Ramai jugak yang datang menjongah blog ese.
Mungkin kerano carian berkaitan dongan Telco & Post.
Yang mano perniagaan ini kini diperkatokan di merato tompek.
Tidak kiro oleh bangso Melayu, Cino mahupun India.
Kan sekarang 1Malaysia.
Pengalaman ese selamo menjago Telco & Post ( TNP ) ni.
Ado lah beberapo tokey-tokey Cina dan India yang datang melawat.
Dan bertanyokan info-info berkaitan dongan TNP ni.
Malah ado yang sudah membuko TNP pun turut datang mahu melihat.
Mungkin melihat konsep TNP kami ataupun sekadar mahu berkongsi maklumat
ataupun strategi perniagaan berkaitan Telekomunikasi dan Pos ni.
Seperti sedia maklum di dalam komen-komen di entri lopeh tu.
Rato-rato yang sudah sedio tahu tontang TNP dan konal dongan Intelica.
Sudah pasti punyo pengalaman masing-masing.
Malah ado cawangan Intelica yang masih beroperasi sehinggo sekarang.
Kami di TNP-Nusa Bestari, Johor bakal menyediokan khidmat bukan sahajo berkaitan
dongan Telekomunikasi dan produk Pos Malaysia. Malah lebih dari itu.
Produk perbankan yang mano meliputi bank Al-Rajhi, sebuah bank Islam antarobangso yang mano mempunyai banyak cawangan serato dunio.
Produk yang ditawarkan di bawah Al-Rajhi adalah berkaitan dongan Pembiayaan Peribadi kepado individu mahupun perniagaan.
Selain tuh, TNP kami jugak menyediakan servis untuk permohonan Kad Kredit dibawah Ambank.
Apa laie selain dari perbankan, fungsi TNP-Nusa Bestari jugak sebagai pusat sehenti bagi
individu ataupun perniagaan yang ingin membuat 'business card' , merekabentuk papan iklan, bunting, banner, sticker dan sebagainya.
Di maso akan datang, TNP-Nusa Bestari memainkan peranan sebagai pusat sehenti bagi firma-firma arkitek yang ingin membuat salinan pelan-pelan yang bersaiz besar dan juga pusat sehenti pada individu yang ingin membuat salinan fotostat dalam jumlah yang banyak.
TNP kami jugak bakal menawarkan servis penghantaran wang ke luar negaro.
Pihak kami jugak sodang merancang untuk mewujudkan servis insuran samado insuran kenderaan mahupun peribadi dan penyediaan servis pembaruan Road Tax.
Kemungkinan bosar kami akan bekerjosamo dongan Takaful Nasional.
Dan buat maso ini kami belum merancang untuk menjadikan TNP kami sebagai Kopitiam mahupun sebagai Cyber Cafe. Kerano memandangkan ruang premis yang tidak bersesuaian
bagi mewujudkan ruangan cafe.
Setakat ini dolu yang boleh ese kongsikan info berkaitan dongan Telco & Post dan perancangan jangko panjang yang sodang kami rangkokan.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago