Telco & Post Business Plan Kick-Off Summit 2010

Udah lamo yo ese tak menulih dokek 1001 Malam ni. Dan ini merupokan entri pertamo untuk tahun baru 2010 ni. Dan sepanjang 2009 yang lalu pelbagai dugaan datang menjongah kamar hidup ese. Dongan tugas dan tanggungjawab baru dalam kerjayo. Dan dongan masalah peribadi yang melando dan ese totap juo begitu. Totap juo seorang manusia yang dogil dan tak mendongar kato orang.

Sepanjang penghujung 2009 jugak, 1001 MalaM mendapek publisiti murahan hasil daripado tulisan ese berkaitan dongan bisnes Telco & Post. Ramai usahawan yang membuek carian di google mahupun yahoo berkaitan dongan bisnes francais yang menjadi sobutan ramai ni. Beberapo laman forum usahawan seperti Putera Mahkota, Carigold, Cari dan beberapo laie laman web rujukan untuk usahawan merujukkan entri di blog ese berkaitan dongan bisnes ini. Dan hampir 95% komen pengunjung adalah berbentuk negatif dan malah terdapat pengunjung yang jugak merupokan bekas usahawan di bawah program-program anjuran Intellica sebelum ini. Dan ini bukan sedikit malah boleh dikatokan hampir separuh menjojaskan reputasi bisnes Telco & Post dan memberikan pandangan negatif dari kacamato masyarakat.

Namun. Di sebalik pandangan negatif inilah sepatutnyo pihak bertanggungjawab di Telco & Post Pusat yang berpangkalan dokek bangunan mewah di The Mines Resort City itu perlu mengkaji, meneliti dan merungkaikan segalo persoalan dari pengunjung 1001 MaLaM. Dan dari sinilah jugak mereko boleh menilai sejauh mano kelemahan mereko sebolum ini dan mencari titik kelomahan tersebut untuk dijadikan aras panduan bagi merancang strategi seterusnyo.

2010 dah pun hampir sebulan nak berlalu. Dan Telco & Post kembali merancang strategi sepanjang tahun ini untuk merealisasikan apobondo yang mereko janjikan. Kelemahan yang sebolum ini tersenarai kek blog ini cubo diatasi dongan perancangan baru. Samado dari sudut Sokongan Teknikal dari pihak HQ mahupun dari sudut pembayaran komisyen yang lebih efisyen akan boleh membantu Telco & Post Shoppe untuk terus bertahan.

Tujuan ese sendiri menyelitkan entri Telco & Post ke dalam blog peribadi ese ini pun adalah bagi menjaminkan Telco & Post dimano tompek ese jago sekarang ni iaitu di Nusa Bestari, Skudai semakin maju dan seterusnyo dapek menjana keuntungan yang semaksima mungkin. Segala kelomahan dan kekurangan harus dinyantokan secaro jolas agar pihak HQ melihat ini sebagai satu cabaran bagi mereko untuk berfikir dan bukannyo melopehkan tangan begitu yo. Dan bagi ese komen-komen negatif yang datang dari pengunjung itulah yang cukup berhargo bagi pihak HQ menilai kekurangan yang ado dalam bisnes ini. Kritikan amatlah penting bagi membantu sesuatu bisnes itu untuk terus maju. Kalau tak, asyik syok sendiri yo lah jang oiii..

Hari ini, 26 Januari satu seminar untuk Master Distributors Telco & Post seluruh Johor diadokan dokek Hotel Dorsett, Johor Bahru. Hampir 50 orang peserto yang hadir terdiri dari pemilik, pengurus dan staf Telco & Post Shoppe seluruh cawangan di negeri Johor. Melihat pada plan, strategi dan penstrukturan semula pengoperasian Telco & Post, di harap ianyo dapek lah membantu usahawan sekalian mengusahakan bisnes mereko dongan jayonyo.

Yang ese nak tergolak. Semaso ese duduk mendongar di baris belakang, beberapo kali jugaklah blog 1001 MaLaM ini disobut oleh speaker, En Nordin. Dan beliau menogaskan yang blog ni tolah menjojaskan reputasi Telco & Post secaro umumnyo bilomano ramai pengunjung membuat carian internet berkaitan bisnes ini dan membaco terlalu banyak komen-komen negatif. Dan pado pandangan peribadi ese pulak, sepatutnyo Telco & Post HQ, khususnyo pihak pemikir strategi dan pembangunan plan perniagaan harus berterimo kasih kerano melalui blog ini jugaklah mereko dapat melihat sejauh mano pandangan masyarakat terhadap bisnes ini. Dan meneliti titik-titik kelemahan mereko terutamo sekali dari sudut SUPPORT.

Berbalik pada seminar ini, diharapkan perancangan 2010 seperti yang dibontangkan dokek M.D's sekalian siang tadi adalah suatu yang bakal direalisasikan oleh pihak HQ seperti yang dijanjikan. Dan ese ghaso pihak M.D's sekalian sendiri memerhati dan meneliti sejauh mano pelaksanoan malah keberkesanan dengan apo yang dibontangkan hari ini. Dan yang paling menarik minat M.Ds adalah tontang pembayaran komisyen yang lobih copek berserto dongan komisyen yang ditawarkan adalah lebih tinggi peratusannyo. Dan ini sekurangnyo boleh membantu M.Ds untuk mendapatkan keuntungan yang sepadan dan berbaloi-baloi.

Samo-samo kito lihat dan saksikan perancangan dan pelaksanaannyo seterusnyo.

66 comment:

Sendiri Mau Ingat said...

Salam,
Saya nak bagitau kat mereka2 yg dah terjebak dengan 'penipuan terancang' Telco & Post ni,..semua tu yg dibuat seperti Seminar, Meeting,..taklimat la, hanya lah untuk 'gula-gula' semua MD & distributor...Pernahkah kita kaji :
a. Apakah janji-janji pihak Pengurusan Telco & Post selama ini DITUNAIKAN ? mana support ?
b. Pembayaran KOMISYEN yang lewat sering diperkatakan..
c. Bayaran RM53,000 itu terlalu MAHAL bagi sesebuah perniagaan yg hanya menjual produk TM,Celcom, Bank, dan Pos,..Sedangkan ia semua boleh diperolehi SECARA TERUS dari pihak berkaitan dan bayaran KOMISYEN yang lebih tinggi.
d. Ada kedai2 Telco & Post yang telah pun TUTUP operasi disebabkan NO BUSINESS, contoh paling baik di Putrajaya yang mana lokasinya depan pasaraya Mydin...pun tak ada business..Amacam ? Kenapa kedai2 ni TUTUP ? Pernahkah Telco & Post HQ ambil tahu perkara ini, atau membantu mereka2 yg agak goyah dalam perniagaan.
e. Dari segi produk,..Telco & Post tidak akan dapat bersaing dengan syarikat Non-Bumi lain yang telah memonopoli perniagaan Telco,..mereka lebih agresif. Apa support dari HQ ?
f. Jika kita lihat di kaca TV, iklan Celcom, TM,..dah ada produk baru,..tapi Telco & Post LEWAT dapat all those latest product,..macam mana ni ? Sering ketinggalan...
g. Berapa ramai STAFF Telco & Post yang BERTUKAR-GANTI,..disebabkan 'isu dalaman' yang menyebabkan mereka tidak mahu terlibat sama dalam 'komplot' ini. Boleh tanya mereka-mereka yg dah resign dari Telco & Post ini untuk kepastian.
h. Paling jelas, bos-bos Telco & Post sering ke luar negara, enjoy sana, enjoy sini, tukar kereta Merz,..spend levishly..dari duit Master Distributor yang menjadi mangsa...gaji staff pun lewat bayar,..macam mana ?

Apa pun, kalau mereka nak TUKAR KULIT sekali pun,..nama Telco & Post ini tak akan berubah,..orang Pos Malaysia pun dah komplen macam-macam,...DPMMKL sendiri pun tak pernah kata mereka ada usahasama dengan Telco & Post,..itu hanya gimmik aje, supaya mereka yg datang ke Tkt 50, Menara TM percaya pada kata-kata mereka...Apa la nasib MD & Distributor,..

Yg terbaru, ada dengar jugak komen-komen dan luahan rasa hati dari MD Telco & Post tentang macam-macam hal...So, kalau dah banyak yg NEGATIF dari yang positif,..fikir-fikirkan lah....maknanya business ni MENIPU aje.....RM53,000 tu buat meniaga benda lain lagi bagus,.tak pun simpan aje dalam ASB, dapat jugak bonus & diveden...
So,..rakan-rakan MD Telco & Post...baik cari business lain aje lah...dah tak ada masa depan business ni....

Anonymous said...

Saya dari Utara,..setuju dengan apa yang Sendiri Mau Ingat cakapkan tu....betul katanya...

Kami kat sini dah lapok dah,..depa tak bagi support pun,..kami telepon sampai nak barasap,..depa habaq mai kata on the way,...mana pi ? Leceh betoi la...
Depa semua ni mengarut je...

Unknown said...

its ok... kami sendiri MD's di selatan akan sama2 memerhati sejauh mana mereka ingin menunaikan janji2 manis mereka..

semuanya seperti di bentangkan akan bermula selepas 1FEB yang mana plan utk 2010 bermula...

beberapa fakta..

1. Bayaran commission di bayar terus ( 3 days ) tanpa perlu submit borang claim lagi...

2. Support yang dulu 2 orang kini di tambah kepada 7 orang dan terdapat talian khusus utk support...
( SAYA Di TNP NUSA BESTARI menanti update dari HQ/atau dari EN NORDIN atau EN ANUAR ttg list name staff bahagian SUPPORT ni... )

3. Komisyen yang tinggi... dah di revise...di bayar 2 kali seminggu.. di ulang 2X seminggu.. Sama2 kita lihat...

4. Cooperation dengan TELEKOM MALAYSIA dengan lebih erat...
dan kerjasama dengan PTT yg memberikan support..

5. POS MALAYSIA punya product untuk order di janjikan dalam 8 HARI... ( sama2 kita lihat order kita btol tak dalam 8 hari bleh sampai )...

6. Akan datang..terdapat kerjasama dengan beberapa principal lain spt AIRASIA, MyEG, Etika etc...



sama2 kita lihat...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Janji-janji tu hanya akan 'panas' buat beberapa ketika,..pastu sejuk balik la,..masuk peti sejuk beku,..kami dari TMBP dan yg seangkatan telah pun merasa perkara ni...ramai yg jadi Distributor semuanya MERANA kerana semua hal BURUK yang diceritakan dalam blog ni..Memang mereka ni licik...so,..hati-hati ye..

Awang Selamat said...

Hmmm, tak habis-habis Faratech ni menipu orang,..sudah-sudah lah tu..dah bertahun rasanya mereka buat kerja ni...semata-mata nak dapat duit mudah...yang jadi mangsa orang Melayu kita,..ramai yang kena tipu.
Apa taknya,.dulu masa bukak Inteleca, bagitau kat MD, prosidur untuk bukak Kedai mestilah jarak 5km,..sekarang ni,..jarak 100meter pun boleh,..janji RM masyuk ke dalam poket mereka...Mereka tidak lagi memandang kepada 'MUTU PERKHIDMATAN' yang seharusnya DIPERTINGKATKAN, hanya pandang pada DUIT yang perlu dikutip dari mangsa-mangsa yang datang ke Menara TM, Tingkat 50..semua yang datang ke Menara TM, Tingkat 50 tu akan TERTIPU oleh satu presentation yang memang 'fantastic', yang membuka mata pakcik-makcik yang kononnya nak meniaga,..tapi hanya ada duit, tak ada pengalaman,..Kesudahannya, kena tipu oleh Pegawai-pegawai Telco & Post...
Saya dah banyak buat KAJIAN dan SIATAN,..macam edisi siasat...apa yang berlaku ialah Telco & Post ini TIDAK ADA KETELUSAN dari segi Pengurusan, TIDAK PROFESIONAL,..LEMBAB dalam PERKHIDMATAN PELANGGAN...dan menjual produk yang dah lapuk,...contohnya, Streamyx,..berapa ramai rakyat Malaysia yg akan menggunakan Streamyx, sedangkan sekarang telah ada Broadband dari maxis, celcom, digi dan yang terbaru, P1WiMax...So, buat mereka-mereka yang dah terjebak dalam perniagaan Telco & Post ini, duit kamu semua tu dah 'lebur' sebenarnya...tak boleh nak mintak balik. CUBA BACA PERJANJIAN Master Distributor dengan Telco & Post,..semuanya BERAT SEBELAH,..langsung tak ada kelebihan kepada MD,...kamu boleh cuba rujuk pada mana-mana Peguam untuk dapatkan khidmat nasihat berkenaan Perjanjian tersebut...
Walau apa pun, masih belum terlewat, sebab DALANG Telco and Post ini masih berada di malaysia dan mereka hanya bertukar kulit sahaja....So, apa yang kamu perlu buat,..fikir-fikirkan lah...jangan terjerat kali kedua..ok...

Leman KL said...

Setiap perniagaan, seharusnya ada business plan yang telus,..bukan hanya letak 'figures' atau nombor yang nampak cantik...Contohnya, jual Streamyx 1,000 sebulan..logik ke ? Boleh ke mana-mana kedai Telco & Post jual Streamyx 1,000 sebulan ? Ada tak ?
Rasanya tak ada lagi mana-mana Telco & Post yang dapat jual Al-Rajhi sampai beratus-ratus kes..
Komisyen yang paling tinggi dalam tawaran Telco & Post hanya pada Streamyx,..yang lelain tu semuanya komisyen nya CIPUT aje,.sebab dah disembelih awal-awal oleh Pengurusan Telco & Post,..tak percaya, pergilah tanya sendiri pada Pengurusan Telekom Malaysia...rata-rata Pegawai Telekom menasihatkan agar orang ramai MENJAUHKAN DIRI dari SKIM Telco & Post ni, sebab ia macam SKIM Penipuan Terancang...DPMMKL pun sendiri tidak mahu ambil tahu apa yang dilakukan oleh Telco & Post sebab mereka BUKANLAH PENAUNG kepada Telco & Post...jika benar DPMMKL adalah penaung kepada Telco & Post,..mana suratnya,..mana buktinya ???
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga,...Ingatlah, mereka ni akan sering TUKAR STRATEGI,...cuba kaji sejarah mereka dulu,..dari Faratech,..Inteleca, dan sekarang Telco & Post..
Sekiranya ANDA dijemput hadir untuk sesi taklimat berkenaan PELUANG PERNIAGAAN,..berhati-hatilah,..ini mungkin taktik terbaru Telco & Post...
Awas...anyway, business T&P ni memang la merugikan....ramai yang akan tutup Kedai,..sepengetahuan saya, Putrajaya dah TUTUP,..Tuan Punya Telco & Post Putrajaya adalah seorang Dato,..kedainya pun boleh TUTUP sebab tiada business,..tak boleh nak cover cost..!!! Amacam ? Jika dikaji, Putrajaya, lokasinya amat baik, ramai penduduk,..tapi tutup jugak akhirnya.. Apa dah jadi ? Kenapa Telco & Post HQ tak buat post mortem ? kenapa tak bagi MD yang lain....
Jika tak silap, akan ada 15 lagi Telco & Post yang akan GULUNG TIKAR disebabkan no business,...modal dah keluar banyak, macam-macam nak bayar,..support dari HQ tak ada,..then apa yg terjadi ? Tutup aje la...
Ini adalah realiti, kita nantikan sedikit hari lagi,..ada beberapa kedai Telco & Post akan GULUNG TIKAR...
Apa pun, perniagaan ini,..memang tak menguntungkan....baik berniaga kat pasar malam lagi bagus,..setidak-tidaknya ada jugak orang beli barang yg dijual...
Haa..ha..haa...nak buat macam mana,..dah kena tipu, so,..buat lah sesuatu agar keadaan tidak menjadi keruh lagi...
So, all MD & Distributor...hope all of you can take action...dont just 'tak pe lah'...kalau macam tu, senang lah hidup mereka yang menipu kamu semua tu...
Akhir kata,...berani kerana benar,..yang benar tetap benar,..jangan cuba tegakkan benang yang basah...

Anonymous said...

WAHAI ANAK ANAK MELAYU

JANGAN MASUK, INI SATU SKIM YANG MENGGEMUKKAN LANUN LANUN TETAPI PELABUR SENDIRI YANG AKAN PAPA KEDANA. SAYA DAH TERLEBAT DALAM PRODUK INTELECA, FARATECH, DUIT HANGUS BISNES TAK BERBALOI LANSUNG. PRODUK TELEKOM INI SEMUA ORANG BOLEH BUAT TANPA PERLU MENYERTAI SKIM INI.

PIKIR LAH MASAK MASAK

SEBAGAI RUJUKAN :
http://www.topix.com/forum/world/brunei/TR1TCVQ254H3GAJR5

http://melayu-tipu-melayu.blogspot.com/2008/04/faratech-dan-tmbp-itbp.html


http://www.melayu-trade.com/v2/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2612


2 posts - 2 authors - Last post: 17 Jun 2008
Mengenai Masalah FARATECH & PENIPUAN TERBESAR yang dilakukan mereka kepada Melayu Malaysia dengan menipu wang halal usaha kerja kuat ...


faratech penipu bukak domain baru www.myportal.my pulak utk kaburi ... - [ Translate this page ]31 Jan 2009 ... Page 14- faratech penipu bukak domain baru www.myportal.my pulak utk kaburi org ramai Suspicious Business/Scheme Activities.
carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=46884... - Cached - Similar -

Faratech dan TMBPnya-Kesian Orang Melayu(Muka surat 1) - Aduan ... - [ Translate this page ]22 posts - 15 authors - Last post: 25 Sep
Mengenai Masalah FARATECH & PENIPUAN TERBESAR yang dilakukan mereka kepada Melayu Malaysia dengan menipu wang halal usaha kerja kuat ..

Anonymous said...

My brother went for so-called briefing last year. A fee was charged at almost RM500 (my other brother paid it. He was the one who wanted to invest to it. He can't come because he is in APMM).

His feedback was:-

1. U can't sell other companies services.
a. no Digi topap or registeration
b. no maxis topap or registeration
c. no other courier service for e.g. skynet, DHL, GDxpress etc.
d. no topap for jaring
e. no registeration for P1.
f. no service for insurance company except for a takaful (I don't remember).
2. U have to pay an exponantial amount of commitment fee (If i'm not mistaken, more than RM5K).
3. U can't have the shop near any TMpoint & Pos Office. The shop must be place according their so called 'high possible turn-over'.
4. The commitment fee is not insured.
5. The commission from paying bill is peanuts.
6. The shop renovation will be bear by investor. The renovation specs are pricey.

However, a shop i went violate almost every agreement. They sell herbal supplement in vast quantity, topap for every telco & have computer service at the back of the shop. I will not tell u where the shop is. I pity the owner busting his ass day-in day-out & let someone else gets the profit.

And my brother who initially wanted to invest said "Baik aku kawen dua dari invest!".

Madam Wong said...

let me share what i think

last year(saturday) we do go TM 50 floor to understand the concept of the TnP . the concept is good, the commission acceptable, but..

too many suspicious thing, i just hope this is not a scam money trick because yesterday is around 700+ ppl attend the seminar.

alright this is what we suspicious about the company.

1st. with only 1 hour+ briefing, the person in charge very fast send out the form and ask us to fill up, without giving time to ask question in the hall but give us opportunity to go out into the three small room for fill up the D form, what about the MD form? darn we need to pay RM500 for a form and a bag with portfolio and a cap. (if you do not want to pay 50k for invest they at least earn your RM500)

2nd. Commission pay never stated the time of the payment, like all abang kakak out there already open outlet, if the commission payment like 3 months can the outlet survive ?

3rd. the payment pay to TnP ? wtf imagine if all the TnP outlet pay to Tnp HQ and then they declare bankrupt all the debt go back to the outlet owner, commission not earn work for free loss money and outlet force to close down, some more without HQ support, outlet is nothing now cannot operation and your customer come back to you because all the utilities not paid.

4th. So good to be true, a 50k to buying a business name for life time and so little commitment. and simply discount 2k to 6k depend on area to attract investor. is kinda good strategy. i admit i have the intention over there when i listen to the seminar, i am glad i didnt have 500 at the time or else i rugi for buying the starter kit which contain an MD form, a TM cap. few book and a hard case.

if you guys think deeper i think you can discover more weak point TNP promise, i just want to go rest and leave it to abang kakak here to judge is it a scam program or is an investment, the above comment is from me and my friend opinion after discussion. for me i decide not to go. i keep the money and wait another opportunity. well god bless you and decision on you.

Anonymous said...

Saya dengar ada group yg berjumpe di UKM bangi 30/1/2010 dah ada lawyer untuk fight this matter legally for refund. kalau menang that mean the end of IGB

Anonymous said...

Apa lagi,..panggil TV3,..Karam Singh la,..buat liputan di TV3,..kita lihat,..siapa yg kena !!!!

osman jailaini said...

Saya juga hadir t&P business plan hari tu. Patutnya mereka jangan nak salahkan ur blog sebab, kebodohan mereka xbuat website yang bagus. Dah memang betul kalau public google "telco & post", blog ni keluar list. Cubalah buat satu website yang link kan setiap T&P di mana kita boleh terangkan perkhidmatkan setiap T&P. Or make Online business. Tapi orang bodoh sombong memang tak mengaku mereka bodoh & ketinggalan.

Kata je T&P sepatutnya kuat 400+ cawangan dibuka, tapi kalau ia dibuka untuk tutup buat apa? Sebelum buka 400+ pastikan ianya kukuh, baru buka yg lain. Lepas ni Annex pulak. Seriously, kalau annex pun diorg start offer, maksudnya mereka tamak dan tak pedulikan nasib T&P yg ada.

Mereka kata, T&P yang tutup dah merajuk lah bla bla bla. Mereka xfikir ke buka kedai melibatkan kos. Kalau mereka bayar sewa, api air kita takpe. Sepatutnya mereka sediakan khidmat nasihat dan bantu T&P yang tnggung kerugian (support bak kata ayares). Satu lagi, mereka tontonkan sales T&P yang 'terhebat' kepada kita. Sales memanglah boleh adik, cuba tunjuk profit, boleh tak?

Akhir kata, kalau org kuat T&P baca, sistem bil & pos laju awak tu boleh hebat kan x? Jangan buat malu la, harap pakai kot and mercedes je. Saya berkata-kata kerana saya berpengalaman. Sekian.

Unknown said...

Saya menyokong penuh apa yang En Osman Jailani katakan di sini...

Kalu agak2 taktau apa nak dibuat pada M.D yang ada...
meh sini datang jumpa ese..bulih ese senaraikan sikit apa yang kurang rencah dalam masakan korang nih...

PROMOSI only on STREAMYX??
how bout CELCOM...
kat luar celcom dah sibuk dok promosi start 22JAN till MARCH...
tp adakah T&P mengambil bahagian dan mewar-war kan pada M.D sekalian...

Memang mereka bawak bisnes mereka yang dah lapok.. iaitu STREAMYX semasa di zaman TMBP dan INTELICCA... dan sampai skarang masih nak promosikan streamyx...
mereka hanya nak jual streamyx.. product lain cuma sampingan...
cuba lihat bagaimana mereka naikkan Comission ke atas STREAMYX... tinggi bukan?


Ok.. Product POS. Sehingga sekarang order dari T&P Nusa Bestari dah melebihi 3 minggu... cuma separuh sahaja barang yang sampai.. persoalan tentang STOK bukan perkara pokok utama...
PERSOALAN UTAMA - DIMANAKAH PERSEDIAN SKS??
selepas 3 minggu..saya sendiri kena follow-up dengan SKS.. yang mana talian di pas ke sana sini...
dan lebih memalukan...
HANYA SEORANG SAHAJA YANG MENJAGA STOK - iaitu en Wan.
Kalau en. wan keluar makan..takde orang lain bleh handle...kalau CUTI/MC?

- saya mahu mereka jawab ini.



** T&P HQ menyalahkan beberapa sabotage yang terjadi dalam sales Streamyx sebelum ini. Dan mereka sepatutnya sedar yang komisyen yg rendah dan lambat di bayar itulah penyebab kepada segala 'penyimpangan' yang berlaku..



Ttg apa yang en osman jailani cakap.. tentang SISTEM TPSSONLINE...

for the info..kalau agak2 T&P HQ dah kaya raya... lantik la developer utk bangunkan sistem yang canggih sikit....
memalukan btol sistem....
malah track record pun susah nak maintain dan semak....
kutip duit RM50K+ dari M.D...
dah ada 100++, dah ada hampir RM5juta... if bangunkan sistem.. tak sampai 100K pun dah bleh canggih daripada yang ada sekarang..

adakah sistem TPSSONLINE yang ada skarang ni sistem FREE dari Multimaxwell???

Tolong la developt satu sistem yang canggih dan lebih maju skit... skarang dah 2010 dah... takkan itu pun kami MD-MD sekalian nak kena tegur...

** saya pernah sms/email ttg sistem yang menyusahkan ni...
MALAH Semasa 'close meeting' dengan pihak T&P HQ di pejabat saya... turut saya maklumkan ttg sistem yang serba kekurangan ni...

yang ada perubahan cuma dari sudut PENGUMUMAN...kalu dulu berterabur...skang tersusun...skit jer laaaa...



SO...apa jua komen kami di sini.. sila take note....



- ayares -
TNP NUSA BESTARI..

Osman Jailani said...

Saya setuju, MD perlukan sistem yang hebat dan lebih dipercayai. Saya kurang yakin dengan sistem sekarang kerana ianya atas nama Multimaxwell dan kita xada apa2 contract dengan company ni. Kenapa nak masuk duit dalam akaun mereka?

Saya lebih yakin dengan poslaju kerana staff poslaju sendiri yang train dan beri khidmat nasihat kepada kita. Ini saya beri credit kepada poslaju.

Saya ingin beritahu kepada org luar, semua MD berhempas pulas seperti orang putih kata kami semua "all out" untuk business ini. Walaupun orang kata kami dah tertipu, kami masih nak berjaya.

Saya sarankan ayares deletekan pada komen yang kata "jangan masuk skim ini dll" kerana kita dahpun jadi MD. Kita xperlukan komen sebegitu. Kita perlu move foward dan fikirkan sesuatu untuk cover back what we've lost. Pampangkan komen yang dahpun jadi MD kerana kita semua lebih tahu.

Saya harap jika En. Nordin baca, sila lah curahkan segala knowledge, pengalaman dan nasihat kepada orang2 HQ T&P (SKS) supaya mereka tukar cara berfikir dan bekerja. Jangan asal boleh sahaja. Jangan cakap xserupa bikin. Jangan lepas tangan dan sibuk nak bukak francais itu dan ini. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, dikendung berciciran dan awak pula tersungkur di tengah jalan.

Unknown said...

Salam osman Jailani..

Sekarang mereka sibuk nak soh M.D amik franchise Posto Posto Cafe...

masa dalam seminar tuh lagi ese sendiri cakap dalam hati..
"PEJADAH ni lagi? "

belum cukup sempurna lagi pengurusan T&P yang ada sekarang pun, belum cukup lengkap lagi SUPPORT yang diberikan... sibuk nak approach CAFE pulak? dengan alasan utk tarik crowd...

alahai...orang gi minum cafe takat sambil bayar bill or post barang.. berapa jer Margin?
xkan semua crowd layan Coffee hari2 nak register Celcom Broadband atau Streamyx?

inilah realiti.. bukan fantasi seperti di gambarkan oleh pihak atasan T&P... dengan figure2 yang tak munasabah...

Saya tertarik semasa training di Serdang Raya suatu masa dulu, En. Sani dari Faratech sendiri turun memberikan taklimat ttg STREAMYX...

jadi kesimpulan saya buat di sini adalah... program Telco & Post ini adalah MAIN PRODUCT Mereka adalah STREAMYX.. sama seperti program2 TMBP dan INTELICA yang lepas2...

sbb tuh semasa seminar terbaru di Johor Bahru.. yang mereka tekankan adalah TM product iaitu Streamyx... dan comission yang dinaikkan pun adalah on STREAMYX...

kalau nak harapkan T&P Shoppe yang walk-in customer.. mmg bungkus.. sptmana T&P Putrajaya....
nak taknak mereka kena kerja keras bukak booth.. buat Mobile Booth.. join PC Fair... dan etc...

Kami di T&P Nusa Bestari penah bukak booth di beberapa tempat utk product Al-Rajhi... dan dalam 100 orang pengunjung, 10 orang isi borang.. 2 orang yang lepas...

apakah alasan 90 orang lagi/?
- INTEREST TINGGI...

Al-Rajhi menekankan pada konsep Islamic Banking tiada istilah interest.. tetapi pengguna/customer memandang apa jua yang nak di panggil... ia tetap di anggap INTEREST walaupun di tukar istilah KADAR KEUNTUNGAN... / PROFIT SHARING...

Di situ, kami kalah pada bank2 sepertti Bank Rakyat, Alliance Bank dan terbaru Public Bank...
- bank2 ini lebih mudah untuk apply PINJAMAN PERIBADI / PEMBIAYAAN PERIBADI dan mereka jugak gunakan konsep ISlamic Banking...
tetapi proses amat mudah... tak serumit Al-Rajhi...

Maka saya stop buat Al-Rajhi dan membazirkan masa utk fokus pada product tersebut...




Sekarang kami di T&P untuk menampung kos dan overhead.. kami berurusan dengan CELCOM untuk broadband.... yang mana Celcom lancarkan promosi bermula JAN-MAC...

STREAMYX kami bawa sampingan product di dalam T&P Shoppe kami.. sekiranya pelanggan masih minat dengan Streamyx...




sekian...
ulasan


* bak kata bos ese.. MEMBEBEL jer

Anonymous said...

Salam semua,
Saya KURANG SETUJU dengan CADANGAN Saudara Osman Jailani agar Moderator Blog ini MEMADAMKAN mana-mana komen yang bersifat negatif.
Mungkin disini ada kebaikan dan juga keburukan jika komen itu disiarkan.
Pertama, bagi menreka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan Telco & Post, akan tahu apa itu Telco & Post..
Kedua, bagi mereka yang duduk di HQ Telco & Post, setidak-tidaknya akan tahu KELEMAHAN yang harus mereka PERBAIKI.
Ketiga, ini adalah satu RUANG untuk BERTUKAR & BERKONGSI MAKLUMAT yang boleh digunakan dikalangan MD Telco & Post.
Keempat, tidak menjadi kesalahan atau ada cacat celanya jika ada komen-komen 'pedas' dari sesetengah pihak yang tidak berpuas-hati dengan Telco & Post. Ia dapat memberikan MOTIVASI dan menjadi IKHTIBAR kepada MD-MD Telco & Post yang SEDIA ADA untuk terus lebih maju di dalam perniagaan.
Sebagai seorang ahli perniagaan, seharusnya dapat berfikir jauh ke hadapan dan memandang positif dari setiap sesuatu dan mengambil inisiatif melakukan sesuatu.
Sama-samalah kita fikirkan......

# Ini hanya pandangan kepada Encik Osman Jailani & Moderator.....

Osman Jailani said...

Satahu saya T&P atau sekutunya tidak akan menambah lagi cawangan telco & post. Sekiranya mereka membenarkan mana-mana cawangan seperti atau seakan-akan T&P atau Annex sendiri, mereka adalah tamak dan mencari nahas.

Kepada anonymous, saya juga tidak menyokong orang lain berkecimpung dalam bisnes ini kerana T&P Berhad dan sekutunya masih belum kukuh dan namapak tidak berdaya nak menampung 400+ cawangan yang ada.

Anonymous said...

I think positively, we should leave it the blog about Telco & Post as it is,...it has a positive and also negative impact to the readers without hesitation to investigate further.
I believe Telco & Post is NOT A GOOD BUSINESS opportunity for those who intend to get involve in this kind of business. The Govt have already make it available for new Entrepreneur thru PUNB, SMIDEC, MARA and so on....Therefore, the new comers should actually go to the right channel rather than 'trap' with this kind of scheme.
An investment of RM53,000 is a lot for certain people, especially the amount of money were taken out from their savings. From my observation, Telco & Post is NOTHING, they dont have their own products and promoting only Streamyx generally which is very unlimited market.
My point is that, if you wanna do business like this,...check the Company, check their background, check with related bodies..ok..

Regards

Anonymous said...

Apa ke bendanya Mat Salleh celup ni cakap..anyway, ada jugak betul dia cakap tu,...biar aje lah blog ni,..setidak-tidaknya pihak Pengurusan Telco & Post akan baca, dan 'naik darah' sebab banyak komen negatif...lepas tu tengok lah sama ada mereka akan buat perubahan atau tidor aje...
Lagi pun, muka-muka baru dalam pengurusan Telco & Post ni tak tahu 'pekong' yang sebelum ni...so, biarlah si luncai terjun dengan labi-labinya....
Apa pun, ramai dah bersungut pasal SERVIS yang teruk dari Telco & Post,..so, pandai-pandai la pihak Telco & Post fikirkan, ok...jangan dok fikir nak ambik duit orang je....

Anonymous said...

Saya sendiri telah mengeluarkan wang pencen untuk menceburi business T&P ini oleh kerana ingin membuat sesuatu pekerjaan bagi menampung sisa2 hidup ini rupa2nya business ini lebih merupakan business meminta sedekah kepada pelanggan dipasaraya/tapak ekpo tepi jalan untuk mencari pelanggan streamyxi dan 10sen untuk bayar bil. saya rasa biarla saya jual nasi lemak dari berniaga T&P ini.

Anonymous said...

Haa,..pakcik dah tau tak pe...so, duit pencen tu @ duit epf tu pergi la buat meniaga benda lain yang 'nampak' pulangannya tiap hari,...mcm meniaga nasi lemak tu pun dah kira ok...tak le sampai nak keluarkan duit RM53,000 modal meniaga untuk dapat komisyen CIPUT,...
So,..mereka-mereka yang 'banyak duit' tu,..baik simpan aje lah duit tu,..atau meniaga benda lain..meniaga Telco & Post ni tak de untung,.komisyen ciput je,.kena jual produk kat tepi jalan, pasar malam, tapak ekspo,..berpanas, berhujan,..dapat pulangannya tak setimpal dengan pelaburan..letih aje la...
So, fikir-fikirlah...ok..

Anonymous said...

Anyway, after reading all those comments in this blog and from other sources, WE DO FOUND OUT THAT THE BUSINESS OF TELCO & POST is NOT WORTH IT for those who are not really understand all about the Business. More over, you have to invest huge amount of money, RM53,000 with only a little support form HQ.
I conclude that this business is only selling names,..not products,...so, why must you pay RM53,000 for only a brand name which is not well-known yet....
Think about it....!!!

Anonymous said...

Duit pencen tu dah bayar dah pun kat T&P . Buat waktu sekarang saya tunggu dan lihat sebab tidak ada wang untuk sewa kedai/renovation dan lain2. jika anak2 boleh tunjukkan kepada pakcik untuk ambil tindakan. Sebab wang sudah dilabur selama 5 bulan perniagaan belum jalan. Ada sesiapa yang ingin turut serta dgn pakcik untuk berjumpa PM boleh pakcik buat appointment kita ramai2cerita pada PM apa yang orang melayu sudah tipu bangsanya sendiri. Pakcik tiada sesiapa untuk menolong nampaknya rumah orang tua2 CHERAS tempat pakcik.

Anonymous said...

Rasanya dah ada group MD Telco & Post yang nak ambil tindakan mahkamah keatas Telco & Post Sdn Bhd,...cuba check tulisan blog yg sebelum ni...

Elok lah tu Pakcik pergi buat report polis dulu,..yg kes kat berita TV3 baru-baru ni pun pasal satu Company yg ambik duit deposit dari orang ramai,..konon nak meniaga Francais Kopi Tiam,..duit orang dah disapu 5-6 juta, pastu dok diam...
Atau boleh pergi ke Biro Pengaduan Awam...
Cuba lah settlekan masalah ni,...sebab Telco & Post ni makin macam lintah, sedut darah orang Melayu....

Anonymous said...

hari sabtu ni rasanya group yg nak ambik tindakan berhimpun kat ukm. sapa-sapa nak join rasanya terbuka lawyer sendiri datang dalam taklimat tu.

Osman Jailani said...

ada no phone yang berkenaan yg kat ukm tu?

Anonymous said...

yang lead untuk tindakan legal nama Rusydi takde pulak contact dia. yang organize kumpul org syazwan blh email kat sbs_maju@yahoo.com. group diorg mmg berani skit dgn telco&post

Anonymous said...

Ni komen yg ke 30,..apa kata bagitau kat Biro Pengaduan Awam atau Suara Rakyat,..biar si Karam Singh datang dengan team dia buat liputan,...he he he..gempak sikit...
Dah le ni meniaga Telco & Post yang dok menipu orang je,...janji manis macam-macam, habuk pun tak de bila kita dah buka shop...
Jom,..kita ambik tindakan...kita lapor pada Bank Negara....

Anonymous said...

saya telco n post annex Utara saya menyokong demi kebaikan...bersama..apa yg dikatakan oleh semua MD2 itu adalah benar melainkan benar belaka. Mmg terasa bahang..yang di rasai dlm biz nie..bak kata kutu2 rayau.. macam haram jadah...sembang jer pandai...perlaksanaan hampeh..lembab..komisyen lambat nk mampuhhh...nk kena col baru nk cx...bab kata kutu rayau lagi macam siallll...support x dakkk..harap sembang jer pandaii..sistem support macam hanjinnnn.... tu lah kata2 kutu rayau.. pada saya..apa pun sya terpaksa teruskan kerana sya dh kuar kan modal yg tak lah sebesar MD2 ..tapi duit yg dikuarkan tetap bernilai...hanya allah jer yang tahu.. Jgn kata org melayu x tahu berniaga.. org melayulah yg pandai berniaga..sbb dia jujur dan baik hati.. tapi kerana jujur dan baik hatilah org2 yg meguasai ilmu niaga ni pijak kepala org yg ikhlas dlm perniagaan.Bagi saya sya hanya berdoa agar allah timpakan bala bencana pada mereka yg menganiaya sya .sesungguhnya doa org2 yg teraniya akan di makbulkan oleh allah..amin..

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Anonymous said...

La ni depa dok diam je,..mungkin depa takut kot,..depa nyorok la..apa lagi...hang pa semua pi report la...

Anonymous said...

Ni nak habaq mai,...la ni depa sebok dok buat training,...konon nak tolong kami berkenaan sales....apa ke bendanya,...harap dok cerita benda yang sama,..bagi figure yang tak logik...dok mengarut aje...pi jalan dah Telco & Post Serdang Raya....

clark kent said...

assalamualaikum dan slamat sejahtera kepada semua penulis blog ni...saya ni baru 1st time tgk blog ni dan terus berminat dgn pandangan2 anda semua....seperti mana anda semua rasa,saya juga turut merasai pekara yg sama seperti anda rasa.....saya juga merupakan MD,dan baru beroperasi....nama je baru operasi,tp dah mcm2 masalah datang....kapada org yg membahasakan diri sebagai "ese" serta osman jailani,anda memang bagus kerana lantang bersuara dan byk mengenengahkan semua kelemahan SKS dan 'khadam-khadamnya'....kalau kita lepak semeja,sampai esk pagi pun belum tentu abis kutuk T&P punya bisness...apa2 pun,saya harap karam singh cepat2 buat liputan pasal T&P punya bisness ni..tak sabar2 nak dengar dia punya pepatah baru utk T&P....

Anonymous said...

Salam Semua & Bro Clark Kent,...awak belum tukar lagi jadi Superman ye...!! Anyway, welcome to the club..anda akan merasakan KEPAHITAN< KEBOSANAN, KEMARAHAN dan banyak lagi tentang perkara yang berkaitan Telco & Post. Apa yang pasti, apa yang dijanjikan hanyalah janji dan Customer Service mereka AMATLAH TERUK..lebih teruk dari kerja angkat sampah...tak tahu lah apa yang mereka buat di Serdang Raya tu,..mereka tidur ke, mereka melepak ke,..kita tak tahu, yang pasti, bila call memang memanjang tak dapat.
Berkenaan produk pula, komisyen yang diberikan amatlah 'ciput',...sedangkan kita boleh dapat lebih tanpa perlu mengeluarkan modal hingga RM53,000 untuk hanya KONSEP Kedai sahaja,...buang duit namanya tu !!
Ini juga dinamakan satu SKIM tipu menipu,..mula-mula kita sebagai MD @ Distributor kena TIPU oleh Telco & Post, kemudian kita pulak akan bertindak MENIPU pelanggan yang datang....so, siapa yang salah ???
Apa pun, jangan lah lagi buat business Telco & Post ni,..bagi mereka yang 'dah terjebak' tu masih ada peluang lagi,...pergi lah berjumpa dengan SMIDEC untuk mohon geran (bantuan)...
So, conclusionnya, si Telco & Post ni adalah satu business yang memang tak akan membawa keuntungan dalam masa pendek,...ROI lebih 5 tahun,..ramai yang dah tutup kedai, nak jual kedai, nak jual laman web,...macam komplen lagi.....So, Fikir-fikirkan lah...

clark kent said...

asal nye nak jd superman dah,tp tak cukup duit nak buat costume,duit abis kena tibai dgn SKS

Frank Lampard said...

Just to share something of all the comments and criticism either from the Master Distributor, Distributor and whoever plan to joint the business. It looks like the biz is so called 'b$%lsh*t' biz without having proper business plan, support and new products. All the Telco & Post shops are depending on very few products which the profit margin is really slim. An example, the bill payment system is not really good enough to compete with Pos or other Banks as the system is not a realtime system.
People now adays wanna have convenient and peace of mind in attending their utility bills, banks transaction and others. Therefore, T&P should really have a proper system which can cater this.
After all, all the MDs and Distributor had paid huge sum of money i.e. RM50,000 over, but then the PRODUCT SUPPORT and SERVICES provided is not equivalent to the amont paid. The MDs still have to invest more money,..in term of promotion and so on.
I was told that Telco & Post HQ did promise to have a continuous Advertising and Promotion...but then, it is only during Hari Raya...why ? main reason is because of RM..$$..If you are aware, the cost of Advertising & Promotion for that kind of advertisement is really expensive...and Telco & Post actually not really keen to continue the A&P as it will waste their money.
I think Telco & Post HQ main objective is TO COLLECT money from MDs as much as possible without taking any consideration on what will happen after that.
So, it is clearly known and I think most of the people who try to get info about Telco & Post will have a NEGATIVE thoughts....thats right !!! Because they are not concerned about the MDs business operation, they are more concern in collecting MONEY only.
I would see that En Azlan, En. Mishaq and Dato @#$% need to really REVIEW and FOCUS on the ROOT CAUSE of the complaint & negative comments given. Hope Telco & Post HQ could change,..not to change the name, but to change the business etiquette for the benefit of everybody...
Seriously, I would see if you plan to joint Telco & Post, please have a 2nd thought...maybe do other biz is much better.

Anonymous said...

secara keseluruhan, dari komen yang diberikan...perniagaan telco & post ni MERUGIKAN....so, janganlah ceburkan diri anda kerana ANDA akan LEBUR bersama duit ANDA nanti...jangan menyesal...

Rusydi said...

Insyallah saya secara officialnya akan fail warit saman telco&post pada jumaat ni kalau takde masalah. utusan malaysia masih siar iklan ofer utk menyertai skim ini. Harap jgn lagilah org kita terpengaruh.

Majistret said...

Kalau dulu, masa perang dunia kedua,..ada org kita yg jadi tali barut tentera Jepun,..kononnya nak halau orang Inggeris dari Tanah Melayu,.tapi mereka jadi rakus dengan KUASA yang diberikan oleh tentera Jepun sehingga sanggup menganiya dan menggadai maruah bangsa sendiri....Mereka-mereka inilah yang dinamakan pengkhianat bangsa...so, sama jugalah dengan Telco & Post ni,...konon nya gunakan DPMM, untuk bantu orang kita meniaga...bila dah dapat duit banyak,..habuk pun tak de,..barang entah kemana?, support entah kemana? bisness pun entah kemana? mereka yg collect duit tu kaya raya... So, mereka ni lah PENGKHIANAT perniagaan,...menggunakan DPMMKL yang sendiri mengatakan mereka tidak tahu pun pasal KLTP ni..so, kita telah tertipu....maka ambillah tindakan SEGERA...sebelum terlambat....

Anonymous said...

anak-anak pakcik semua, tiada lagi kata-kata nak pakcik ucapkan. kerana wang yang pakcik laburkan sudah LEBUR anak-cucu mengharap perniagaan tetapi penganguran yang datang.. Maka orang tua2 kata jangan kita menipu dan memakan duit orang maka haramlah jadinya.
Jika kita guna wang dgn cara menipu hidup tidak selamat ..jika 44MD menyumpah maka sampailah sumpah itu kepada TZ/MA/Mis dan kuncu2 penipu tu...

Anonymous said...

Telur ayam yang tembelang kalau pecah, amatlah busuk...dulu Telco & Post bertopengkan Kuala Lumpur Trade Programme,..Thyme Orione la,..Inteleca la, IGB la,...sebenarnya mereka adalah FARATECH yang telah MENIPU ramai pakcik, makcik, abang, adik, kakak,atuk, nenek YANG TAK TAHU MENAHU pasal business...Kononnya mereka dijanjikan PULANGAN yang beribu-ribu ringgit dalam masa yang singgat...Tingkat 50, Menara TM menjadi SAKSI kepada semua DAKYAH PALSU yang dilakukan oleh Geng FARATECH ini...semua yang hadir akan TERPUKAU dengan Presentation yang sememangnya telah diatur dan dirancang untuk orang-ramai PERCAYA dengan apa yang diperkatakan,...tambahan pula mereka MENJUAL nama-nama Korporat seperti Telekom Malaysia, Ambank, Al-Rajhi, dan lain-lain yang mana WAKIL atau PEGAWAI dari pihak berkenaan TIDAK PERNAH pun hadir ke taklimat tersebut. Ini semua adalah SANDIWARA geng Faratech untuk mengkaburi mata mereka-mereka yang datang ke taklimat.
Jadinya, janganlah ANDA semua terpedaya dengan SKIM Telco & Post ini kerana ianya hanyalah satu cara mudah bagi Faratech untuk mendapatkan DUIT dari kamu semua....lagi pun business yang dicadangkan itu semuanya dah ramai yang buat dan boleh pergi direct dengan Owner...buat apa nak susah-susah keluar duit sampai Rm53,000...dah tu tak dapat apa-apa pun...fikir-fikir lah..

Anonymous said...

Ada dengar mereka kat Serdang Raya tu buat Sales training, kononnya nak bagi tips macam mana nak increase sales....apa ke jadah nya nak bagi tips !!!, Yang mana dijanji pun tak dikotakan lagi, nak bagi tips konon.. dah la tu, yang telepon entah Mamat mangkuk mana, tak ada adab budi bahasa langsung,...tak profesional langsung,...

Kunta kante said...

Salam...sakit hati betoi dgn puak2 Tnp ni,,nak cari duit 53k merah biji mata,depa kebas putih biji mata....tak tau dah nak pikiq camna lagi, smua kos untuk bukak telconpos abih kat 100k, nk dapat untung 1 ari 20git pun susah...ni la hakikatnya...untuk pengetahuan mcm2 dah sya usahakan untuk dapatkan sales dari streamyx dan alrajhi, tapi yang sedia maklum ramai yang tgk kadar keuntungan alrajhi pun takut, da yang kata ni ABG LONG bukan ALONG !!! Streamyx..sapa yang nak mai apply streamyx ari2?!?! Sistem bil plak, Pa pya sistem la yang depa bagi, nak bayaq bil ayaq pun x bleh...kata bleh bayaq bil utilities(semasa) awat bil ayaq tu x semasa ka?? pakat2 dok pakai telaga lagi kot???

Org Kedah said...

Depa semua ni nak KAYA cepat,..depa ni pandai KELENTONG,..even DATO D#&* pun tahu selok belok pasal macam mana depa nak PAW duit hangpa semua,..depa buat agreement semua sebelah pihak aje, supaya hangpa tak boleh nak ambik legal action pada Telco & Post... La ni, dengar cerita, depa nak lancarkan Telco & Post Annexe,..harga RM40 ribu lebih...Sapa la yang akan jadi MANGSA depa lagi ???? Apa kata kita pakat ramai-ramai bagitau pada yang nak masuk tu,..tak payah lah,..buang duit aje, bukan ada untung pun...
La ni depa call macam tele-marketing, cari mangsa,..mereka-mereka yang tak pikiak panjang akan jadi MANGSA la,...
Hangpa semua jangan dok percaya la Telco & Post ni semua, depa dok joli sakan dengan duit yang RM53 ribu tu,..depa beli kereta mewah, depa pi makan angin, depa pi buat macam-macam dengan duit tu,..hangpa semua dapat apa ?? habuk pun tak da...!!
La ni bagi mereka yang dok cadang nak masuk atau nak bukak kedai Telco & Post, pi la cari business lain yang lebih TERJAMIN dan MENGUNTUNGKAN,..yang Telco & Post ni semua PENIPU aje,..hangpa semua toksah dok percaya la....

Mat Siam said...

Berita terkini...depa nak lancarkan Telco & Post Annexe,...harga RM40 ribu lebih...Kepada mereka yang nak joint, saya nasihatkan TAK PAYAHLAH joint program yang memang MERUGIKAN ini...depa dok plan nak buat talk la ni...Ada beberapa orang staf mereka yg dok buat tele-marketing, menjemput untuk datang dengar taklimat...Hati-hati dengan PENIPUAN ini..OK..

Unknown said...

aku main forex guna modal RM 300 je dah untung USD 100,000 . Trade guna Pair GBP/USD untung besar wei !!!

Anonymous said...

Nak dengar berita terkini....Team Aduan Rakyat telah menyerbu pejabat Telco & Post,..dan membuat laporan...diberitakan ramai MD Telco & Post telah membuat LAPORAN POLIS dan MEMFAILKAN SAMAN keatas syarikat Telco & Post ini kerana pelbagai kesalahan. Nantikan pendedahan ini.....

Anonymous said...

Bila kena serbu??, Sahih ka cerita ni!!!! suka sangat aku dengaq...padan dgn muka...

Anonymous said...

Depa la ni sebok dok atur strategi konon nak buat baik dengan MD-MD Telco semua,..pirahh...depa dah tau depa punya salah,..depa dah kaut duit MD, la ni depa nak bagi 'gula-gula' kat MD...HAngpa semua jgn dok percaya depa tu semua,..depa tu penipu besaq...

Rusydi said...

Hari ni fail saman saya dah keluar mahkamah, akan serve telco&post selewat-lewatnya esok

Anonymous said...

Salam Semua,

Saya benar-benar tak faham kenapa MASIH RAMAI yang ingin menyertai Telco & Post, sedangkan ramai yang telah memberikan komen dan pendapat yang mengatakan Business Telco & Post ini ADALAH MERUGIKAN dan TIDAK MEMPUNYAI MASA DEPAN...ramai yang dah gulung tikar disebabkan oleh Telco & Post ini...
Adalah diharapkan kepada mereka yang DAH TERJEBAK dan YANG BARU NAK BERJINAK, dapat membuat sesuatu agar perkara yang tidak diingini dapat dihindari...you may seek BNM opinion, you may seek KPDNHEPKK opinion,..dan macam-macam lagi...Yang penting HAK kita sebagai PELABUR dalam business ini dipertahankan....
Fikir-fikirkanlah.......

Rusydi said...

Seminar di UKM ada saya jelaskan beberapa option tindakkan dan implikasinya terhadap pelabur dan telco&post. tapi sayang masing ada yg menyokong telco& post.

Anonymous said...

Salam Semua,

Saya dari salah sebuah kedai Telco & Post yang telah membayar RM53 ribu kepada pihak Pengurusan T&P,..namun hingga kini kedai saya masih lagi seperti INDAH KHABAR DARI RUPA,..apa yang dijanjikan oleh pihak Telco & Post hanyalah janji-janji manis sewaktu mereka mahu mendapatkan DUIT dari saya. Saya rasa tertekan dengan apa yang telah mereka lakukan. Saya buntu dan tidak tahu mana hendak mengadu nasib. Tambahan pula, saya ada mendengar beberapa buah Kedai Telco & Post dah GULUNG TIKAR disebabkan TIADA SUPPORT dari pihak Pengurusan T&P ini,..dan bantuan @ customer service mereka amatlah TERUK serta LEMBAB. Ini lahi menakutkan saya kerana saya baru hendak memulakan operasi.
Ada juga orang luar yang menasihatkan saya agar mengambil TINDAKAN UNDANG-UNDANG keatas Telco & Post ini,..dan saya telah pun mendapatkan nasihat dari seorang Peguam berkenaan perkara ini..InsyaAllah, dalam proses penilaian dan akan difailkan di mahkamah.
Pada pandangan saya, secara amnya perniagaan Telco & Post ini MERUGIKAN dan MENIPU golongan yang tidak tahu menahu perniagaan ini. Harap bagi mereka yang ingin masuk ke Telco & Post ni, lupakan saja..buatlah business lain..

mamakuntau said...

Salam untuk pengetahuan semua kami MD utara pun dah mula buka fail saman...tapi ada di antara MD yang masih SETIA dan PERCAYA dengan Telco n Post telah memaklumkan hal ini pada pihak HQ..dan ada yang cabar pihak kami untuk meneruskan saman...seolah-olah mereka betul dan tak terasa buat salah pun....kita tengok apa yang akan jadi lepas ni.......PANASSSSS!!!!

Anonymous said...

Depa ni buta hati ka? Awat depa tak tau maniaga ka ? Depa ni faham ke tidak apa yg dimaksudkan...? Ramai dah dok habaq kata yang Telco & Post ni PENIPU,..depa masih support lagi T&P HQ,...dah 2-3 Telco & Post tutup @ gulung tikar, pun depa tak sedar diri lagi,..Awat ? depa dah kena gula-gula dek Pengurusan T&P HQ ka ?
Janganlah kena gula-gula mereka..mereka tu saja nak perangkap hangpa semua ..Berhati-hati la..

Rusydi said...

Ok ramai2 kita saman. Utara dah saman, Timur dah saman, Barat dah saman tunggu Selatan, Rasanya 2 minggu yang mendatang adalah news pasal pembelaan telco&post ni insyallah.

Anonymous said...

Dengar khabar banyak Kedai Telco & Post dah 'sakit' sebab tak ada business..apa yang dijual dah tak laku,.tak leh nak jual...sebab persaingan dengan TM dan Celcom sendiri,..nak harapkan Al Rajhi, bil..berapa kerat yg nak bayar, sebab masyarakat skrg lebih suka pergi Pejabat POs...
So, conclusionnya,..business Telco & Post ni tak ada masa depan...sape-sape yg dah invest RM53,000 tu,..pergi la mintak balik duit korang dengan Tauke Telco & Post,...kalau mereka tak bagi, pergi failkan saman je...

Anonymous said...

My name is Tan, I was one of those Distributor during ITBP and KLTP programme were launch.
From my experienced, those so called very good products ( TM, Celcom & Banks) are not that good when comes to reality and doing the sales.
I had tough time managing my biz and doing sales,..I lost a lot of my initial investment, apart from amount paid to Inteleca (that time, now called Telco & Post).
The truth is that not everyday people wanna subscribe Streamyx, not everyday people wanna buy Celcom starter packs, not everyday people wanna subscribe Fixed line...So, can you imagine? What happened after 6 months, if there is no sales or very minimal sales ?
So, this new Telco & Post is so called changing their dress from Inteleca...I would advise people not take the scheme or subscribe the programme even THEY change their strategy or names soon. Becareful, this group of people can easily MANIPULATE others by using Tun names, Dato names, DPMM names, Corporate bodies names...and they are PROFESSIONAL CONMAN....
So, those who read this, MUST IMMEDIATELY take action against Telco & Post Management....you may hire Lawyers and make a police report....

Unknown said...

Nama saya Fadzil Ahmad, saya MD Taman Equine,

Memang pada mulanya saya amat yakin perniagaan ini amat baik, sama seperti AyAres. Tapi semakin lama semakin saya hilang kepercayaan pada pengurusan Telco&Post ni. Sayang sebab konsep perniagaan ini bagus cuma perlaksanaan dan pengurusannya sahaja tidak bagus.

Tapi apa yang boleh kita capai kalau setakat tulis dalam blog kutuk Telco&Post Headquarter (T&PHQ) macam-macam? Saya rasa tak de apa pun... lagi tambah geram ada la..

Saya dan sekumpulan MD telah mendaftarkan Persatuan Pengusaha Telco & Post Malaysia. Matlamatnya ialah untuk mengkordinasikan semua komplen dan cadangan kepada T&PHQ dan mengambil langkah-langkah perlu untuk menekan T&PHQ supaya memperbaiki mutu perkhidmatan. Mesyuarat dengan T&PHQ diadakan setiap bulan. Selain itu ia adalah sebagai satu platfom untuk kita berbincang dan bertukar pendapat dan idea untuk bisnes. Kalau nak jadi ahli sila hubungi Setiausaha, Hj Rokeman di 0193285207 untuk dapatkan borang atau hubungi saya di 0129255947, kami perlukan suara anda. Untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang persatuan sila ke http://telconpostforum.intra.net.my

Berbeza dengan matlamat saudara Rusdi yang mencadangkan menyaman T&PHQ untuk dapat balik duit RM54K, halatuju kami adalah berbeza. Kami mahu teruskan perniagaan ini dangan cara memperbaiki masalah yang ada dan menambah lebih banyak produk yang lebih menguntungkan. Bayangkan kalau 1 MD ada 1 idea bisnes untuk dikongsi, kalau 300 MD tentu ada banyak idea bisnes untuk dikongsi dan kita gunakan platfom Telco & Post Shoppe ini sebagai asas dan landasannya. Saya percaya jika kita bersatu pasti T&PHQ terpaksa bersetuju dengan permintaan-permintaan kita. Saya rasa tindakan saman itu adalah sebagai langkah terakhir. Lagipun saya tak yakin T&PHQ akan bayar balik duit dan kalau bayar pun tentu takkan dapat kesemuanya. Itupun belum ambilkira jumlah pelaburan untuk ubahsuai dan overheads, tak kan nak biar rugi aje...

Pada Saudara Rusdi, saya cadangkan tak usah buang duit untuk khidmat guaman, pergi mangadu di Tribunal Pengguna lebih baik dan berkesan. Siapapun boleh pergi dan kosnya pun amat murah. Kalau nak lebih puashati buat laporan polis bawah seksyen 420 kanun keseksaan untuk dakwaan menipu. Saya gerenti mesti lekat punya!

Tapi saya cadangkan kita sabar dulu sebab bila-bila masa pun kita boleh ambik tindakan cuma kalau kita boleh jayakan bisnes ni lebih baik kan?

Jom kita bersatu!

Fadzil Ahmad

Rusydi said...

Salam sejahtera saudara Fadzil, harap sihat sejahtera. Ingin betulkan skit fakta yang saya present kat ukm. mungkin masa itu sdr Fadzil termiss apa yg saya bentangkan tentang tuntutan duit balik telco&post.

Antara yg saya bentang pada ukm tempoh hari ada menerangkan pasal bidang kuasa polis, SSM dan bank negara. Tribunal pengguna juga saya terangkan kenapa ia tak dapat kita gunakan iaitu ia melibatkan jumlah melebih 25k dan keuntungan. Tribunal pengguna takleh terima lapuran tersebur. 3 pihak diatas blh menerima laporan kita. advice peguam yg saya bawak free je. untuk tindakan legal baru kene byr

option lain seperti report polis, ssm dan LOD peguam adalah usaha tindakan luar mahkamah utk dpt balik duit jika nego gagal. Dan bbrp org dah cuba tapi gagal so antar option lain ialah melalui mahkamah.

Rusydi said...

Untuk makluman semua, saya dah failkan saman terhadap telco&post, pihak defenden jugak dah masuk kehadiran. Insyallah kita akan dengar pembelaan telco&post. Claim semua termasuk sewa kedai & renovation skali. Kita akan saksikan clash of the titans :)

Betul mcm sdr Fadzil cakap, mahkamah merupakan jalan terakhir. but please hear my advice, penjanjian baru tu mintak advice lawyer coprate mana2. terutama fasa 2,3 dgn 5. tak adil utk saya terangkan kat sini, dapatkan nasihat pakar.

Anonymous said...

saman jangan tak saman sya menyokong 200% krn mereka penipu dan kaki perompak bersiri yang sah.So mereka akan buat kerja tu lagi sbb mereka ada aset2.Saya mmg tak halal duit yg mereka abik... walau pon rm8890... wsalam

Anonymous said...

saman jangan tak saman sya menyokong 200% krn mereka penipu dan kaki perompak bersiri yang sah.So mereka akan buat kerja tu lagi sbb mereka ada aset2.Saya mmg tak halal duit yg mereka abik... walau pon rm8890... wsalam

Anonymous said...

Setuju dengan pandangan en. Fadzil, telco&post konsep yg bagus. Tapi tak setuju utk nego dgn diorg. kita lagi diperbodohkan kalau nak bincang bisnes dgn pihak telco&post sbb clear diorg nak duit je.

syamsuar anwar said...

Kepada ahli2 tnp, lupakan sejarah hitam tnp, mulakan 2014 dengan peluang peniagaan bersama prepaid tune talk, prepaid ajaib yg memberi banyak kelebihan kepada ahli, sila add dan pm fb iklan satu malaysia atau hubungi 0196452760.x staf tnp desa petaling

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails