7 April lopaih ketiko sesi melantit dijalankan di Syed sempeno dongan persaraan Presiden Geng Jurnal, Tok Rimau..den plak kebetulan berado di KL gak. Tapi disobabkan poie dongan bos eden, jadi tak dapek la den nak turut serto turun melantit. Adonyo diri eden dokek KL pado malam itu sempeno menghadiri Majlis Makan Malam Badan Amal Darling, di Hotel Nikko. Perasmian oleh : YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak , Artis undangan : Siti Nurhaliza Taruddin, makhluk undangan : AyAres
Badan Amal Darling adalah satu badan amal yang ditubuhkan hasil dari idea YB Dato' Dr. Mashitah Ibrahim. 'Darling' adalah singkatan dari Darul Baling yang telah mencetuskan idea dimana daerah Baling di Kedah memang terkenal sebagai satu kawasan yang boleh dikatakan pedalaman dan jauh dari pembangunan. Masyarakat di sana pula mencari rezeki dengan tulang empat kerat walaupun usia telah menjangkau ke senja.
Melihat paparan video yang ditayangkan membuatkan air mata hampir menitis. Betapa daifnya kehidupan masyarakat di sana. Mencari sesuap rezeki dalam remang usia senja menunjukkan mereka terpaksa mengharung hidup sedemikian. Bukan kerana malas berusaha, bukan kerana tiada usaha tetapi kerana nasib tidak menyebelahi mereka. Namun Tuhan itu Maha Adil. DIA memberi apa yang mampu ditanggung oleh hambaNYA. Ada hikmah di sebalik semuanya.
Bayaran bagi satu meja bulat dengan 10 buah kerusi yang berada di barisan hadapan saja sudah mampu untuk membina 10 buah rumah kos rendah bagi masyarakat di Baling. Kerana itu la Badan Amal Darling ditubuhkan dan hasil jualan meja untuk makan malam itu la dimasukkan ke dalam tabung dana untuk membantu masyarakat di Baling. Harap hasilnya betul-betul memasuki tabung. Hehe..
Den dongan kaum kerabat di bawah I Consultancy Sdn. Bhd. cumo mampu berado di mejo paling belakang sekali dengan nilai yang paling rendah. Nilai yang rendah itu pun sudah mampu membeliakkan biji mato. Kalau la diberinyo nilai itu pado eden.. dah tentu sesi melantit pado malam yang samo itu dapat den payungi. Sekali dongan Siti den bawak poie melantit. Hehehe..
Bilo dah involved dalam Badan Amal Darling ni.. harap den dapat peluang untuk pergi ke daerah Baling di Kedah sano nun untuk melihat sendiri kehidupan disano agar dapat menambahkan laie keinsafan dan kesyukuran di hati.
Pepatah Melayu : Orang kaya jangan diangan, orang miskin jangan dihina.
Ertinya : Tiap-tiap kekayaan itu ada jua akan habis masanya, tiap-tiap kepapaan itu pula ada waktu hilangnya.
0 comment:
Post a Comment