1.7.09

Transformer

Kawan ese ajak tengok Transformer.
Jam 2.15am di Cathay Cineplexes.
Suku pertamo ese tengok dongan jayonyo.
Selopeh itu. Ese terbongkang tido.

Mesti mau repeat tengok laie sekali.

26.6.09

Kek

Kek. Ada kek yang ese suko makan.
Ado kek yang ese tak suko.
Kek yang ese suko jenih yang lembut.
Dan tidak banyak krim.
Dan jugak kek coklat.
Terutamo Cheese Choc kat Secret Recipe.

25.6.09

Terima Kasih

Hidup selamo 28 tahun. Pelbagai cabaran dilalui.
Pengalaman dikutip buat bekal maso mendatang.
Berdiri. Duduk. Jatuh. Bangun.
Ese totap ese. Manusio yang sukar difahami.

Ese ucapkan terimo kasih.
Pado rakan taulan, sahabat handai, sedarah sedaging.
Atas doa dan ucapan di hari kelahiran ese.

Ese menunggu hampir 48jam.
Untuk menerima ucapan dari orang yang ditunggu.
Tetapi beliau hilang sudah 72jam. Sehari sebelum hari kelahiran.
Ese makan hati berulam jantung.
Ya. JANTUNG.

21.6.09

Benci

Kalimah benci ku sebut berulang-ulang.
Tetapi di hati ku rasa sayang.

Auwww... syahdu hati ese.
Sapokah gorangan yang boie kek ese ayat begini nih?

Adakah kamu sudah bersedia?

"Ya, bersedia. Tetapi susah untuk menerima cara seperti ini. Tidak seperti orang lain."

Adakah kamu percaya akan saya?

"Percaya, cuma 70% sahaja."

Itu bermakna kamu tidak bersedia.

"Apa sahajalah yang kamu mahu fikir."

Bukan begitu, saya bertanya kerana mahukan kepastian.
Perkara ini antara hidup dengan mati.

"Hah? Mati?"

20.6.09

Taksub?

Kalau mahu menyokong sekalipun.
Jangan sampai terlalu taksub.
Hinggokan bulih terpesong akidah.
Itu Imam. Apatah laie kalau masyarakat marhain?

Bilo terlalu taksub. Begitulah jadinyo.
Sepatah ayat keluar.
Boleh menunjukkan kebodohan sendiri.


-rujuk

17.6.09

Fasa Terakhir

Fasa suku terakhir.
Jaisi masih pakai kasut sukan lamo.
Mungkin kasut ni harus di hantar.
Untuk diberikan wajah baru jugak.

Hari ini. Jaisi baru siap di polish.
Dan di pasang dongan antenna Evo III.
Esok mungkin Jaisi akan keluar dongan wajah baru.
Tetapi lubang kentut Jaisi harus di ekjas.
Agar seleso skit Jaisi nak kentut dongan lawas.

Kalau sekarang. Tengok dari jauh.
Lubang kentut nampak terjojol keluar.
Sungguh menggiurkan menarik perhatian bapak polisi.

16.6.09

Wajah Baru

Jaisi bertukar wajah.
Fasa 1 telah pun siap.
Kulit baru Jaisi dari jenis bancuhan Type-R.


12.6.09

Tak Indah

Hidup di dunio tak seindah syurgo.
Bersyukurlah pado yang Esa.

Cabaran saban hari muncul.
Ondak tak ondak, kono jugak tompoh.
Itulah keseronokan hidup di dunio.

10.6.09

Pulang

Sudah lamo ese tidak menjongah kampong.
Hampir enam purnamo ese sibuk di kota.
Mencari rezeki di rantauan.

Sempeno cuti sekolah.
Ese mahu pulang ke tanah tumpah.
Bertemu bonda tersayang.
Dan juga nenda yang dirindui.
Anak sedaro jugak sudah menanti.
Menunggu hadiah dari pak ngah mereko ni.

Esok. Selopeh dinihari.
Ese akan belayar meninggalkan kota metropolitan.
Menuju ke kampong halaman.