31.8.08

Sekolah Rendah

Mengomeh rumah dokek kampong.
Sapu habuk dokek atas rak tv.
Humang aih, ponuh habok melokat dokek perhiasan.
Kendian komeh lemari buku lamo.
Dah berhabuk dokek dalam lemari tuh.

Sekali terjupo buku laporan maso sekolah rondah.
Warno merah jambu. Belek tengok.
Buku laporan cumo tercatit bermulo dari darjah ompek.

Bilo diteliti. Ese lomah bonar dongan Bahasa Inggeris.
Cikgu Lim Ai Mey mengajar maso darjah limo.
Dan cikgu Noraini Osman pulak ngajar maso darjah enam.
Ese pun dah lupo camno rupo cikgu ese ni.

Antaro cikgu yang masih lokat wajah mereko diingatan ese.
Cikgu Rozaini, Ustaz Baharudin, Cikgu Kamariah, Cikgu Arifin, Cikgu Wahab.
Dan cikgu yang paling kitorang gerun ialah Ustaz Baharudin.
Sobab dolu-dolu cikgu bulih bagi hukuman berat-berat dokek murid.
Kalu buat bising atau buat silap, Ustaz Baharudin amik buku teks tobal.
Hayun buku kat atas kepalo. Boleh biol sekojap kitorang dibueknyo.
Dan beliau suko rotan dongan pembaris kayu panjang dokek bontot.
Humang aih, boleh melompek kitorang sekali kono hayun.

Zaman sekarang. Cikgu dah tak boleh hukum murid.
Kalu jentik telingo pun boleh diheret ke mahkamah.
Sobab tu lah budak zaman sekarang dah tak endah.
Kalau cikgu marah dokek dopan maso mengajar.
Murid kat belakang boleh buat dek yo.
Sobab budak-budak dah tau yang cikgu tak boleh rotan atau pukol dorang.

Sampei yo dokek KB, ese tengok airport ni dah berubah sikit.
Last sekali ese turun dokek airport ni 3 tahun lopeh.
Maso arwah ayah meninggal.

Sekarang airport ni dah ado KFC dokek ruang tinjau atas.
Satu-satunyo ruang makan yang ado.
Selain dari cafe kocik dokek bawah.

Dan airport ni nampak gayo dah diperbosarkan sikit.
Dah banyak ruang kedai ekslusif.
Ese jengok-jengok, barangan cumo sesuai untuk pelancong luar negaro yo.
Bayangkan kerongsang dari Sabah yang regonyo cumo RM15.
Dijual di airport dongan rege RM70-RM120.
Memang lumayan. Sesuai la buek menampong kos sewo ruang kedai tu.

Ese ambil taxi dan menuju ke KB Mall.
Walaupun anak jati Kelantan.
Tapi ni lah pertamo kali ese jojak kaki dokek KB Mall.
Salah satu pasarayo terbosar dokek Kelantan.

Oh ya, taxi dari airport ke KB Mall atau ke tongah bandar Kota Bharu
di caj sebanyak RM25 satu halo. Taxi yang menggunokan kereto waja.
Kalau tengokkan jaraknyo, adolah dari airport tu ke bandar sekitar
dalam 15-20 kilometer yo.

Ese mencari-cari dokek mano nak melepak.
Sambil nak tunggu kawan ese jemput.
Nak cari Starbuck mahupun Coffee Bean memang takdo dokek KB Mall.
Taktau kenapo takdo. Adakah seluruh negeri Kelantan memang takdo.?

Nak cari sumber wifi percumo, ese search guno henpon ese.
Nokia N82 memang ado wifi. Jadi ese jumpo ado dokek Mc-d dan KFC.
Takkan ese nak lepak dokek Mc-d laie. Tengok orang sikit punyo ramai.
Jadi ese pilih untuk lepak dokek KFC.
Alahai.. jamah fast food laie.
Patut lah rambut ese makin lamo makin sonang gugur.

Sambil nunggu member ese sampai.
Ese layan yo la update blog ni sambil tuh surfing internet.
Dah taktau nak buek apo laie.

Nak sampai dokek kampong ese makan maso sojam perjalanan dongan kereto.
Maklum lah, ese duduk dokek kampong jauh dari Kota Bharu.
Jadi tunggu member ese poie antar ese malam karang.
Sebelum tu lepak dolu lah dokek umah sewo beliau.
Lagipun ese ado bolikan dio CD Game X-Box dari JB.
Katonyo dokek Kelantan ni mahal.

Sambil lepak di KB Mall. Sambil tu boleh cuci mato.
Ese takkan menafikan kalau orang kato, awek kelantan ni comei-comei.
Rabun mato ese nengok awek.
Sapo yang ado darah Kelantan tu, memang sah comei.
Kalu pakwe-pakwe Kelantan tu. Takyah cakap lah.
Lagilah hensem-hensem. Nak-nak yang ado darah Thailand.
Muahahahaha..

Maklum lah dokek Kelantan ni susah nak jumpo awek seksi.
Rato-rato pakai sopan santun.
Tapi bukan takdo yang pakai seksi. Cumo susah nak carik tak seperti KL mahupun JB.
Nak-nak pulak hari ni hari Jumaat.
Kat KB Mall ponuh dongan orang.
Hari cuti lah katokan.

Dan pertamo kali jugak lah ese nengok Mc-d di tulis dalam tulisan Jawi.
Haa, bukan kato jakun. Memang ese kalau balik kampong, memang dok dokek umah yo.
Ese mano keluar jenjalan.
Maklum lah dah takdo kawan dokek kampong.
Semuo berhijrah keluar dah. Jadi dok dokek umah tolong mum masak yo lah.
Huhuhuhu..

Ketobang delay dari 9.30am kepado 9.50am.
Coz guna 1 flight jerk ulang alik dari KL-JB-KL.
so, terpakso la nunggu dokek Senai Airport tu dongan bag yang borat.

Arriving at LCCT around 10.45am.
Nak nunggu flight to KB on 1.40pm pulak sikit punyo lamo.
Jadi ese nyari dolu MC-D wat ngalas porut yang dah kosong.
Lepak sorang-sorang tengok gelagat orang.

Macam-macam jenis manusio ado dokek sini.
Ado yang melepak kat MC-D ni duduk tanpo beli apo-apo.
Bulih pulak lepak macam duduk dokek umah.
Siap bersilo lontik aih.
Angkat sokkabar tinggi-tinggi, baco macam duduk kat pangkin bawah pokok.

Kesian dokek orang yang nak makan.
Takdo tompek nak duduk.

27.8.08

Rindu

Baru lopeh call yang tersayang.
Takdo orang yang ese paling sayang melainkan dio.

"Kain batik dan kain pelikat ado stok?"

"Yang murah ado lah, yang mahal dan kualiti takdo. Kono poie boli di pasar" jawab beliau.

"Nanti tolong belikan yo, kain batik dalam 3 helai, kain pelikat dalam 2 helai"

Puaso dah nak dokek.
Ese akan bersamo yang tersayang menyambut Ramadhan.
Moga Ramadhan tahun ini membawo berkat buek ese.
Tibo laie Ramadhan yang keberapo ese tidak menyambut bersamo ayah.
Beliau dah lamo poie meninggalkan ese bersamo orang tersayang.
Pulang kembali kepado penciptonyo.

Pado yang masih punyo ayah bondo, gunokan lah ruang maso yang ado.
Untuk samo-samo menunaikan ibadat puaso ni.
Memang meriah, berkat dan teraso damainyo bulan Ramadhan.
Jiko kalian dapek bersamo keluargo.

Mum, nantikan kepulangan anakmu 29 August ini.

Macamano yo caro nak bubuh bendero terbalik?
Macam-macam kes ado.
Bendero pulak jadi mainan kali nih.
Kecoh satu Malaya.
Jenuh nak menjawab.

24.8.08

Jambu Merah

Kawan ese. Baik sungguh hatinyo.
Kawan ese. Mau pergi bercuti.
Bersamo keluargo beliau.
Maso cuti sekolah itu hari.
Ke Lumut, Perak.

Dalam perjalanan. Sompek laie beliau sms ese.

"Ayares, kitorang on the way nak poie Lumut. Ado mengidam apo-apo tak?"

Ese yang serbo salah. Taknak menyusahkan beliau sebonarnyo aih.
Tapi lantaran beliau susah payah ingat kat ese.
Apotah laie ese pun taknak lah menghampokan beliau.

"Emm, tak mengidam apobondo. Tapi kalu lalu kot Tapah, singgah lah boli jambu merah"

"Kitorang tak lalu Tapah masa pergi, tengok balik nanti kalau lalu, kitorang belikan"

Selang duo tigo hari selopeh tu, hari Ahad beliau dah pulang ke tanah selatan.
Dan sms di terimo laie.

"ayares, ada kat mana? nak bagi camne jambu ni? nanti lomau pulak"

"Ese ado job di Pontian ni, nanti pulang ese ambil dongan bro"

Dan akhirnyo jambu merah bertukar tangan.
Buah tangan dari seorang sahabat.
Yang bagi ese. Sunggoh baik hati budinyo.

23.8.08

Ego

Dolu-dolu.
Orang kato ese ego.
Ese mendengus.
Mano ese nak sodar ese ni ego.

Sampai satu maso.
Bilo ese dah terkono dan sodar.
Baru ese sosal dongan keegoan yang ado.
Banyak kerugian yang ese alami.
Baik dari segi sosial mahupun hubungan domestik.

Orang kato.
Kito harus melihat diri kito melalui orang lain.
Ado orang menyangkal.
Ado orang yang menyokong.

Dan bagi ese, ado bonar dan ado jugak tidak.
Bukan untuk kesemuo sudut kito melihat diri.
Dari kacomato orang lain.
Terutamo dari sudut perasaan mahupun hati.
Itu kito sendiri yo yang boleh fahami.
Tapi kalau dari tingkah laku, itu ese percayo.

Zaman ese ego.
Perkataan Maaf memang sukar ese lafazkan.
Apatah laie nak memahami perasaan orang lain.
Itulah tando orang yang ego.

Tapi sekarang, zaman itu sudah ese tinggalkan.
Bilo usio sudah meningkat.
Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

22.8.08

Roda

Betol jugak ado pepatah.
Hidup Ibarat Roda.
Kadang di bawah, kadang di atas.

Akak yang meniago air.
Dalam balang plastik.
Dan jual kuih serta nasi bungkus.
Dokek perhentian bas tepi jalan bosar.
Yang sibuk itu.
Macam ese konal.

Ghasonyo dolu.
Punyo sebuah restoran.
Berhadapan dongan sebuah bank.
Sebaris dongan Capturepixs Studio.

Kalu dolu, ese suko jugak sarapan dokek restoran tu.
Ado makan kuih. Ado makan roti canai.
Dan terkadang bilo ese bayar.
Ado baki syiling lobih, ese tak ambil.
Dan kadang-kadang pulak,
Akak tu tak konokan bayaran.
Katonyo dio belanjo ese.
Sobab dah banyak kali ese tak amik baki duit syiling.

Sedih jugak ese lihat.
Bilo dio kini meniago di hentian bas.
Dibawah satu payung bosar.
Dongan duo bijik mejo.
Di tomani anok dio yang montel.
Tetapi garang yang amat.
Bilo ese cubo bergurau.

Kalau nak kato restoran dio dolu tak maju.
Ese tengok pagi-pagi ramai jugak orang datang.
Kalu tongahari pun ado orang makan.
Cumo bilo waktu malam. Takdo orang.
Sobab restoran tu dokek kawasan simpang.
Dan kurang menarik untuk makan malam.

Sekarang. Dah jadi restoran mamak pulak.
Pun tampak macam laie kurang orang.
Apatah laie waktu pagi. Yang ado hanyo roti canai.
Lain-lain macam biaso lah, kari masakan mamak.
Dan sekarang, ese dah tak sarapan kat situ laie.

18.8.08

Awek Siam

Sebolah rumah ese.
Dokek kampong.
Ado sebuah rumah sewo.

Tinggalnyo sepasang suami isteri.
Berasal dari selatan Thai.
Dan seorang adik kepado pasangan tersebut.


Awek. Ya. Awek siam yang putih melepak.
Tinggi lampai. Ayu dan sopan santun orangnyo.
Belajar dokek sekolah arab tepi rumah ese.
Sekolah tu bagus. Terkonal sampai ke serato selatan Thai.

Kebotulan. Bilik tidor ese.
Ado mejo tulis dokek tingkap.
Mengadap botol-botol tingkap bilik awek siam.

Ado sekali ese tongah study dokek mejo.
Maso tu ese tingkatan tigo. Ingat-ingat lupo.
Awek siam tu ruponyo tongah skodeng ese.
Ikut tingkap cermin.

Sojak dari itu. Ese jadi rajin untuk study di mejo itu.

Awek siam itu. Pun suko datang membeli dokek kodai mak ese.
Ese perasan. Dio boli sikit-sikit.
Sekojap datang boli laie.

Ese taktau pun namo dio apo.
Dan tak ponah bertegor sapo.
Sampai lah awek siam tu abeh belajar dokek sekolah arab tu.

17.8.08

Sungai

Sungai dokek belakang umah.
Tidaklah dokek. Tidaklah jauh.
Kono rodah bondang padi sepelaung.
Dan sebuah kobun gotah.
Baru sampai dokek sungai.

Maso kecik dolu.
Lopeh balik sekolah.
Pakai seluar pendek poket duo.
Buek isi batu kerikil.
Guno untuk lastik burung dokek kobun gotah.

Lopeh ponek melastik.
Bukak baju. Bukak seluar.
Bogel. Terjun dalam sungai.
Acaro terjun tiruk beramai-ramai.

Bilo ado awek kampong sebolah lalu.
Kitorang pakat menyelam.
Sembunyi colah kayu.
Malu kononnyo.
Sobab bogel nampak burung punai.
Dongan bontot itam.

Dah nak sonjo. Baru teringat nak balik.
Takut kono tarik kaki dek antu air.

Zaman kecik-kecik dulu. Cukup nostalgis.

16.8.08

Buah

Waktu kocik-kocik dolu.
Jahat sungguh.
Ado kobun dokek belakang umah.
Milik jiran sekampong.
Sebolah bendang padi. Sebolah kobun gotah.
Dalam kobun tu banyak pokok rambutan.
Macam-macam jenis.

Segerombolan budak nakal dan jahat.
Lompat pagar kawat duri.
Dan panjat pokok rambutan yang berbuah lobek.
Ado merah. Ado kuning.

Baju siap-siap masuk dalam seluar.
Nampak macam skema.
Rupo-rupo nak sumbat rambutan dalam baju.
Maso panjat pokok. Boleh bawak turun banyak-banyak.

Lopeh dah turun. Lepak dokek tepi bendang.
Ado wakaf. Nyaman.
Sambil main daun terup.
Sambil melantak buah rambutan curi.

Tuan kobun dah meninggal. Tak sompek nak poie mintak halal.

15.8.08

Kebah

Belom kebah seponuhnyo laie.
Batok dan sakit tokak.
Bukan ajo sakit fizikal, tapi mental juo.

Jiwo kurang tonang.
Hati tidak keruan.
Ese sorah yo pado ketentuan.

14.8.08

Kerja Gila

Jam 6.30am ese terjago. Alamak, dah terlewat.
Poie amik sorang staf dokek opis, dan sekitar jam 7am baru bertolak.

Keluar ajo dari Tol Skudai, ese dah start rempit.
Tekan pedal sampai rapat dan dah tak boleh tekan dah.
Separuh jalan dokek exit Segamat, jam 7.30am.
Ese tanyo dokek staf dokek sebolah.

"Agak-agak sompek tak ni?" ese macam dah taknak teruskan dah.

"Sempat kot. Kalau masuk Melaka kol 8am, mesti sempat."

Sempadan Johor-Melaka dokek area Tangkak, tepat-tepat jam 8am.
Ese pun yakin memang boleh sompek sampai.

Ese pecut laie tanpo brek. Lampu di pasang dan sentiaso kat lorong kanan.
Sekali sekalo ado BMW cubo nak cucuk bontot Jaisi.
Ya, ese tahu kalian pakai kereto mahal. Mewah.
Boleh pecut lagi laju dari Jaisi. Jadi ese mengelak ke lorong kiri bagi laluan.

Alamak, minyak pulak nak abis.
Beronti dokek R&R di Seromban.
Isi sampai ponuh. Dan beli seketul roti buat sarapan.

Ese teruskan laie perjalanan. Jam menunjukkan pukul 8.30am.
Owh, masih banyak maso laie.
Jadi ese kurangkan kelajuan ke kadar 150kmj ajo.
Sebab jarak perjalanan udah dokek.

Ese exit Bandar Sri Putra sekitar jam 8.50am.
Dan ngam-ngam masuk ke kawasan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
tepat pada jam 9am.

Ese buat kerja gilo. 2 jam drive dari Skudai - Bandar Sri Putra.
Yang mano sebolom ini ese nak buat tapi tak dapek buat sebab sering berhenti di R&R.
Ese bayangkan. Kalau ese ni drive BMW kor, confirm ese nak buat 1 jam yo.
Maklum la, Jaisi tu. Kalau pecut 170km/j pun, dah bergogar seluruh badan.

12.8.08

Hangin

Ese hangin satu badan malam ni.
Bolum cukup laie 24 jam entri dokek bawah di tulis.
Sekali laie orang taji ese.
Dongan bondo yang samo.

Ese hilang sabar.
Sudah bertahun-tahun ese buang segalo panas baran ese.
Sudah bertahun-tahun ese belajar untuk membuang ego.
Tapi orang uji kesobaran ese.
Seolah bermain dongan bara api.

Kalau dolu. Tak puas ati yo.
Ese akan call orang tu.
Akan maki hamun dan membebel.
Kalau orang tu lotak ajo. Ese akan call dan call.
Sampai habis kredit.
Asal puas ati melopehkan amarah.
Tapi itu dolu-dolu.
Zaman mudo remajo.

Ontah la. Ese pun taktau dokek mano silapnyo laie sekarang ni.
Ese taktau kenapo apo yang ese ucapkan.
Sering diejek dan disalah ertikan.
Malah diperli kembali.
Seolah apo yang ese ucap.
Segalonyo salah di matonyo.
Segalonyo tak betul.
Segalonyo dongan sonang ati tuduh memacam dokek ese.
Seolah ese ini yang sengaja mencipto pergaduhan.

Hati mano tidak terguris.
Tatkalo niat ini suci murni.
Tapi di pandang serong bagai dibenci.

Hati mano tidak terkilan.
Kalau yang di ucapkan.
Disalah ertikan secaro terus.
Malah di pandang serong habisan.

Lantas. Harus bagaimano laie ese mahu memuaskan hati orang?

Arghh.. persetankan.
Janji ese tahu apo yang ese ucapkan.
Dan niat di hati ini, biar ese yang tahu.
Dan kamu. Lakukan lah laie.
Jiko itu yang buat kamu sering berpuas ati.
Dan merasokan itu perkaro yang membahgiokan idup kamu.

Terimo kasih daun keladi.

11.8.08

Ulang?

Ado sorang manusio ni.
Tidak boleh tidak.
Kalau sms, ym atau cakap berdopan dongan ese.
Sering ulang ayat yang samo.
Jenuh telingo ese mendongarnyo.

Sikit-sikit nak ulang ayat yang ontah apo-apo.
Yang buat ese meluat dan sakit ati pulak jadinyo.
Kalu betol, x mengapo.
Ini ayat perli yang tak betol.

Mungkin memang niat dio nak menyakat ese.
Tapi kalau dah setiap maso dok ulang ayat samo.
Memang la meluat.
Kadang buat ese malas nak layan.
Hanyo kerano sobab tu yo.

Tapi bilo sms atau ym tak di jawab.
Mulo pulak dio buat tohmahan macam-macam.
Yang jugak bakal buek ese sakit ati.

Last-last. Ese buat bodoh.
Samo macam perangai yang dio selalu buat.
Buat bodoh.
Abis cerito.

8.8.08

Lesu

Masuk hari ni dah 5 hari ese batok dan domam.
Badan jadi lesu. Tak larat nak bangun.
Mato pun dah pedih dan jadi merah.

Dan dalam 5 hari ini jugak lah ese cerlang cerlup poie kojo.
Bilo masuk opis, ese takleh focus pado kojo.
Mato takleh tengok pc. Pedih.
Tokak pulak gatal-gatal.
Buatkan ese terbahak batok.

Ese dah poie klinik Penawar.
Doktor cakap, domam biaso yo.
Maklum la sekarang musim domam denggi.
Dan domam malaria.
Doktor cek tokak ese.
Doktor cek pernafasan ese.
Doktor cek mato ese.
Tak sampai 5 minit.
Doktor suruh ambil ubat dokek luar.

Lesu. Tapi ese kono jugak poie amik gambar orang kawin.
Tarikh yang hot 8.8.8 ni nak taknak pengantin pun dah booking.
Pakej pun bukan alang-alang biasa, tapi pakej paling mahal.
Tu yang ese kono turun jugak. Tunjukkan komitmen.
Ado orang kato, ese workaholic.
Tapi kalu ado peluang untuk berehat, sapo yang taknak.
Dongan badan lesu, tokak gatal asyik nak batok.
Bilo buek kojo pun takdo semangat.
Nasib baik majlis berjalan lancar.
Dapek la jugak ese capture pat limo ratus gambar.
Itu baru ese sorang. Belum masuk laie sorang ese punyo team.

3.8.08

Selesai

Hari ahad lopeh, selosai sudah Pameran Pesona Pengantin 2008
dokek Plaza Angsana, Johor Bahru.
Selamo 10 hari dokek sano, alhamdulillah namo Capturepixs
meniti di bibir pengunjung terutamo di bibir pemilik Butik Andaman.

Dan dalam pameran tahun ini, Capturepixs lah satu-satunya booth
yang menawarkan khidmat fotografi. Selain tu, semuanya butik andaman.

Seperti kebiasoannyo lah, pengunjung sudah pasti teruja untuk bertanyo pakej
pado butik andaman berbanding menanyokan pakej fotografi secaro terus dari kami.

Dan rato-rato pengunjung dari JB ini, masih laie berat hati untuk mengambil
pakej fotografi yang bernilai ribuan ringgit lantaran kurangnyo kesodaran
terhadap kepontingan sebuah foto terutamo dalam majlis sekali seumur hidup ini.

Mereko sanggup menghabiskan ribuan ringgit kepado Butik Andaman tanpo
mengambil kiro yang pelamin, persalinan, hiasan dan mekap itu hanyolah digunokan
sekejap sahajo iaitu semaso majlis berlangsung samado sehari mahupun duo hari.

Dan bagaimanokah jikalau jurufoto yang mereko ambil kurang bermutu produknyo
dan akhirnyo membuatkan pengantin kurang berpuas hati dongan hasil foto tersebut.
Walhal pada awalnyo mereko sendiri yang memilih jurufoto mengikut bajet mereko yang kecil.
Dan foto tersebutlah yang sebenarnyo bakal di simpan sehinggolah ke hari tuo.
Bukannyo baju mahupun pelamin yang cumo di sewo sehari duo.

Jadi, kepentingan jurufoto dalam majlis perkahwinan terlotak pado tanggo keduo selopeh
butik andaman yang pengantin tompah. Kerano tanpo jurufoto yang profesional, adalah amat
sukar untuk kalian menyimpan kenangan yang terindah dalam bentuk moment-moment
yang penuh romantis, nostalgis dan menggugah raso.

Kalian, fikir-fikirkan apo yang ese sampaikan. Moga kalian mampu menilai sebuah
hasil fotografi itu sebenarnyo tinggi nilainyo pado mereko yang menghargoi sebuah konangan.

1.8.08

Auntie Dobi

Auntie, tokey dobi tompek ese selalu antar baju.
Bilo ese antar baju yo, auntie selalu cerito bab politik.

Semalam. Auntie cakap.
"Ini olang, sulat kabar cakap talak salah" sambil tunjuk gambar DSAI.

"Ha, butut la aunty, itu olang talak salah. Sulah keluar lapolan ospital." ese sambung.

"Tapi haa, itu dalam sulat kabar cakap, itu lapolan tiluan punya," auntie cakap.

"Mana aler tiluan auntie, itu Doktor profesional yang bikin lapolan, talak bulih tipu-tipu", ese terangkan.

"Susah woo sikalang, Malaysia punya politik manyak musuk wooo," tambah auntie menutup perbualan.

Ese berjalan terus ke kereto. Tak mau sambung laie.
Dan ese ghaso auntie tentu penyokong DAP.
Mustahil dio mengundi MCA, kecuali terpakso.
Kerano mukim ini, yang bertanding cumo BN vs PKR.

Nanti esok-esok ese poie laie. Mahu lihat apo laie yang auntie akan cakap.

Related Posts with Thumbnails