ANDA MAHU CUBA?
JIKA YA, TERUSKAN MEMBACA ENTRI INI.
JIKA ANDA KATA TIDAK, SILA KE ENTRI SETERUSNYA.
TIADA PAKSAAN
TETAPI MENCUBA ADALAH LANGKAH PERTAMA KALIAN
MENJADI SEPERTI SAYA SEKARANG. HEHEHE...
Kalian boleh dapat lebih dari apa yang saya jelaskan di sini.
Perolehi Pendapatan Lumayan RM2,000 - RM5,000 Sebulan dengan
program sambilan ini. Atau mahu jadikan ia sepenuh masa?
Mudah sahaja, cuma perlu menghantar email dan anda akan dibayar.

Cybercafe, pejabat, sekolah atau rumah, terpulang pada anda. Kejayaan anda dapat dinilai menerusi faedah-faedah yang diperolehi seperti:

#Pendapatan secara mingguan/bulanan
#Gandaan pendapatan melalui tumpuan dan kesungguhan
#Memperolehi pendapatan seperti yang dimahukan
#Jaminan pendapatan yang diiktiraf bagi memenuhi setiap impian.

Sila ikuti kandungan program pekerjaan yang ditawarkan.
Buatlah penilaian yang bijak dan berfikirlah dengan positif kerana
ia akan mengubah diri anda ke arah kejayaan dan kecemerlangan.
BAGAIMANA ANDA DIBAYAR? : TERUS KE AKAUN BANK ANDA.

BAGAIMANA MENYERTAI PROGRAM INI?
Untuk anda menyertai program ini,
kalian hanya memerlukan yuran pendaftaran sekali bayar sahaja.
Yuran Pendaftaran: RM50 SAHAJA!!!




Pindah?!


Ya. Blog ini mungkin akan ditutup atau mungkin tidak. Tetapi buat masa ini Incik Ayares sudah berpindah dari blogspot ni ke fotoblog di SINI .

Sila update link di blog korang yang mana ada link kan ke sini, tukarkan ke sana.

TQ so much..Emmmmuahhss.

- i'm still a blogger.. Fotoblogger.

Tukar Kerja


Ese dah tukar kojo. Bukan kojer gomen. Tak hingin ah nak kojer gomen. Ponuh dongan kerenah birokraknasi. Nak kato orang gomen ni semuo camtu takdo la, ado yang prihatin dan paham. Tapi yang jenis lurus bendul pun ado ramai. Ya. Ramai sangat. Sampaikan menyusahkan orang ramai pun ado. Benda simple disimpul-simpul sampai kusut jadinyo.
Tak. Tadi tajuk tu ese tipu jo tukar koje. Koje sekarang udah besh dah.
Haaa.. jadi Ah-Long gak best. Upah orang untuk hamburkan dan sepah-sepahkan kad kat opis orang, kat depan rumah orang, dalam post box orang. Dorang ni sebonarnyo nak bantu orang-orang yang susah. Tapi malangnyo orang-orang yang susah ni memang dah menyusahkan Ah-Long. Jadi sapo yang tak bengang.
Bak kata pepatah melayu kuno.. " Diberi muka, kepala dipijaknya ".

Lagi satu, Ah-Long ni tolong orang yang malas bersenam. Ya la, kalau orang upahan dah hamburkan kad depan rumah korang, nak tak nak korang kono la sapu 'sampah' tu. Takpun kutip dan simpan. Cukup sebulan korang kiro la berapo jenis yang ado dan berapo banyak keping yang dapat di kumpul.
Haha...bagus tak kerja Ah-Long?
AyAres : Kalau Ah-long baca blog aku, mampos aku kono totak dek dorang ni.

Che' dan Mok



Ni la atok dan nenek ese yang ese panggil dorang ngan panggilan Che' dan juga Mok. Mereko berduo ni garang bonar woo. Ingat laie time kocik2 dolu, sapo yang malas ngaji, sapo yang tak dongar kato memang abis kono sosah ah. Antaro atok ngan nenek ese ni, nenek laie garang. Tapi segarang dorang kalu dongar cakap, dorang tibo-tibo boleh dikategorikan atok dan nenek yang amat lembut orangnyo.

Atok, kalau tak silap umur dah cocah 70 tahun lobih. Gitu jugok la ngan nenek. Tapi nenek sekarang ini kurang sihat berbanding atok. Nenek diserang penyakit yang hospital tidak tahu apa penyakitnyo. Penyakit dari orang dolu-doluan peninggalan moyang. Kesian ngan nenek terbaring di tilam tetapi kadang-kadang gelisah tidak menontu.

Atok, setia menomani nenek. Atok tidak kojo laie semonjak nenek di serang penyakit misteri. Anak-anak datang menjengok pun dah tak boleh nak buat apo melainkan menomani nenek. Seluruh ceruk kampung dijelajah mencari orang yang boleh ubatkan nenek namun begitu jugo la nasib nenek.

Air mato mengalir lesu melihat keadaan nenek. Walaupun raso tidak sanggup melihat, namun apokan dayo. Kesabaran harus disemat dalam jiwo, bertawakkal kepadonyo. Nenek terpakso juo makan ubat tidor untuk berehat, jiko tidak nenek takkan dapat tidor.

Kesian dongan nenek. Ese doakan banyak-banyak agar nenek copek sombuh. Ese pun dokek JB ni pun selalu jugo menjengah ustaz yang boleh ubatkan secaro jarak jauh. Usaho ajo la takat mano termampu selobihnyo bersorah kepadoNYO...

Aminnn..

Dunia Kecilku

Photobucket - Video and Image Hosting

Thaipussam


Maso ese tongah bercuti dokek Pulau Pangkor, kebotoloan ado sambutan Thaipussam. Yang ese polik dokek pulau ini, kaum Cina juo ado yang menyambut Thaipussam ini. Difahamkan mereko semuo menyambut Thaipussam kali ini adolah memuja dewa wanita mereko. Ramai juo kaum India yang menganut agama Hindu dari tanah besar datang ke Pulau Pangkor semata-mata untuk menyucikan diri dan memohon keampunan dari dewa wanita mereko.

Akhirnyo, Pulau Pangkor yang indah ditinggalkan dongan kemusnahan dari kerakusam manusio yang tidak mengendahkan keindahan alam. Laut yang biru kehijaun dipenuhi dengan sampah berapungan. Oh Malaysia ku tercinta. Dikau permai namun masyarakatmu tidak tahu menghargainya.

Ese dan Fotografi

15 tahun lampau, ese masih laie sekolah rendah. Dan anak kepado seorang bapa yang berpendapatan sederhano. Mana mungkin mampu untuk memegang sebuah kamero yang mahal sedangkan kamera kodok pun ado yang zaman 70-an punyo. Maso itu hobi memetik shutter kamero sudah tersemat dalam jiwo ese. Pantang ajo kamero antik itu berfilem, pasti filemnyo abis di tangan ese.

14 tahun sesudahnyo, ese mampu memegang kamero hasil dari titik peluh ese sendiri. Walaupun masih laie di kiro kamero kodok namun ianyo teknologi terbaru yang dikenali dongan namo kamero digital. Semonjak berjinak dongan kamero digital, hobi ini makin membuak-buak, merebak dalam diri mengalahkan penyakit kencing manis ataupun penyakit gatal miang. Ianyo cepat merebak lantaran sudah 14 tahun memendam ghaso utk memiliki kamero sendiri.

Dan sekarang, hobi ini menjadi sebahagian dari idup ese. Malah kini menjadi sumber rezeki bagi menampung kehidupan ese di bumi selatan ini. Kalau semato-mato mengharapkan gaji pekerjaan totap ese, nampak gayo tiado peningkatan taraf idup la gamaknyo ese. Mako terpakso mencari alternatif lain. Bergantung harap dongan kawan-kawan terdekat. Malah strategi pemasaran caro konvensional jugo di adaptasikan iaitu dari mulut ke mulut memandangkan ese hanyo lakukan secaro sambilan bagi memenuhi tuntutan nafsu hobi ese.


Lama


Sudah lamo juo ese menyepi dari dunio blogging lantaran kesibukan yang amat dari hujung tahun ke awal tahun. Ese bukan kojo gomen, ese makan gaji. Bilo makan gaji, terpakso buat itu ini sampaikan maso untuk diri sendiri pun tidak sempat. Kalu siang tak sompek nak buat, malam kono sambung buat sampai siap. Bilo dah kojo sampai tahap camtu, badan pun naik penat. Nak ngadap pc pun sampai tersengguk-sengguk kadang terlelap atas kerusi. Itu namonyo komputer tengok tuan, bukan tuannyo tengok komputer.

Lihat pada tagboard, ramai bertanyo khabar. Namun khabarnyo begitu lah hendaknyo, sihat sejahtero adonyo. Yang mano terjarang nak sms, terjarang nak jengah blog, terjarang nak berym, harap paham-paham la yo. Jangan pulak kato ese skarang ni sombong ke apo ko.

Insya Allah, bulan 3 nanti selesai la segalo kojo-kojo dan projek-projek yang di handle. Baru la boleh menarik nafas lego dan membetolkan urat sendi pinggang ni. Gitu la arakian cerito rekaan yang di ado-adokan di sebuah desa terpencil di tepi ibukota.

Pada 2006, ese akan mulakan dengan entry yang berlainan dari tahun 2005, itu pun jiko ese rajin utk sentiaso update dongan gayo terbaru ese. Photo Blogging.

Related Posts with Thumbnails