18.11.09

Serabut

Sojak akhir ini. Fikiran ese kian serabut.
Pelbagai dugaan datang menjongah.
Terkadang ghaso mau terduduk sekojap.
Hampir tersungkur dan rebah ke bumi.
Tapi ese harap ese masih kuat untuk bertongkat lutut.

Sesekali ese terfikir dalam otak yang kosong ini.
Haruskah ese menjauhkan diri dari segalo masalah dan dugaan?
Tetapi bilo direnungkan sejonak.
Melarikan diri dari masalah adalah bukan jalan penyelosaian terbaik.

Tetapi terkadang ese terfikir mau bersendirian yo.
Tonangkan jiwo. Kembali ke pangkal jalan.
Ese mahukan diri ese yang 10 tahun nan lalu.
Jiwo yang masih bersih. Bolom laie terpalit dongan noda dosa hina dina.
Belum laie hitam pekat mukat dek di palit kemaksiatan dunio.

Semakin ese dewaso. Seolah seperti semakin hanyut dalam arus dunio yang ponuh cabaran.
Semakin menginjak umur dari hari ke hari.
Semakin ese kurang mengerti hala tuju kehidupan ese.

Apo yang ese carikan dalam hidup ini?
Apo yang ese mahukan?
Dan apo laie yang kurang longkap yang ese ghaso ese bolom laie dapek.?
Adakah kerano ese semakin hari semakin menjauh dari DIA?
Dan bilokah saat ese harus pulang ke pangkal jalan mengadap DIA?
atau adakah ketika saat dan masa sudah di penghujungnyo?
Bilo mano apo yang ese ingin ubah sudah tidak boleh diubah laie?

Dilema sering menghantui jiwo orang yang tidak pernah puas dongan hidup mereko.
Dilema sering datang menguji keteguhan dan keyakinan diri seseorang.
Harus. Bagaimano untuk ese buang sejauhnyo kedilemaan yang menghantui jiwo?

8.11.09

Sibuk

Lantaran sibuk dongan urusan harian.
Ese langsung tak nyompek nak nulih dokek blog ese nih.

Baru-baru nih ese poie kursus perbankan, Al-Rajhi.
Kursus ni sebonanyo eh untuk pengangur dan lepasan universiti.
Tetapi disobabkan ese dibawah Telco & Post, mako dijomput la sekali.
Untuk berkursus bagi memahami lobih mendalam tontang produk Al-Rajhi.
Tetapi sebonanyo eh. Sekadar untuk memenuhi kuota yang ditotapkan yo.

Kursus Train & Place anjuran Kementerian Sumber Manusia.
Dikelolakan oleh Moonbow Consulting.
Dongan kojosamo dari Faratech ( Telekomunikasi ) dan ERSB ( Perbankan ).
Kumpulan dipocahkan kepada duo iaitu Telekomunikasi di Hotel KL International Hotel.
Manokalo Perbankan di Hotel Brisdale.

Ese memilih untuk join di bawah Perbankan memandangkan ese bolom ponah tau tontang perbankan Al-Rajhi dan tontang pembiayaan peribadi.
Ese masuk dibawah kumpulan 1 dari 4 kumpulan yang ado.
Dibawah pengurus kumpulan, En Thenesh.

Diringkaskan. Sepanjang kursus selamo 1 bulan. Memang ese banyak paham tontang pembiayaan peribadi. Tetapi memandangkan bank Al-Rajhi merupokan International Bank, mako kadar keuntungan yang mencocah 8.5% agak tinggi jiko nak dibandingkan dongan local bank yang ado seperti Bank Rakyat dan CIMB. Malah Bank Islam jugak menawarkan kadar keuntungan yang amat berpatutan.

Namun disebalik yang ese pelajari. Terdapat kelebihan yang tidak disedari oleh ramai orang yang mano agen-agen perlu menorangkan secaro jolas kek orang ramai.
Apo yang ese bulih katokan, walaupun kadar keuntungan yang agak tinggi, kelobihannyo terlotak pado jumlah pembiayaan yang diperolehi agak tinggi berbanding bank lain. Malah kadar rebet jugak agak tinggi bila melakukan pembayaran penuh awal.

Berbalik pada soal kursus. Pelbagai masalah yang paro peserto hadapi.
Tetapi pihak Moonbow yang rato-rato paro peserto cukup menyampah.
Pelbagai alasan yang pihak Moonbow berikan bagi mengelak memberikan penjelasan sepatutnyo. Dan bagi peserto yang di kalangan remajo, sudah pasti mudah melatah.
Ese sendiri merasokan amat merugikan maso menghadiri kursus setiap hari disano.
Pembaziran maso berlaku begitu yo tanpo ado pengisian yang sepatutnyo.
Kelemahan dari sudut pengurusan dan perancangan dari pihak Moonbow amat memalukan.
Mereko mengambil kuota yang agak banyak dan terdapat beberapo kumpulan dalam satu jangko maso sehinggokan kumpulan yang sedang berkursus pun seperti terabai.

Memandangkan ilmu yang dikejar. Ese kuatkan jugak kudrat untuk mengikuti kursus sehinggo selosai selamo sebulan di KL. Dan pelbagai ragam manusio, pelbagai kerenah dan pelbagai cabaran yang ese lalui. Tetapi seronok totap seronok.

Pulang ke JB. Ese merangko satu strategi untuk ese bawakkan produk Al-Rajhi kedalam Telco & Post dan seterusnyo akan melihat sejauh mano keberkesanan dan kemampuan pihak HQ untuk merealisasikan apo yang mereko janjikan. KOMISYEN.

Related Posts with Thumbnails