Tokojut ese bilo ado sorang kawan yang ese tanyo tongah buek apo, beliau memberitahu tongah melayan youtube tontang penjelmaan Malaikat di Mekah atau lobih topat di Masjidil-Haram. Torus ese beristigfar banyak-banyak dan tanpo tunggu-tunggu laie ese memberikan nasihat sedikit. Bukannyo ese nak tunjuk baik sodangkan ese pun tidak lah baik bebenor tetapi apo yang ese tahu boleh la ese sampaikan.

Video tersobut jolas nak merosakkan akidah dan pegangan umat Islam. Ese mengesaki video tersebut sememangnyo tolah di edit ataupun ketiko ianyo di ambil, berlaku pembiasan cahayo yang menyebabkan ternampak seperti cahaya yang muncul dari langit dan turun di Kaabah.

Seperti yang kito sedio tahu sebagai umat Islam harus pegang dan percayo yang Malaikat tidak boleh dilihat oleh manusia biaso melainkan Nabi dan Rasul dan Allah Swt sahajo yang mengetahui rupo malaikat. Namun ponah kito dongar hadis yang mengatokan malaikat boleh berupo dalam pelbagai bentuk termasuk menjadi manusio mahupun haiwan. Akan tetapi kito totap tidak mengetahui yang manusio mahupun haiwan yang kito lihat itu adalah jelmaan malaikat.

Bilo mano kawan ese mengatokan, bukankah kewujudan video ini boleh menambahkan kepercayaan dan ketakwaan kito kepado Allah Swt. Masya Allah. Cubo lihat betapo kito dipesongkan pemikiran oleh kaum kafir yang sentiaso ingin menyosatkan umat Islam. Sepatutnyo tanpo video ini pun kito harus berpegang kepado Rukun Iman yang mano jelas di dalamnyo terkandung 'Percaya kepada Malaikat'. Dan bilo kito terlalu percayo kepado video terbabit, mako kita sudah lupo tontang hakikat manusio biaso tidak akan mampu melihat malaikat tanpo izin-NYA.

Video ini jelas nyato bertujuan untuk mewujudkan kesalahpahaman dan perdebatan hangat di kalangan umat Islam yang mano ado yang mungkin berpendapat mempertahankan video berkenaan dan ado yang akan berpendapat untuk membangkang kebenaran video berkonaan. Namun apa pun berbaliklah kepada perkara asas yang wajib dipegang oleh seluruh umat Islam iaitu Percaya Kepada Malaikat.

Di sini ese lampirkan bersamo 10 Malaikat yang utama yang wajib diketahui oleh umat Islam. Namun terdapat ribuan malaikat yang Allah ciptakan untuk melaksanakan perintah-NYA dan sentiasa sujud dan bertasbih kepada Allah pencipta sekalian alam.


Nama Arab Tugas
Jibrail جبرائيل/جبريل Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail ميكائيل Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil إسرافيل Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat[1]
Izrail عزرائيل Mencabut nyawa.
Munkar منكر Menyoal mayat di dalam kubur.[2]
Nakir نكير Menyoal mayat di dalam kubur.[3]
Ridhwan رضوان Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik مالك Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib رقيب Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid عتيد Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails