30.5.09

Ketagih

Dah lamo ese jadi ketagih.
Tak tau kenapo.
Bilo panas, ese memang perlukan bondo tu.
Untuk cool-kan balik badan ese.

Kadang ese poie beli sendiri.
Kadang ese kirim dokek budak-budak ese.
Kadang sambil lalu, ese singgah yo beli.
Memang ketagih abis.

Tapi ese takut.
Karang lamo-lamo ese layan.
Dibueknyo kono penyakit.
Tak ke nayo yo dibueknyo.

Memang ketagih.
Kadang ese simpan stok tu dokek umah.
Ese sembunyikan dalam peti ais.
Biar tahan lamo.
Kalau stok abis. Ese topup balik.

18.5.09

Tioman

Kompeni punyo trip ke Pulau Tioman berakhir dongan ponuh keponatan.
Tetapi enjoy sobab trip 'family day' kali ini lobih ramai staf.
Dan bilo ramai. Macam-macam kepalo ado.

Kami bertolak dari jeti Mersing sekitar 5pm.
Dan menginap di Berjaya Tioman Resort.
Hari pertamo dokek Tioman. Takdo apobondo yang dibuek.
Sampai pun dah nak sonjo dah. Jadi menikmati makan malam yo lah.
Semuo malam ini layan western food. Tak tengok menu. Tengok hargo yo.
Yang mano mahal, itulah yang dorang order.
Yo lah. Bukan selalu dorang dapek makan mahal-mahal.

Hari keduo diponuhi dongan trip snorkeling.
Ado beberapo tompek yang kami poie solam.
Yang menarik dokek Pulau Rengis. Kemudian bergorak ke Marine Park.
Dan menikmati keindahan batu karang dan ikan yang warno warni.
Dah ponat, kitorang poie makan dokek warong. Pekono nasi ayam.
Balik dari snorkeling, kami sambung laie menyolam dokek kolam di resort.
Sampai lah puas mandi mando.

Badan dah ponat. Malam pulak melantak bbq. Dan poie melayan kat Game Arcade.
Lopeh tu dorang semuo pakat nak poie mancing dokek jeti.
Ese layankan ajo la walaupun badan dah lomau.
Nak nunggu dapek ikan. Mato dah tak tahan dah. Terleno sekojap dokek jeti.
Dan ese mengalah juo akhirnyo. Pulang ke kamar.

Hari terakhir pun takdo apo yang menarik.
Sarapan pagi dan dorang sambung laie mandi kolam.
Ese dah tak larat nak terjun laie dah.
Jadi melayan wifi dokek tepi kolam yo lah.
Kami check-out sekitar 1pm.
Dan bergerak poie ke jeti Kg. Tekek untuk naik feri pulang.

10.5.09

Album Mawi

Potang tadi dapat panggilan dari Din.
"Jom join majlis penyerahan album kahwin Mawi & Ekin di LC Catering malam ni."

Ese yang pado mulonyo nak poie nonton pementasan teater bangsawan di RTM.
Tapi bilo poie sorang-sorang tak syok pulak. Lalu menerimo ajakan Din.
Ese pakai simple. Baju punjabi dongan jeans dan berkasut hitam.

Majlis makan malam dihadiri oleh semuo keluargo Ekin.
Dan ese, Yon dan Din sekeluargo dok satu mejo. Budak-budak pulak satu mejo lain.
Cumo tigo mejo yo. Ramai pengunjung tidak menyodari kehadiran Mawi dan Ekin.

Memandangkan hari ini adalah hari ibu.
Jadi sambil itu mereko sambut hari ibu sekaligus.
Ado potong kek oleh mak Ekin.
Kemudian penyerahan album kawin sebanyak 4 unit yang Din siapkan dah lamo dah.
Cumo takdo maso yang sesuai untuk buat majlis penyerahan ni.
Anak-anak Din yang 4 orang tu yang sorahkan album dokek Mawi dan Ekin.

Agak happening jugak majlis walaupun simple dan dihadiri cumo ahli keluargo terdokek yo.
Dan kelihatan Mawi dan Ekin gembiro menerimo album perkahwinan mereko.

8.5.09

Cari Gaduh

Tibo-tibo yo ado minah nak cari gaduh dongan ese.
Selagi tak dapek sakitkan ati ese, selagi itu diasak agar terjadinyo pergaduhan.
Dan selagi itu jugaklah ese cubo kontrol panas baran ese.
Kerano ese dah janji untuk mengurangkannyo.

Apokohel? Period kah?

4.5.09

Muntah

Arakian satu hari itu.
Ese keluar sudah awal dari rumah.
Mahu melaksanokan tanggungjawab selaku Jurufoto Rasmi.
Bagi sebuah majlis perkahwinan.
Yang akan berlangsung dokek satu kampong di area Masai.

Dan ese mengajak seorang rakan seperjuangan.
Untuk turut serto dan memberikan peluang beliau mengasah mato laie tajam.
Untuk ese serapkan kedalam Capturepixs.

Ese memang ponah poie satu kali ke kampong itu.
Sekitar duo tahun nan lalu. Jadi ese cumo ingat-ingat lupo.
Dan dongan berpandukan peto yang diberikan oleh pengantin.
Dongan yakin sampailah kat simpang kampong.
Tetapi kerano berpandukan peto tu, ese dah tersalah masuk jalan yang kurang mesro.

Disobabkan maso semakin singkat kerano takut terlopeh detik pengantin dimekapkan.
Ese arahkan Jaisi untuk beraksi dokek jalan kampong yang muat-muat satu kereto yo.
Jaisi mulo mengaum di tongah hutan tu. Kalau lah jalan tu bukan jalan tar.
Dah pasti Jaisi dah boleh bertukar jadi Mitsubisi Evo 9 milik Karamjit.
Berbokalkan informasi dan jugak pengalaman selaku jurufoto bebas di kejohanan Rally.
Ese mengaplikasikan Jaisi untuk menunjukkan bakatnyo.
Boleh tahan jugak lah, Jaisi tapi sayang kasut sukan yang Jaisi pakai nipis sangat.

Nak dijadikan cerito. Rakan disebolah dah mulo poning lalat.
Muko beliau dah merah padam menahan mual.
Sampai di rumah pengantin, panjang nafas ditarik. Lego barangkali.
Dah terlopeh dari satu kesengsaraan berado dokek dalam Jaisi.
Sampaikan di pertongahan majlis. Beliau dah angkat bendero putih.
Poning makin menjadi ditambah dongan panas terik pado tongahari itu.

Sewaktu perjalanan pulang. Ese dah kerah Jaisi buat aksi laie.
Tetapi, nak jadikan cerito.
Rakan disebolah mungkin masih bersiso raso poning.
Tersodak minum air mineral dan termuntah.
Nak tergolak ese tapi ese tahankan yo.
Kesian dokek rakan ese.
Mungkin itu pengalaman pertamo beliau.
Naik Jaisi yang tongah beraksi di trek Rally.

Esoknyo. Ese domam. Dan batok.
Tapi beliau pulak dah sihat dan bersedio untuk mencubo laie aksi Jaisi.
Cumo dalam keadaan tidak terdosak, Jaisi akan menyimpan taringnyo.

2.5.09

Cermin

Kalu orang itu memandu.
Dan sentiaso melihat cermin pandang belakang.
Dan jugak cermin pandang tepi.

Itu bermakno orang itu lobih memikirkan tontang keselamatan orang lain.
Dan itulah ciri-ciri orang yang bukan pentingkan diri sendiri.

Jadi. Sentiasolah memandang cermin pandang belakang kereto anda ketiko memandu.



* sekiranyo tak nampak, silolah download Flash Player 8. TQ

Seawal jam 8am wib, kami dah bergorak menuju Gedung Juang.
Tinur sodang disolek oleh Castelo di bilik khas.
Sementaro menunggu pengantin Fairus sampai, kami shoot apo yang patut.
Semuo sudah sedio menanti ketibaan rombongan pengantin lelaki.

Fairus tibo dongan sebuah kereto klasik oren.
Dan rombongan tibo dongan bas yang samo kami bawa kami sebelum ini.
Pengantin perlu menunggu di hadapan pintu kerano terdapat persembahan.
Mulo-mulo tarian payung keluar dan membuko tarian. Dan terus memayungi pengantin lelaki.
Tarian Lengser, keluar seorang lelaki yang berpakaian lusuh.
Tarian Lengser ni mengikut adat dulu-duluan, adalah sorang pawang.
Yang menghalau segalo keburukan seperti cuaco buruk, gangguan semaso majlis berlangsung.
Tetapi sojak kesodaran agamo makin kuat, kini ianyo sekadar lakonan yo.

Kemudian tarian Jaipongan, iaitu gadis-gadis yang menari. Sungguh comel gadis Tasik Malaya ni. Dan akhirnyo Tarian Merak pula masuk membuka laluan untuk pengantin. Dan diarak untuk masuk ke dewan. Tetapi sebelum pengantin masuk, ibu Tinur akan mengalungkan bunga kepada Fairus dan kedua ibubapa Tinur mengiringi Fairus untuk masuk ke ruang pernikahan.

Terdapat sofa dan meja ditongah-tongah dewan. Fairus duduk dan seterusnyo kadi pun dah sampai lalu Tinur dibawa keluar dari bilik khas dan terus duduk di sebelah Fairus.
Upacaro pernikahan dimulokan dan Fairus melafazkan akad nikah cumo satu kali.
Memang dah praktis betul-betul dah semalam ni kot.

Dan acara seterusnyo adalah bersalaman bersama sanak saudara dan acara persandingan bagi adat Sunda adalah cumo menyambut tetamu yang hadir dan berdiri di atas pentas sehinggalah tetamu dah takde lagi dah yang datang. Barulah pengantin bersama ibu bapa Tinur turun dari pentas untuk menjamah hidangan.

Memang ponat tetapi seronok kerana ini kali pertamo ese menyertai adat perkahwinan Sunda dan nak pulak ianyo diadokan dokek Bandung, yang boleh dikatokan tompek asal usul kaum Sunda di Indonesia. Kepuasan tu membuatkan kami tak henti-henti shoot.



Related Posts with Thumbnails