1.3.10

PTPTN

Beberapo hari nan lalu, ese dihubungi oleh seorang gadis yang mengaku pegawai dari PTPTN dan bertanyokan tontang surat dari mahkamah. Dan ese memberitahu segalo surat akan sampai kek kampong ese. Jadi, beliau mengingatkan ese untuk poie ke mahkamah pado tarikh yang disebutkan. Tetapi ese memaklumkan yang agak mustahil kerano sukar mendapat cuti pado waktu terdokek dan jarak yang jauh menyukarkan bagi cuti yang pendek.

Pegawai tersebut memberitahu, untuk mengelakkan tindakan mahkamah mako ese perlu ke pejabat PTPTN di Kolo Lumpur sano nun untuk membuat bayaran penuh kerano namo ese sudah disenaraihitamkan. Dan ese memberitahu adalah mustahil untuk membayar sekaligus jumlah lobih kurang duo puloh ompek ribu dalam jangko maso terdokek ni. Pinjam dongan ah-long bulih la kot lopeh tuh bungo mencanak-canak aih nak membayarnyo. Dan beliau mencadangkan untuk ese poie ke ibu pejabat PTPTN untuk berunding bagi membuat pembayaran separuh dari jumlah tersobut.

Dan pado isnin yang lopeh, ese mohon Emergency Leave untuk ese poie ke KL bagi menyelesaikan kes PTPTN yang menyusahkan idup ese ni. Dolu maso belaja nak pinjam duit pun bukan main susah, ni maso nak membayar balik pun samo yo. Menyusahkan juo. Nak buek camno, dah orang susah. Nak belajar dokek universiti terpakso la berhutang. Bilo dah hutang, nak bayar bulan-bulan dolu tak mampu, lopeh tu jadilah tertunggak. Bilo makin banyak makin susah nak bayar, lopeh tuh namo pun kono senaraihitam. Dah tak bulih laie dah ese nak poie melancong ke Africa Selatan dan jugak Kutub Utaro.

Berbalik pado kes PTPTN. Sampai yo dokek One Stop Centre PTPTN di KL Central, ese membuat pertanyoan dokek kaunter tontang kes senaraihitam. Dan pegawai di kaunter memaklumkan untuk ese membuat pembayaran penuh. Tetapi ese datang sebonarnyo untuk berunding bagi membayar separuh yo memandangkan pegawai yang telefon ese dah bagitau supayo datang untuk berunding. Yang silapnyo ese sobab tidak mencatit namo pegawai tersebut.

Pegawai di kaunter memberitahu yang tak akan ado pegawai PTPTN akan memaklumkan pado peminjam yang pembayaran separuh boleh dibersihkan dari senaraihitam. Dan beliau bertanyo dokek ese namo pegawai yang menghubungi ese. Tapi ese sendiri pun pado maso tuh tidak teringat untuk menyalin namo pegawai yang membuat panggilan.

Dan ese cubo mendapatkan maklumat dari pegawai PTPTN Bahagian Undang-Undang dan beliau menegaskan yang penghakiman telah ditundo pado satu tarikh yang belum laie dapat dipastikan kerano mahkamah belum meluluskan permohonan dari peguam PTPTN. Dan ese dah malas nak bicaro laie memandangkan duit pun memang dah ado sedikit hasil kutipan sano sini yang sudi membantu terutamo mama dan akak ese. Jadi ese buat pembayaran separuh dan laie separuh ese memohon untuk melangsaikan semuonyo pado sekitar bulan April.

Lego setolah separuh dah terlangsai. Dan laie separuh pulak taktau lah camno ese nak korek agar bulih dilangsaikan pado April nanti. Poie menoreh gotah lah buek part-time.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails