1.11.08

Cafe Agung

Dolu.
Sering membaco tontang Cafe Agung di blog incik Ubie.
Perihal wargo cafe dan suasano persekitarannyo.

Potang itu hujan renyai.
Seronok jugak kalau dapat pekeno nescafe tarik.
Singgah sekojap selopeh selosai urusan di fakulti Rasso.
Perut masih kosong. Mintak di isi.
Tapi melihatkan lauk pauk yang sudah lunyai.
Hilang selero nak makan.
Tongkat ali CNI juo lah jadi peneman.

Sehirup tongkat ali. Senafas sedutan oksigen.
Menghela dan tersekat di dado.
Memandang jauh ke dopan.
Mato bagaikan memerhati jejaring tennis court.
Namun fikiran melayang entah kemano.

Barangkali. Jiwo ini masih tidak bersatu dengan jasad.
Barangkali masih merayau mencari kedamaian.
Ku mohon. Kembalilah jiwo ku.
Penuhi jasad keding ini.
Mogo ese terus tabah dan kuat.
Mengharung liku kehidupan ini.

31.10.08

Tangisan

Kalau lelaki menangis.
Ado orang kato, tak gentle.
Ado orang kato, lombik.
Ado orang kato, lomah.

Walau apo pun orang kato.
Tangisan itu bermulo dari hati.
Hanyo manusio yang takdo hati perut yo.
Yang sukar nak titiskan air mato.
Hanyo manusio ego meninggi yo.
Yang akan menahan air mato dari gugur.

Ese. Punyo hati dan perasaan.
Dan ado beberapo perkaro buek air mato ese gugur.

Pertamo perkaro yang melibatkan keluargo.
Ese tidak suko permasalahan dalam keluargo.
Kalau dimarah atau marahkan adik beradik.
Pasti bergonang yo air mato ese.
Begitu jugak jiko melibatkan parent ese.

Keduo melibatkan orang yang disayangi.
Ese mudah tersentuh hati.
Kalau bermasalah atau ghaso nak marah.
Ese akan copek sedih dongan apo yang berlaku.
Dan ese akan sedih atau mengalirkan air mato.
Selopeh ese melopehkan kemarahan.

Ketigo. Saat ese menghayati drama mahupun filem.
Sorang diri. Yang melibatkan kisah keluargo.
Macam citer anak yang tak mengenang budi serto menderhako dokek parent.
Atau macam citer Hindustan melibatkan perpecahan dalam keluargo.
Terutamo citer lakonan Shah Rukh Khan. Memang tersentuh betol.
Atau macam citer si isteri yang menderhako dokek suami.
Yang buat suami menderito dan melayan macam bangkai tak bernyawo.

Ontah kenapo semuo itu membuatkan hati ese copek tersentuh.

29.10.08

Sakit

Sakit dado datang tibo-tibo. Tahan.
Saat menghirup teh-o panas di warong kelate.
Di hujung sano riuh wargo mudo menonton bola di Astro.
Tidak memperdulikan mejo di tepi jalan.

Duo lelaki kacak berbual. Lamo sudah tidak jumpo.
Pelbagai cerito keluar. Selang seli dongan umpatan seperti biaso.
Terkadang terhibur dan ghaso macam kono geletek yo.

Sakit semakin datang mencucuk.
Harus pulang berehat dolu.
Bangun dipapah lantaran sakit yang amat.
Kereto dipandu laju. Menuju destinasi.
Jalan sosak di tongah kota metropolitan.

Panik. Dunio sudah golap. Mata terpejam rapat.
Walaupun panik. Harus gagahkan juo menuju destinasi.
Mencari dimano harus di tuju tatkalo malam di kemuncak.
Mencari tompek mohon bantuan kecemasan.

Tidak sompek pun jumpa. Dunio cerah kembali.
Menyusur ke bawah tanah. Mencari lot kosong.
Terpapah memanjat ke tingkat teratas.
Terbaring lesu. Menahan kesakitan amat.

Berlari laju turun kebawah. Mengah.
Mencari sumber penawar.
Buat menahan kesakitan.
Dan jumpa di ruang 24 jam.

Selak dan sapu dan urut.
Sedikit lego teghaso.
Nyenyak dalam baki kesakitan.

28.10.08

Handphone

Sudah lamo ese nk tulih pasal ini.
Tapi tetibo ketiko blog hopping dari blog Moqh.
Ese jupo dongan
blog Tunang Adinang ni.

Apo yang beliau tulih. Menarik perhatian ese.
Dan ese kagum dongan pendirian beliau.

Dolu. Ese pun seperti yang beliau tulih.
Maso zaman mudo-mudo dolu lah.
Tapi sudah lamo ese tinggalkan tabiat itu.
Dah sodar tabiat buruk itu bakal merosakkan hubungan.

Seperti ditulih dalam blog itu.
Kepercayaan lebih penting.
Terpulang pado empunyo handphone mahu call atau sms dongan siapo.
Yang penting mereko tahu status mereko dan tahu menjago hubungan itu.
Tanggungjawab itu lebih penting daripado segalonyo.

Kalau check jugak. Alih-alih akan menyakitkan hati sendiri.
Kan menyerabutkan otak gitu.
Boleh bikin otak penat kan?

Dan yang lagi parah. Mungkin bakal mengakibatkan pergaduhan.
Dan seterusnya bakal menghancurkan suatu hubungan itu.
Takkan kalian mahu begitu sepanjang maso.



27.10.08

Kirawang

Kira. Sekali.
Tokan papan kekunci.
Kira lagi. Dua kali.
Tokan papan kekunci.
Kira lagi. Tigo kali.
Tokan papan kekunci.
Kira lagi. Ompek kali.

"hoi, berapo kali mau kira hah?"
"bukan banyak pun duit tu, pun berkali-kali nak kigho kor?"
"fokus lah sikit, jangan dok buek kojo sambil borak lorr"

Sorgah mamat kurus keding dokek pegawai kat kaunter Eon Bank tu.

24.10.08

Prebet Sapu

Sapo kato idup sorang prebet sapu itu susah?
Prebet sapu boleh dapat pendapatan dokek RM4000 sebulan.
Boleh dikatokan agak mewah bagi masyarakat dokek luar bandar.

Jeman. Sorang pemudo yang terkonal dongan sifat kedekutnyo.
Memulokan kerjayo 'prebet sapu' sekitar 80-an.
Sekitar umurnyo pertengahan 20-an.
Bermulo dongan sebuah Van Nissan C-20 sekenhen.

Setiap hari.
Mengambil dan menghantar masyarakat ke bandar Tanah Merah.
Rata-rata penduduk sekitar 90-an tidak punyo kenderaan sendiri.
Jadi prebet sapu merupakan satu-satunyo pilihan.
Kerano kampong ese ni belum ado kemudahan bas mini.
Tambang sekitar 50sen bagi kanak-kanak dan RM1 bagi dewaso.

Selain menghantar masyarakat kampong ke bandar.
Jeman jugak bawak budak sekolah antar ke sekolah-sekolah sekitar bandar.
Jarak sekitar 5 - 10km dan terdapat beberapo buah sekolah.

Dolu. Ese salah sorang penumpang van buruk merah milik Jeman ni.
Samado ke sekolah mahupun nak poie bandar.
Jeman. Rumahnyo terlotak boto-boto dokek dopan umah ese.
Jadi setiap pagi, ese lah orang terawal naik van untuk ke sekolah.
Dapek lah duduk dokek seat dopan.
Semuo pakat nak berobut duduk seat dopan.
Sobab seleso dan tak perlu tersumbat macam sardin.

Ponah sekali. Pintu tongah van buruk merah tu jatuh terseret di jalan.
Abih satu van golak berdekah. Garo-garo sifat kedekut Jeman yang takmau baiki.
Sentiaso katonyo masih elok. Nak tunggu van tu roboh barangkali baru nak baiki.
Sudahnyo, budak duo tigo orang dok tepi pintu tu tolong pegang kuat-kuat.
Nasiblah maso tu waktu mau pulang dari sekolah.
Kerano sifat kedekut Jeman jugaklah, sampaikan seat dah tinggal besi pun tak dibaiki.
Sampai lenguh dan sakit bontot duduk kat atas bosi seat.

Bayaran dikiro bulanan. Jugak mengikut jarak dari rumah ke sekolah.
Kalau ese, maso ese sekolah rondah. Bayaran sekitar RM15 sebulan.
Tetapi bilo dah sekolah menongah. Arwah ayah dah belikan sebijik motor Honda kat ese.
Jadi dah tak naik van buruk merah tu laie.

Berkat kojo Jeman yang sungguh-sungguh.
Dan atas sifat kedekut Jeman.
Dio dah dapek simpan duit banyak-banyak.
Dan dapeklah dio beli sebuah van yang lebih elok.
Van Delica yang lobih bosar sikit ruangnyo.
Dongan van tu, makin ramai lah boleh di-sardin-kan.

Rezeki Jeman makin bertambah dari hari ke hari.
Berkat kesabaran Jeman dan ketabahan dia.
Walaupun sedikit kedokut.
Tetapi akhirnyo beliau dapat membeli sebuah bas sekolah.
Dan sudah berdaftar dongan JPJ bagi permit membawo budak sekolah.

Pado awalnyo Jeman masih membawo prebet sapu dongan van Delica.
Sesudah menghantar budak sekolah pada waktu pagi.
Tetapi lama-kelamaan, waktu dah tak sompek laie.
Kerano waktu persekolahan pun dah makin berubah.
Ada yang kelas tambahan dan ko-kokurikulum dan sebagainyo.

Akhirnyo Jeman menjual Van Delica dan tidak lagi membawo prebet sapu.
Dio cumo fokus membawo bas sekolah yo sekarang.
Hasil jualan Van Delica itu, Jeman beli sebuah kereto untuk kegunaan peribadi.

Hidup Jeman sekarang tidak seperti dulu lagi.
Dio dah sonang.
Sekarang dah berkahwin
Punyai 3 orang anak.
Tetapi hakikatnyo, Jeman masih jugak kedokut seperti dolu yo.
Kalau mau beli gulo-gulo dokek anak-anak dia.
Dio akan beli 2o sen dan dapat 4 bijik.
1 bijik setiap orang dan sebijik lagi untuk dia.

Begitulah serbo sedikit kisah Jeman, si prebet sapu.

21.10.08

Pak Su Bisu

Pak Su Bisu.
Insan Oku yang sampai sekarang ese tak ponah ambil tau namo sebonar.
Kahwin dongan Mak Su Bisu yang juga Oku dan ado 3 orang anak.
Tinggal dua kali laung dari umah ese.

Tangkas sekali manjat pokok kelapo.
Tanpo ado sebarang bantuan.
Dongan berbokalkan sebilah kapak tajam terselit di pinggang.

Sampai dokek atas. Beliau cantas satu persatu pelopah.
Hinggo abeh semua pelopah termasuk buahnyo sekali.
Togel pokok kelapo tinggal batangnyo yo.

Beliau turun ke bawah.
Minum air seteguk.
Naik semula dongan hujung tali sebosar tigo batang jari tu.
Di ikat dokek hujung batang nun di atas sano.

Beliau turun semula.
Duo tigo orang kat bawah bersedio menarik tali tegang-tegang.
Lalu beliau capai kapak tajam.
Sedia... tarikkkk.

Kapak di hayun di pangkal batang kelapo.
Tak sampai 10 minit, batang kelapo togel dah tumbang.
Dongan kapak itu jugak lah.
Batang kelapo tu di potong pendek-pendek agar senang nak di buang.

Itu dolu-doluan lah.
Zaman ese sekolah rondah.

Sekarang Pak Su Bisu dah punyai Chainsaw.
Dah sonang kojo beliau nak motong batang kelapo.
Tapi tang pelopah dokek atas.
Memang masih menggunokan kapak nan tajam tu.
Masih mengokalkan tradisi memanjat dan mencantas.

Itulah insan Oku yang banyak berjaso dokek wargo kampong ese.

20.10.08

Pengasih

Tok Wan Kadir.
Bomoh terkonal dokek kampong ese.
Jarak rumah cumo sepelaung.
Rumah beliau tompek ese main-main zaman kocik dolu.
Bersamo anak beliau.

Dolu. Maso ese sekolah rondah.
Sambil lepak sambil ese tengok orang datang berubat.
Yang datang bukan orang kampong ese.
Tapi semuo dari luar. Malah ado dari KL mahupun Kodah.
Oh ya. Tok Wan Kadir asal usulnyo dari Kodah.

Kato beliau.

"Kalau nak minyak pengasih, Tok Wan boleh bagi."
"Tapi kono tunggu dah bosar nanti lah. Bilo dah ready nak kawin."
"Minyak pengasih ni tak bulih buat main-main."
"Kalau boto-boto nak kawin dongan orang tu baru gunokan."
"Kalau nak main-main, buruk padahnyo."

Tok Wan Kadir berseloroh dongan ese.
Sambil tunjuk satu botol kocik yo. Mengandungi cecair berwarno kuning.
Terdapat semacam akar kocik di dalam botol tersebut.
Wangi baunyo. Macam minyak atar lobih kurang.
Ontah-ontah digunokan minyak atar untuk buek minyak pengasih.
Itu ese tak tanyo dan tak selidik.

Sapo-sapo yang sentiaso rindu dokek ese tu.
Adakah kalian dah kono minyak pengasih ese?

19.10.08

Hamun

"Yang ekau sibok nak tolong aku kenapa?"

"Aku tak mintak ekau tolong aku pun, menyusahkan jer"

"Sial lah ekau ni. Buat apa ekau nak tolong aku?"

"Ekau boleh tak jangan ganggu aku. Biarlah aku derita pun."

"Biar aku settlekan sendiri. Kau pergi jahanam lah"

Nah. Ponah tak ekorang dimaki hamun.
Dan dipersalahkan kerano kalian cubo menolong orang itu?

Contohnyo kalau ekorang menyaksikan kes ragut didopan mato.
Seorang perempuan jatuh tersungkur dijalanan.
Lalu kalian hulur tangan membantu.
Tetapi alih-alih, kalian dimaki hamun.

"Eh, yang ekau sibuk nak tolong angkat aku kenapa?"
"Kenapa tak kejar peragut tu hah? Bodoh!. "

Apo perasaan ekorang kalau dimaki hamun sedemikian.
Tatkalo niat ekorang yang ingin membantu.

Setongah orang yang bengang akan melopehkan semula tangan.
Membiarkan perempuan itu jatuh tersungkur kembali.
Dan blah macam tu yo. Membiarkan dio dongan keegoannyo.
Tapi ado setongah orang yang sabar.
Akan terus membantu.
Dan cubo mewujudkan keharmonian, kecintaan dan kedamaian hidup.

17.10.08

Penafian

Ado orang terkadang silap paham dongan entri-entri blog ini.
Biar ese buek penjolasan agar kekeliruan itu terungkai.

Blog 1001 MaLaM ini BUKAN 'diari harian' sang kepunden yang suko skodeng.
Tetapi ianyo himpunan, bingkisan, kesimpulan, huraian mahupun repekkan
yang berlaku sepanjang kehidupan sang kepunden saat beliau sodang skodeng.

Ado yang kadang terperasan sendirian.
Ado yang terkadang itu bertanyo soalan pelik-pelik.
Yang buek ese susah nak jawab.
Kerano mungkin bagi mereko, blog adalah 'diari harian'?
Tapi tidak bagi ese.

Terkadang entri yang langsung takdo kono ngono ngan ese pun ese tulih.
Terpulang pado yang sudi bertandang nak menilainyo camano.
Tetapi penafian ini dibuat agar kalian boleh faham dulu sebelum memikirkan bukan-bukan.
Melalui teropong ajaib yang panjang itu.
Sang kepunden akan skodeng apo sajo.
Dan jiko menarik, beliau akan coretkan di blog ini.

Related Posts with Thumbnails