Kudo Jantan

Gonap sudah 4 tahun den bersamo dongan Kudo Jantan eden nih. Selamo bersamo dongan eden, banyok sungguh jaso yang ditaburkan. Dongan 'beliau' la eden poie kemano ajo untuk urusan kehidupan eden di muko bumi Johor ini. Dari poie ke kelas sehari-harian di Universiti, poie xpdc kemano sajo hinggolah poie kojo seharian. Berhujan, berpanas, berembun, berselut dan bersosak di tongah bandarayo pun masih juo 'beliau' sanggup menaburkan bakti setio kepado eden selaku tuan mutlak ke atas diri 'beliau'.

Mengimbau konangan ketiko mulo-mulo bersamo 'beliau' 4 tahun lalu. Ayah telefon mengatokan ingin membelikan sebuah motor, bukan baru tapi 2nd hand. OK.. eden terus ajo bersetuju. Balik kampung terus ambil dan hantarkan ke stesen keretapi untuk dihantar ke JB. Mako bermulo la penghijrahan 'beliau' pado tahun 2001. Setiap hari bilo ke kolas atau apo-apo aktiviti, 'beliau' ajo la yang sudi membawo eden.

Selamo bersamo dongan 'beliau', hanyo beberapo kali ajo yang 'beliau' merajuk dan buat hal. Itupun tidak membebankan sangat poket eden yang sentiaso kosong ni. Dari segi dalaman 'beliau' memang tidak bermasalah sojak bersamo eden. Tak banyok yang eden 'make-up' kan pado diri 'beliau', simple-simple ajo. Itu pun sekadar untuk melihat 'beliau' tidaklah kekampungan sangat.


Kini, tibo sudah maso eden berpisah dongan 'beliau'. Tibo sudah maso untuk 'beliau' berhijrah ke tempat lain bersamo tuan yang baru. Tiado laie peneman eden setiap hari, yang suko duko untuk dikongsikan bersamo. Sodih.. pilu.. sebak sungguh ghaso di hati eden untuk melepaskan 'beliau' ke tangan orang lain namun apakan dayo, setiap pertemuan sudah tentu akan ado perpisahan. Nah.. itu lah dio lumrah kehidupan di alam ini.

Akhirnyo tanggal 3hb Feb 2005, mako eden dongan sodih pilu melepaskan 'beliau' poie bersamo tuan baru dan 'beliau' akan mulo membino hidup baru di kota besar Kuala Lumpur. Di harap jagaan yang samo diberikan ke atas 'beliau' agar sentiaso sihat sejahtero hendaknyo.


p/s : Kudo jantan akan berkeliaran sekitar Kelana Jaya, Sungei Way, Damansara, Bukit Beruntung, Rawang dan lain-lain sekitar KL dan Selangor. Jiko anda jumpo kudo jantan berplat DAG 9xxx , sila snapklik dan tunjukkan pado eden. Insya Allah.. akan mendapat hadiah misteri. Serius nih!!! (rujuk rajah di atas).



Pepatah Melayu : Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana.
Ertinya : Jika ada anak perempuan yang cantik rupanya, pecahlah khabar ke merata tempat.

Blog den bernilai ............

Image Hosted by ImageShack.us

Amacam, mahal tak nilai blog ni?

Image Hosted by ImageShack.us

Apobondo yang Moeh lotak dokek shoutbox dan den pun jengok. Den nengok den tak paham tapi apo yang den dapek paham sedikit sebanyok, jual beli share dalam blog apobondo ontah. Sapo yang tau lobih jolas laie.. leh la ajarkan eden bermain jual beli saham dalam blog ni. Den nampak sungguh berminat untuk bermain mondo alah ni. Sudi-sudikan la ajorkan eden yo..klik SINI utk tengok lobih lanjut.




Pepatah Melayu : Membuang garam ke laut.
Ertinya : berbuat budi kepada orang yang senang atau orang yang kaya.

Related Posts with Thumbnails