Percayo atau tidak.
Pompuan memang takleh terimo.
Kalau lelaki cakap, pompuan copek tuo.
Walaupun itulah lumrahnyo.
Percayo atau tidak.
Pompuan memang takleh terimo.
Kalau lelaki cakap, pompuan suko memendam.
Walaupun itulah lumrahnyo.
Percayo atau tidak.
Pompuan memang takleh terimo.
Kalau lelaki cakap, pompuan ni bernafsu kuat.
Tetapi berakal pendek.
Walaupun itulah lumrahnyo.
Apo yo lumrah yang pompuan alami.
Mereko sukar untuk menerimonyo.
Kalu lumrah itu disebut-sebut oleh lelaki.
Pompuan. Suko kalau lelaki.
Yang sentiaso memuji mereko.
Dalam apo juo keadaan sekalipun.
Bisnes Jihad.
Buek bisnes biar bersunggoh-sunggoh.
Dan ikhlas serto amanah.
Pedoman 2009 diadokan seperti tahun-tahun sudah.
Di Persada Johor.
Satu agenda tahunan Kulim Berhad.
Saban tahun. Ese dapat pengajaran dari majlis ini.
Banyak info berguno walaupun ringkas tapi menyengat.
Dan ese kagum.
Dongan Tan Sri Chairman, Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim.
Bila beliau menyampaikan amanat mahupun kato-kato perangsang.
Dan paling kagum bilo beliau mengeluarkan beberapo hadis.
Isu KFC menyumbang kepado U.S timbul dalam sesi soal-jawab.
Dan fakta menarik.
2 billion jualan dari KFC dibawah Kulim Berhad.
Hanya 3 peratus dibayar kepado pemegang brand-name KFC di U.S.
Kiro sendiri lah yo.
Dan paling penting.
Kalian cubo selidik. Saham KFC dimiliki sapo.
Dan kalian akan sodar dongan sendirinyo.
Manakalo keseluruhan organisasi mahupun bahan mentah serta overhead adalah dari lokal.
Memboikot KFC adalah samo macam membunuh ekonomi Malaysia.
Bayangkan sekironyo saudaro kalian yang punyo kilang proses ayam untuk KFC.
Bayangkan sekironyo saudaro kalian yang punyo kilang buat sos untuk KFC.
Dan bayangkan. Anak sedaro mahupun sepupu kalian yang bekojo sambilan di KFC.
Mungkin tidak dapat membuat kojo sambilan laie dah.
Untuk menampung pembelajaran barangkali.
Nak kojo dokek kilang? Tentu takdo yang nak amik secaro sambilan.
Akhirnyo. Bersyukurlah.
Malaysia masih aman.
Ekonomi masih stabil berbanding U.S sekarang.
Dan kojo dokek Malaysia.
Masih belum ado yang mati kebuluran.
Semalam.
Usai sekitar tongah malam.
Di tongah kota Singa.
Majlis yang sederhano tetapi meriah.
Perkahwinan antaro Rima & Marcell.
( Rima Melati Adams & Marcellius Kirana Hamonangan Sihaan )
Dan semalam adalah majlis makan malam rakan artis.
Dan sedaro maro yang terdokat yo.
Diadokan dokek Tepak Sireh Restaurant, Kg. Glam.
Rima, selebriti kota Singa.
Dan Marcell plak selebriti dari Indonesia.
Mulo konal semaso konsert Suria Raya pado 2006.
Dorang terlibat dalam konsert tersebut.
Tetapi pado maso tu, mereko cumo konal sebagai rakan artis.
Dan hanyo hi, hi, bye, bye gitu yo.
Sekitar 2008, wujudnyo Facebook.
Dan mereko bertemu kembali di alam maya.
Dan makin rapat dan berkongsi idea dan cerito.
Akhirnyo bersatu menjadi suami isteri.
Ese. Selaku Official Photographer.
Dibawah naungan Flipside.
Associates dari Singapore.
Membantu mereko dalam membuat liputan.
Bermulo dari Rima & Marcell bersiap di hotel Intercontinental.
Apo dio? Nak gambar?
Jengok-jengok lah nanti dokek Capturepixs Blog.
Will be upload soon.
Dolu.
Budak-budak kampong merempit.
Setiap malam sabtu. 12mlm baru mulo.
Main 1km dongan Honda EX5.
Tapi rupo dah tak macam motor.
Terbarai sano-sini.
Joki bawak moto tak pakai baju.
Seluar pendek paras lutut.
Meniarap atas moto.
Gear masuk pakai tangan.
Tengok jalan ikut celah handle moto.
Penamat biasonyo dokek dopan umah ese.
Sobab situ kawasan lapang.
Ado lampu jalan.
Budak jago line kibar baju kaler putih.
Kononnyo macam bendero penamat.
Lopeh ado yang monang.
Yang mano melabur tadi.
Dapeklah sikit sorang habuan.
Dan yang monang belanjo kengkawan ramai-ramai.
Dolu. Takdo habuan minah rempit. Macam sekarang.
Dorang cumo layan makan-makan dokek warong.
Sambil borak dan bincang camno nak bikin moto kasik up lagi.
Dolu. Tak wujud laie minah rempit.
Yang main moto semuo budak jantan.
Kalu selak lutut atau tengok siku.
Pasti ado parut.
Itu dolu. Bukan sekarang.
Ado satu forum fotografi.
Yang ese duduk sojak forum tu mulo bertapak laie.
Sekitar tahun 2004.
Ketiko masih belum ramai forumer.
Yang mano ese samo-samo naikkan forum tu.
Bersamo rakan-rakan yang lain.
Yang ibarat macam keluargo sendiri.
Dari kosong sampailah terkonal sudah.
Dari orangnyo sedikit sehinggo ramainyo manusio.
Dari takdo kroni hinggo wujudnyo per'kroni'an.
Dari takdo sifat bongkak dan sombong.
Hinggo wujudnya puak dan berlagak bodoh sombong.
Tapi akhirnyo kini.
Ese dibuang sejauhnyo.
Atas apo alasan pun ese tidak tahu.
Yang pasti pado satu ketiko dolu.
Kerano ese salah sorang berdiri pado pihak pembangkang.
Membangkang ketidakadilan yang berlaku.
Sehinggokan segalo apo yang ese buek sebelum itu.
Langsung tidak dikonang walau sedikit.
Begitulah.
Kertas putih size A3.
Kalu dilotakkan setitik dakwat itam marker pen.
Orang akan totap nampak dakwat itam.
Dan tak pedulikan laie seluasnyo kertas putih.
Semuo garo-garo admin yang gilo kuaso.
Dan tak mengenang budi langsung.
Malah. Dendam kesumat jelas lekat di jiwo tuo beliau.
Yang ego tinggi melangit.
Kerano disokong kuat oleh kroni yang terlibat.
Yang tidak berani untuk berkato apo-apo.
Hanyo tahu angguk dan mengikut.
Walaupun jelas salah terserlah.
Harus?
Sio-sio lah kalau belajar sekolah pondok.
Pandai baco kitab. Hafal surah itu ini.
Boleh bagi tafsiran ayat Quran.
Tapi hati ponuh busuk dan memualkan.
Dan menghalang hubungan silaturrahim orang lain.
Atas dasar dendam yang tidak kesudahan.
Dan sio-sio lah hidup.
Dan sesungguhnyo.
Dosa memutuskan hubungan sesamo manusio itu.
Dan menghalang perhubungan silaturrahim orang lain.
Ibarat samo macam perangai Israel.
Laknatullah ekau.
Mungkin sekarang ekau berbanggo.
Kerano dikelilingi oleh kroni.
Yang menyokong membuto tuli.
Dan akan tibo juolah nanti.
Waktu dan maso ketiko.
Ekau akan meghaso semuonyo kelak.
Dolu.
Sewaktu hingus sudah koring.
Zaman tu belum wujud laie Ecstasy.
Budak-budak kampung yang tak abis sekolah.
Suko bonar hisap gam.
Gam kasut satu botol.
Yang dijual di kodai ese.
Berhargo sekitar RM1.
Dalam botol kaco.
Buatan Malaysia.
Kalu budak-budak datang boli gam.
Dorang gitau nak buat baiki kasut koyak.
Tapi. Dalam maso samo.
Dorang mintak 'plastik air batu' tu.
Untuk buat bubuh gam.
Dan sedut dari plastik tu.
Ese. Terpengaruh dongan rakan sebayo.
Kerano ingin mencubo.
Sebotol gam dikongsi berduo.
Sedut punyo sedut.
Khayal macam bermimpi.
Konon berperang dan tembak-tembak.
Ado yang mati kono tembak.
Jatuh berdebuk.
Lakonan nampak macam real.
Padahal khayal tak sodar apokobondo.
Habis satu botol.
Tambah laie satu botol.
Khayal laie. Berangan duduk di awan.
Seronok macam tinggal di kayangan.
Sudah habis khayal.
Otak ghaso pusing. Pening.
Sekali termuntah.
Keluar habis apo kejadah.
Sudahnyo.
Ese serik nak isap gam laie.
Itulah kali pertamo dan kali terakhir.
Konangan dan pengalaman.
Zaman hingus dah koring.
Dulu.
Sewaktu ese masih berhingus.
Ese terjago sekitar jam 4am.
"Tadi ada orang kena tembak kat tempat keje."
gitau seorang gadis berskirt pendek paras paha.
"Sorang tokey cina kena tembak kat kepala. Mati."
tambah gadis tu laie.
Ese sambung tido.
Tidak hairan sangat.
Kes seperti itu berlaku.
Di selatan Thai.
Dalam dunio fotografi, upgrade alatan fotografi adolah satu kemestian.
Namun ianyo biarlah sejajar dongan kemahiran dan pengalaman yang ado.
Bak kato sifu ese.
Kalu bagi kamero canggih sekalipun dokek beginner.
Bolom tontu laie bulih dapekkan gambar yang bagus.
Kerano bukan hanyo kamero yo semato-mato.
Tetapi orang disebalik kamero tersebut.
Dan kalu bagi kamero biaso yo pun dokek professional.
Jugak bolom tontu bulih amik gambar yang sebagus seperti selalu.
Tetapi tidak mustahil bulih untuk dapatkan.
Dongan pengetahuan yang mereko ado.
Tetapi perlu amik maso dan struggle sikit.
Jadi sobab itulah.
Alatan yang digunokan oleh jurufoto.
Biarlah sejajar dongan kemahiran dan pengalaman yang ado.
Baru dapat menghasilkan yang terbaik.
Setiap jurufoto memang ado keinginan.
Untuk upgrade kamero dorang.
Apatah laie jurufoto yang menjalankan perniagaan fotografi sendiri.
Kecuali jurufoto dari kompeni media.
Mereko hanyo mendapat kamero yang kompeni bagi yo lah.
Mengikut bidang tugas dan kamero yang bersesuaian.
Ghaso macam nak lompang yo.
Kalu jupo makhluk yang cakap Melayu.
Dan memang berbangso Melayu.
Walaupun sedikit ado campuran British.
Tapi dah hidup dokek Malaysia. Rambut kaler itam.
Tapi langsung tak amik tau tontang budayo dan adat resam Melayu.
Kalu sekalipun ekau taktau tontang adat Melayu.
Jangan pulak ekau suko-suko nak buek macam budayo orang barat.
Sodangkan ekau lahir dan menotap dokek Malaysia.
Udah la bodoh. Sombong pulak tu.
Orang dah ajar. Bukan nak ikut.
Tapi nak buat ikut kepala otak sendiri.
Ado raso ponah makan pelompang free?
Wanita lagi.
Mereko sering bertanyo.
"U pilih wanita yang macamana?"
Dan ese.
Selaku jejako yang bukan berdarah Russia.
Tetapi cumo mengalir darah Siam.
Tapi tak gheti sepatah haram bahasa Siam.
Menjawab.
"Ese pilih pompuan yang tidak lembut hatinyo."
"Dan tidaklah baik sangat dan tidaklah jahat sangat."
Mereko mahu menyelongkar lagi.
Kot-kot kalau mereko boleh masuk senarai.
"Kenapa u pilih yang tidak lembut hatinya?"
Sonang yo ese jawab.
"Sobab ese tak gheti nak jago ati pompuan."
"Kalau lombut sangat, susah nak jago."
"Sobab ese ni suko straight-forward yo bercakap."
"Dan out-spoken."
"Pompuan yang mudah teghaso hati. Memang ese reject yo."
Terus mereko diam.
Tidak bertanyo laie.
Search This Blog
Nuffnang Ads
Facebook Badge
Nanyo Kobar
My Blog List
-
105 BIKE CULTURE YALA1 month ago
-
Artis baharu popular9 years ago
-
-
-
Dzal Aidi Syamil - 1 Tahun 5 Bulan11 years ago
-
-
Azam Eden.13 years ago
-
muhdrushdi13 years ago
-
Jek Video Ke Taman D'Utama13 years ago
-
-
Money as grow14 years ago
-
Leen & Fairus - Outdoor Portraiture14 years ago
-
My Album15 years ago
-
Rindu...16 years ago
-
EHH !? ADA PROMOSI ??16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
