Memandangkan ese sekarang sibuk dokek Telco N Post.
Jadi entri pun berkisar tontang kehidupan dalam kerjayo ese.
Separuh dari otak ese digunokan untuk memikirkan bagaimano nak peroleh keuntungan?
Strategi yang bagaimano nak digunokan untuk mensasarkan jualan 1 Million sebulan?
Adakah sasaran jualan yang tinggi boleh menjamin keuntungan yang memuaskan?
Adakah sasaran jualan 1 juta itu kojonyo seperti goyang kaki?
Sudah pasti tidak bukan? Sudah pasti tangan pun seolah menjadi kaki.
Ese mahu mengajak pemilik mahupun pengurus Telco N Post di seluruh Malaysia.
Berkongsi idea di ruangan blog ini. Samado strategi mahupun perancangan jangko panjang.
Kerano kito semuo bukannyo Pesaing satu samo lain.
Tetapi kito semua mahu berjuang untuk memperoleh untung atas pelaburan yang tolah keluar.
Lagipun lokasi strategik yang kito pilih adalah berjauhan satu samo lain.
Jadi tidak menjadi masalah sekironyo kito berkongsi maklumat dan strategi.
Adakah kaum bumiputera amat susah untuk berkongsi strategi masing-masing?
Kalian takut akan kehilangan punco rezeki kalian?
Atau kalian percayo kepado kuaso Tuhan pemberi Rezeki.?
Ese mahu berkongsi cerito. Potang tadi sekitar 5pm, ese dihubungi oleh pihak TNP-HQ.
Bahagian semakan Personal Financing Al-Rajhi.
Seorang staf yang dikonali dongan namo En. Latif menelefon ese.
Ini bukan kali pertamo ese dihubungi oleh En. Latif. Rasonyo seingat ese ini adolah kali ke-3.
Perkaro yang diutarokan adalah berkaitan dongan dokumen yang tidak longkap.
Samo seperti perkaro yang sebelum ini.
Masalah yang ese timbulkan kepado En. Latif adalah berhubungan dongan maklumat yang
pihak TNP-Serdang Rayo berikan adalah kurang lengkap.
Sebagai contoh, slideshow yang terbaru berkaitan dongan Al-Rajhi tidak di hantar kepado semuo TNP-Cawangan di seluruh Malaysia.
Dan kalian tahu apa yang En. Latif cakapkan kepado ese?
"Kenapa Encik tidak minta dengan kami?"
Ese balas.
"Logik tak saya minta sesuatu yang saya sendiri tidak tahu mahu minta apa.?"
Lagi satu, sepanjang ese training di TNP-HQ di Serdang Raya. Dan sepanjang ese selaku Pengurus turun padang untuk training di bawah anjuran Moonbow bersama Kementerian Sumber Manusia dibawah skim Train & Place. Info yang disampaikan bercanggah dan mengelirukan malah tidak lengkap sepenuhnya. Contoh paling tepat adalah berkaitan dongan dokumen yang diperlukan. Ia tampak remeh tetapi ia merumitkan kojo dan perlu dilakukan berulang kali pado bondo yang samo. Tidakkah itu merugikan maso dan menjejaskan namo institusi yang berkaitan seperti Al-rajhi mahupun TM.
Perkara pokok yang ese nak sampaikan adalah sekironyo TNP-HQ merupokan bapa kepado semuo anak-anak ( cawangan seluruh Malaysia ), kenapo perlu anak meminta-minta kepado
bapa sodangkan anak masih kecil dan tidak tahu apobondo pun laie.
Sekurangnyo ajarilah anak untuk bertatih kemudian berjalan lancar dan seterusnyo berlari.
Ini tidak. Sebagai bapa yang hanyo tahu mengajar anak merangkak yo dan biarkan anak berlari sendirian? Takdo pantauan jolas dan nyato sekironyo anak jatuh tersungkur, adakah bapa membiarkan anak bangun sendiri? Bapa belikan anak baju dan seluar, tetapi kenapo bapa tidak belikan anak sepasang kasut buat berjalan dan berlari?
Kalian paham? Maksud ese, SUPPORT.!!!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
41 comment:
Telco & Post ni mengarut je,..korang bayar RM53 ribu bukan dapat apa-apa pun,..just dapat signboard aje,..yang lain korang kena tanggung,..sewa kedai, ubahsuai kedai, alatan pejabat, pekerja..semua tu nak kena tanggung,..kira-kira semua modal dekat RM100,000 jugak la..kalau kaya, tak pe la..Ni yang pakcik-makcik yang pencen,..orang yang ada duit simpanan cukup-cukup aje,..kena TIPU dek Telco & Post ni...Kenapa la....
Fikir-fikir la,..banyak lagi Perniagaan yang modal kecil aje,.dah boleh berniaga..tak pening, tak susah...risiko rendah...
Harap-harap SEDAR lah orang Melayu kita ni...jangan MUDAH ditipu...
Wasalam..
Apa kata korang report aje kat KPDNHEP,..atau Bank Negara,..pasal mereka kutip deposit tanpa lesen,...buat la report polis...ramai-ramai pakat report kat Biro Pengaduan Awam...Amacam ? Ada yang berani...?????
Bang..nak report bukan semudah ABC bang...dorang ni bukan semudah itu jer mintak DEPOSIT...tu bukan deposit..tp itu adalah konsep FRANCHICE...semua ada dalam agreement...
dorang bukan setahun dua buat kerja nih bang nak report2 KPDHEP nih...
heheheeee
knp TNP msti gune Moonbow untuk melatih pekerja TNP? Sy merupakan slh seorang peserta TRAIN&PLACE y dianjurkan oleh pihak MOONBOW baru2 nie..yg plg sy bengang,knp elaun kami smue ttunggak???!!! ckp 2bln,2rib,tp dh abis krsus pon xdpt lg!!bru brpa rat je ktorang dpt.mcm2 alasan!! ank cntroler sakit la,cek x clear la,&mcm2 lg. xpro lgsong la!! sy prcay msih ramai y dluar sane sme bengang mcm sy...
hahahaha.....
TRAIN & PLACE utk pengetahuan korang.. mmg diuruskan oleh Moonbow COnsulting... moonbow ni kalau korang nak tau anak syarikat kepada IGB Consortium.. dan merupakan rakan sekutu kepada Faratech dan jugak Telco & POst SDN BHD>..
Moonbow anjurkan menatang alah TRAIN & PLACE ni mmg dorang deal dengan KSM - Kementerian Sumber Manusia utk melatih penganggur utk dpt keje....keje2 yang mereka akan dapat sudah pasti di tempat rakan sekutu mereka iaitu ERSB, di TNP dan di bawah IGB directly...
elaun tu biasa la...kalau dah duit juta2 nak salurkan pada beratus2 orang...controller pun jadi anak sakit.. ANAK SAKIT PUN GITAU MELALUI SMS PADA SEMUA PESERTA...mmg la tak pro..
senang citer.. SEMUA RAKAN SEKUTU TNP dan IGB dan Moonbow... memang tak PRO bab pengurusan.. yang mereka PRO adalah menipu kerajaan dan menipu rakyat malaysia..
TAPI tak mengapa..mana2 yag lom dpat elaun tu.. korang tuntut la ngan bos moonbow tuh di akhirat kelak...biar dorang melutut menagih simpati dari diseksa kerana makan duit korang.. duit orang susah...
sekarang dorang bleh bergelak ketawa..enjoy dan suka2 coz dpt duit juta2 hasil dari Training TRAIN & PLACE tu....
yang tak pro... dorang pun siap cakap lagi kat sms.. "KAMI PUN SEDANG DAPATKAN DUIT KAMI JUGAK"
apa barang weeeiii moonbow..
lu ingat gua nak amik tau pasal duit lu? itu lu punya masalah la weii..masalah lu pehal nak cakap sama orang..lu patut bertindak pro...
NI WA TUJU KAT BOSS MOONBOW yang cakap kelantan yang misai lebat cakap mcm bagus tuuuu....
Apa kata korang yg pergi Train & Place tu report je kat Kementerian,...Dah tau tu suku-sakat Telco & Post, IGB, FaraTech,..buat laporan aje la...
Ni nak habaq mai,..depa Telco & post kata nak hantaq pi bebudak trainee kat tempat aku,..sampai la ni pun tak mai...habuk pun tak da..Awat la depa ni LEMBAB sangat,..dah jadi bebal ka depa ni...
Dah la tu,..claim kami punya la lambat,..reload untuk epay kami sampai 2 minggu, lembab betul la depa ni..awat la jadi lagu ni..Masa kat Menara TM, bukan main baguih lagi,..manis mulut habaq kat aku..dah joint,..langsung tak pandang muka aku...hangpa jaga la...
SAMAN jer bang...takyah tunggu2....tubuhkan persatuan bekas DITIPU oleh geng FARATECH...dan lantik peguam...
dia collect 53K x 100
5Juta senang2 jer dpt...
kita saman dia sampai 10juta...baru dia tau mana nak cekau duit...
Salam semua. Dari aritu lagi aku tengokkan korang ni asyik kutuk t&p je. Duit RM53K tu bukan just dapat signboard je. Kos sebanyak tu termasuk stok permulaan, kos training, pembayaran awal ntuk lantik ajen dan lain-lain lagi. Lagi satu T&P ni belum lagi pun difranchisekan. Sape pulak yang kata ini perniagaan franchise? Kalo tak tau jangan cakap. Buat tambah dosa je. Nak jadi usahawan bukan senang, kena pandai bawa diri. Tak tunggu kena suap macam budak kecik. Kalo setakat tahu labur duit skit dah pk untung, jangan berangan la nak jadi usahawan.
Azhar.
Soalan pertama saya nak tanya.
1. Berapa lama dah buka Telco & Post?
Saya baca komen azhar. Saya rasa azhar ni orang baru yang melabur dalam Telco & Post.
Xpe.Orang kata selagi tak kena. Selagi tuh Azhar takkan tau.
Komen2 yang ada di blog ini kalau Azhar baca dari awal baru Azhar tau macamana dan mengapa mereka mengutuk Telco & Post..
Takpe..Azhar teruskan saja.
Lambat laun azhar akan rasa keperitan yang mana orang terdahulu rasa..
En Azhar,
I think you are not in our BOAT,..you are in Azlan & the gang SHIP,..should I say that you really dont understand what is all about and what has happened to all the Telco & Post operator right now ?
This is a blog,..a place where anybody could give their opinion, share their experienced, and inform other on what had happened with their business..I would see there is nothing HARM or misleading statement that can cause losses to anybody.
So, please do understand...OK.
So far, there are a lot of negative feedback on Telco & Post, yet NO ACTION has been taken...only comments and opinions that were written in this blog.
It is up to the MDs & also Distributors of Telco & Post whether to take action or not.
Its up to the MDs & Distributor....
Well, now adays, people can USED DPMM, Govt Agencies and others NGO to MAKE BUSINESS and to CON people,..I hope everybody could AWARE of this SCAM and really careful before INVESTING or JOINING any business.
So far, Telco & Post DID NOT report any BUSINESS PERFORMANCE or DECLARE any Good News on their Telco & Post business. They actually should announce or declare their sales and revenue in newspapar or media to show that the business is really genuine.
Nevertheless, this Telco & Post business is a SCARP business,..people are no longer using Streamyx,..people are moving to use P1, the future of IT is developing very fast yet we still used Fibre Optic which is 20 years back technology.
Feel free to think about it..OK..
Adioss...
Let me give my opinion in my blog...
Tunggu entri seterusnya.
Peringkat Awal Pembabitan T&P.
Boleh tak saper2 terangkan pada saya apa yang menyebabkan korang semua cakap telco & post ni tipu. Saya kurang faham la. Boleh tak terangkan pada saya siapa AZLAN ROSMERA ABU ALIAS dan apa hubungannya dengan Telco & Post. Macamana boleh dikaitkan semua ni ngan T&P.
bla3....testing power..
Laa..En Azhar,..En Azlan Rosmera tu actualy FOUNDER all this kind of business,...since Faratech lagi..you boleh browse dalam web,..just pergi dekat search, then type FARATECH..macam-macam keluar pasal FaraTech ni...hinggalah ke Telco & Post...You tak baca blog ni dr awal ke? Baca la dari awal,..then buat kerja skit...baru tahu hujung pangkal...Sorry la Bro,..lu salah bagi salam..!!
salam..kl cakap pasal nak saman dieorang nie..aku stuju betul..kumpulkan je org2..rase2nya blh dikatakan xsemua dah dapat ptpk ataw alaun2 yg dijanjikan..mase dlm training ari tu depa ugut nak saman kluaga2 yg buat kecoh kan..la nie kiter plak yg nak p saman dierorg..senang citer aku stuju btl la dengan cadangan nak saman MOONBOW NIE
Depa dah kaut duit berjuta dari program train & place,..habuk pun tak dak...mana pi elaun bebudak tu ? Depa janji mcm-mcm,...la ni, tak dak apa pun...pi saman depa tu..
gua pun sokong jgk nak saman dieorg..gua antara mangsa yang moonbow utang,kalo org kaya memang tak rasa seribu lebih tu bnyak,,bg kte org yg bbaru nak bertapak ni..tu la modal kiterorg..bro bg keje,pastu biarkan kte org terkontang kanting...kalo aku tau,aku keje pun takpe takyah pergi train n place,,bull shit..
Pada mana2 peserta train & place yang tak dapat kerja...sila hubungi saya di ayares151@gmail.com untuk saya tempatkan di bawah team saya...
TQ
Mana le punya Consultant ni..nama Moonbow apa ke jadahnya...tak reti nak menguruskan bebudak...apa la..tau nak duit aje..penipu la korang ni..
Ni berita terkini dari Suara Malaysia,..ramai pengusaha Telco & Post mengadu yang mereka TIDAK diberikan bantuan @ support sama ada dari segi bantuan teknikal mahupun berkenaan pertanyaan oleh pelanggan. Agak mendukacitakan apabila talian telefon yang disambungkan ke Serdang Raya dibuat macam permainan bola sepak,..pas sana sini. Ini adalah satu perlakuan yang TIDAK beretika oleh staff Serdang Raya dan juga HQ Telco &Post. Lanjutan dari itu, ada juga dilaporkan Claim lambat dibayar,..jawabnya makan pasirlah kedai Telco & Post..!!!
So, conclusionnya,..JANGAN lah berniaga Telco & Post ini,..buang masa dan merugikan..OK
Saya dah maklumkan pada BOS saya. Tapi dia degil nak dptkan balik modal. Jadi dia ingat semudah teori seperti kata mereka di menara rebung?
POYO
Pada SEMUA Owner Telco & Post yang baca Blog ni,...diharapkan BERSATU,..buat satu Committee untuk selesaikan KEMELUT atau apa jua masalah yang ANDA hadapi. Maybe boleh minta pandangan dari Telco & Post yang dah berjaya (itu pun kalau ada)...So, conclusionnya, Telco & Post shop owner kena BERSATU,..baru la si Azlan and the geng kecut skit....
Hiisshhh,..what a damn service given by Telco Serdang Raya,..poor support service,..phones call being pass around like nobody concerned,..what the hell they are doing ???
I wonder, we paid them RM53K,..we received this kind of POOR service,..this is not a business,..this is bull@#$%....
To all those Telco & Post out there,...becarefull,..just dont give a damn with them,..lets take action on them....I'm really disappointed,....they are CONman...
Salam,
La ni semua senyap,..nape ? Business tak bagus ke ? Apa yang saya dapati ialah Telco & Post ni NOT A GOOD BUSINESS for people yang new in the industry,...nak kata francais,..ni bukan,...semacam francais,...tapi, bayar mahal,.habuk je dapat..KOrang meniaga la business yang lebih bagus, yang nampak depan mata,..duit RM53 ribu tu boleh meniaga macam-macam kalau kena gayanya...Fikir-fikirkan lah...
Salam...Sorry menyibuk jek... aku bekas peserta PKUT, ITBP dan Techteleca. dan sekarang Telco and Post.. semua ni kerja penipuan tahap terancang..
maaf kepada yang dah join...selagi tak join..tuan tuan tak akan rasa peritnya.. tapi itulah hakikatnya...
lain kali buat research dulu...faratech and teh geng ada statistik sendiri.. kalau ada 15 juta umat melayu...dapat tarik 1 juta pun dah kaya raya... fikir fikirkan la..
setiap kali saya melintasi outlet telco and post yang tumbuh mcm cendawan skrg nih...saya dah tahu apa masalah dan keperitan yang bakal dilalui pada masa mendatang...
kesian...
maaf..tmpng lalu k...
sy nk ngadu lar kat korang2 nie....bkn per...nk tnyer gak la kn,naper pembyaran bil tok air xder ek? dlm sytem cme der syabas jer...dah klu luar pd kl/slngor nk byor pkai pe????...byor 53k tp sytm tok bil air tok len ngri xder...custmr msok kdai nk byar bil,tp xjd,kuar blik coz xley byar bil air...cian...nk dpt komsen 10sen pon susah....bla tnyer TNP HQ,diaorg jwb dlm proses..byak lg ngri len y mohon,ciap soh kiter tggu turn!!pe kejedahnyer!!sptotnyer HQ awl2 dh ciapkn,MD byor 53k tros ley niaga spnohnyer,bkn dok tggu2 mcm ni...pro la cikit...pe pndapat korang tntang "kegeraman" sy nie?
Hang pa geram ? Haaa, baru hangpa tau,..la ni mereka semua tu dok rancang lepas ni mcm mana nak tipu orang lagi...depa tgh meeting membincangkan strategi nak menipu...hangpa semua berhati-hati...
So,..dari apa yg saya dah baca dalam internet ni,..rata-rata memberikan PANDANGAN NEGATIF kepada TELCO & POST...so, conclusionnya, ia adalah satu business yg merugikan....
Mana tak rugi,Telco & Post bagi komisyen 150% je,..ciput aje komisyennya...kalau dgn TM dapat lebih 200%,...Amacam ?
Ni semua kerja Telco & Post nak kaut untung lebih,...pastu konon nak promote Posto Kafe apakendanya..!! Tak payah lah nak ambik Kafe tu,...mereka ingat orang pergi Telco & Post tu nak minum teh ke ? Kafe yang ada kat Telco & Post Serdang Raya pun seperti hidup segan mati tak mau,..tak ada orang minum,..yg minum pun staff sendiri,..Apa cerita ???
Baik meniaga benda lain lagi bagus...
So, conclusionnya,...fikir-fikirkan lah..ok..tak yah lah nak tambah beban lagi kepada Telco & Post yg dah sedia ada sekarang..mereka pun dilihat macam tercungap-cungap jugak...semput nak dapatkan business...
Kelakar jugak aku baca komen-komen korang nie. Rasa nak tau pulak apa Telco & Post nie... Member aku kata koperasi dia boleh bagi komisen Streamyx 200%, tapi kena atas nama dia la. Koperasi dia pun Telco & Post kat Jengka.
Pasal Moonbow in aku tau sangat, member aku tu yg ajak join. Kelam kabut. Ada ke trainer nak bagi 50% jer! Apa lagi, member aku collect la. Masyuuuk! Offer aku kerja kat Ipoh, gile ke? Nak cari rumah sewa, pindah. Baik aku kerja sekarang dan buat Streamyx part time. Padan muka IGB, elaun aku still collect!
Pasal elaun aku payah nak komplen, semua dari Moonbow dah dapat. Yang belum dapat penuh cuma ESH dari PTPK. Tapi minggu depan aku nak pegi tanya sendiri PTPK. Staff Moonbow pun kata dia ada kat sana. Boleh settle terus!
Ye ke Moonbow dah collect berjuta? Ada sape yg ada kontek kat PTPK? Nak tau jugak. Sebab macam tak caya, ofis buruk jer. Muka pun macam stress jer. Kah kah kah..
Kalau dulu, masa perang dunia kedua,..ada org kita yg jadi tali barut tentera Jepun,..kononnya nak halau orang Inggeris dari Tanah Melayu,.tapi mereka jadi rakus dengan KUASA yang diberikan oleh tentera Jepun sehingga sanggup menganiya dan menggadai maruah bangsa sendiri....Mereka-mereka inilah yang dinamakan pengkhianat bangsa...so, sama jugalah dengan Telco & Post ni,...konon nya gunakan DPMM, untuk bantu orang kita meniaga...bila dah dapat duit banyak,..habuk pun tak de,..barang entah kemana?, support entah kemana? bisness pun entah kemana? mereka yg collect duit tu kaya raya... So, mereka ni lah PENGKHIANAT perniagaan,...menggunakan DPMMKL yang sendiri mengatakan mereka tidak tahu pun pasal KLTP ni..so, kita telah tertipu....maka ambillah tindakan SEGERA...sebelum terlambat....
kwan2 aq y pg krsus aritu mmg ksian.dorang nk mkn kt sna pon pnjam dwet org,bile da bih krsus xbyar ag utang coz xdpt elaun.mse nk g dlu bukan maen ckp 2bln 2000
xp nk dpt rm60 pon cmp abih kdit rm30 nk tnya elaun pny psal.
ag 1,dak2 tlkmnikasi y g train n place 2 per cite? nme jea train n place xp cmp skrang pg kt kdai2 telco n post mnta kijer.......
Tu la,..mereka ni semua penipu, abis budak-budak yg beria-ia nak cari kerja di'kapur' dek Moonbow rakan kongsi Telco & Post....mereka dah kenyang makan duit Train 7 Place...habis la Kerajaan kena tipu..!!!
T&P nie hampeh kan org2 melayu. Kite wujudkan satu pakatan rakyat dikalangan MD2. Bawa mereka semua nie ke muka pengadilan. Fail Saman telah berjalan. Sama2 kite doakan agar pengkhianat bangsa ni meringkuk dipenjara. Iklan di suratkabar masih dipromosi. Mengikut perjanjian MD tidak akan lagi dibuka. Tetapi mereka2 yg keparat ini sudah kehabisan duit. dan merancang satu lagi konspirasi penipuan oleh Azlan. Reformasi wahai MD-MD.
Salam...sakit hati betoi dgn puak2 Tnp ni,,nak cari duit 53k merah biji mata,depa kebas putih biji mata....tak tau dah nak pikiq camna lagi, smua kos untuk bukak telconpos abih kat 100k, nk dapat untung 1 ari 20git pun susah...ni la hakikatnya...untuk pengetahuan mcm2 dah sya usahakan untuk dapatkan sales dari streamyx dan alrajhi, tapi yang sedia maklum ramai yang tgk kadar keuntungan alrajhi pun takut, da yang kata ni ABG LONG bukan ALONG !!! Streamyx..sapa yang nak mai apply streamyx ari2?!?! Sistem bil plak, Pa pya sistem la yang depa bagi, nak bayaq bil ayaq pun x bleh...kata bleh bayaq bil utilities(semasa) awat bil ayaq tu x semasa ka?? pakat2 dok pakai telaga lagi kot???
Depa ni dah tukar strategi,..depa dapat tau dah hangpa semua dok pakat nak saman depa,...la ni depa buat tele-marketing, jemput org datang dengar taklimat,..so, depa pilih mangsa la ni,...nasib la sape yg kena...Pakat bagitau kawan-kawan, jika ada dapat call dari Telco & Post,..pakat toksah layan mereka ni...peleceh je...Hang pa tau tak ? Depa semua ni PENIPU PROFESIONAL,...
Salam untuk pengetahuan semua, kami MD utara pun dah mula buka fail saman...tapi ada di antara MD yang masih SETIA dan PERCAYA dengan Telco n Post telah memaklumkan hal ini pada pihak HQ..dan ada pihak HQ yang cabar pihak kami untuk meneruskan saman...seolah-olah mereka betul dan tak terasa buat salah pun....kita tengok apa yang akan jadi lepas ni.......PANASSSSS!!!!
saya amat bersimpati....pada sapa2 yang dah terkena rancang la secara teliti...saya hampir terjebak tapi very last minit saya talipon semua peserta dan hanya 2 org dari seluruh malaysia kata ok.....majoriti kata mengarut..
pada sapa2 nak join Telco & Post...
u all talipon la abang kakak yang dah run..dan jumpa kalau boleh..
jangan terlalu excited...
dikawasan saya...heran di setiap penjuru dah ada Telco & Post... terlalu rapat...kalau dah kedai Telco & Post jual kerepek...apa maksudnya tuu...
dan salah sorang itu kawan saya....dan komennya....
sedang dalam proses saman...
carilah loyar paling powerful...
cuba adu pada Micheal Chong .. biro aduan MCA dan PPIM...
pokoknya..saya simpati
hai Azlan rosmera and the gang.... takkan ku halalkan duit yg telah aku dan kwn2 aku laburkan. Tak sangka, kwn satu kolej pun kau tipu jgk....
Sekarang Telco & post dah launch scam baru bernama 1 Malaysia Hub. Dia gunakan Dewan Perniagaan Cina lak! Sat nanti gunakan Dewan Perniagaan India lak! Ada idea camna nak kenakan depa?!!
Post a Comment