Jawatan
Kalu orang pogang duo jawatan dalam satu syarikat itu perkaro normal. Kalu orang itu pogang 5 atau lebih jawatan dalam satu syarikat plak, itu perkaro kurang normal. Bukannyo takdo tapi jarang sekali berlaku. Itu pun bergantung pado nasib badan.
Kalu orang tanyo eden kojo apo, den akan jawab kojo syarikat IT. Bukan eden tak paham soalan tapi eden terpakso jawab camtu. Den taktau nak jawab kojo sebagai apo. Yang den tau den kojo dokek syarikat IT. Jawatan eden adalah tergolong dalam kategori kurang normal.
Di syarikat, den di bawah bahagian Pemasaran. Tugas itu belum mencapai seratus peratus laie pelaksanoannyo. Den takdo pengalaman terpakso mulo dari bawah, macam budak masuk tadika. Kojo eden jumpo client, dapatkan projek, submit sebuthargo dan berurusan dongan pembekal. Semuo den lakukan tanpo tunjuk ajar. Jadi eden main redah ajo la dongan kemahiran terpendam. Kalu dalam borang sebuthargo, bawah sekali ado tandotangan eden dongan jawatan 'Pengurus Pemasaran'. Hahaha. Lawak.
Selaku 'Pengurus Pemasaran' (incik manager), kono la jugak jadi tukang amik surat dan pos surat (mat despatch), tukang angkat, ambik dan antor barang (mat courier), tukang potong kertas dan photostat (mat opisboy), tukang jawab/buat panggilan (mat telefonis) dan tukang sapu/vacum sampah (mat cleaner). Hahaha. Lawak.
Malah tugas penting selaku 'Pengurus Pemasaran' juo adalah meng'godek' komputer yang tahapnyo layak dibuang ke lombong (mat technician). Godek la dimano ajo yang patut pergi godek. Di rumah client? Di opis? Di sekolah? Di jabatan kerajaan? ataupun Di Lombong tinggal?? Kalu kono gayo godek, lego separuh nyawo. Kalu godek punyo godek tapi masih bangsat juo komputer itu, mau eden angkat dan hempaskan ke lantai. Hahaha. Lawak.
Mau tau lagi apo tugas 'Pengurus Pemasaran'.? Ada.. tugas ini jarang-jarang sekali diberi. Tukang memandu untuk perjalanan jarak jauh(mat drebar). Yang ini takpo sobab den gomar memandu tetapi kekadang jiwo kacau jugo bilo semuo makhluk terlentok kiri kanan. Yang tinggal eden terngango-ngango menguap sambil menahan mato dari tertutop. Kalu tutop, sudah pasti semuo sekali golap gelito takkan cerah-cerah laie. Hahaha. Lawak.
Haaa, lawak pun lawak juo. Tapi saksikan kawan-kawan. Adakah ekorang sudah percayo ado orang yang pogang bukan ajo 5 tapi lebih jawatan dalam satu-satu syarikat itu. Mungkin di luar sano pun ado laie orang yang samo seperti eden. Kalu katakan 5 jawatan itu ado pekerjonyo, sudah tontu jumlah gaji untuk 5 jawatan itu mencocah empat angko bermulo dongan angko 5. Percayo tak? Dah boleh beli bungalow dan kereto mewah tu.
Tapi, inilah realiti kehidupan. Tiado yang sonang untuk dikecapi dongan sekelip mato. Mungkin sekarang 5 atau lebih jawatan. Siapo tahu mendatang dongan satu jawatan, dongan air liur bersembur ajo mampu untuk menikmati angko 5 di dopan. Hahahahahahaha. LAWAK.
Pepatah Melayu : Paksa terkukur padi rebah, paksa tikus lengkiang berbuka.
Ertinya : Seseorang beroleh keuntungan dengan tiada berpenat lelah.
0 comment:
Post a Comment