Rakus

Hari ini ese baru tau penduduk Taman Universiti semuonyo rakus. Tak sampai 5 saat pun otak-otak yg suam-suam kuku itu diletak 2 bakul, tangan-tangan rakus sudah menggomol tanpa memperdulikan orang-orang sekeliling. Datang lagi 2 bakul pun begitu jugo la adonyo.

Kejadian berlaku di Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Johor Bahru Tengah yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah di sebuah dewan serbaguno yang terlotak dokek Taman Universiti ini.

Ese plak selaku Pembekal kepado MPJBT ini diundang untuk samo-samo memeriahkan majlis. Dengan perut yang kosong, ese poie dongan rakan sekojo. Jenuh dok tunggu VIP berucap, dah tak sabar nak mengisi perut yang kosong.

Tapi tak sampai hati melihat masyarakat di Taman Universiti yang seolah kebuluran mengalahkan rakyat Somalia ataupun Afrika Selatan.
Kesian...

Begitu la cerito bilo bondo free, semuo pakat berebut. Malaysia Boleh.!!

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails