Walaupun tak ponah sambut harijadi.
Tapi ese syukur.
Ado juo insan-insan yang masih mengingatinyo.
Semalam, 24 Jun 2008.
Umur mulo menaik setingkat lagi.
Thanx to all my friend.
Ruponyo blog ini. Mendapat perhatian.
Dulu satu golongan yang digeruni dan dicemuhi.
Cubo memantau blog ini.
Dan kendian. Selopeh entri 'HARAM' berkaitan Sugar Mummy.
Sekali lagi blog ini dapek perhatian lagi.
Dari orang yang. ..Emm, ntah. Tak gheti ese nok describe.
Yang kadang buat ese tergolak bosar sorang-sorang.
Apo pun, ese ghaso entri itu berjayo.
Kerano ado orang yang sudah percayo dongan entri tersebut.
Bulat-bulat.
Tapi terpulang lah dokek kalian.
Cumo jangan jadikan bahan dalam blog ese.
Untuk kamu jadikan alasan untuk mencipto pergaduhan.
Kalau kamu nak bergaduh, bertumbuk lah.
Baru puas hati melopehkan geram.
Sekali lagi. Kamu membuatkan ese tergolak sendirian.
Kamu sungguh pelik dan emm..ntah. Tak gheti ese nok describe.
Dokek Putama, ado sebijik mesin basuh.
Dolu ado satu, pembelian kongsi. Murah.
Lopeh tuh boss bagi sebijik lagi. Mahal skit.
Mesin basuh lamo boss yang tak diguno laie.
Beliau dah boli yang baru lagi canggih dan bosar.
Walaupun dokek Putama ado mesin basuh.
Ese cumo pakai mesin basuh tu baru berapo kali yo.
Bulih kiro dongan jari tangan yo.
Malas?
Bukan malas menjadi alasan ese.
Tapi. Kalau ese guno mesin basuh tu.
Orang lain kono tunggu duo tigo hari baru dapek guno.
Kenapo?
Sobab lopeh ese tokan butang automatik.
Ese tinggal mesin basuh tu.
Dan terus menjalani kehidupan rutin harian.
Sampaikan ese terlupo.
Yang baju dah siap di basuh dah tigo hari terondam dokek situ.
Baju yang lombap dah berkuap dan jadi busuk balik.
Lalu terpakso di cuci lagi dan kono tunggu sampai siap.
Baru lah boleh jalani kehidupan lain.
Ese mahu carik mesin basuh.
Yang tokan punat automatik.
Terus memungut pakaian dokek raga,
menyumbat dalam mesin basuh, basuh, bilas,
dan terus jemur.
Tang angkat dari jemuran takpo.
Ese suko angkat pakaian di jemuran.
Nampak macam rajin sikit kalau jiran tengok.
Muahahahaa...
Tajuk : Adat TOL dalam Majlis Perkahwinan Di Johor.
Adat TOL ni cukup femes dalam majlis perkahwinan di Johor. Dan ianya hanya melibatkan ketika majlis persandingan sebelah perempuan. Dimana pengantin lelaki yang datang bertandang akan dikenakan sekatan yang di sebut Tol, sebelum dapat masuk untuk berjumpa dengan pengantin perempuan yang sudah cantik di mekap.
Tujuan Tol ini diadakan adalah sekadar untuk bersuka ria dan beramah mesra antara dua pihak dan dalam erti kata lain juga, pengantin harus membayar nilai perjalanan dalam menuju ke arah pelamin untuk bersanding. Adat menyambut kedatangan pengantin lelaki dengan tol ini ada juga dibuat di negeri lain termasuk Singapura tetapi yang lebih femes adalah di negeri Johor.
- pengantin lelaki mula diarak dan di iringi pengapit serta bunga manggar dan dipayungkan dengan payung kuning seolah seperti seorang raja.
- dipertengahan jalan, pasti ada Tol yang harus di bayar untuk meneruskan perjalanan. Biasanya kalau di pertengahan jalan, kaum lelaki yang menjadi tukang kutip tol. Kadang tu ada budak-budak penanggah lelaki yang menghalang jalan.
- kalau rumah berpagar, ada yang menanti mengutip tol di pintu pagar. Di sini biasanya makcik-makcik dan anak dara yang berkerumun menghalang pengantin lelaki dari masuk. Kadang campur-campur jer. Selagi tol tidak di bayar, selagi itu mereka tidak dibenarkan masuk.
- lepas ajo dah dapat sampul sorang satu. muka tersenyum lebar. Kadang mereko sengaja mengintai dalam sampul samada cukup atau tidak bayaran tol tersebut di berikan.
Kerana ini adat suka-suka, jadi takdelah mereka berkira sangat akan nilainya. Setelah di bayar, barulah mereka dibenarkan melalui jalan tersebut.
- tetapi, harus di ingat. Kadang ada majlis yang meriah, buat tol berlapis-lapis. Hinggakan dah nak sampai ke pelamin pun masih terdapat tol yang harus di bayar.
Haaa.. kat sini memang takde kaum lelaki. Biasanya kat sini anak dara dan makcik-makcik menanti berderet duduk di depan pelamin.
- Kadang tu anak-anak buah pengantin dan budak2 kecik yang bersusun menanti sampul Tol.
- sampailah mereka harus membayar Tol bagi melepasi halangan ini..
- ooopsss.. jangan ingat selepas bayar tol pada makcik2 atau kanak2 tadi.. pengantin dah boleh lepas dan duduk di pelaminan. Haa.. ada satu lagi Tol segala Tol yang harus dibayar bagi mendapat tempat istimewa di pelaminan. Tol terakhir ini adalah Mak Andam sendiri yang menjaganya.
- biasanya di sini, mereka bergurau, Tol dibayar satu persatu. Mak Andam akan memeriksa sampul samada bayaran mencukupi atau tidak. Bayaran di sini agak tinggi dan biasanya sudah di bincangkan awal-awal. Ada nilainya yang RM80, ada nilainya RM100 atau terkadang ada yang nilainya RM150 bergantung pada perbincangan dengan Mak Andam. Sekiranya tidak mencukupi, Mak Andam tidak akan bangun dari kerusi pengantin , malah tidak membuka kipas tangan yg menutupi muka pengantin perempuan, sehinggalah bayaran mencukupi.
- setelah bayaran mencukupi, barulah kipas di buka. Dan mak andam akan bangun dari kerusi. Dan pengantin lelaki harus menyerahkan 'hadiah kecil' berupa bunga yang dibawa sebagai tanda kasih kepada pengantin perempuan.
- dan setelah menerimanya, pengantin perempuan akan menyalami dan mencium tangan pengantin lelaki sebagai tanda terima kasih di atas pemberian 'kasih' tersebut.
- kemudian barulah pengantin lelaki boleh duduk di singgahsana yang indah dengan senyuman yang terukir di bibir pasangan pengantin yang ceria di hari bahagia mereka ini. Dan mereka akan bersedia untuk majlis tepung tawar.
Dan adat Tol ini sungguh meriah, tetapi kalau tersilap gaya, ada yang kurang sabar boleh mendatangkan bencana sampaikan rombongan pengantin lelaki ada yang sampaikan ingin berundur untuk pulang kerana tidak dibenarkan lepas gara-gara tidak membayar Tol. Ini sebenarnya adalah disebabkan tiada perbincangan awal antara kedua-dua belah pihak.
Kerana itulah perbincangan awal harus di teliti sebelum majlis diadakan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan salah faham. Kerana adat bagi satu-satu negeri itu adalah berlainan dan mungkin yang tidak biasa dengan adat negeri Johor akan merasa pelik dan akan terkejut.
Ok..nanti entry mendatang, saya akan sambung pula majlis Tepung Tawar ni macamana perjalanannya ya.
Tenkiu,
AyAres,
Senior Photog,
Capturepix's Studio
http://www.capturepixs.com.my
Technorati Tags:
Perkahwinan, Melayu, Tol, Bersanding, Persandingan, Foto Kahwin, Pengantin, Adat Tol, Adat Johor, Pasangan Johor, Gambar Kahwin, Majlis Kahwin, Fotografi Perkahwinan, Wedding Photography, Wedding Ceremony
Ado makhluk Tuhan ym ese. Tibo-tibo.
"Entri HARAM itu ado kaitan dongan yang hidup atau yang mati kor"?
Ese jawab panjang tak pendek.
"Kalau ado kaitan dongan yang hidup sekalipun, yang pasti ianyo takdo
kaitan dongan pasangan anda, dan belajarlah berfikir positif ."
Lalu, makhluk tersebut. Meroyan tak tentu pasal.
Terkono cili api barangkali.
Atau sodang mengalami period tanpo henti?
Kesian.
Sudah ese bilang, di dopan ese sekarang.
Temboknyo tinggi.
Usahlah ekau panjat.
Nanti ekau jatuh. Sakit. Dan mulo meroyan.
Kesian.
Minyak yang boleh ditolan, atau tak boleh.
Semuo jenis minyak nak naik hargo.
Hari ini, pemimpin kato minyak naik hargo.
Dan sah, minyak petrol naik sebanyak 0.78 sen seliter.
Mako berdesap-desup makhluk Tuhan, bersosak menanti giliran.
Untuk mengisi minyak di stesen yg digomari.
Ese geleng kepalo.
Ese dapat ym, dapat sms. Dari rakan-rakan.
Dan tokei stesen minyak pun sms.
Suruh isi minyak copek-copek.
Ese geleng kepalo.
Kalau ese isi minyak dongan bersosak sojam duo.
Hanyo untuk keuntungan cumo 30 hengget.
Tapi maso terbuang.
Baik ese dok rumah betulkan urat belikat.
Takpun siapkan album pengantin.
Lagi berbaloi nilainyo.
Kalu yang ado anak bini.
Kan lagi bagus maso sojam duo bersosak itu.
Diluangkan bersamo kemesraan keluargo.
Kalian masih tidak mahukan perubahan?
Inilah hadiah buat kalian.
Kalian pikir sendiri lah.
Bezonyo.
Melanggan pelacur kelas atasan. Duit keluar. Banyak.
Melayan sugar mummy kelas atasan. Duit masuk. Banyak.
Samonyo.
Keduo-duonyo sodap. Dan HARAM.
Ya. Bukankah orang suko buat bondo yang sodap.
Walaupun haram.
Samo macam makan babi. Sodap menjilat jari.
Tapi HARAM.
( errr..apsal ese asyik nulih pasal 'sugar mummy' nih ek? )
Technorati Tags:
Sugar Mummy, Pelacur, Babi, Gigolo, Haram
Makhluk tu pantang di beri muko!!
Kali ni ontah bilo dio beromen dokek umah ese.
Ontah sugar mummy mano dio bawak pulang.
Ontah lalu ikut lorong mano pun ese taktau.
Tup-tup bikin anak kat umah ese nih.
Jenuh. Ese suspect. Ini musti time semuo orang dah tido.
Time lampu semuo dah tutup.
Sonyap-sonyap yo dio buat projek kat dapur.
Sebalik lemari itu.
Tempat tu memang nyaman kalau waktu malam.
Sejuk. Gelap. Dan sunyi.
Kalau waktu siang.
Usahkan lubang idung.
Bayang pun susah nak nampak.
Memang licik makhluk ni.
Ramai orang. Takut akan bondo haram.
Macam babi dan anjing.
Uih..haram tuuuu.
Dan ramai orang. Takut kalau termakan makanan haram.
Macam termakan daging babi, minyak babi, gelatin babi.
Atau makan ayam tak sembelih.
Atau kalau di Indonesia, ado sup labi-labi.
Binatang duo alam memang haram di makan.
Dan kalau di Vietnam, ado kucing panggang.
Tikus goreng mahupun masak sup tikus.
TAPI. Ramai orang tak takut makan dari hasil duit haram.
Duit judi mahupun duit rasuah.
Atau duit dari sugar mummy?
Sugar mummy jugo makhluk duo alam.
Time Dato' ado. Dio Isteri.
Time Dato' outstation, diolah Ratu sang gigolo.
Hahaha.
Technorati Tags:
gigolo, indonesia, vietnam, babi haram, sugar mummy, sugar daddy,
makanan haram, makanan halal, JAKIM.
Search This Blog
Nuffnang Ads
Facebook Badge
Nanyo Kobar
My Blog List
-
72 RANCANGAN B2 weeks ago
-
my promise to try..6 years ago
-
Artis baharu popular7 years ago
-
-
-
Dzal Aidi Syamil - 1 Tahun 5 Bulan9 years ago
-
-
Azam Eden.11 years ago
-
muhdrushdi11 years ago
-
Jek Video Ke Taman D'Utama12 years ago
-
Money as grow12 years ago
-
Leen & Fairus - Outdoor Portraiture12 years ago
-
-
My Album13 years ago
-
Rindu...14 years ago
-
EHH !? ADA PROMOSI ??14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-