Di awal mesyuarat.
Pengarah Urusan berkato. Lancar.
"Laksanakan lah kerja kerana Allah, bukan kerana duit semata-mata."
Lalu ese ambil. Sumbat dalam kepalo batu ese.
Harap ianyo berkosan buek diri ese.
Potang selopeh solat Jumaat.
Ese kono siapkan satu pembelian barangan dari pembekal.
Ado duo pembekal yang menjadi perbandingan.
Satu pembekal Cina, dan satu laie pembekal Melayu.
Beza hargo yang ditawarkan pembekal Cina murah sekitar RM100.
Pembekal Cino adalah pembekal yang baru ese konal.
Berbanding pembekal Melayu yang lebih mesro dongan ese.
Ese membuat keputusan awal untuk melakukan pembelian dongan pembekal Melayu.
Kerano apo yang tolah disumbat dalam kepalo batu ese.
Ese nak cubo adaptasikan dalam konteks berurusan kerana Allah.
Dan ese memilih pembekal tersebut untuk memudahkan urusan kelak.
Namun, bilo ese submit hargo perbandingan dokek Pengarah Urusan.
Beliau menyarankan untuk berurusan dongan pembekal Cina.
Kerano hargo lobih murah.
Dan ese keliru.
Adakah beliau memandang pado nilai bayaran yang beza cumo sekitar RM100.
Berbanding dongan nilai kerukunan dan persahabatan antaro duo kontraktor.
Sodangkan beliau sendiri mengatakan.
"Bukan kerano duit semata-mata".
Dan ese berkeras. Cubo mempertahankan pembekal Melayu.
Bukan kerano ese ado kepentingan dalam syarikat pembekal Melayu tersebut.
Lagipun nilai pembelian bukanlah mencocah sehinggo 5 angka pun.
Dan Pengarah Urusan menelefon pembekal Melayu.
Untuk mengurangkan hargo setaro dongan pembekal Cina.
Mungkin kerano pembekal Melayu yang mahu berniago dan harus survive.
Terpaksa menurunkan hargo pado kadar yang samo.
Asalkan penjualan dapat diteruskan.
Maka berkuranglah keuntungan yang bakal beliau dapat.
Dan adakah terlaksano apo yang diucapkan pado awal pagi.
Di awal mesyuarat.
Pengarah Urusan berkato. Lancar.
"Laksanakan lah kerja kerana Allah, bukan kerana duit semata-mata."
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
1 comment:
Beli barang dengan cino dapat muroh parok.
"Laksanakan lah kerja kerana Allah, bukan kerana duit semata-mata."?
Lari konsep tu..
Post a Comment