Jawatan


Kalu orang pogang duo jawatan dalam satu syarikat itu perkaro normal. Kalu orang itu pogang 5 atau lebih jawatan dalam satu syarikat plak, itu perkaro kurang normal. Bukannyo takdo tapi jarang sekali berlaku. Itu pun bergantung pado nasib badan.


Kalu orang tanyo eden kojo apo, den akan jawab kojo syarikat IT. Bukan eden tak paham soalan tapi eden terpakso jawab camtu. Den taktau nak jawab kojo sebagai apo. Yang den tau den kojo dokek syarikat IT. Jawatan eden adalah tergolong dalam kategori kurang normal.


Di syarikat, den di bawah bahagian Pemasaran. Tugas itu belum mencapai seratus peratus laie pelaksanoannyo. Den takdo pengalaman terpakso mulo dari bawah, macam budak masuk tadika. Kojo eden jumpo client, dapatkan projek, submit sebuthargo dan berurusan dongan pembekal. Semuo den lakukan tanpo tunjuk ajar. Jadi eden main redah ajo la dongan kemahiran terpendam. Kalu dalam borang sebuthargo, bawah sekali ado tandotangan eden dongan jawatan 'Pengurus Pemasaran'. Hahaha. Lawak.


Selaku 'Pengurus Pemasaran' (incik manager), kono la jugak jadi tukang amik surat dan pos surat (mat despatch), tukang angkat, ambik dan antor barang (mat courier), tukang potong kertas dan photostat (mat opisboy), tukang jawab/buat panggilan (mat telefonis) dan tukang sapu/vacum sampah (mat cleaner). Hahaha. Lawak.


Malah tugas penting selaku 'Pengurus Pemasaran' juo adalah meng'godek' komputer yang tahapnyo layak dibuang ke lombong (mat technician). Godek la dimano ajo yang patut pergi godek. Di rumah client? Di opis? Di sekolah? Di jabatan kerajaan? ataupun Di Lombong tinggal?? Kalu kono gayo godek, lego separuh nyawo. Kalu godek punyo godek tapi masih bangsat juo komputer itu, mau eden angkat dan hempaskan ke lantai. Hahaha. Lawak.


Mau tau lagi apo tugas 'Pengurus Pemasaran'.? Ada.. tugas ini jarang-jarang sekali diberi. Tukang memandu untuk perjalanan jarak jauh(mat drebar). Yang ini takpo sobab den gomar memandu tetapi kekadang jiwo kacau jugo bilo semuo makhluk terlentok kiri kanan. Yang tinggal eden terngango-ngango menguap sambil menahan mato dari tertutop. Kalu tutop, sudah pasti semuo sekali golap gelito takkan cerah-cerah laie. Hahaha. Lawak.


Haaa, lawak pun lawak juo. Tapi saksikan kawan-kawan. Adakah ekorang sudah percayo ado orang yang pogang bukan ajo 5 tapi lebih jawatan dalam satu-satu syarikat itu. Mungkin di luar sano pun ado laie orang yang samo seperti eden. Kalu katakan 5 jawatan itu ado pekerjonyo, sudah tontu jumlah gaji untuk 5 jawatan itu mencocah empat angko bermulo dongan angko 5. Percayo tak? Dah boleh beli bungalow dan kereto mewah tu.


Tapi, inilah realiti kehidupan. Tiado yang sonang untuk dikecapi dongan sekelip mato. Mungkin sekarang 5 atau lebih jawatan. Siapo tahu mendatang dongan satu jawatan, dongan air liur bersembur ajo mampu untuk menikmati angko 5 di dopan. Hahahahahahaha. LAWAK.





Pepatah Melayu : Paksa terkukur padi rebah, paksa tikus lengkiang berbuka.
Ertinya : Seseorang beroleh keuntungan dengan tiada berpenat lelah.

VCD + 8R Photo-print Projek Basah 2.0, Jiwa Kental

JIWA KENTAL DI KEM LAMBAIAN DANAU

Koleksi foto-foto Projek Basah 2.0, Jiwa Kental di Kem Lambaian Danau (KLD) akan berada di pasaran sedikit masa lagi.

Terbitan sulung dari AyAres Production ini adalah kesinambungan dari Pak Beruang Production namun begitu koleksi ini serupa tapi tak sama dengan koleksi Pak Beruang. Jika Pak Beruang menyajikan video, terbitan kali ini menyajikan koleksi foto-foto yang kaku tetapi mampu menceritakan segala kenangan indah di dalamnya. "ada feel gitu bila menatapnya"..bak kata Bean Seng.

Ok..Koleksi versi sulung ini memuatkan sejumlah 400 foto yang di'snapklik' dari Lensa AyAres, beberapa jumlah lagi dari Lensa Tok Rimau, Lensa ND dan dari Lensa Mar yang berjaya dikumpulkan. Pada hari kejadian den berusaha agar tidak terlepas dari setiap aktiviti supaya dapat diabadikan kenangan manis itu dalam koleksi foto ini..
Bak kata De5lin : "Ayares macam bukan dari GEJU. Macam cameraman yang di datangkan khas tuk mensnap semua pixar menarik semasa projek basah 2.0. Tahniah ayares aku sure hasilnya hebat!"

Apa lagi ada dalam CD??

Oh yer.. Pak Beruang bagi idea agar dibuat slide show seperti movie. Agar sesiapa yang memiliki vcd ini boleh menayangkan kepada sanak-saudara, jiran-jiran dan ketua kampung dengan memasangnya di vcd player. Bila mereka tonton, sudah tentu jiwa mereka kacau, mereka mau join Projek Basah 3.0 nanti. Ini juga salah satu promosi untuk projek basah akan datang.!!
2 tahun lagi?? tidakkk... jiwa kacau..jiwa kacau...

Extravaganza!!

Selain itu, pakej keluaran sulung ini datang bersama dengan photo-print bersize A4/ 8R siap LAMINATE sekali. Sekeping photo-print 'mereka-mereka yang berjiwa kental' telah dapat diabadikan. Boleh diletak dalam frame lawa-lawa dan gantung di ruang tamu rumah. Sudah pasti lepas ni sesiapa yang terpandang foto itu berjiwa kacau dan mau join projek basah. - photo-print ini tidak la superb hasilnya, namun setelah diedit dan diprint dengan pencetak berenjin jet laser, hasilnya amat memuaskan hati eden. Harap ekorang pun berpuas hati sama.

Apa lagi??
Ada software ACDSee 6.0. Software untuk photo preview dan photo editor. Mungkin rata-rata dah ada software ni tapi disertakan sekali kepada mereka yang belum ada. Harap ia berguna untuk mengedit gambar kesukaan anda untuk dibuat 'kertas dinding' dikomputer anda.


BERAPA RINGGIT BANG??


VCD Koleksi Foto ( 400++ pic, movie, software ACDsee ) + Photoprint 8R Laminated ( foto seperti diatas ).
kira-kiranya lebih kurang begini.
1. VCD = RM5
2. Photoprint = RM5
3. Pos Laju = RM5
---------------------------------
Total = RM15 sahaja

*harga adalah terkawal setelah perbincangan dari 4 penjuru orang-orang atasan dan orang berpengalaman.

Oh yer.. ada pakej-pakej untuk memudahkan ekorang buat pilihan hati dan pilihan poket.

Pakej Superb :
- VCD + Photoprint + Pos Laju = RM15

atau
Pakej A :
- Sape yang taknak photoprint, leh amik VCD + Pos Laju = RM10

atau
Pakej B :
- Sape yang taknak VCD, bleh amik Photoprint+Pos Laju = RM10

atau
Pakej C :
- Sape yang taknak pos, bleh amik VCD+Photoprint = RM10 ( by hand masa kenduri pak beruang atau datang amik sendiri di JB )

atau
Pakej Jiwa Kacau :
- Sape yang Taknak Langsung, PASTI akan JIWA KACAU.!!!!


NAK ORDER CAMNE??
simple 3 steps:

1. Isi nama ekorang kat SINI ni. Ikut seperti contoh ye kawan-kawan.

2. Bank-in bayaran mengikut pakej yang korang pilih ke akaun AyAres Production seperti berikut :
Maybank : 1013 0202 0649
Fullname : Abdul Rahim Sulaiman


-jika by hand, sediakan bayaran secukupnya. Eden takde duit tukar.

3. Tak perlu bukti, eden percaya kawan-kawan di Geng Jurnal. Cuma perlu inform pada eden bila ekorang bank-in dan jumlahnya. Sambil tu inform sekali alamat ekorang untuk penghantaran oleh Pos Malaysia Berhad.
Hantarkan ke alamat email ni ye kengkawan : imayus @ yahoo. dot. com

Jika ada sebarang kemusykilan, guna ym saja. ym! id eden ialah : AyAres151


Lihat apa kata merekaaaa!!

Pulut Itam :
P/s: Den nak mintak satu jangan lupo yo kalo tidak jiwa kacau tak aman dan tenteramm.........heh heh heh....!!

Tok Rimau :
Tok nak order gambar tu 8R satu + semua gambar burn dalam CD. Nanti tok bayar dgn nasi berempah ayam panggang restoran gelas besar Singgora.

Kak G :
ayares, nnt burnkan gambo bagi akak, leh ? bgtau kosnya yer. tq

Mushroomcute :
nak, mush nak cd tu...lagi satu tak puas hati....sapa aaaa yg dpt gelaran Raja Botol tu eekk?..heheehhe

Basri :
1 gambar yg special tu 8r + 400 lebih gambar dalam burn CD + VCD harga berapa2 pun aku bayar.. terima kasih kawanku kerana sokongan mu, ce ce ce heheh

Salina :
hendak.dah siap nnt runding lain. tq. and thanks bagi akak peluang klik snap gunakan toys baru ko yek.jaki sungguh aku ini. hehehe.

Mar :
ayares, den pun nak gambar 8r & CD gambar tuh.

De5lin :
den nak gak !!



Sekian.. entry promosi tahap sakit urat belakang dari eden. Nantikan kemunculannya minggu depan.!!!

p/s : jika tak setuju dengan harga pasaran itu, kemukakan bantahan. Jika tidak, beli saja yg cetak rompak atau anda cetak dan rompak sendiri.

Laporan Projek Basah 2.0, Jiwa Kental.


*amaran awal - entry ini terlalu panjang, mungkin membuatkan anda muntah. AWAS!!!

Den teruja, den tercabar dongan promosi KLD dan akhirnyo den nekad untuk meng'kental'kan jiwo den di KLD. Den sahut cabaran demi cabaran walaupun den tau banyok kojo yang harus den selesaikan. Den tak kiro, den nak cuti jugak walaupun dah tontu pado 17hb tuh ado event bosar dokek KL yang company eden laksanokan. Nasib den baik bilo den mintak cuti dan terus diluluskan memandangkan den pun kurang diperlukan dokek event tu. Dan nasib baik den tidak 'bertukar ke department lain' memandangkan company eden takdo department.

14hb April, den terus amik bas dari JB pado pukol 8.oo mlm dan sampai di Melako Sentral lebih kurang pukol 10.15 mlm. Pak Bear yang poie amik eden dokek bus stand tu. Kendian terus poie amik Nida dokek resort apo kenama ntah. Kitorang nak poie makan-makan ikan bakar dokek Umbai tompek Penjejak Minda menjago kodai abangnyo. Sambil tu dapek den snap pic kawasan Umbai baru tu. Balik dari situ, hantar Nida ke resort semula dan den ngan Pak Bear balik ke umah sewonyo untuk berehat. Sempat jugo menjadi plumber pado malam tu.

15hb April, pagi ni poie jenjalan dokek Muzium Melaka. Singgah sekojap dokek opis Pak Bear dan beliau bawak eden jenjalan sat dan seterusnyo den jelajah satu kawasan tu sorang-sorang memandangkan Pak Bear ado kojo perlu diselosaikan. Start dari bawah bukit naik ke bukit St. Paul sampai ke bawah balik den tak lopaihkan peluang meng'snap' klik.

Tongahari, Pak Bear amik den dan terus balik ke umah beliau dokek Kampung Selandar dongan menaiki skuter. Naik kematu bontot eden. Bak kato Pak Bear. " Solang 10 minit den ekjas bontot..".

Kitorang poie amik van nak angkut ramai laie untuk poie KLD. Ekorang dah nengok pic van dokek blog Pak Bear? Haha, itu la van ayahanda Pak Bear. Lopaih solat Jumaat ( den tak poie solat Jumaat, musafir ) lunch sat umah Pak Bear dan baru memulokan perjalanan untuk mengangkut penumpang kasih Pak Bear. Memulo poie ke resort amik Nida. Call Kak Ros ingatkan dio ado dokek tiang bendero bosar dokek Ayer Keroh tapi ruponyo dio turun bas dokek Melaka Sentral daa. Terus Pak Bear pecut van ke Bandar Melaka.

Kelihatan Kak Rosram bersamo 2 orang laie iaitu Kak Yah ( kakak angkat kak ros ) dan Ajun@Nadia ( adik kak ros ) melenggang kangkong menuju ke arah van dongan senyuman manis kelat akibat dokek 3 jam menunggu kitorang menjemput mereko. Perjalanan pun diteruskan menuju kearah Jasin.

Pertongahan jalan ujan lebat amat. Den sompat msg kat Basrie memberitahu sampai lewat skit disobabkan van terpakso dibawo secaro berhati-hati. Dah tengok sebuah kereto dan sebijik van torjun dalam parit akibat terbabas mungkin sobab jalan licin. Akhirnyo bonar kato pepatah.. "biar lambar asalkan selamat". Kitorang sampai dongan selamat ke tapak Kem Lambaian Danau ketiko ujan dah mulo nak reda.

Kelihatan beberapo orang geju dan rakan-rakan sudoh ado di dewan menantikan kehadiran kawan-kawan yang lain. Selopaih bersalaman, den pekono nescafe untuk memanaskan badan dan menghilangkan haus. Takmoh lopaihkan peluang, den capai dc eden dan 'snapklik' pun bermulo. Pak Bear dan ND dongan videocam mereko. Satu persatu den snap gelagat dorang. Potang itu selopaih Pak Let ( tokei kem ) memberikan ucapan aluan, terus ready untuk aktiviti pertamo.

Yer.. Lari Berhalangan. Den pakai baju bersih yang den sayang. Den lupo nak bawak baju yang takmoh pakai laie dah. Ah..bantai ajo janji den dapat join aktiviti ni. Semuo halangan den berjayo lopasi. Haa.. tu la untungnyo orang berbadan ringan cam eden nih. Cian pado Basrie kerano terjatuh dan ketiaknyo terkono besi. Lebam woo. Macam kono 'lovebite' katonyo. Lopaih ajo abis larian berhalangan, apo laie kalu tidak ber'dugong-duging' ke dalam tasik yang luas itu. Macam-macam aksi yang dorang dugingkan. Terbang, melompat, berenang, menyelam dan 'bersimpuh ayu'. Kesian dokek ND sobab kakinyo tercucuk paku maso dokek jeti. Darah tak henti-henti kuar membuatkan beliau terpakso berhenti dari mendugongkan diri.

Tok Rimau sampai sorang diri dari Lumut, Perak dongan boban yang banyak macam pegi outstation sebulan. Haha. Katonyo sampai2 ajo dah disapa dek hantu gadis senjo yang manis.

Malam. Makan malam yang best saat badan penat dan perut lapar. Krew di dapur kem memang masak best utk kitorang. Nasi lauk ayam, telor dan sayur taugeh memang menyelerakan. Den nak tambah nasi tapi ingat pado kawan-kawan dibelakang takut tak cukup plak karang. Ketiko ini Superdiman, De5lin dan Mar pun tibo.

Ice Breaking malam nih. Dibahagikan kepado 3 kumpulan iaitu Merah, Kuning dan Hijau. Kumpulan merah memilih namo C'Merah Padi, kumpulan kuning plak dongan namo Morrok dan hijau memilih namo Dugong Bersimpuh Ayu. Den masuk kumpulan C'Merah Padi dongan ketuonyo Pak Bear dan ahlinyo terdiri dari Bean Seng, Aziz, Kak Ros, Langsatz, Mar, Munirah dan Yatie. Motto kumpulan eden plak 'Nyalaan Keterujaan'. Dan logo kumpulan kitorang mempunyoi sebijik cili padi merah dan dua tangkai padi serta logo KLD. Cili padi melambangkan walaupun kecil tetapi bisanya sungguh menyengat, hangat. Dan tangkai padi yang menunduk melambangkan resmi padi, "makin menunduk makin berisi". Dan strategi kitorang adalah jenis yang makan dalam senyap. Tak perlu kecoh-kecoh tapi bleh menang. Dan akhirnyo kitorang berjayo membuktikan kumpulan C'Merah Padi memang menyengat kerano tolah menggondol tempat pertamo keseluruhan.

Kumpulan masing-masing menunjukkan 'cheers' yang semuonyo amat mengagumkan. Memang kreatif sungguh paro gejuis dan tak kering idea. Kemudian permainan Raja Botol. Nombor yang berkaitan dongan tujuh akan diganti dongan perkataan 'Botol'. Kat sini lawak yang amat bilo tipah ( adik tok rimau ) menyebut 'dua puluh totol' bila dah kelam kabut untuk menggantikan nombor 28. Satu dewan tergolek2 menahan golak sampai nak terburai isi perut. Akhirnyo tipah@iefa mendapat golaran 'Tipah Totol'. Seterusnyo permainan kuiz dan kumpulan kami dapat menjawab dongan pelbagai kaedah penyelosaian.

Night Walk, aktiviti yang mencabar jiwo kental peserto. Para fasi membawo kitorang meredah kepokatan malam menyaksikan bintang-bintang bertaburan di langit. Den dapat peluang melihat satu 'tahi bintang' yang meluncur walaupun sekejap. Teringat maso zaman sekolah dolu cukup minat lepak di padang sekolah semato untuk melihat 'tahi bintang' di langit.
Kendian kitorang berkumpul dokek satu tokong cina dan cabaran jiwo kental pun bermulo. Para fasi dah mulo mengambil tempat memainkan peranan. Peserto pun di lopaihkan satu persatu untuk jalan kaki balik ke kem sejauh 1km. Nesloice merupokan peserto pertamo yang dilopaihkan. Den dah tak sabor nak jalan dolu memandangkan mato dah ngantok, badan ponat dok berdiri tunggu turn. Bilo dilopaihkan, den sonyap ajo jalan balik. Meromang juo bulu tengkuk eden tapi dah ado pengalaman maso dolu, jd kuatkan ajo semangat. Sampai dokek antu jadian, den memulo tak nampak kain putih. Yang den nampak orang yang dok kibarkan kain putih tu. Lopaih tuh baru perasan yang orang tu dok kibar kain cadar putih. Den siap sembang laie dongan antu-antu dokek situ. Tapi dokek simpang yang Pak Let cakap tu yang den gerun gilo. Den ingatkan anjing dok tongah jalan tu sobab nampak bayangan golap semacam jo, ingat nak baling dongan batu, tp seb baik 'antu' tu poie berdehem. Kalu tak sio-sio jo malam tuh ado fasi yang bongkak dahi kono baling batu. hehehe. Akhirnyo den dah nampak cahayo lampu kem. Fuh.. dalam ati berkato. Kental juo jiwo den yo.

16hb April, den terlajak tido disobabkan semalam ponat night walk. Bangun ajo dorang semuo dah abis ber'jogging' dan sarapan. Den terus bangun dan gosok gigi, basuh muko baru poie sarapan. Dorang semuo dok tercari-cari mano den poie. Ingatkan dah tido dongan antu dah semalam.

"Berakit-rakit ke tongah danau, berenang-renang di tepi jeti". Haa..itu pepatah baru yang sesuai utk digunokan dokek KLD. Setiap kumpulan kono buat 2 rakit. Rakit kumpulan eden jenis konvensional tapi ternyato mampu mengalahkan semuo rakit-rakit yang ado yg dikatokan aerodinamik la, aerodelantit la. Sebonarnyo awal-awal laie Pak Let dah gitau yang memang rakit kitorang yang nampak paling stabil dan akan menang. Masin mulut Pak Let, memang rakit eden bersamo Bean Seng, Langsat dan Munirah yang monang tompat pertamo dalam perlumbaan itu. Lagi satu group kitorang monang tompat ke 4. Tuh la den kato, kecil-kecil cili padi.

War Game, potang plak ado aktiviti porang. Dah sampai tapak porang, ujan turun. Terpakso undur balik ke kem. Layan lagu ramai-ramai sambil ND mengasah bakatnyo. Sambil tu den tak lopaihkan peluang meng'snapklik' gelagat dorang yang jiwo kacau akibat terbantut tidak dapat berporang. Tunggu punyo tunggu ujan sudah reda. "Inilah barisan jalan, yang ikhlas berjalan" mulo bergorak ke tapak pertempuran. Setiap kumpulan dah dibekalkan dongan peluru iaitu 'telor' lobih kurang 17 biji. Syarat pertempuran, mesti meniarap dalam air lumpur. Tidak boleh nampak dada. Kumpulan Morrok dan Dugong mendapat satu mata. Seperti yang dikatokan, C'Merah Padi akan makan dalam senyap. Last minute kumpulan eden monang dongan 2 mato setolah pihak lawan kehabisan peluru. Taktik siapo copat dio dapek berjayo diadaptasikan dalam peperangan ini.

Barbeque, den kelambatan laie dongan Pak Bear. Bukan apo dok prepare dc eden dan Pak Bear dok prepare vc dio untuk digunokan sepenuhnyo malam ni bagi slot sketsa. Ado ikan bakar dah tinggal sekor. Den bantai kepalo ikan cecah air asam. Nida amat gomar akan kepalo ikan, abis diratahnyo.

Sketsa, kumpulan Morrok melakonkan sketsa di Syed Bistro tontang realiti jiwa kacau sebelum ke KLD. Yang lawak tang Tok Rimau jadi Wkdin dan Wkdin berlakon jadi Tok Rimau. Attok jugo lawak dongan gayo Basrie meraut muko akibat jiwo kacau.

Kumpulan C'Merah Padi dongan sketsa The Apprentice dongan Pak Bear menjadi Dollah Trumpet. Den plak jadi pembantu Pak Bear bersamo dongan Kak Ros. Yang menarik kerano Dollah Trumpet memecat den ngan kak ros gara-gara jiwo kacau akibat bercinto dan saling cemburu.

Kumpulan Dugong paling mantap sketsa dorang. Lakonan Pulut sungguh menjadi dan jelas sekali jiwonyo kacau. Tang garu-garu bontot tuh lawak tu. Kak Yah selaku isteri Pulut menggondol pelakon wanita terbaik kerano berkesan sungguh wataknyo sebagai veteran. Watak Diman memang menarik perhatian sebagai sorang yang lembut. Nesloice plak selaku sorang gay yang terjebak dongan hubungan homoseksual bersamo Diman. Tok Imam Masjid Negar, Basrie tolah menangkap pasangan homo itu dan membawo mereko ke rumah Pulut. Makin riuh la jadinyo dan makin kacau jiwo si bapak Nesloice tu. Ah.. sempat ke Pak Bear dan Wkdin shot sketsa ni. Kalau la sempat.. fuh..mantap.

Para juri adalah terdiri dari fasi-fasi dan Kak G untuk memberikan komen mereko dongan sketsa yang dipersembahkan. Akhirnyo kumpulan Dugong Bersimpuh Ayu menggondoli tempat pertama kerano mesej mereko sampai dan mudah difahami oleh para juri.

17hb April, Kayak Safari.
Aktiviti ini membonarkan eden membawo kamero kerano keadaan kayak selamat dan 90% tidak akan terbalik. Fasi kato sesapo yang dapat terbalikkan kayak tu la yang terel sebonarnyo. Bak kata Pak Bear, kami skip laluan yang susah dan berlagak ada lesen bosar sebagai cameraman. Lagak kitorang macam cameraman National Geographic. Tak cayo tanyo Tok Rimau. Buktinyo tolah di snap oleh Tok Rimau akan aksi den ngan Pak Bear. Banyak juo pic kayak yang den dapek 'snapklik' kan termasuk la pic 'mangkuk monyet' kegomaran Mar.

Selopaih berkayak, dugong duging buat kali terakhir sebelum mengemas barang-barang. Semua barang dah di kumpulkan dokek dewan dan penutup aktiviti diadokan di situ. Pak Let yang sibuk kerano ramai peserta lain datang sempat meluangkan maso untuk sesi penutup. Geng Jurnal menyumbangkan sumbangan kecil kepado fasi-fasi KLD.

Last sekali, bergambar beramai-ramai. Den pinjam tripod Pak Bear sekojap dan den setting yang paling bosar punyo size agar dapat digunokan untuk print size 8R nanti. Yer..semuo sekali nampak jelas dalam gambar tuh. Sapo-sapo yang inginkan pic ramai2 maso last2 tu, tinggalkan dalam komen dibawah ni pesanan anda. Den akan usohokan bersamo Pak Bear untuk mengedar vcd yang terkandung sejumlah 400 gambar-gambar sepanjang Projek Basah 2.0, Jiwa Kental di Kem Lambaian Danau.


p/s :
Terima kasih terutama kepado Pak Bear yg menumpang kasih, pengarah projek dan ajk-ajk, peserta2 SEMUA yang menjayakan projek basah 2.0 , kepado Kak G dan Pak Let serta fasi-fasi yang terlibat dan bertungkus lumus memberikan yang terbaik dan terima kasih kepado my DC Panasonic FZ20, kerano mu dapat ku abadikan kenangan indah ini.

Badan Amal Darling


7 April lopaih ketiko sesi melantit dijalankan di Syed sempeno dongan persaraan Presiden Geng Jurnal, Tok Rimau..den plak kebetulan berado di KL gak. Tapi disobabkan poie dongan bos eden, jadi tak dapek la den nak turut serto turun melantit. Adonyo diri eden dokek KL pado malam itu sempeno menghadiri Majlis Makan Malam Badan Amal Darling, di Hotel Nikko. Perasmian oleh : YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak , Artis undangan : Siti Nurhaliza Taruddin, makhluk undangan : AyAres

Badan Amal Darling adalah satu badan amal yang ditubuhkan hasil dari idea YB Dato' Dr. Mashitah Ibrahim. 'Darling' adalah singkatan dari Darul Baling yang telah mencetuskan idea dimana daerah Baling di Kedah memang terkenal sebagai satu kawasan yang boleh dikatakan pedalaman dan jauh dari pembangunan. Masyarakat di sana pula mencari rezeki dengan tulang empat kerat walaupun usia telah menjangkau ke senja.

Melihat paparan video yang ditayangkan membuatkan air mata hampir menitis. Betapa daifnya kehidupan masyarakat di sana. Mencari sesuap rezeki dalam remang usia senja menunjukkan mereka terpaksa mengharung hidup sedemikian. Bukan kerana malas berusaha, bukan kerana tiada usaha tetapi kerana nasib tidak menyebelahi mereka. Namun Tuhan itu Maha Adil. DIA memberi apa yang mampu ditanggung oleh hambaNYA. Ada hikmah di sebalik semuanya.

Bayaran bagi satu meja bulat dengan 10 buah kerusi yang berada di barisan hadapan saja sudah mampu untuk membina 10 buah rumah kos rendah bagi masyarakat di Baling. Kerana itu la Badan Amal Darling ditubuhkan dan hasil jualan meja untuk makan malam itu la dimasukkan ke dalam tabung dana untuk membantu masyarakat di Baling. Harap hasilnya betul-betul memasuki tabung. Hehe..

Den dongan kaum kerabat di bawah I Consultancy Sdn. Bhd. cumo mampu berado di mejo paling belakang sekali dengan nilai yang paling rendah. Nilai yang rendah itu pun sudah mampu membeliakkan biji mato. Kalau la diberinyo nilai itu pado eden.. dah tentu sesi melantit pado malam yang samo itu dapat den payungi. Sekali dongan Siti den bawak poie melantit. Hehehe..

Bilo dah involved dalam Badan Amal Darling ni.. harap den dapat peluang untuk pergi ke daerah Baling di Kedah sano nun untuk melihat sendiri kehidupan disano agar dapat menambahkan laie keinsafan dan kesyukuran di hati.

Pepatah Melayu : Orang kaya jangan diangan, orang miskin jangan dihina.
Ertinya : Tiap-tiap kekayaan itu ada jua akan habis masanya, tiap-tiap kepapaan itu pula ada waktu hilangnya.

LOTERI & SPAM

--------------------------------------------------------------
www.loteria.com
FROM: LOTERIA DE LA PRIMITIVA
Ref. Nº: 191004/231004
Batch Nº: ES/75105-04

AWARD NOTIFICATION.

Sir/Madam,We are pleased to inform you of the late result of the Lottery Winners Internationalprograms held on the 25th of December , 2004.
Your e-mail address attachedto ticket number 27522465896-6453 with serial number 3772-554 drew luckynumbers 3-13-16-42-43-46 comp.23 reint.0 which consequently won in the first category, you have therefore been approved for a lump sum pay out of EURO?2,417,632.00 (Two Million, Four Hundred And Seventeen Thousand, Six HundredAnd Thirty Two Euros. Cero Cent)

CONGRATULATIONS !!!
and bla..apakejadahsemuaini..bla..bla...taik kucing..bla..bla..omputih budus..prop prek..bla.. taik idung masin... bla..bla..dan bla.....

-------------------------------------------------------------

Erm.. dalam sebulan ajo lobih kurang 3 kali den monang loteri. Bukan sikit tuuu. Duo juto lobih tu. Kalu dah sebulan dapek monang 3 kali, maknonyo den dah berjayo kumpul 7 juto la lobih kurang. Wahh.. ini sudah kiro jutawan sekelip mato tanpo usoho.

Kalu bonar semuo ini, alamatnyo den tak perlu kojo laie. Den bulih poie melancong kemano sajo den mau. Den bulih beli apo sajo den mau. Den bulih ajak semuo blogger poie buat trip melancong ke Paris.

Oh tidak.! Itu semuo bukan kenyataan. Yang takkan mungkin berlaku dalam hidup den. Dah jenuh dah den dok tando ianyo sebagai SPAM, tapi tak serik2 dok masuk dalam inbox yahoo mail eden. Ontah den ter'register' dokek mano ontah email eden ni taktau la. Dah lupo dah, dan mungkin tricky dorang. Ini la garo-garo tidak berhati-hati dalam menggunokan email. Akhirnyo jiwo merano dok mendelete SPAM setiap hari.

Ekorang ponah dapek email cenggitu??

Related Posts with Thumbnails