Malas

Ese dalam mood malas. Jangan tanya kenapa. Nanti ese akan jawab ese penat dan tak sempat.
Ese takde idea.

Blur.

Kosong.

Yang Mana Satu?

Arakian tersebutlah kisah akan seorang jejaka yang muda, tampan dan gagah perkasa berjambang halus di muka, berkumis pendek rapi duduk termenung di jendela. Beliau dalam dilema antara dua benda yang sama tapi ada bedanya.

Sehari dua lepas beliau selaku kuli yang menggerakkan tempat beliau mencari makan mula dilanda kebingungan. Tidak tau akan sejauh mana kemampuan beliau bila memikirkan akan keterhadan beliau dalam mengerjakan tugas-tugas yang diberi. Beliau memikirkan bagaimana strategi yang harus beliau guna agar tempat beliau cari makan itu melonjak naik dan secara langsungnya bakal merubah hidupnya jua.

Lantas dengan tidak semena-mena hanya satu strategi yang timbul di fikiran beliau. Perluaskan empayar! Ya. Namun di situlah terbitnya keterhadan bila memikirkan akan beliau tidak punyai kenaikan untuk meluaskan empayar ke merata-rata tempat.

Sudah lama. Memang sudah agak lama juga beliau berhasrat ingin sekali memiliki sebuah kenaikan yang beroda empat. Jika dulu beliau cuma ada kenaikan beroda dua. Kini bila beliau rasa kerja makin bertambah, terasa juga amatlah penting akan kenaikan beroda empat itu untuk tidak menghadkan beliau pergi meluaskan empayar.

Tapi, dalam dilema. Benar sekali beliau dalam dilema kerana kenaikan beroda empat pada zaman ini amatlah banyak jenisnya. Datangnya dari segenap pelusuk dunia. Rabun mata tapi memandangkan rezeki yang ada juga terhad setakat termampu, beliau pendamkan dulu segala keinginan memiliki kenaikan yang di idamkan. Yang termampu itulah yang beliau rasakan perlu.

Ada dua jenis yang bermain di fikiran beliau. Kedua-duanya sama dari keluaran negara sendiri tetapi berlainan jenis dan jenama. Satu berlogokan kepala rimau dan satu lagi berlogokan sabit rumput. Satu keluaran dah agak lama tapi satu lagi keluaran baru. Namun kedua-duanya jauh berbeza dari segi rupa bentuk.

Pemuda tadi dalam dilema. Beliau menghubungi kawan-kawan bertanyakan pendapat. Beliau bertanya juga kepada saudara mara, kepada ibunya dan kepada kekasih hatinya. Yang mana satu?

Err..antara Proton Wira SE dengan Myvi?

Related Posts with Thumbnails