*amaran awal - entry ini terlalu panjang, mungkin membuatkan anda muntah. AWAS!!!
Den teruja, den tercabar dongan promosi KLD dan akhirnyo den nekad untuk meng'kental'kan jiwo den di KLD. Den sahut cabaran demi cabaran walaupun den tau banyok kojo yang harus den selesaikan. Den tak kiro, den nak cuti jugak walaupun dah tontu pado 17hb tuh ado event bosar dokek KL yang company eden laksanokan. Nasib den baik bilo den mintak cuti dan terus diluluskan memandangkan den pun kurang diperlukan dokek event tu. Dan nasib baik den tidak 'bertukar ke department lain' memandangkan company eden takdo department.
14hb April, den terus amik bas dari JB pado pukol 8.oo mlm dan sampai di Melako Sentral lebih kurang pukol 10.15 mlm. Pak Bear yang poie amik eden dokek bus stand tu. Kendian terus poie amik Nida dokek resort apo kenama ntah. Kitorang nak poie makan-makan ikan bakar dokek Umbai tompek Penjejak Minda menjago kodai abangnyo. Sambil tu dapek den snap pic kawasan Umbai baru tu. Balik dari situ, hantar Nida ke resort semula dan den ngan Pak Bear balik ke umah sewonyo untuk berehat. Sempat jugo menjadi plumber pado malam tu.
15hb April, pagi ni poie jenjalan dokek Muzium Melaka. Singgah sekojap dokek opis Pak Bear dan beliau bawak eden jenjalan sat dan seterusnyo den jelajah satu kawasan tu sorang-sorang memandangkan Pak Bear ado kojo perlu diselosaikan. Start dari bawah bukit naik ke bukit St. Paul sampai ke bawah balik den tak lopaihkan peluang meng'snap' klik.
Tongahari, Pak Bear amik den dan terus balik ke umah beliau dokek Kampung Selandar dongan menaiki skuter. Naik kematu bontot eden. Bak kato Pak Bear. " Solang 10 minit den ekjas bontot..".
Kitorang poie amik van nak angkut ramai laie untuk poie KLD. Ekorang dah nengok pic van dokek blog Pak Bear? Haha, itu la van ayahanda Pak Bear. Lopaih solat Jumaat ( den tak poie solat Jumaat, musafir ) lunch sat umah Pak Bear dan baru memulokan perjalanan untuk mengangkut penumpang kasih Pak Bear. Memulo poie ke resort amik Nida. Call Kak Ros ingatkan dio ado dokek tiang bendero bosar dokek Ayer Keroh tapi ruponyo dio turun bas dokek Melaka Sentral daa. Terus Pak Bear pecut van ke Bandar Melaka.
Kelihatan Kak Rosram bersamo 2 orang laie iaitu Kak Yah ( kakak angkat kak ros ) dan Ajun@Nadia ( adik kak ros ) melenggang kangkong menuju ke arah van dongan senyuman manis kelat akibat dokek 3 jam menunggu kitorang menjemput mereko. Perjalanan pun diteruskan menuju kearah Jasin.
Pertongahan jalan ujan lebat amat. Den sompat msg kat Basrie memberitahu sampai lewat skit disobabkan van terpakso dibawo secaro berhati-hati. Dah tengok sebuah kereto dan sebijik van torjun dalam parit akibat terbabas mungkin sobab jalan licin. Akhirnyo bonar kato pepatah.. "biar lambar asalkan selamat". Kitorang sampai dongan selamat ke tapak Kem Lambaian Danau ketiko ujan dah mulo nak reda.
Kelihatan beberapo orang geju dan rakan-rakan sudoh ado di dewan menantikan kehadiran kawan-kawan yang lain. Selopaih bersalaman, den pekono nescafe untuk memanaskan badan dan menghilangkan haus. Takmoh lopaihkan peluang, den capai dc eden dan 'snapklik' pun bermulo. Pak Bear dan ND dongan videocam mereko. Satu persatu den snap gelagat dorang. Potang itu selopaih Pak Let ( tokei kem ) memberikan ucapan aluan, terus ready untuk aktiviti pertamo.
Yer.. Lari Berhalangan. Den pakai baju bersih yang den sayang. Den lupo nak bawak baju yang takmoh pakai laie dah. Ah..bantai ajo janji den dapat join aktiviti ni. Semuo halangan den berjayo lopasi. Haa.. tu la untungnyo orang berbadan ringan cam eden nih. Cian pado Basrie kerano terjatuh dan ketiaknyo terkono besi. Lebam woo. Macam kono 'lovebite' katonyo. Lopaih ajo abis larian berhalangan, apo laie kalu tidak ber'dugong-duging' ke dalam tasik yang luas itu. Macam-macam aksi yang dorang dugingkan. Terbang, melompat, berenang, menyelam dan 'bersimpuh ayu'. Kesian dokek ND sobab kakinyo tercucuk paku maso dokek jeti. Darah tak henti-henti kuar membuatkan beliau terpakso berhenti dari mendugongkan diri.
Tok Rimau sampai sorang diri dari Lumut, Perak dongan boban yang banyak macam pegi outstation sebulan. Haha. Katonyo sampai2 ajo dah disapa dek hantu gadis senjo yang manis.
Malam. Makan malam yang best saat badan penat dan perut lapar. Krew di dapur kem memang masak best utk kitorang. Nasi lauk ayam, telor dan sayur taugeh memang menyelerakan. Den nak tambah nasi tapi ingat pado kawan-kawan dibelakang takut tak cukup plak karang. Ketiko ini Superdiman, De5lin dan Mar pun tibo.
Ice Breaking malam nih. Dibahagikan kepado 3 kumpulan iaitu Merah, Kuning dan Hijau. Kumpulan merah memilih namo C'Merah Padi, kumpulan kuning plak dongan namo Morrok dan hijau memilih namo Dugong Bersimpuh Ayu. Den masuk kumpulan C'Merah Padi dongan ketuonyo Pak Bear dan ahlinyo terdiri dari Bean Seng, Aziz, Kak Ros, Langsatz, Mar, Munirah dan Yatie. Motto kumpulan eden plak 'Nyalaan Keterujaan'. Dan logo kumpulan kitorang mempunyoi sebijik cili padi merah dan dua tangkai padi serta logo KLD. Cili padi melambangkan walaupun kecil tetapi bisanya sungguh menyengat, hangat. Dan tangkai padi yang menunduk melambangkan resmi padi, "makin menunduk makin berisi". Dan strategi kitorang adalah jenis yang makan dalam senyap. Tak perlu kecoh-kecoh tapi bleh menang. Dan akhirnyo kitorang berjayo membuktikan kumpulan C'Merah Padi memang menyengat kerano tolah menggondol tempat pertamo keseluruhan.
Kumpulan masing-masing menunjukkan 'cheers' yang semuonyo amat mengagumkan. Memang kreatif sungguh paro gejuis dan tak kering idea. Kemudian permainan Raja Botol. Nombor yang berkaitan dongan tujuh akan diganti dongan perkataan 'Botol'. Kat sini lawak yang amat bilo tipah ( adik tok rimau ) menyebut 'dua puluh totol' bila dah kelam kabut untuk menggantikan nombor 28. Satu dewan tergolek2 menahan golak sampai nak terburai isi perut. Akhirnyo tipah@iefa mendapat golaran 'Tipah Totol'. Seterusnyo permainan kuiz dan kumpulan kami dapat menjawab dongan pelbagai kaedah penyelosaian.
Night Walk, aktiviti yang mencabar jiwo kental peserto. Para fasi membawo kitorang meredah kepokatan malam menyaksikan bintang-bintang bertaburan di langit. Den dapat peluang melihat satu 'tahi bintang' yang meluncur walaupun sekejap. Teringat maso zaman sekolah dolu cukup minat lepak di padang sekolah semato untuk melihat 'tahi bintang' di langit.
Kendian kitorang berkumpul dokek satu tokong cina dan cabaran jiwo kental pun bermulo. Para fasi dah mulo mengambil tempat memainkan peranan. Peserto pun di lopaihkan satu persatu untuk jalan kaki balik ke kem sejauh 1km. Nesloice merupokan peserto pertamo yang dilopaihkan. Den dah tak sabor nak jalan dolu memandangkan mato dah ngantok, badan ponat dok berdiri tunggu turn. Bilo dilopaihkan, den sonyap ajo jalan balik. Meromang juo bulu tengkuk eden tapi dah ado pengalaman maso dolu, jd kuatkan ajo semangat. Sampai dokek antu jadian, den memulo tak nampak kain putih. Yang den nampak orang yang dok kibarkan kain putih tu. Lopaih tuh baru perasan yang orang tu dok kibar kain cadar putih. Den siap sembang laie dongan antu-antu dokek situ. Tapi dokek simpang yang Pak Let cakap tu yang den gerun gilo. Den ingatkan anjing dok tongah jalan tu sobab nampak bayangan golap semacam jo, ingat nak baling dongan batu, tp seb baik 'antu' tu poie berdehem. Kalu tak sio-sio jo malam tuh ado fasi yang bongkak dahi kono baling batu. hehehe. Akhirnyo den dah nampak cahayo lampu kem. Fuh.. dalam ati berkato. Kental juo jiwo den yo.
16hb April, den terlajak tido disobabkan semalam ponat night walk. Bangun ajo dorang semuo dah abis ber'jogging' dan sarapan. Den terus bangun dan gosok gigi, basuh muko baru poie sarapan. Dorang semuo dok tercari-cari mano den poie. Ingatkan dah tido dongan antu dah semalam.
"Berakit-rakit ke tongah danau, berenang-renang di tepi jeti". Haa..itu pepatah baru yang sesuai utk digunokan dokek KLD. Setiap kumpulan kono buat 2 rakit. Rakit kumpulan eden jenis konvensional tapi ternyato mampu mengalahkan semuo rakit-rakit yang ado yg dikatokan aerodinamik la, aerodelantit la. Sebonarnyo awal-awal laie Pak Let dah gitau yang memang rakit kitorang yang nampak paling stabil dan akan menang. Masin mulut Pak Let, memang rakit eden bersamo Bean Seng, Langsat dan Munirah yang monang tompat pertamo dalam perlumbaan itu. Lagi satu group kitorang monang tompat ke 4. Tuh la den kato, kecil-kecil cili padi.
War Game, potang plak ado aktiviti porang. Dah sampai tapak porang, ujan turun. Terpakso undur balik ke kem. Layan lagu ramai-ramai sambil ND mengasah bakatnyo. Sambil tu den tak lopaihkan peluang meng'snapklik' gelagat dorang yang jiwo kacau akibat terbantut tidak dapat berporang. Tunggu punyo tunggu ujan sudah reda. "Inilah barisan jalan, yang ikhlas berjalan" mulo bergorak ke tapak pertempuran. Setiap kumpulan dah dibekalkan dongan peluru iaitu 'telor' lobih kurang 17 biji. Syarat pertempuran, mesti meniarap dalam air lumpur. Tidak boleh nampak dada. Kumpulan Morrok dan Dugong mendapat satu mata. Seperti yang dikatokan, C'Merah Padi akan makan dalam senyap. Last minute kumpulan eden monang dongan 2 mato setolah pihak lawan kehabisan peluru. Taktik siapo copat dio dapek berjayo diadaptasikan dalam peperangan ini.
Barbeque, den kelambatan laie dongan Pak Bear. Bukan apo dok prepare dc eden dan Pak Bear dok prepare vc dio untuk digunokan sepenuhnyo malam ni bagi slot sketsa. Ado ikan bakar dah tinggal sekor. Den bantai kepalo ikan cecah air asam. Nida amat gomar akan kepalo ikan, abis diratahnyo.
Sketsa, kumpulan Morrok melakonkan sketsa di Syed Bistro tontang realiti jiwa kacau sebelum ke KLD. Yang lawak tang Tok Rimau jadi Wkdin dan Wkdin berlakon jadi Tok Rimau. Attok jugo lawak dongan gayo Basrie meraut muko akibat jiwo kacau.
Kumpulan C'Merah Padi dongan sketsa The Apprentice dongan Pak Bear menjadi Dollah Trumpet. Den plak jadi pembantu Pak Bear bersamo dongan Kak Ros. Yang menarik kerano Dollah Trumpet memecat den ngan kak ros gara-gara jiwo kacau akibat bercinto dan saling cemburu.
Kumpulan Dugong paling mantap sketsa dorang. Lakonan Pulut sungguh menjadi dan jelas sekali jiwonyo kacau. Tang garu-garu bontot tuh lawak tu. Kak Yah selaku isteri Pulut menggondol pelakon wanita terbaik kerano berkesan sungguh wataknyo sebagai veteran. Watak Diman memang menarik perhatian sebagai sorang yang lembut. Nesloice plak selaku sorang gay yang terjebak dongan hubungan homoseksual bersamo Diman. Tok Imam Masjid Negar, Basrie tolah menangkap pasangan homo itu dan membawo mereko ke rumah Pulut. Makin riuh la jadinyo dan makin kacau jiwo si bapak Nesloice tu. Ah.. sempat ke Pak Bear dan Wkdin shot sketsa ni. Kalau la sempat.. fuh..mantap.
Para juri adalah terdiri dari fasi-fasi dan Kak G untuk memberikan komen mereko dongan sketsa yang dipersembahkan. Akhirnyo kumpulan Dugong Bersimpuh Ayu menggondoli tempat pertama kerano mesej mereko sampai dan mudah difahami oleh para juri.
17hb April, Kayak Safari.
Aktiviti ini membonarkan eden membawo kamero kerano keadaan kayak selamat dan 90% tidak akan terbalik. Fasi kato sesapo yang dapat terbalikkan kayak tu la yang terel sebonarnyo. Bak kata Pak Bear, kami skip laluan yang susah dan berlagak ada lesen bosar sebagai cameraman. Lagak kitorang macam cameraman National Geographic. Tak cayo tanyo Tok Rimau. Buktinyo tolah di snap oleh Tok Rimau akan aksi den ngan Pak Bear. Banyak juo pic kayak yang den dapek 'snapklik' kan termasuk la pic 'mangkuk monyet' kegomaran Mar.
Selopaih berkayak, dugong duging buat kali terakhir sebelum mengemas barang-barang. Semua barang dah di kumpulkan dokek dewan dan penutup aktiviti diadokan di situ. Pak Let yang sibuk kerano ramai peserta lain datang sempat meluangkan maso untuk sesi penutup. Geng Jurnal menyumbangkan sumbangan kecil kepado fasi-fasi KLD.
Last sekali, bergambar beramai-ramai. Den pinjam tripod Pak Bear sekojap dan den setting yang paling bosar punyo size agar dapat digunokan untuk print size 8R nanti. Yer..semuo sekali nampak jelas dalam gambar tuh. Sapo-sapo yang inginkan pic ramai2 maso last2 tu, tinggalkan dalam komen dibawah ni pesanan anda. Den akan usohokan bersamo Pak Bear untuk mengedar vcd yang terkandung sejumlah 400 gambar-gambar sepanjang Projek Basah 2.0, Jiwa Kental di Kem Lambaian Danau.
p/s :
Terima kasih terutama kepado Pak Bear yg menumpang kasih, pengarah projek dan ajk-ajk, peserta2 SEMUA yang menjayakan projek basah 2.0 , kepado Kak G dan Pak Let serta fasi-fasi yang terlibat dan bertungkus lumus memberikan yang terbaik dan terima kasih kepado my DC Panasonic FZ20, kerano mu dapat ku abadikan kenangan indah ini.
0 comment:
Post a Comment