Ramai jugak yang datang menjongah blog ese.
Mungkin kerano carian berkaitan dongan Telco & Post.
Yang mano perniagaan ini kini diperkatokan di merato tompek.
Tidak kiro oleh bangso Melayu, Cino mahupun India.
Kan sekarang 1Malaysia.

Pengalaman ese selamo menjago Telco & Post ( TNP ) ni.
Ado lah beberapo tokey-tokey Cina dan India yang datang melawat.
Dan bertanyokan info-info berkaitan dongan TNP ni.
Malah ado yang sudah membuko TNP pun turut datang mahu melihat.
Mungkin melihat konsep TNP kami ataupun sekadar mahu berkongsi maklumat
ataupun strategi perniagaan berkaitan Telekomunikasi dan Pos ni.

Seperti sedia maklum di dalam komen-komen di entri lopeh tu.
Rato-rato yang sudah sedio tahu tontang TNP dan konal dongan Intelica.
Sudah pasti punyo pengalaman masing-masing.
Malah ado cawangan Intelica yang masih beroperasi sehinggo sekarang.

Kami di TNP-Nusa Bestari, Johor bakal menyediokan khidmat bukan sahajo berkaitan
dongan Telekomunikasi dan produk Pos Malaysia. Malah lebih dari itu.
Produk perbankan yang mano meliputi bank Al-Rajhi, sebuah bank Islam antarobangso yang mano mempunyai banyak cawangan serato dunio.
Produk yang ditawarkan di bawah Al-Rajhi adalah berkaitan dongan Pembiayaan Peribadi kepado individu mahupun perniagaan.
Selain tuh, TNP kami jugak menyediakan servis untuk permohonan Kad Kredit dibawah Ambank.

Apa laie selain dari perbankan, fungsi TNP-Nusa Bestari jugak sebagai pusat sehenti bagi
individu ataupun perniagaan yang ingin membuat 'business card' , merekabentuk papan iklan, bunting, banner, sticker dan sebagainya.

Di maso akan datang, TNP-Nusa Bestari memainkan peranan sebagai pusat sehenti bagi firma-firma arkitek yang ingin membuat salinan pelan-pelan yang bersaiz besar dan juga pusat sehenti pada individu yang ingin membuat salinan fotostat dalam jumlah yang banyak.
TNP kami jugak bakal menawarkan servis penghantaran wang ke luar negaro.

Pihak kami jugak sodang merancang untuk mewujudkan servis insuran samado insuran kenderaan mahupun peribadi dan penyediaan servis pembaruan Road Tax.
Kemungkinan bosar kami akan bekerjosamo dongan Takaful Nasional.

Dan buat maso ini kami belum merancang untuk menjadikan TNP kami sebagai Kopitiam mahupun sebagai Cyber Cafe. Kerano memandangkan ruang premis yang tidak bersesuaian
bagi mewujudkan ruangan cafe.

Setakat ini dolu yang boleh ese kongsikan info berkaitan dongan Telco & Post dan perancangan jangko panjang yang sodang kami rangkokan.

22 comment:

hamsiah mohd dahalan said...

Business Telco n post ni betul2 boleh jalanke....atau keuntungan sebelah pihakje????

Anonymous said...

bro, baca lu punya entry dan komen lu di previous entry membuatkan gua terfikir... lu tak terfikir ke betapa lu ambik franchise Telco & Post Shoppe ni satu pembaziran, sebab lu sebenarnya tidak memerlukan mereka! so what for lu bayar sampai RM50K beli "nama" diorang? nama tu pun bukan ada rega pun!

wa ingatla, kalau lu terminate lu punya kontrak dengan TNP lebih menguntungkan lu. lu buat direct dengan CELCOM, TM dll. pastu ganti nama brand lu sendiri.

TNP sebenarnya tidak membantu. lu cuma beli angin kentut aja. buat apa lu bayar itu kalau sebenarnya lu yang melakukannya sendiri!

komen wa ini juga sebagai jawapan kepada kata2 lu yang mengatakan bahawa usahawan TNP yg lain tu lingkup sebab tunggu suap.

salah satu fungsi franchise ialah MELATIH & MEMBANTU usahawan yg terlibat. sebab tu kena bayar mahal!

bro, lu tak payah nak bela2 TNP la bro. lu berjaya sebab lu sendiri. bukan sebab TNP.

lagi pun, dari penilaian wa, projek TNP ni lebih kepada "penipuan". "penipuan" nya adalah kerana tindak-tanduknya yg tidak bertanggungjawab dan terma2 yg merugikan usahawan.

bro, lu memang berjaya, tapi tolong jangan sebab lu boleh berjaya, maka ramai usahawan2 hijau laen tersungkur kerana TNP. jangan bela TNP lagi, tapi berilah tunjuk ajar lu.

Anonymous said...

Aku sokong Bro kat atas ni,..sebenarnya banyak PELUANG yang diSEDIAkan oleh pihak KERAJAAN,..cuma kita ni BUTA HATI,..bukan buta mata,..so, nak tahu apa bantuan yang Kerajaan bagi,..kenalah pergi ke Jabatan KErajaan...antaranya..MATRADE, KPDHEP,...di MATRADE misalnya,..ada geran bantuan kewangan untuk Usahawan,..hingga RM500,000. Duit geran itu tak payah bayar balik,..semuanya bantuan Kerajaan,.. Then, kalau yang nak meniaga Telekomunikasi,..just pergi ke Celcom atau MAxis, atau Digi,..mohon untuk jadi agen atau re-seller,..InsyaAllah dapat..KOmisyen yang dibayar LAGI MAHAL,...dengan Telco & Post hanya CIPUT aje...
Di PUNB ada jugak skim PROSPER untuk USahawan,..Tuan-tuan boleh jumpa pegawai mereka untuk dapatkan keterangan.
So, kenapa perlu joint Telco & Post, dan kena bayar sampai RM54K,..tak perlu semua itu,..Kerajaan telah sediakan pelbagai saluran...hanya Tuan-tuan perlu gunakan dengan bijaksana sahaja............

Ini bukan nak menghasut, tapi ini adalah KENYATAAN dari hati nurani saya sebagai USahawan yang dah lama berniaga,...TUan-tuan pergilah ke MATRADE dan Jabtan Kerajaan yangberkaitan,..mintalah pandangan dan bantuan...
Perdana Menteri dah beri jaminan,...RAKYAT DIUTAMAKAN,..so, kalau Pegawai Kerajaan tu tak layan Tuan-tuan,..komplen lah kepada pegawai atasanya,...

Apa pun, program Telco & Post ni adalah skim Penipuan yang amat terancang.....Percayalah....

Wasalam......

Anonymous said...

Aku bukan nak anti-melayu,..tetapi kekadang aku tengok Melayu sendiri yang lingkupkan Melayu demi kepentingan diri sendiri...
Program ITBP ke, TMBP ke, KLTP ke,..Telco & Post ke,..semua nya adalah PENIPUAN TERANCANG...
AWas.....jadi laburkan duit anda pada yg tak pasti.

Anonymous said...

Aku bukan nak anti-melayu,..tetapi kekadang aku tengok Melayu sendiri yang lingkupkan Melayu demi kepentingan diri sendiri...
Program ITBP ke, TMBP ke, KLTP ke,..Telco & Post ke,..semua nya adalah PENIPUAN TERANCANG...
AWas.....jadi laburkan duit anda pada yg tak pasti.

Anonymous said...

Rasanya banyak insentif & grant yang boleh di dapati untuk Usahawan....kalau tak percaya pergilah ke MATRADE, Jalan Duta.. Ramai orang kita tak tahu hal ini...bangsa lain semuanya sibuk beratur untuk apply kemudahan yang disediakan oleh agensi kerajaan ini....Fikir-fikirkanlah.....

Lagi satu, nak berniaga Celcom, nak berniaga Pos, nak jadi Agen Perbankan,..boleh deal direct dengan Principal..tak perlu melalui IGB,..salurannya ada,...

Wasalam....

Anonymous said...

Petikan dari blog pasal ITBP,TMBP,KLTP, Faratech, IGB,..

Yaa betul tu. Kepada kawan2 semua, ambiklah iktibar dan pengajaran dari apa yg dialami oleh aku dan kawan aku dlm bisnes streamyx dgn Faratech ni. Ini bukan nak menjatuhkan, dengki, hasad, tak sokong melayu dan bukan nak memburukkan melayu. Tapi ini adalah kenyataan yg dialami oleh ramai Distributor & Reseller produk2 TM & TMnet yg majoritinya melayu.

Masa memula program khas usahawan telekomunikasi (PKUT) anjuran Faratech ni dianjurkan, ramai di kalangan usahawannya membuat kerja jual streamyx & produk2 TM secara full time. Tapi, skrg ramai yg dah tak aktif dan hanya menjadikannya sbg part time, disebabkan masalah2 yg dialami oleh pihak ketiga. Ini juga adalah disebabkan org yg jadi Distributor & Reseller semakin ramai dan dah jadi tepu. Kalau nak kata takde Distributor & Reseller yg berjaya, itu tipu. Ada juga yg berjaya tapi tak ramai dan ianya adalah dari kalangan Distributor & Reseller yg join program ni awal2 dulu.

Selain dri itu, aku dpt tau ada juga beberapa sykt melayu yg dpt hak pengedaran streamyx tapi dia tak join program khas dgn Faratech. Cuma sykt tu kena bayar yuran RM100,000.00 tu kepada TM utk dptkan lesen hak pengedaran & penjualan. Jadi, kalau sesapa yg nak jadi agen part time streamyx tu, memang saya sarankan carilah sykt yg direct terus kepada TM yg bayar RM100,000.00 ni tadi. Tak kiralah sykt melayu ke sykt cina ke. Urusannya mudah, tidak melalui org tengah macam PKUT tadi. Proses permohonan pun cepat. Kalau mohon dari Distributor atau Reseller PKUT, prosesnya lambat banget sebab kena melalui Faratech dulu. Kurang2 1-2 minggu baru boleh pasang stremyx atau guna apa-apa produk TM. Lambat carta prosesnya.

Macam yg adar_23 cakap tadi, kitorang pun memang malas nak bising2 pasal benda ni sebab benda ni sykt melayu yg anjurkan. Tapi, kita sbg pengguna yg ada otak dan akal, kita pun berasa tak puas hatilah lebih2 lagi para Distributor & Reseller ni. Perasaan tak puas hati tu dok pendam je dlm hati sebab kononnya nak jaga hati, nak sedapkan hati.

Tapi, apa yg nak dirisaukan. Cari je sykt lain yg dpt hak pengedaran streamyx dan jadilah agen diorang. Skrg dah beberapa sykt termasuk sykt ict melayu yg dpt hak dari TM. Bukannya macam Faratech tu, kalau kita nak jadi agen TM, mesti kena melalui bawah dia, kena beli, bayar apa-apa dulu kat dia. Akhirnya, kita agen2 ni cuma dpt saki baki yg dah dimakan jer. Entahlah, skrg kawan aku yg reseller ni tgh pening, nak buat camner.Dahlah banjir besar melanda johor, tak dpt buat sale, tak dpt itu tak dpt ini. Rugi semuanya.Dia punya loan MARA utk bayar kat Faratech masa join PKUT pulak blm settle lagi. Tiap2 bulan bayar kat MARA RM300.00. Pening pening.
Last edited by zinedine; 19-01-2007 at 10:12 AM.

So,..korang nilai la sendiri..

Anonymous said...

Petikan :


Kepada kawan-kawan semua.

Aku ingin berkongsi pengalaman aku ketika bersama-sama menjalankan bisnes streamyx ni. Kawan aku ni jadi Reseller di bawah Program Khas Usahawan Telekomunikasi (PKUT) yg dianjurkan oleh sykt Distributor besor iaitu Faratech yg beribu pejabat di Seri Kembangan Serdang Selangor Malaysia.

Kitorang dah setahun lebih buat benda ni. Lebih banyak duka dari ceria. Kita Reseller2 ni terpaksa mahu tidak mahu mesti berurusan melalui Master Distributor besor dulu. Komisyen yg kitorang dapat terpaksa diberi lebih sikit kepada Faratech. Kesudahannya, komisyen kitorang ciput jer. Buat keje macam nak rak, promosi sana, sewa sana sewa sini. Lepas tu, borang mesti dihantar ke Faratech, kemudian tunggulah claim beberapa lama. Hari, bulan, claim diberi dlm bentuk cek. Lagilah lama. Kawan aku yg Reseller ni dpt cek selepas 3 bulan pun ada. Tengok2 tarikh cek tu dah nak expired. Adilkah kerjasama perniagaan yg macam ni?

Reseller2 streamyx & tmnet yg melambak sekarang ni (Terutama Reseller bangsa Melayu) diorang tu dpt komisyen ciput jer cuma 80% setiap streamyx yg dijual, sepatutnya 150%, tapi sebab dah ditolak awal2 oleh Faratech beberapa percent yg sepatutnya Reseller dapat. Sedangkan ada agen lain yg dibayar komisyen lebih tinggi dari Reseller PKUT ni iaitu 150%. Siapakah mereka itu? mereka itu ialah agen yg bekerja utk Distributor/Reseller yg telah mendaftar terus ke TM dgn modal berbayar RM100,000.00 utk menjadi pengedar sah Streamyx.Sykt ini tidak ada kena mengena langsung dgn PKUT dan Faratech.

Jadi, saya memang menggalakkanlah kepada sesapa yg nak jadi agen streamyx ni samada sepenuh masa atau separuh masa, jadilah agen bagi sykt yg telah mendapat hak pengedaran terus direct dari TM.Sykt tu mestilah telah membayar modal RM100,000.00 tadi tu kepada TM. Dan komisyennya mestilah 150% atau mungkin kurang sikit tapi tak kurang dari 110% sebab komisyen ni walaupun nampak tinggi tapi ia cuma dibayar sekali sahaja. Sykt Distributor ini akan dapat komisyen lain dari pihak TM. Tak usahlah join yg PKUT punya.

Mintak maaf kalau ada reseller2 dari sytk Distributor PKUT,bukan nak menghasut tapi ini pengalaman aku dan kawan aku yg telah rugi setahun buat bisnes melalui PKUT ni. Program ni skrg pun menghadapi bnyk masalah apabila ramai pihak dlm sykt Master Distributor PKUT iaitu Faratech tu telah meletak jawatan dan ramai yg lepas tangan dlm mengendalikan permohonan dan borang2 reseller ciput macam kitorang.

Akhirnya, bisnes streamyx kita terabai.Kalau kitorang submit borang streamyx terus ke TM, kitorang takkan dpt komisyen dan TM takkan layan kita. Kitorang mesti submit ke Faratech sbg Master Distributor PKUT tu tadi jugak. Akhirnya, rugi modal yg telah dikeluarkan sebanyak RM4800.00 utk join jadi reseller bawah Distributor PKUT sebab selama setahun buat benda ni, modal tak balik.

Yg lebih bagus, joinlah sykt yg direct terus kepada TM tadi. Komisyennya pun tinggi dan tidak selambat PKUT. Apa yg ditawarkan oleh dearmour ni, memang bagus dan boleh dijadikan sbg keje sampingan utk mendapatkan pendapatan sampingan yg baik. Dan harap sykt yg menawarkan agen Streamyx oleh dearmour ni bukanlah sykt yg ada kena mengena dgn PKUT. Kalau tidak, alamat bermain politiklah korang.
Last edited by zinedine; 18-01-2007 at 01:21 PM.

Anonymous said...

NI cerita pasal PENIPUAN :

check link ni...

http://www.melayu-trade.com/v2/modules.php?name=Forums&file=printview&t=2121&start=0

Selamat membaca..

Anonymous said...

Salam semua,

Well, I do realised that recently the comments on Telco & Post are a bit 'slow', maybe because Telco & Post also had temporary stop doing their recruitment. No more talks at Menara TM nowadays.. Good !!! No more victim... Perhaps, the they are doing some 'new strategy' for next year,..maybe new name or new kind of business..we do not know. What ever it is, I think for those who already 'stuck' with Telco & Post business need to do something about it. Maybe to review back the nature of business or to plan back the business strategy as not to run under loss.
I would suggest that ALL Telco and Post operators to sit down and discuss their problems and seek solution or maybe amongst friends that able to assist to give business support.

All Mighty Allah is Great and HE will punish to those who victimised the innocent people, those who cheated people, those who CON people for easy money. We pray for it and wish that there will be some changes soon.

Wasalam...

Anonymous said...

Apa gua bleh cakap kat lu orang.... TELCO N POST gunakan nama Dato-dato dan gunakan nama Dewan Perniagaan Melayu utk menarik kaum melayu join bisnes nih.

Kerana apa? kerana orang melayu biasanya tak akan selidik lebih mendalam ttg bisnes berkaitan dengan rantaian penipuan nih. jadi sasaran utk meraih keuntungan jutaan ringgit secara cepat adalah MENJUAL NAMA DAN SISTEM YANG KONONNYA FRANCHISE.

Walhal mereka di SERDANG RAYA atau yang bercakap di MENARA TELEKOM tu sebenarnya tak penah tau dan tak belajar apa2 pun tentang konsep FRANCHISING.

Malang sekali. Kaum melayu dan usahawan2 yang nak meraih keuntungan terpaksa bergolok gadai utk join bisnes ni. Akhirnya di biarkan terkontang kanting dan tak dapat nak tampung kos overhead akhirnya mereka tutup.

SIAPA UNTUNG?

FARATECH SDN BHD yang mana peneraju utama untuk sistem franchise ( konon2 ).. yang berpangkalan di THE MINES RESORT...

IGB Thyme Orion Consortium yang konon tandatangan memorandom dengan DPPMKL.

Tapi sepanjang dalam Telco & Post, sekarang mana penah wujud atau di sebut-sebut lagi ttg IGB? Ada?
Sape2 pemilik T&P yang ingin bersuara ttg ini?

Lagi satu. Sekiranya ianya program yang dibangunkan semula dengan kerjsama DPPMKL dan di tandatangi memorandum.. kenapa ORANG DPPMKL sendiri taktau menahu? atau orang2 di DPPMKL sendiri takde buat pemantauan?


ITU PERSOALAN YANG mana pihak Telco & Post Serdang Raya spt En. AZLAN mahupun En. Anuar atau Tuan Zainudin mahupun di MINE RESORT tu sendiri takleh nak jawab dan mengelak untuk menjawab.


PADA MEREKA di T&P YANG MEMBACA. SILA JWAB BEBERAPA SOALAN.


1. Kenapa Support terlalu slow dan lembap?

2. Kenapa tiada Support / Update kepada semua branch yang telah di buka?

3. Kenapa Comission lambat di bayar?

4. Kenapa Commission terlalu rendah pada produk2 utama?

5. Kenapa submission sesuatu pakej lambat nak approve?

6. Sekiranya konsep FRANCHISE.. kenapa tidak pihak T&P PUSAT DI SERDANG RAYA memantau segala aktiviti di Branch demi menjaga nama Telco & Post..

7. Apa tujuan bayar RM53k? Sekadar utk dapatkan Signboard Telco & Post dan bawa nama Telco & Post tapi komisyen langsung tidak membantu usahawan2 utk maju.

Tok Siam said...

Salam semua,

Awat sejak kebelakangan ni Telco & Post dok diam je ? Depa dah kaya la tu..depa dah kaut duit orang Melayu,..depa pi cuti kat oversea..aku dengar depa semua pi makan angin kat oversea...Hiissshh...
Depa dah tipu kita, depa buat tak tau aje...Penipu besaq depa ni...
Rasanya aku nak buat business lain la...rugi aje,..sales tak dak..depa suruh jual streamyx,..bukan hari-hari orang nak pakai streamyx,..bagi target macam pelik aje...awat depa tak bagi SUPPORT,..bila aku telepon tanya pasal claim, depa dok pas kat orang lain,..ni yang nak geram ni...
So, kawan-kawan Telco & Post,...pakat-pakat buat la busines lain...menyampah dah saya dengan depa ni,..Tahun depan jangan la pi kat Menara TM tu,..kalau ada sedara mara yang nak buat Telco & Post, bagitau kat depa, tak payah lah nak buang duit RM53 ribu tu,..pi simpan bank lagi baguih...

Wasalam...orang Utara...

Unknown said...

Salam pada semua, mcmmana kita nak dapatkan balik modal kita dari mereka yang telah menipu kita. Macammana kalau kita yang teraniyai ni buat perjumpaan di Serdang raya dan boikot mereka atau buat report kat balai!

Unknown said...

continue.... kita kena satu hati untuk mengajar mereka, kalau tidak ramai yang kat luar sana teraniya macam kita. Saya harap rakan-rakan yang menjadi mangsa tolong cari jalan penyelesaian dengan segera! Jihad ! Allahu Akhbar!

Sape sape je said...

En Mumtaz,..ada jalan penyelesaiannya....you boleh joint kami..bagi email address u..ok..

keliru.... said...

tlg la aq!!!aq tnsion bacer pndapat2 korang nie!! aq bru jer buker kdai TNP nie..mcm2 aq dgar tntg TNP...adoi!!jgn wat aq tkot kwn!!aq xpham lar!!pe mslah ngan TNP ni sbnrye??tlg jelaskn pd aq...spcialy kpd y dh lamer join TNP ni tlg share citer ngan aq..tlg la...aq dh byar 53k beb!!bkn ckit tau!!

Sup Utara said...

Ni nak bahaq mai kat Encik Keliru,..aku joint lagi lama dari hang,..masa zaman TMBP,..depa janji dengan aku macam-macam,..sampai la ni, janji hanya tinggal janji,..duit aku depa dah pi kebas, tak tau buat apa,..aku masih tak dapat apa-apa..
Yang hangpa semua dok bayaq RM53 ribu buat apa,..la ni kan banyak grant dan peluang perniagaan yg pihak Kerajaan bagi...hangpa boleh pi SMIDEC, PUNB, MARA dan lain-lain...boleh tanya la.
Lagi satu,..yang Telco & Post ni ambik WANG dari orang awam,..depa ada lesen tak ? pasai apa,..kalau ambik duit dari orang kena ada lesen dari Bank Negara....hangpa cuba check dengan bank negera...payah-payah hangpa semua pi report aje kat bank negara...
Oklah,..aku tak nak cakap panjang..bagi hangpa yg dah joint, buat la meniaga lain,..memang tak da untung business Telco & Post ni...Kalau si Azlan tu berani,..awat di tak jawap all this comment dalam blog...Wat apa dia dok diam....
Akhir kata,..terlajak perahu, boleh diundur,.terlajak bayar RM53 ribu pd Telco & Post,..memang la rugi..hangpa pikir lah sendiri...

Tok Janggut said...

Kalau dulu, masa perang dunia kedua,..ada org kita yg jadi tali barut tentera Jepun,..kononnya nak halau orang Inggeris dari Tanah Melayu,.tapi mereka jadi rakus dengan KUASA yang diberikan oleh tentera Jepun sehingga sanggup menganiya dan menggadai maruah bangsa sendiri....Mereka-mereka inilah yang dinamakan pengkhianat bangsa...so, sama jugalah dengan Telco & Post ni,...konon nya gunakan DPMM, untuk bantu orang kita meniaga...bila dah dapat duit banyak,..habuk pun tak de,..barang entah kemana?, support entah kemana? bisness pun entah kemana? mereka yg collect duit tu kaya raya... So, mereka ni lah PENGKHIANAT perniagaan,...menggunakan DPMMKL yang sendiri mengatakan mereka tidak tahu pun pasal KLTP ni..so, kita telah tertipu....maka ambillah tindakan SEGERA...sebelum terlambat....

mamakuntau said...

Salam untuk pengetahuan semua, kami MD utara pun dah mula buka fail saman...tapi ada di antara MD yang masih SETIA dan PERCAYA dengan Telco n Post telah memaklumkan hal ini pada pihak HQ..dan ada pihak HQ yang cabar pihak kami untuk meneruskan saman...seolah-olah mereka betul dan tak terasa buat salah pun....kita tengok apa yang akan jadi lepas ni.......PANASSSSS!!!!

Anonymous said...

Telco to Zero!

Anonymous said...

woi..mangkuk ayun yg dok rasa telco ni bagus sgt tuu..bgi tau berapa sales yg dh buat..n claim lama mana bleh dpt...lokasi kat mana...(tapi mesti cerita yg baik punyaaaa)hakikat nyerr sakit jiwa hahahahaha...pegi mampus lahhh..duit aku nk...aku tak halal kan duit aku dunia akhirat....aku sumpah biar buncit..pegerak utama penipuan terancang ni..jumpa aku di sana nnt..

Anonymous said...

woi..mangkuk ayun yg dok rasa telco ni bagus sgt tuu..bgi tau berapa sales yg dh buat..n claim lama mana bleh dpt...lokasi kat mana...(tapi mesti cerita yg baik punyaaaa)hakikat nyerr sakit jiwa hahahahaha...pegi mampus lahhh..duit aku nk...aku tak halal kan duit aku dunia akhirat....aku sumpah biar buncit..pegerak utama penipuan terancang ni..jumpa aku di sana nnt..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails