31.3.04

Sapo AyAres?

1001 MaLaM berkisar kisah kehidupan seorang manusio bernamo
glemernyo, Ayares. Yang mano wujudnyo namo ini sekitar tahun 1998.
Diberi oleh seorang sahabat baik.

Ramai bertanyo, apokobondo maksud Ayares tu.
Dan ese pun dah maleh nak menjawab dan berahsio laie.
Mako meh ese nak bitau dokek ekorang semuo.

Ay=A Ar=R Es=S , ARS = Abdul Rahim Sulaiman.

Ya, inilah namo pemilik blog ini. Kalian kenal?
Kalau tidak, marilah kito berkonalan.

Ayares dilahirkan pado 1981 di perkampungan orang siam yang terlotak dalam
nogori Kelate. Kg. Padang Siam dokek Tanah Merah pado tahun 1981
memang takdo apokobondo. Yang ese ingat ado sekolah arab dan sebuah tadika.

Dibosarkan dalam sebuah keluargo yang sederhano ajo.
Ese lahir ajo dah punyo seorang abang dan kakak.
Maso dah umur 6 tahun, dihantar belaja dokek tadika kat kampong.
Awal-awal musim persekolahan, nangis takmoh poie.
Kono piat dongan tali pinggang dan rotan bulu ayam.
Sampaikan kono diberikan minum air tawar dek tok guru.

Seronok lopeh tuh bukan kepalang. Aktip kemain.
Dari kecik laie dah ado gilpren.
Time waktu makan siap duduk sebolah gilpren, kongsi makanan.
Aktip main sukan. Dapat piala pulak tu. Sukan isi air dalam botol
dan sukan lari dalam guni. Juara.

Masuk sekolah rondah, poie ke Sekolah Rendah Sri Suria II.
Dokek area pinggir bandar Tanah Merah.
Di sekolah ni ramai kengkawan, sompek la jugak jadi Pengawas sekolah.

Lopeh abis sekolah rondah, masuk sekolah menongah.
Sekolah Menengah Tanah Merah II, 1st batch kat sekolah baru.
Maso ni dah start mulo nak jadi nakal.
Lompat pagar sekolah poie makan dokek luar.
Kacau budak pempuan. Ponteng kelas.
Gaduh dongan budak cina kat sekolah.
Sampai hampir nak jadi kes polis.

Lepas dapat result PMR, ese pindah.
Ke Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Dokek Jalan Airport.
Maso tu sekolah ni glemer lah jugak.
Antaro sekolah teknik yang pure. Tak campur dongan vokaysional.
Duduk dokek sekolah ni 2 tahun, macam-macam konangan.
Dan maso dokek sekolah ni lah, wujudnyo nick AyAres151 tuh.

Dan maso belaja kat sekolah ni lah ese mulo konal dunio internet ni.
Maso tu dokek luar sekolah ado sebuah cyber cafe.
Apo laie, malam-malam ajo panjat pagar belakang umah Pengetua.
Dan jalan kaki lebih kurang 1km semato untuk poie ke cyber cafe.
Maso tu takdok apo sangat, gilo nak main MIRC.

Lopeh dapat result SPM. Ese dapek pulak tawaran masuk universiti.
Lalu poie lah ke tanah selatan. Dokek Universiti Teknologi Malaysia.
Maso tu taktau apokebondo. Dapat pulak course Sains Komputer.
Mulo-mulo ingat belajar macam I.T , tapi ruponyo belaja lagi details.
Poning palo nak main dongan kod-kod. Naik pinau bijik mato.
Akhirnyo ese takleh nak teruskan laie.
Terpakso ese hentikan pelajaran takat Diploma.

Dan ese graduate pado tahun 2004.

Kalian bole baco lah cerito dalam blog ini untuk yang selopeh-lopehnyo.

Related Posts with Thumbnails