30.4.08

Touch Cannot Go

Kad baru yang di beli, ingatkan dah cukup berteknologi.
Ado sekali ese reload di ATM Machine, Maybank.
Boleh. Baki bertambah.

Tapi bilo baki sudah sedikit. Ese lalu dokek lorong bertando "tambah nilai".
Bilo di hulur kad, tak boleh nak reload.
Kato pekerjo tol, Mix Match.
Minto ese poie tukar dokek pejabat.

Bilo ese poie pejabat Plus. Kerani bagitau system tak dapat baco.
Kalau topup guno ATM Machine, dah tak boleh topup dokek plaza tol.
Pihak Plus salahkan system yang ado dokek ATM Machine.

Dan ese cakap, kalau dah tau sistem belum synchronize.
Kenapo dah nak laksanokan reload melalui ATM Machine.
Patutnyo betulkan dulu system tu baru laksanokan.

Ese amik kesimpulan, walaupun memudahkan.
Tetapi masih ado bendo simple yang menyusahkan.

Technorati Tags:
, , , ,

29.4.08

Sedia

Borang sudah diisi. Gambar sudah diberi.
Tinggal menunggu maso yo.
Maso yang sememangnyo ese sentiaso siap sedio.

Walau apo dikato, apo di ghaso.
Ese totap dongan niat yang satu.

Ya. Satu dan bukan duo.
Adakah kamu jugo sudah bersedio?
Untuk berkawat kaki bersamo ese.

28.4.08

Dr. Love

Di tongah malam, Dr. Love terimo panggilan kecemasan.
Sedang terpisat-pisat mengesat taik mato, Dr. Love lihat screen telipon.
Namo pesakit yang sodang dalam rawatan terpampang.
Mahu apo pado malam-malam buto begini, desis Dr. Love.

Lalu di jawab panggilan itu. Kedongaran pesakit itu menangis teresak-esak.
Serbo salah Dr. Love. Termangu kojap.
Dibiarkan pesakit itu habiskan tangisan.
Saat sudah reda, Dr. Love pun bertanyo.

"Kenapo eh dongan kamu ini, sakit kah? Sudah makan pil penahan sakit?"

"Bukan Doc, bukan sakit. Saya.. saya tensen. Kenapa saya jadi begini Doc?"

Dan malam itu, Dr. Love terpakso menahan tidor demi memberikan
kato peransang buat pesakitnyo. Dan akhirnyo telepon dilotak seiring dengan
tarikan nafas panjang dan ucapan terimo kasih dari pesakitnyo.

Dr. Love terbaring lesu. Turut menghela nafas yang panjang. Tersekat-sekat.

27.4.08

Barah

Mey Hua malu-malu ingin bagitau pado ese.
Katanyo nanti jatuh lah maruah dia.
Kalau orang dapat tahu.
Mana mau lotak mukonyo.

Mey Hua angkat tangan ese.
Lokap di dadonyo sebolah kanan.
Tangan dio menokan tangan ese untuk menokan dadanyo bolah kanan.
Member dokek sebolah terbeliak bijik mato. Tersampuk barangkali.

Teghaso ado benjolan. Keras. Berketul-ketul.
Mey Hua cakap, ianyo menyakitkan.
Kadang teraso panas sejuk mencucuk-cucuk.

Ese tanyo, kenapo jadi gitu?
Mey Hua cakap, tersilap ubat barangkali.
Tak menjadi. Mungkin overdose?

Gara-gara mau cantik dan punyoi tetek yang mungil.
Kini Mey Hua derito menanggung sekso.
Tetek Mey Hua membengkak. Sebolah ajo.
Selopeh menerimo suntikan hormon.
Padahnyo. Sungguh sengsaro.
Mungkin ado simpton barah payudara?


26.4.08

Sendiri

Kalau sudah takdo laie kepercayaan apo-apo.
Ese ghaso perlu menyendiri.
Barang seketika.

Masih banyak dan jauh laie perjalanan idup.
Untuk ese fikirkan. Untuk ese renungkan.
Bukan perkaro remeh mengikut emosi semato.
Untuk melayan perasaan yang entah apokobondo.

Ese bukan laie remajo.
Bukan zaman itu untuk rajuk rayu.
Dan bukan zaman untuk menarik muka masam.

Tidak sekali untuk mengelak.
Bukan jenis diri ini untuk mengalah.
Tidak sama sekali. Juang totap juang.

Namun ese perlukan maso.
Untuk kuatkan kembali.
Semangat untuk terus berjuang.

Kalau yang kita harapkan menyokong.
Turut samo melomahkan semangat kita.
Tidak bekerjosamo dan tidak berkongsi.
Malah membuatkan diri ini bagaikan manusia bodoh.
Apakan dayo laie.

Haruskah ese idup sendiri?
Menghayun kaki menyusuri liku hidup ini.
Berjuang sendirian?

25.4.08

Pengharapan

Terkadang, apobondo yang kito harapkan.
Tidak kesampaian.

Dan ese berharap laie. Cuma satu. Bukan dua.
Pengharapan untuk kepercayaan.

Dibalas.
Kembalikan kepercayaan itu.

Ese cubo berusaho. Namun dugaan itu maha hebat.
Semakin mencubo, semakin kuat dihujani dugaan.
Terkadang hampir tersungkur rebah.
Namun berpaut pado niat nan satu.

Ese tekad. Walau apo terjadi.
Niatku totap yang satu. Bukan dua.

23.4.08

Dilema

Kojo Gomen.
Dari dulu otak ese diset untuk tidak terjerumus dalam
lembah pekojoan gomen. Tidak. Bukan tidak bagus.
Ese tidak suko kojo yang di ikat.
Macam lembu di cucuk idung.
Gaji terjamin. Ado kenaikan setiap tahun.
Kalau hujung tahun mungkin ado bonus.
Nak buat permohonan pinjaman pun sonang.
Tapi kojo gomen macam tu lah.
Kalu duduk atas, kono tokanan dari bawah.
Kalu duduk tongah2, laie la sakit kono tokanan dari dua arah.
Kalu duduk bawah, kalian tahu lah kan camno kan?

Kojo Swasta.
Masih jugok laie seperti lombu dicucuk idung.
Tapi bergantung pado skop kojo.
Kalau kalian dibidang pemasaran seperti ese,
mungkin kalian boleh bergerak kesano kemari.
Bebas. Tapi masih di dalam kandang yang luas.
Gaji kalian kadang totap. Tak bergerak-gerak.
Kalau nasib baik, duit claim boleh dapat cepat.
Tapi kalau nasib kurang baik, claim kalian yang dah
5 bulan pun belum dilunaskan. Jadi haraplah pado gaji
pokok yang tak seberapo. Cukup untuk kalian makan minum.

Kojo Sendiri.
Bebas. Takdo tali tercucuk dokek idung.
Mau pergi atau pulang kojo pukol berapo pun takdo orang kisah.
Bergantung cumo pado disiplin sendiri.
Bilo ado job, adolah gaji untuk makan.
Kalau takdo job, kalian bakal sasau mencari.
Risiko tinggi tetapi pulangan jugak tinggi.
Kalau kalian untung bosar, agih-agihlah pado yang memerlukan.
Barulah ado borkat dalam perniagoan.
Kalu nak buat pinjaman bank, agak rumit sikit lah.
Perlu itu ini baru boleh lopeh. Itupun kalau duit kat bank banyak.
Pengurusan kendiri mesti teratur, baru dapat menguruskan anak buah.
Bertambah lagi satu 'pengurusan' yang perlu kalian fikirkan.



Kalau kalian, mahu pilih yang mano satu?
Yang selamat tetapi terikat.
Yang bebas tetapi tersekat.
Yang luas tetapi berisiko tinggi.

22.4.08

Black Goat

Kalian ponah dijadikan 'kambing hitam'?
Jiko jawapannyo Ya, kalian tentu tahu apo ghasonyo kan?
Sodap sehinggo menjilat jari? Atau menggigit jari?

Jiko jawapannyo Tidak, kalian kono berhati-hati.
Agar tidak sewenangnyo di 'kambing hitam' kan oleh sesiapo pun.

Orang kato, lamb chop itu sodap.
Tapi menjadi 'kambing hitam' tidaklah sesodap memakan lamb chop.

Berlaku jujur bukan segalonyo untuk terus berjuang idup dokek dunio.
Malah menjadi hipokrit jugo biarlah berpado-pado.
Kelak bakal memakan diri sendiri.

apm01


Ese domam. Lantaran sojuk melampau dalam dewan yang sedang dalam persediaan.
Dan tibo-tibo melangkah keluar ke tompek paneh untuk menapak ke Suria KLCC.
Namun domi tugasan yang diamanahkan oleh Beyond Events, ese kuatkan diri.

Sementolah diberikan tag untuk 'all access' menjadikan kami, Capturepixs Team
lobih bersemangat melaksanokan tugasan. Dan menjadi kewajipan kami untuk
capture seluruh perjalanan majlis dari mula hinggo lah selosai.

Anugerah Planet Muzik 2008 yang sudah 5 tahun diadokan dokek Singapura kini
kembali diadokan dokek Malaysia. Majlis ini berlangsung pado 20 April 2008
di Kuala Lumpur Convention Centre ( KLCC ).

Kehadiran penyokong dari Singapura menggamatkan suasano persembahan.
Dan pado maso rehearsal, sompek lah jugak berborak dongan artis tempatan
macam Anuar Zain, Zainal Abidin, Nasha Aziz, Farah Asyikin dan juga beberapo
artis dari Singapura dan Indonesia.

Terpampang dokek kerusi yang disusun namo-namo artis yang akan hadir turut
membuatkan ese teruja. Masakan tidak, namo-namo bosar dalam industri hiburan tanahair
seperti Datuk Siti Nurhaliza, M.Nasir, Erra Fazira, Maya Karin, Nasha Aziz dan ramai lagi.

Dan ini keputusan bagi Anugerah Planet Muzik 2008 seperti yang diraikan semalam.

Artis Wanita Baru Terbaik - Farah Asyikin
Artis Lelaki Baru Terbaik - Faizal Tahir
Kumpulan Baru Terbaik - Meet Uncle Hussain
Lagu Paling Popular - Itu Kamu, Estranged
Kumpulan Paling Popular - Estranged
Artis Lelaki Paling Popular - Faizal Tahir
Artis Wanita Paling Popular - Datuk Siti Nurhaliza
Artis Lelaki Terbaik - Anuar Zain
Kumpulan Terbaik - Gigi
Lagu Terbaik - Nakal, Gigi
Artis Wanita Terbaik - Krisdayanti
Album Terbaik - Peace, Love & Respect - Gigi
Artis Singapura Paling Popular - Cradle
Lagu Singapura Paling Popular - Cradle
Artis Terbaik Singapura - Taufik Batisah
Album Terbaik Singapura - Ceritera Awan, Cradle

Dan terdapat duo anugerah yang tidak dipertandingkan, tetapi diraikan ;

Anugerah Cipta Planet Muzik - KRU
Anugerah Khas Planet Muzik - Search

Dan kami pulang tepat jam 2am menuju ke tanah selatan. Berhonti banyak kali
dokek R&R di Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ). Masing-masing mengantuk dan
badan pun dah longlai lunyai di mamah aircond yang sejuk banget.

Ado banyok gamba dimuatnaik dokek Capturepix's

17.4.08

Indon vs Bangla

Masuk ladang itu, keluar ladang ini.
Macam-macam jenis mat indon dan mat bangla yang ese jumpo.

Kalau mat indon, ado berbagai jenis. Tuo ado, mudo ado.
Yang baik ado, yang nakal ado, yang macam gangstar pun ado.
Macam-macam jenis.

Tapi mat bangla ni kalu di lihat rat0-rato yang ado dokek ladang,
sepesen ajo. Dalam lingkungan 20an-40an.
Takdo yang kebudakan, dan takdo yang dah tuo kerepot.

Mat indon berpakaian ala kadar. Rambut tak bersikat itu dah biaso lah.
Baju t-shit corak macam jenis. Ala rock ado, ala nazi ado, ala black metal pun ado.
Seluar pulak tak usah di cerito. Jenis seret tahi ayam memang kegomaran mereko.
Jeans kaki bosar. Yang pakai seluar pendek koyak rabak pun ado.

Tapi mat bangla, kalian mungkin dapat agak. Pakaian mereko kemas.
Sentiaso pakai kemejo lengan panjang. Kecuali waktu di tongah ladang sodang kojo.
Kalu baju, dah pasti di kancing sampai ke ataih. Lengan panjang pulak takdo yang
di lihat disinsing. Semua berkancing di lengan.

Rambut mat bangla. Memang kemas.
Rapi dan ado yang berkilat di sikat dongan minyak rambut.
Kalu di berikan blazer, dorang memang pakai dengan penuh gayo.
Siap kancing.

Bilo diberikan blazer pado mat indon, siap kono tolong betulkan laie.
Senget sano sini. Ado yang sampai rabak baju dibueknyo.
Sedih betul ese nengok.

Itulah jurang perbezaan yang ese nampak semaso sesi penggambaran
untuk projek I-Card bagi pendatang luar negaro yang bekojo dokek Malaysia.

Related Posts with Thumbnails