8.11.09

Sibuk

Lantaran sibuk dongan urusan harian.
Ese langsung tak nyompek nak nulih dokek blog ese nih.

Baru-baru nih ese poie kursus perbankan, Al-Rajhi.
Kursus ni sebonanyo eh untuk pengangur dan lepasan universiti.
Tetapi disobabkan ese dibawah Telco & Post, mako dijomput la sekali.
Untuk berkursus bagi memahami lobih mendalam tontang produk Al-Rajhi.
Tetapi sebonanyo eh. Sekadar untuk memenuhi kuota yang ditotapkan yo.

Kursus Train & Place anjuran Kementerian Sumber Manusia.
Dikelolakan oleh Moonbow Consulting.
Dongan kojosamo dari Faratech ( Telekomunikasi ) dan ERSB ( Perbankan ).
Kumpulan dipocahkan kepada duo iaitu Telekomunikasi di Hotel KL International Hotel.
Manokalo Perbankan di Hotel Brisdale.

Ese memilih untuk join di bawah Perbankan memandangkan ese bolom ponah tau tontang perbankan Al-Rajhi dan tontang pembiayaan peribadi.
Ese masuk dibawah kumpulan 1 dari 4 kumpulan yang ado.
Dibawah pengurus kumpulan, En Thenesh.

Diringkaskan. Sepanjang kursus selamo 1 bulan. Memang ese banyak paham tontang pembiayaan peribadi. Tetapi memandangkan bank Al-Rajhi merupokan International Bank, mako kadar keuntungan yang mencocah 8.5% agak tinggi jiko nak dibandingkan dongan local bank yang ado seperti Bank Rakyat dan CIMB. Malah Bank Islam jugak menawarkan kadar keuntungan yang amat berpatutan.

Namun disebalik yang ese pelajari. Terdapat kelebihan yang tidak disedari oleh ramai orang yang mano agen-agen perlu menorangkan secaro jolas kek orang ramai.
Apo yang ese bulih katokan, walaupun kadar keuntungan yang agak tinggi, kelobihannyo terlotak pado jumlah pembiayaan yang diperolehi agak tinggi berbanding bank lain. Malah kadar rebet jugak agak tinggi bila melakukan pembayaran penuh awal.

Berbalik pada soal kursus. Pelbagai masalah yang paro peserto hadapi.
Tetapi pihak Moonbow yang rato-rato paro peserto cukup menyampah.
Pelbagai alasan yang pihak Moonbow berikan bagi mengelak memberikan penjelasan sepatutnyo. Dan bagi peserto yang di kalangan remajo, sudah pasti mudah melatah.
Ese sendiri merasokan amat merugikan maso menghadiri kursus setiap hari disano.
Pembaziran maso berlaku begitu yo tanpo ado pengisian yang sepatutnyo.
Kelemahan dari sudut pengurusan dan perancangan dari pihak Moonbow amat memalukan.
Mereko mengambil kuota yang agak banyak dan terdapat beberapo kumpulan dalam satu jangko maso sehinggokan kumpulan yang sedang berkursus pun seperti terabai.

Memandangkan ilmu yang dikejar. Ese kuatkan jugak kudrat untuk mengikuti kursus sehinggo selosai selamo sebulan di KL. Dan pelbagai ragam manusio, pelbagai kerenah dan pelbagai cabaran yang ese lalui. Tetapi seronok totap seronok.

Pulang ke JB. Ese merangko satu strategi untuk ese bawakkan produk Al-Rajhi kedalam Telco & Post dan seterusnyo akan melihat sejauh mano keberkesanan dan kemampuan pihak HQ untuk merealisasikan apo yang mereko janjikan. KOMISYEN.

5 comment:

Anonymous said...

aku antara candidate yg join train&place ni di bawah pengurusan moonbow consulting..apa yg dkt surat tawaran lain yg jadi..mane janji2 korang babe!!mane alaun yg korang dok ckp tu.tak pro lansung pas tu nk ygyt2 org..

Anonymous said...

mane janji pihak moonbow yg kata lps kami fax surat tawaran kerja,lps 2 minggu dri tarikh kami fax surat tawaran,moonbow akn masuk kan alaun yg djanjikan tu?mane janji korg

Anonymous said...

kenapa ada situasi berat sebelah di mane budak2 TM dapat alaun dulu,ikut dari semua msg2 yg moonbow consulting sms pd semua candidate,ape maksud korg alaun yg 'terlepas'pd separuh candidate..?ape maksud ayat dlm msg 'paham2 je lah'?

Anonymous said...

mmg kami belajar free,tpi jgm bodoh2kan org...cube fikir balik ada ker org nk dtg train&place kalau kata tak dpt alaun langsung...takde kan??jdi jgn cakap kami jer,kita ni menyokong antara satu sama lain,bayangkan kalau sorang pun tk hadir train&place atas kelolaan moonbow consulting?korag rase korg pun dpt duit ker?

NeSh said...

hi guys..saya THENESH..masih ingat x..ok really sori for whatever happen ok..nothing 2 do with ERSB OR NESH RESOURCES...was fully controlled by MOONBOW...so we just did our job..sori guys..ok..for those still intrested in banking line plz call me..im looking for master agents for my agency...n we add few more products from other banks and koperasi..hope 2 hear from u soon guys..0169200923 NESH

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails