Jujur vs Hipokrit
Jadi jujur juga susah. Terlampau jujur lagi susah. Nak taknak kena selitkan juga sifat hipokrit dalam diri. Baru dapat senangkan hati semua orang. Tapi belum tentu kita dapat senangkan hati kita bila hati orang lain sudah senang.
Yang sakit memendam rasa adalah kita apabila kita tidak senangkan hati kita sendiri. Siapa yang akan jaga hati kita kalau bukan kita sendiri?
Hipokrit tak boleh tak wujud dalam diri manusia sekarang. Mesti wujud. Jadi jangan marah bila orang cakap kita ini hipokrit. Kerana situasi telah memaksa kita mewujudkan hipokrit dalam diri untuk hidup dalam zaman ini.
Hipokrit adalah sifat negatif tetapi akan menjadi positif jika pandai menggunakannya.
0 comment:
Post a Comment