4.5.09

Muntah

Arakian satu hari itu.
Ese keluar sudah awal dari rumah.
Mahu melaksanokan tanggungjawab selaku Jurufoto Rasmi.
Bagi sebuah majlis perkahwinan.
Yang akan berlangsung dokek satu kampong di area Masai.

Dan ese mengajak seorang rakan seperjuangan.
Untuk turut serto dan memberikan peluang beliau mengasah mato laie tajam.
Untuk ese serapkan kedalam Capturepixs.

Ese memang ponah poie satu kali ke kampong itu.
Sekitar duo tahun nan lalu. Jadi ese cumo ingat-ingat lupo.
Dan dongan berpandukan peto yang diberikan oleh pengantin.
Dongan yakin sampailah kat simpang kampong.
Tetapi kerano berpandukan peto tu, ese dah tersalah masuk jalan yang kurang mesro.

Disobabkan maso semakin singkat kerano takut terlopeh detik pengantin dimekapkan.
Ese arahkan Jaisi untuk beraksi dokek jalan kampong yang muat-muat satu kereto yo.
Jaisi mulo mengaum di tongah hutan tu. Kalau lah jalan tu bukan jalan tar.
Dah pasti Jaisi dah boleh bertukar jadi Mitsubisi Evo 9 milik Karamjit.
Berbokalkan informasi dan jugak pengalaman selaku jurufoto bebas di kejohanan Rally.
Ese mengaplikasikan Jaisi untuk menunjukkan bakatnyo.
Boleh tahan jugak lah, Jaisi tapi sayang kasut sukan yang Jaisi pakai nipis sangat.

Nak dijadikan cerito. Rakan disebolah dah mulo poning lalat.
Muko beliau dah merah padam menahan mual.
Sampai di rumah pengantin, panjang nafas ditarik. Lego barangkali.
Dah terlopeh dari satu kesengsaraan berado dokek dalam Jaisi.
Sampaikan di pertongahan majlis. Beliau dah angkat bendero putih.
Poning makin menjadi ditambah dongan panas terik pado tongahari itu.

Sewaktu perjalanan pulang. Ese dah kerah Jaisi buat aksi laie.
Tetapi, nak jadikan cerito.
Rakan disebolah mungkin masih bersiso raso poning.
Tersodak minum air mineral dan termuntah.
Nak tergolak ese tapi ese tahankan yo.
Kesian dokek rakan ese.
Mungkin itu pengalaman pertamo beliau.
Naik Jaisi yang tongah beraksi di trek Rally.

Esoknyo. Ese domam. Dan batok.
Tapi beliau pulak dah sihat dan bersedio untuk mencubo laie aksi Jaisi.
Cumo dalam keadaan tidak terdosak, Jaisi akan menyimpan taringnyo.

3 comment:

MazrulHisyam said...

Kau cakap kek mamat cikgu tue, lain kali suruh dio makan ubek tahan muntah! Wakakaka! Nasib kamera baru tak melayang keluar keto...kalu tak nangih tak berlagu!

Encik Shino said...

hahahaa..
naik keto pun buleh mutohh..
:D kena telan pil mabuk dlu baru naik keto demo haha

firdauz83 said...

Oi oi! cis ko ayares! naseblah aku ade insurans nyawa... if not, maleh aku naik keta ngan ko.. huh!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails