengalaman maso dolu, jd kuatkan ajo semangat. Sampai dokek antu jadian, den memulo tak nampak kain putih. Yang den nampak orang yang dok kibarkan kain putih tu. Lopaih tuh baru perasan yang orang tu dok kibar kain cadar putih. Den siap sembang laie dongan antu-antu dokek situ. Tapi dokek simpang yang Pak Let cakap tu yang den gerun gilo. Den ingatkan anjing dok tongah jalan tu sobab nampak bayangan golap semacam jo, ingat nak baling dongan batu, tp seb baik 'antu' tu poie berdehem. Kalu tak sio-sio jo malam tuh ado fasi yang bongkak dahi kono baling batu. hehehe. Akhirnyo den dah nampak cahayo lampu kem. Fuh.. dalam ati berkato. Kental juo jiwo den yo.

16hb April, den terlajak tido disobabkan semalam ponat night walk. Bangun ajo dorang semuo dah abis ber'jogging' dan sarapan. Den terus bangun dan gosok gigi, basuh muko baru poie sarapan. Dorang semuo dok tercari-cari mano den poie. Ingatkan dah tido dongan antu dah semalam.

"Berakit-rakit ke tongah danau, berenang-renang di tepi jeti". Haa..itu pepatah baru yang sesuai utk digunokan dokek KLD. Setiap kumpulan kono buat 2 rakit. Rakit kumpulan eden jenis konvensional tapi ternyato mampu mengalahkan semuo rakit-rakit yang ado yg dikatokan aerodinamik la, aerodelantit la. Sebonarnyo awal-awal laie Pak Let dah gitau yang memang rakit kitorang yang nampak paling stabil dan akan menang. Masin mulut Pak Let, memang rakit eden bersamo Bean Seng, Langsat dan Munirah yang monang tompat pertamo dalam perlumbaan itu. Lagi satu group kitorang monang tompat ke 4. Tuh la den kato, kecil-kecil cili padi.

War Game, potang plak ado aktiviti porang. Dah sampai tapak porang, ujan turun. Terpakso undur balik ke kem. Layan lagu ramai-ramai sambil ND mengasah bakatnyo. Sambil tu den tak lopaihkan peluang meng'snapklik' gelagat dorang yang jiwo kacau akibat terbantut tidak dapat berporang. Tunggu punyo tunggu ujan sudah reda. "Inilah barisan jalan, yang ikhlas berjalan" mulo bergorak ke tapak pertempuran. Setiap kumpulan dah dibekalkan dongan peluru iaitu 'telor' lobih kurang 17 biji. Syarat pertempuran, mesti meniarap dalam air lumpur. Tidak boleh nampak dada. Kumpulan Morrok dan Dugong mendapat satu mata. Seperti yang dikatokan, C'Merah Padi akan makan dalam senyap. Last minute kumpulan eden monang dongan 2 mato setolah pihak lawan kehabisan peluru. Taktik siapo copat dio dapek berjayo diadaptasikan dalam peperangan ini.

Barbeque, den kelambatan laie dongan Pak Bear. Bukan apo dok prepare dc eden dan Pak Bear dok prepare vc dio untuk digunokan sepenuhnyo malam ni bagi slot sketsa. Ado ikan bakar dah tinggal sekor. Den bantai kepalo ikan cecah air asam. Nida amat gomar akan kepalo ikan, abis diratahnyo.

Sketsa, kumpulan Morrok melakonkan sketsa di Syed Bistro tontang realiti jiwa kacau sebelum ke KLD. Yang lawak tang Tok Rimau jadi Wkdin dan Wkdin berlakon jadi Tok Rimau. Attok jugo lawak dongan gayo Basrie meraut muko akibat jiwo kacau.

Kumpulan C'Merah Padi dongan sketsa The Apprentice dongan Pak Bear menjadi Dollah Trumpet. Den plak jadi pembantu Pak Bear bersamo dongan Kak Ros. Yang menarik kerano Dollah Trumpet memecat den ngan kak ros gara-gara jiwo kacau akibat bercinto dan saling cemburu.

Kumpulan Dugong paling mantap sketsa dorang. Lakonan Pulut sungguh menjadi dan jelas sekali jiwonyo kacau. Tang garu-garu bontot tuh lawak tu. Kak Yah selaku isteri Pulut menggondol pelakon wanita terbaik kerano berkesan sungguh wataknyo sebagai veteran. Watak Diman memang menarik perhatian sebagai sorang yang lembut. Nesloice plak selaku sorang gay yang terjebak dongan hubungan homoseksual bersamo Diman. Tok Imam Masjid Negar, Basrie tolah menangkap pasangan homo itu dan membawo mereko ke rumah Pulut. Makin riuh la jadinyo dan makin kacau jiwo si bapak Nesloice tu. Ah.. sempat ke Pak Bear dan Wkdin shot sketsa ni. Kalau la sempat.. fuh..mantap.

Para juri adalah terdiri dari fasi-fasi dan Kak G untuk memberikan komen mereko dongan sketsa yang dipersembahkan. Akhirnyo kumpulan Dugong Bersimpuh Ayu menggondoli tempat pertama kerano mesej mereko sampai dan mudah difahami oleh para juri.

17hb April, Kayak Safari.
Aktiviti ini membonarkan eden membawo kamero kerano keadaan kayak selamat dan 90% tidak akan terbalik. Fasi kato sesapo yang dapat terbalikkan kayak tu la yang terel sebonarnyo. Bak kata Pak Bear, kami skip laluan yang susah dan berlagak ada lesen bosar sebagai cameraman. Lagak kitorang macam cameraman National Geographic. Tak cayo tanyo Tok Rimau. Buktinyo tolah di snap oleh Tok Rimau akan aksi den ngan Pak Bear. Banyak juo pic kayak yang den dapek 'snapklik' kan termasuk la pic 'mangkuk monyet' kegomaran Mar.

Selopaih berkayak, dugong duging buat kali terakhir sebelum mengemas barang-barang. Semua barang dah di kumpulkan dokek dewan dan penutup aktiviti diadokan di situ. Pak Let yang sibuk kerano ramai peserta lain datang sempat meluangkan maso untuk sesi penutup. Geng Jurnal menyumbangkan sumbangan kecil kepado fasi-fasi KLD.

Last sekali, bergambar beramai-ramai. Den pinjam tripod Pak Bear sekojap dan den setting yang paling bosar punyo size agar dapat digunokan untuk print size 8R nanti. Yer..semuo sekali nampak jelas dalam gambar tuh. Sapo-sapo yang inginkan pic ramai2 maso last2 tu, tinggalkan dalam komen dibawah ni pesanan anda. Den akan usohokan bersamo Pak Bear untuk mengedar vcd yang terkandung sejumlah 400 gambar-gambar sepanjang Projek Basah 2.0, Jiwa Kental di Kem Lambaian Danau.


p/s :
Terima kasih terutama kepado Pak Bear yg menumpang kasih, pengarah projek dan ajk-ajk, peserta2 SEMUA yang menjayakan projek basah 2.0 , kepado Kak G dan Pak Let serta fasi-fasi yang terlibat dan bertungkus lumus memberikan yang terbaik dan terima kasih kepado my DC Panasonic FZ20, kerano mu dapat ku abadikan kenangan indah ini.

Related Posts with Thumbnails