SALAM LEBARAN AIDULFITRI

Maroon @ Deep Red

Ese cakap mahu warno merah. Ya. Maroon jugo warno merah atau namo saintifiknyo Deep Red.
Dan warno itu jugo adalah warno terbaru keluaran model tersebut. Dan warno Chili Red sudah tidak laie dikeluarkan oleh Perusahaan Otomobil Nasional. Dan merah itulah yang menjadi igauan dan anganan ese. Tapi takpo, untuk sodapkan ati sendiri, maroon pun lawa ape!!

Minggu lopaih Dia sudah keluar dan secaro langsungnyo juo ese terpakso kuarkan not-not dari bank dalam jumlah yang banyak. Adoi, kalau tidak ado kepontingan laie, mahunyo ese guno duit itu untuk upgrade sistem fotografi ese. Tapi disobabkan banyak mondo bleh buat dengan adanya Dia, maka ese hold dulu tentang fotografi.

Dia diberi nama Triple J 4151. Namanyo itu ese beli dongan rege sekitar tigo ratus. Kalau ikutkan hati ese nak tompah namo utk dia dongan JJJ 151 ajo.. tetapi nombor itu sudah terlopaih tendernyo. Takpo, nanti 10 tahun akan datang ese boli yang lain lagi.

Sudah seminggu ese ke hulu ke hilir dongan dia. Buat kojo sano sini. Setakat ini ese pueh hati bonar memiliki dio walaupun ramai orang kato dia tidak ado kualiti dan sering menjadi buah mulut orang kito. Tapi apo yang ese harap, dia mampu jadi yang terbaik buat ese dan tidak akan menyusahkan ese di kemudian hari.

AyAres bukan AyAres yang dulu lagi. AyAres sekarang sudah memiliki sebuah Wira SE dongan titik peluh sendiri. Syukur Alhamdulillah.

Dia Datang

Dalam diam dia datang. Dia bermaustatin di situ. Ontah bilo dia akan poie pun ese tidak tau. Kenapo di situ juo dio mau bertapak. Dan kenapo pado musim ini? Musim ese tidak dapat memasukkan apo-apo di situ pado siang harinya.

Bilo senjo menjolang, ese gelisah. Nafsu membuak-buak bilo dopan mato terbontang habuan pemuas nafsu. Tapi apakan dayo nafsu membuak-buak itu dimusnahkan oleh dia yang bermaustatin di situ. Tidak dapat ese nak puaskan nafsu ese yang satu ini.

Masuk hari ni dah 3 hari dah dia di situ. Tiap malam ese cubo mengusirnyo dari situ. Tapi dia tak mau berganjak. Ese nak mengamok pun tak boleh, dio bermaustatin di tempat kepunyaan ese. Karang ese jugo merano kalu nak mengamok.

Biarkan. Biarkan. Lambat laun dia akan pergi juo.

Adoii, sakitnyo bibir ese di datangi ulser ini!!!
Nyah kau cepat-cepat dari daerah bibir mungilku!!

Cerdik vs Licik

Zaman sekarang, yang cerdik dan educated pun boleh tewas. Apatah laie dongan yang langsung tiado ilmu penuh di dado. Zaman sekarang zaman orang berlumbo-lumbo untuk berado dokek atas. Zaman orang mahu hidup sonang dongan jalan mudah.

Bilo ketamakan menguasoi diri, akal mulo tidak berfungsi. Yang waras pun boleh jadi tidak waras. Yang cerdik pun boleh jadi bodoh. Cuma hanya sesaat, sedetik cumo datangnyo ketamakan dalam diri, hancur dan rosaklah kehidupan manusio.

Kerano itu juo lah Islam selalu menyuruh umatnya agar sentiasa berkesederhaan dalam apa juo sekalipun. Itulah Wasatiah namonyo. Kerano bilomano sesuatu itu ( keadaan/barang/perangai dll ) berlebihan, mako akan berlaku la kemusnahan dalam diri seorang insan itu.


sumber rujukan penting :
Black Money

Ragam

"Ok, senyummm.. 1, 2.. " - senyumannyo manis.

"Ok, senyummm.. 1,2.. " - dan sorang laie senyumnya kelat-kelat.

"Ok, senyummm.. 1, 2.. " - dan seterusnyo control macho/cun.

Macam-macam ragam ado. Yang malu-malu kambing pun ado. Yang takdo kemaluan pun ado.
Gitu la ragam remajo dokek sebuah sekolah. Mengeluh ese sambil menekan punat kamero ini.

Di satu sudut lain plak bisingnyo yang amat. Padahal itu adolah perpustakaan. Ontah mereko paham atau tidak poster tertampal bertulis "Tolong diam!".

Pening ese dibueknyo. 2 hari dokek sekolah mengambil gambar pelajar untuk dibuat smart card ghaso macam seminggu. Tak tahan ese aih. Macam-macam ragam ado. Ado yang bau stokinnyo boleh buat ese nak muntah, ado yang bau peluhnya meruap-ruap, ado yang rambutnya serabai, ado yang bajunyo koyak rabak, ado plak yang pakai tie macam sangkut tali kambing jerk kat leher.

Tapi ado jugo la pelajar yang nampak educated sikit. Mungkin bakal menjadi best student kat sekolah tu. Pakaian pun kemas dan bersih dongan rambut bersikat rapi. Itu la baru remajo yang bakal meneraju alaf mendatang.

KERANKO

"Apo menatang Keranko tu?" tanyo ese.

Keranko adalah si AyAres tu.

Ese golak sorang-sorang dokek opis. Bila baca statement tu. Baru masuk ofis, duduk dopan komputer. Klik join pada conference invitation room Geng Mak Itam.

Ese blur. Ado orang tuduh ese berlakon secaro profesional. Ado orang pulak cakap ese menyamar. Ese makin blur. Baju masih lagi lembap gara-gara kono ujan maso poie amik check kat sebuah jabatan gomen tadi.

Ado orang private msg tenangkan ese agar jangan marah-marah di bulan puaso. Yer, ese tidak marah sangat pun. Ese belajar satu hari ini. Marah-marah adalah tidak boleh di bulan puaso tetapi menuduh/mengfitnah orang adalah dibenarkan samo sekali.

Ese golak laie pado orang yang pm tadi. Ese cerito pado dio. Dan tidak tahu la samado dio sudah terkono biso racun yang ditabur atau dio akan percayo pado ese. Semua terpulang.

Tapi.. SIAPAKAH KERANKO??

Jujur vs Hipokrit

Jadi jujur juga susah. Terlampau jujur lagi susah. Nak taknak kena selitkan juga sifat hipokrit dalam diri. Baru dapat senangkan hati semua orang. Tapi belum tentu kita dapat senangkan hati kita bila hati orang lain sudah senang.

Yang sakit memendam rasa adalah kita apabila kita tidak senangkan hati kita sendiri. Siapa yang akan jaga hati kita kalau bukan kita sendiri?

Hipokrit tak boleh tak wujud dalam diri manusia sekarang. Mesti wujud. Jadi jangan marah bila orang cakap kita ini hipokrit. Kerana situasi telah memaksa kita mewujudkan hipokrit dalam diri untuk hidup dalam zaman ini.

Hipokrit adalah sifat negatif tetapi akan menjadi positif jika pandai menggunakannya.

Tangis

Dio ponah nangis kerano ese. Katonyo ese pentingkan kawan-kawan daripado dio. Lalu dio terkilan dan sedih lantas menangis. Bilo ese dapat tau, ese ghaso bersalah pado dio.

Bukan gitu, ese bukan pentingkan kawan-kawan dari dio. Kalu dio anggap gitu, nampaknyo dio sudah salah tafsir. Takkan dio tak sedar akan ese lobih pontingkan dio. Tapi bilo sesetengah situasi itu, terpakso juo ese pentingkan kawan.

Kerano itu ese meletakkan tempat ke-2 dan ke-3 dalam hidup ese adalah saling bertukar-tukar antara kawan dan si dio. Ianya saling berkepentingan mengikut situasi semaso. Tetapi secaro keseluruhannyo, sudah tentu si dio lobih ponting. Kerano si dio lah nanti akan bakal menjadi penoman idup ese. Oh ya, kedudukan yang ketama sudah tontu la keluargo ese.

Ese, masih ghaso bersalah. Tapi cumo ese harap dio paham. Paham akan situasi semaso dan dapat membezokan mano lobih ponting pada satu-satu saat itu. Dan, jangan pendam apo di ghaso. Kono la gitau saat tu jugo baru orang lain dapat tau apa yang di ghaso. Kalau sakit katokan sakit, kalu teghaso ati katokan teghaso, kalu pedih kato pedih, kalu geram katokan geram pado saat itu jugo.

Belajarlah meluahkan dari memendam ghaso.

Pulang

Dio pulang. Ese gembiro. Ese tunggu dari pagi membawo ke potang. Akhirnyo dio sampai. Dio sudah tunggu. Ese sudah datang. Bilo dio tengok ese, dio senyum meleret dari jauh. Senyum ado makno tu. Tak lain tak bukan nak cakap yang ese ni 'buruk' bila berkepalo macam Mawi.

Hek elehs, bukan ese nak tiru Mawi la, jauh sekali nak tiru Rosyam Nor dalam filem Castello. Tapi ese ada niat ese tersendiri.

Ajak dio berbuko puaso samo-samo dokek kedai tompek ese selalu makan malam. Ini adalah kali pertamo ese berbuko puaso bersamo-samo dio. Tinggal laie blom dapek nak bersahur samo-samo jo.

Ese pinjam kereto housemate, ese hantar dio ke rumahnyo. Dio pulang. Dan lusonyo akan kembali ke sano.

Piknik Air Terjun Lentang


Ese datang dari Jb. Ese sampai di Puduraya. Ada maknyah nak ngorat. Muka dia lawa tp suara dia parau. Ese tergoda kalu dia bisu atau tak kuarkan suara. Tp ese jadi geli geleman bila dia tanya ese mcm2. Ese tak jawab sbb perut lapar.

Ese tidor umah zack. Bangun pagi esok ese siapkan apa patut. Arm dah call, ese baru nak mandi. Kitorang gerak lambat. On the way, Zack taktau kat mana Lentang. Teruskan saja melalui Karak Highway. Sampai nampak signboard. Sampai2 jerk, Zack beli madu. Utk kesihatan luar dan dalam dia. Ese tak beli. Sbb ese tak perlukan madu. Dah ckup manis dah.

Tgk dorang tengah hidupkan api. Kitorang sampai terus kena halau balik sbb kitorang lambat. Bukan gara-gara ese, tapi gara-gara Zack yang kuat tidor susah nak kejut. Ese lapar jadi ese nak makan. Makan apa ese nampak depan mata. Dorang asyik tanya ese kemana minah serdang sorang tuh. Ese taktau. Ese ingat dia datang rupanya dia btol2 pegi kenduri. Ese kuciwa. Ese cuma dapat tgk tembikai buah tangan dari dia saja.

Ujan turun. Ese kena tukar seluar. Pakai seluar pendek. Ese tak bawak baju salin lain. Habis baju ese basah lenjun kena hujan. Tak terjun jeram lagi dah basah. Bergurau senda dorang semua dalam ujan. Yang demam dok dalam khemah. Ese naik bahagian atas. Ese cari org berendek. tapi tak jumpa. Mungkin sebelum ujan orang dok berendek dah blah awal2.

Ese mandi sekejap. Arus deras bawak ese tunggang langgang. Nasib baik ese sekeping. Jadi air bleh lepas. Apai kena bawak arus. Tarik seluar ese sampai nak londeh. Nampak montot sikit tp takde saper perasan. Ese naik. Lap badan. Ese capai kamera. Ese snap dorang tengah mandi manda dan bersyampu. Macam2 ragam ada.

Dorang dok nyanyi lagu ramai2, ese sibuk jadikan Haziq model. Bawak pegi masuk utan amik gambar. Haziq mmg comel. Ese suka dia pandai bergaya. Mmg berbakat besar jadi model cilik. Kemas barang2. Bergambar ramai2. Best sebab semua bergembira.

Related Posts with Thumbnails