PROMOSI AKHIR TAHUN DI CAPTUREPIXS STUDIO.

Pada Disember setiap tahun, Capturepixs Studio akan mengadakan promosi akhir tahun.
Bakal-bakal pengantin jangan lepaskan peluang untuk menempah pakej fotografi dan
mendapatkan jurufoto profesional untuk mengabadikan kenangan indah kalian.

Lawati laman web rasmi Capturepixs untuk sebarang maklumat lanjut.

7.12.09

Telco n Post IV

Memandangkan ese sekarang sibuk dokek Telco N Post.
Jadi entri pun berkisar tontang kehidupan dalam kerjayo ese.
Separuh dari otak ese digunokan untuk memikirkan bagaimano nak peroleh keuntungan?
Strategi yang bagaimano nak digunokan untuk mensasarkan jualan 1 Million sebulan?
Adakah sasaran jualan yang tinggi boleh menjamin keuntungan yang memuaskan?
Adakah sasaran jualan 1 juta itu kojonyo seperti goyang kaki?
Sudah pasti tidak bukan? Sudah pasti tangan pun seolah menjadi kaki.

Ese mahu mengajak pemilik mahupun pengurus Telco N Post di seluruh Malaysia.
Berkongsi idea di ruangan blog ini. Samado strategi mahupun perancangan jangko panjang.
Kerano kito semuo bukannyo Pesaing satu samo lain.
Tetapi kito semua mahu berjuang untuk memperoleh untung atas pelaburan yang tolah keluar.
Lagipun lokasi strategik yang kito pilih adalah berjauhan satu samo lain.
Jadi tidak menjadi masalah sekironyo kito berkongsi maklumat dan strategi.
Adakah kaum bumiputera amat susah untuk berkongsi strategi masing-masing?
Kalian takut akan kehilangan punco rezeki kalian?
Atau kalian percayo kepado kuaso Tuhan pemberi Rezeki.?

Ese mahu berkongsi cerito. Potang tadi sekitar 5pm, ese dihubungi oleh pihak TNP-HQ.
Bahagian semakan Personal Financing Al-Rajhi.
Seorang staf yang dikonali dongan namo En. Latif menelefon ese.
Ini bukan kali pertamo ese dihubungi oleh En. Latif. Rasonyo seingat ese ini adolah kali ke-3.
Perkaro yang diutarokan adalah berkaitan dongan dokumen yang tidak longkap.
Samo seperti perkaro yang sebelum ini.
Masalah yang ese timbulkan kepado En. Latif adalah berhubungan dongan maklumat yang
pihak TNP-Serdang Rayo berikan adalah kurang lengkap.
Sebagai contoh, slideshow yang terbaru berkaitan dongan Al-Rajhi tidak di hantar kepado semuo TNP-Cawangan di seluruh Malaysia.
Dan kalian tahu apa yang En. Latif cakapkan kepado ese?
"Kenapa Encik tidak minta dengan kami?"
Ese balas.
"Logik tak saya minta sesuatu yang saya sendiri tidak tahu mahu minta apa.?"

Lagi satu, sepanjang ese training di TNP-HQ di Serdang Raya. Dan sepanjang ese selaku Pengurus turun padang untuk training di bawah anjuran Moonbow bersama Kementerian Sumber Manusia dibawah skim Train & Place. Info yang disampaikan bercanggah dan mengelirukan malah tidak lengkap sepenuhnya. Contoh paling tepat adalah berkaitan dongan dokumen yang diperlukan. Ia tampak remeh tetapi ia merumitkan kojo dan perlu dilakukan berulang kali pado bondo yang samo. Tidakkah itu merugikan maso dan menjejaskan namo institusi yang berkaitan seperti Al-rajhi mahupun TM.

Perkara pokok yang ese nak sampaikan adalah sekironyo TNP-HQ merupokan bapa kepado semuo anak-anak ( cawangan seluruh Malaysia ), kenapo perlu anak meminta-minta kepado
bapa sodangkan anak masih kecil dan tidak tahu apobondo pun laie.

Sekurangnyo ajarilah anak untuk bertatih kemudian berjalan lancar dan seterusnyo berlari.
Ini tidak. Sebagai bapa yang hanyo tahu mengajar anak merangkak yo dan biarkan anak berlari sendirian? Takdo pantauan jolas dan nyato sekironyo anak jatuh tersungkur, adakah bapa membiarkan anak bangun sendiri? Bapa belikan anak baju dan seluar, tetapi kenapo bapa tidak belikan anak sepasang kasut buat berjalan dan berlari?
Kalian paham? Maksud ese, SUPPORT.!!!

Seperti yang kalian sedio maklum, selamo ese dilantik menjadi Pengurus dokek TNP ni.
Banyak bondo yang ese kono belajar dari zero sampailah sekarang ni pun.
Masih jugak laie belum faham seponuhnyo semuo bondo.

Cubo kalian bayangkan. Daripado zero dan kalian kono mahir dalam semuo produk TNP.
Ese di hantar untuk training Al-Rajhi selamo satu bulan di KL tempohari.
Alhamdulillah ese bulih paham hampir 80% tontang Personal Loan Al-Rajhi.
Dan staf seorang lagi training untuk produk Telekom Malaysia seperti Streamyx.

Sepanjang training di KL untuk produk perbankan iaitu Al-Rajhi Personal Financing.
Bukan semuo yang diajarkan kepado peserto. Ado bondo yang kadang nampak remeh
tetapi sebonarnyo amat penting. Seperti borang-borang yang perlu ado, cara-cara submission
dan beberapo laie bondo yang hidden yang tidak diberitahu kepado peserta kursus.

Berbalik pado soal TNP. HQ di Serdang Raya sendiri seperti kalian sedio maklum sememangnyo lomah dalam bab pengurusan dan support. Sepanjang ese menjadi Pengurus, nampak gayo support tidak akan diberikan selagi kami di sini tidak menghubungi mereka.
Sebagai contoh. Tontang submission borang Al-Rajhi. Tontang borang-borang yang kami sendiri perlu download melalui website Al-Rajhi dan begitu jugak dari sudut kepantasan dalam mengemaskini status permohonan kepada kami di TNP Nusa Bestari.

Dan dari sudut flyers, brochures dan jugak bunting mahupun banner untuk kami promosikan tentang TNP sendiri mahupun produk-produk yang ado ni pun kami sendiri terpakso usahokan.
Selaku Pengurus, terlalu banyak untuk ese fikirkan. Bukan ajo dari sudut Pengurusan. Malah dari sudut Pemasaran itu terlalu besar untuk digalas bagi memberikan keuntungan pada TNP agar terus bertahan dalam perniagaan franchise yang agak tidak berbaloi ini.

Pihak HQ hanyo duduk menanti panggilan dari TNP Branches seluruh Malaysia sekironyo terdapat masalah. Sekironyo tiada masalah yang dilaporkan, mereko di HQ tidak akan membuat pantauan apa-apa malah membiarkan kami berjalan sendiri tanpa guideline dan support yang sepatutnya berlaku dalam perniagaan franchise.

Cuba kalian bayangkan. Dalam masa satu bulan sepanjang ese sodang kursus di KL. Tiada seorang pun pegawai mahupun staf di HQ menghubungi TNP Nusa Bestari untuk kemaskini status tontang produk mahupun tontang perubahan hargo produk. Cuba kalian bayangkan perubahan hargo produk pos dari HQ hanyo diberitahu selepas kami cuba membuat pembelian produk tambahan untuk stok kami. Selagi kami tidak hubungi mereka di HQ, selagi itulah kami di sini tidak di update tentang sebarang perubahan. Dan adakah itu konsep perniagaan franchise?

Bagi kami di TNP Nusa Bestari. Kami membawa namo Telco & Post dan nama disebalik Telco & Post Nusa Bestari bukanlah menjadi sebutan sekironyo servis yang kami berikan agak tidak memuaskan hati pelanggan dan masyarakat sekitar. Akhirnyo namo Telco & Post sendiri akan disebut orang dan akan jatuh menjunam. Seburuk-buruk servis yang diberikan di pejabat pos milik Pos Malaysia Berhad, masih ramai orang mampu menerima servis mereka kerana lengkap dan produk yang sentiasa dikemaskini. Malah Pos Malaysia Berhad sendiri memantau setiap franchise Pos Mini yang dibuka di seluruh Malaysia.

Sepanjang Disember 2009 ini, kami di Telco & Post Nusa Bestari mensasarkan jualan produk Al-Rajhi Personal Financing bagi menampung kos dan juga bagi memperolehi profit bagi perniagaan Telco & Post yang pada permukaannya tampak menarik tetapi bagi mereka yang menjadi Pengurus malah Pemilik cawangan mana-mana pun sudah sedia maklum akan dasarnya yang berlumut dan begitu menjijikkan.

Related Posts with Thumbnails