Telco & Post Business Plan Kick-Off Summit 2010
Udah lamo yo ese tak menulih dokek 1001 Malam ni. Dan ini merupokan entri pertamo untuk tahun baru 2010 ni. Dan sepanjang 2009 yang lalu pelbagai dugaan datang menjongah kamar hidup ese. Dongan tugas dan tanggungjawab baru dalam kerjayo. Dan dongan masalah peribadi yang melando dan ese totap juo begitu. Totap juo seorang manusia yang dogil dan tak mendongar kato orang.
Sepanjang penghujung 2009 jugak, 1001 MalaM mendapek publisiti murahan hasil daripado tulisan ese berkaitan dongan bisnes Telco & Post. Ramai usahawan yang membuek carian di google mahupun yahoo berkaitan dongan bisnes francais yang menjadi sobutan ramai ni. Beberapo laman forum usahawan seperti Putera Mahkota, Carigold, Cari dan beberapo laie laman web rujukan untuk usahawan merujukkan entri di blog ese berkaitan dongan bisnes ini. Dan hampir 95% komen pengunjung adalah berbentuk negatif dan malah terdapat pengunjung yang jugak merupokan bekas usahawan di bawah program-program anjuran Intellica sebelum ini. Dan ini bukan sedikit malah boleh dikatokan hampir separuh menjojaskan reputasi bisnes Telco & Post dan memberikan pandangan negatif dari kacamato masyarakat.
Namun. Di sebalik pandangan negatif inilah sepatutnyo pihak bertanggungjawab di Telco & Post Pusat yang berpangkalan dokek bangunan mewah di The Mines Resort City itu perlu mengkaji, meneliti dan merungkaikan segalo persoalan dari pengunjung 1001 MaLaM. Dan dari sinilah jugak mereko boleh menilai sejauh mano kelemahan mereko sebolum ini dan mencari titik kelomahan tersebut untuk dijadikan aras panduan bagi merancang strategi seterusnyo.
2010 dah pun hampir sebulan nak berlalu. Dan Telco & Post kembali merancang strategi sepanjang tahun ini untuk merealisasikan apobondo yang mereko janjikan. Kelemahan yang sebolum ini tersenarai kek blog ini cubo diatasi dongan perancangan baru. Samado dari sudut Sokongan Teknikal dari pihak HQ mahupun dari sudut pembayaran komisyen yang lebih efisyen akan boleh membantu Telco & Post Shoppe untuk terus bertahan.
Tujuan ese sendiri menyelitkan entri Telco & Post ke dalam blog peribadi ese ini pun adalah bagi menjaminkan Telco & Post dimano tompek ese jago sekarang ni iaitu di Nusa Bestari, Skudai semakin maju dan seterusnyo dapek menjana keuntungan yang semaksima mungkin. Segala kelomahan dan kekurangan harus dinyantokan secaro jolas agar pihak HQ melihat ini sebagai satu cabaran bagi mereko untuk berfikir dan bukannyo melopehkan tangan begitu yo. Dan bagi ese komen-komen negatif yang datang dari pengunjung itulah yang cukup berhargo bagi pihak HQ menilai kekurangan yang ado dalam bisnes ini. Kritikan amatlah penting bagi membantu sesuatu bisnes itu untuk terus maju. Kalau tak, asyik syok sendiri yo lah jang oiii..
Hari ini, 26 Januari satu seminar untuk Master Distributors Telco & Post seluruh Johor diadokan dokek Hotel Dorsett, Johor Bahru. Hampir 50 orang peserto yang hadir terdiri dari pemilik, pengurus dan staf Telco & Post Shoppe seluruh cawangan di negeri Johor. Melihat pada plan, strategi dan penstrukturan semula pengoperasian Telco & Post, di harap ianyo dapek lah membantu usahawan sekalian mengusahakan bisnes mereko dongan jayonyo.
Yang ese nak tergolak. Semaso ese duduk mendongar di baris belakang, beberapo kali jugaklah blog 1001 MaLaM ini disobut oleh speaker, En Nordin. Dan beliau menogaskan yang blog ni tolah menjojaskan reputasi Telco & Post secaro umumnyo bilomano ramai pengunjung membuat carian internet berkaitan bisnes ini dan membaco terlalu banyak komen-komen negatif. Dan pado pandangan peribadi ese pulak, sepatutnyo Telco & Post HQ, khususnyo pihak pemikir strategi dan pembangunan plan perniagaan harus berterimo kasih kerano melalui blog ini jugaklah mereko dapat melihat sejauh mano pandangan masyarakat terhadap bisnes ini. Dan meneliti titik-titik kelemahan mereko terutamo sekali dari sudut SUPPORT.
Berbalik pada seminar ini, diharapkan perancangan 2010 seperti yang dibontangkan dokek M.D's sekalian siang tadi adalah suatu yang bakal direalisasikan oleh pihak HQ seperti yang dijanjikan. Dan ese ghaso pihak M.D's sekalian sendiri memerhati dan meneliti sejauh mano pelaksanoan malah keberkesanan dengan apo yang dibontangkan hari ini. Dan yang paling menarik minat M.Ds adalah tontang pembayaran komisyen yang lobih copek berserto dongan komisyen yang ditawarkan adalah lebih tinggi peratusannyo. Dan ini sekurangnyo boleh membantu M.Ds untuk mendapatkan keuntungan yang sepadan dan berbaloi-baloi.
Samo-samo kito lihat dan saksikan perancangan dan pelaksanaannyo seterusnyo.