Tokojut ese bilo ado sorang kawan yang ese tanyo tongah buek apo, beliau memberitahu tongah melayan youtube tontang penjelmaan Malaikat di Mekah atau lobih topat di Masjidil-Haram. Torus ese beristigfar banyak-banyak dan tanpo tunggu-tunggu laie ese memberikan nasihat sedikit. Bukannyo ese nak tunjuk baik sodangkan ese pun tidak lah baik bebenor tetapi apo yang ese tahu boleh la ese sampaikan.
Video tersobut jolas nak merosakkan akidah dan pegangan umat Islam. Ese mengesaki video tersebut sememangnyo tolah di edit ataupun ketiko ianyo di ambil, berlaku pembiasan cahayo yang menyebabkan ternampak seperti cahaya yang muncul dari langit dan turun di Kaabah.
Seperti yang kito sedio tahu sebagai umat Islam harus pegang dan percayo yang Malaikat tidak boleh dilihat oleh manusia biaso melainkan Nabi dan Rasul dan Allah Swt sahajo yang mengetahui rupo malaikat. Namun ponah kito dongar hadis yang mengatokan malaikat boleh berupo dalam pelbagai bentuk termasuk menjadi manusio mahupun haiwan. Akan tetapi kito totap tidak mengetahui yang manusio mahupun haiwan yang kito lihat itu adalah jelmaan malaikat.
Bilo mano kawan ese mengatokan, bukankah kewujudan video ini boleh menambahkan kepercayaan dan ketakwaan kito kepado Allah Swt. Masya Allah. Cubo lihat betapo kito dipesongkan pemikiran oleh kaum kafir yang sentiaso ingin menyosatkan umat Islam. Sepatutnyo tanpo video ini pun kito harus berpegang kepado Rukun Iman yang mano jelas di dalamnyo terkandung 'Percaya kepada Malaikat'. Dan bilo kito terlalu percayo kepado video terbabit, mako kita sudah lupo tontang hakikat manusio biaso tidak akan mampu melihat malaikat tanpo izin-NYA.
Video ini jelas nyato bertujuan untuk mewujudkan kesalahpahaman dan perdebatan hangat di kalangan umat Islam yang mano ado yang mungkin berpendapat mempertahankan video berkenaan dan ado yang akan berpendapat untuk membangkang kebenaran video berkonaan. Namun apa pun berbaliklah kepada perkara asas yang wajib dipegang oleh seluruh umat Islam iaitu Percaya Kepada Malaikat.
Di sini ese lampirkan bersamo 10 Malaikat yang utama yang wajib diketahui oleh umat Islam. Namun terdapat ribuan malaikat yang Allah ciptakan untuk melaksanakan perintah-NYA dan sentiasa sujud dan bertasbih kepada Allah pencipta sekalian alam.
Nama | Arab | Tugas |
---|---|---|
Jibrail | جبرائيل/جبريل | Menyampaikan wahyu Allah. |
Mikail | ميكائيل | Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah. |
Israfil | إسرافيل | Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat[1] |
Izrail | عزرائيل | Mencabut nyawa. |
Munkar | منكر | Menyoal mayat di dalam kubur.[2] |
Nakir | نكير | Menyoal mayat di dalam kubur.[3] |
Ridhwan | رضوان | Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga. |
Malik | مالك | Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka. |
Raqib | رقيب | Mencatat segala amalan baik manusia. |
Atid | عتيد | Mencatat segala perlakuan buruk manusia. |
Berbalik pado kerjayo. Sampai ke tuo memang la kono kojo. Kalu tak kojo camno nak makan, nak ado tompek tinggal yang seleso, apotah laie nak kawin kor. Kono la carik jugak duit tapi yang malangnyo tak nyompek aih nak nyimpan, memang selalunyo abih terus buek bayar apo yang patut nak menampung idup di bandarayo nih.
Bilo konangkan dan pikir semula, ghaso macam lobih seleso yo duduk dokek kampong tu. Buek yo apo yang patut kek kampong. Dapek sikit kito idup pun dah cukup seleso, kalu dapeknyo banyak, memang murah rejki orang tuo kato. Nak pulak hiburan pun takdo, pasarayo bosar-bosar pun takdo nak poie shoping. Jadi pendapatan bulanan ataupun hasil kojo ponat lolah tak lah di laburkan ke tompek tak sepatutnyo atau membazir buek boli bondo yang tak pekdah.
Tapi bilo konang balik, kalu duduk pulak dokek kampong tu ah. Tak berkombang otak ni ah. Potang-potang tengok dok melepak yo kodai kopi. Dok borak kosong isu negaro. Isu politik dan paling jahilnyo dok ngumpat sano sini. Parah aih.
Walau apo pun, ado pro and kontra lah duduk dokek mano, kojo dokek mano, carik rejki dokek mano sekalipun. Yang ponting niat biar ikhlas. Lopeh tuh perjalanan idup tuh kono lah susun biar mengikut landasan yang dituntut oleh agama. Selagi menyasar jauh lari dari landasan, idup dokek mano-mano pun samo yo. Takdo makno dan ghaso serbo tak longkap yo.
Doluan ese rajin nulih blog ni. Tapi semonjak ado Facebook ni ah.
Dah jadi malas pulak nak menulih. Lagipun bilo yo ado idea, badan pulak ponek.
Seminggu duo ni memang struggle jugak lah ese menyusun jadual diri.
Yang mano satu nak carik duit poket lobih wat bayar utang.
Yang mano satu nak jalankan tanggungjawab kojayo ese.
Dan yang mano satu nak memenuhi minat dan hobi ni ah.
Ado orang kato, ese makin kurus. Mungkin makan tak teratur.
Kepalo otak pulak asyik mikirkan masalah yo.
Nak tak ondak, teruskan yo lah kehidupan.
Makan totap makan, cumo tak ikut maso.
Bilo sibuk bebonar, sampaikan makan pun tak nyompek aih.
Orang sarapan pagi pukol 8, ese sarapan pukol 11.
Orang lunch pukol 1, ese pulak lunch 6 potang.
Campurkan sekali dongan malam.
Kadang tu terlewat sampaikan 8 malam baru nak lunch.
Abis, dinner ese dah kemano? Rugi satu slot untuk MAKAN.
Sobab tu kot badan ese makin menurun.
Bab kojo, dari hari ke hari makin bosan yo. Buek bondo samo yo.
Tu sobab ese terpakso yo lah carik projek sendiri.
Nak kono tambah pendapatan. Makin hari hutang bukan makin sikit.
Nak harapkan gaji yo, dah mampus kejong aih ese dokek sini.
Banyak bondo nak kono bayar itu dan ini.
Usoho konolah lobih.
Nak berjayo bukan sehari duo jang.
Kono gandokan usoho. Barulah bulih kocapi kejayaan.
Ponek aih.
Ado tangan-tangan mungil yang bulih massage?
Beberapo hari nan lalu, ese dihubungi oleh seorang gadis yang mengaku pegawai dari PTPTN dan bertanyokan tontang surat dari mahkamah. Dan ese memberitahu segalo surat akan sampai kek kampong ese. Jadi, beliau mengingatkan ese untuk poie ke mahkamah pado tarikh yang disebutkan. Tetapi ese memaklumkan yang agak mustahil kerano sukar mendapat cuti pado waktu terdokek dan jarak yang jauh menyukarkan bagi cuti yang pendek.
Pegawai tersebut memberitahu, untuk mengelakkan tindakan mahkamah mako ese perlu ke pejabat PTPTN di Kolo Lumpur sano nun untuk membuat bayaran penuh kerano namo ese sudah disenaraihitamkan. Dan ese memberitahu adalah mustahil untuk membayar sekaligus jumlah lobih kurang duo puloh ompek ribu dalam jangko maso terdokek ni. Pinjam dongan ah-long bulih la kot lopeh tuh bungo mencanak-canak aih nak membayarnyo. Dan beliau mencadangkan untuk ese poie ke ibu pejabat PTPTN untuk berunding bagi membuat pembayaran separuh dari jumlah tersobut.
Dan pado isnin yang lopeh, ese mohon Emergency Leave untuk ese poie ke KL bagi menyelesaikan kes PTPTN yang menyusahkan idup ese ni. Dolu maso belaja nak pinjam duit pun bukan main susah, ni maso nak membayar balik pun samo yo. Menyusahkan juo. Nak buek camno, dah orang susah. Nak belajar dokek universiti terpakso la berhutang. Bilo dah hutang, nak bayar bulan-bulan dolu tak mampu, lopeh tu jadilah tertunggak. Bilo makin banyak makin susah nak bayar, lopeh tuh namo pun kono senaraihitam. Dah tak bulih laie dah ese nak poie melancong ke Africa Selatan dan jugak Kutub Utaro.
Berbalik pado kes PTPTN. Sampai yo dokek One Stop Centre PTPTN di KL Central, ese membuat pertanyoan dokek kaunter tontang kes senaraihitam. Dan pegawai di kaunter memaklumkan untuk ese membuat pembayaran penuh. Tetapi ese datang sebonarnyo untuk berunding bagi membayar separuh yo memandangkan pegawai yang telefon ese dah bagitau supayo datang untuk berunding. Yang silapnyo ese sobab tidak mencatit namo pegawai tersebut.
Pegawai di kaunter memberitahu yang tak akan ado pegawai PTPTN akan memaklumkan pado peminjam yang pembayaran separuh boleh dibersihkan dari senaraihitam. Dan beliau bertanyo dokek ese namo pegawai yang menghubungi ese. Tapi ese sendiri pun pado maso tuh tidak teringat untuk menyalin namo pegawai yang membuat panggilan.
Dan ese cubo mendapatkan maklumat dari pegawai PTPTN Bahagian Undang-Undang dan beliau menegaskan yang penghakiman telah ditundo pado satu tarikh yang belum laie dapat dipastikan kerano mahkamah belum meluluskan permohonan dari peguam PTPTN. Dan ese dah malas nak bicaro laie memandangkan duit pun memang dah ado sedikit hasil kutipan sano sini yang sudi membantu terutamo mama dan akak ese. Jadi ese buat pembayaran separuh dan laie separuh ese memohon untuk melangsaikan semuonyo pado sekitar bulan April.
Lego setolah separuh dah terlangsai. Dan laie separuh pulak taktau lah camno ese nak korek agar bulih dilangsaikan pado April nanti. Poie menoreh gotah lah buek part-time.
Udah lamo yo ese tak menulih dokek 1001 Malam ni. Dan ini merupokan entri pertamo untuk tahun baru 2010 ni. Dan sepanjang 2009 yang lalu pelbagai dugaan datang menjongah kamar hidup ese. Dongan tugas dan tanggungjawab baru dalam kerjayo. Dan dongan masalah peribadi yang melando dan ese totap juo begitu. Totap juo seorang manusia yang dogil dan tak mendongar kato orang.
Sepanjang penghujung 2009 jugak, 1001 MalaM mendapek publisiti murahan hasil daripado tulisan ese berkaitan dongan bisnes Telco & Post. Ramai usahawan yang membuek carian di google mahupun yahoo berkaitan dongan bisnes francais yang menjadi sobutan ramai ni. Beberapo laman forum usahawan seperti Putera Mahkota, Carigold, Cari dan beberapo laie laman web rujukan untuk usahawan merujukkan entri di blog ese berkaitan dongan bisnes ini. Dan hampir 95% komen pengunjung adalah berbentuk negatif dan malah terdapat pengunjung yang jugak merupokan bekas usahawan di bawah program-program anjuran Intellica sebelum ini. Dan ini bukan sedikit malah boleh dikatokan hampir separuh menjojaskan reputasi bisnes Telco & Post dan memberikan pandangan negatif dari kacamato masyarakat.
Namun. Di sebalik pandangan negatif inilah sepatutnyo pihak bertanggungjawab di Telco & Post Pusat yang berpangkalan dokek bangunan mewah di The Mines Resort City itu perlu mengkaji, meneliti dan merungkaikan segalo persoalan dari pengunjung 1001 MaLaM. Dan dari sinilah jugak mereko boleh menilai sejauh mano kelemahan mereko sebolum ini dan mencari titik kelomahan tersebut untuk dijadikan aras panduan bagi merancang strategi seterusnyo.
2010 dah pun hampir sebulan nak berlalu. Dan Telco & Post kembali merancang strategi sepanjang tahun ini untuk merealisasikan apobondo yang mereko janjikan. Kelemahan yang sebolum ini tersenarai kek blog ini cubo diatasi dongan perancangan baru. Samado dari sudut Sokongan Teknikal dari pihak HQ mahupun dari sudut pembayaran komisyen yang lebih efisyen akan boleh membantu Telco & Post Shoppe untuk terus bertahan.
Tujuan ese sendiri menyelitkan entri Telco & Post ke dalam blog peribadi ese ini pun adalah bagi menjaminkan Telco & Post dimano tompek ese jago sekarang ni iaitu di Nusa Bestari, Skudai semakin maju dan seterusnyo dapek menjana keuntungan yang semaksima mungkin. Segala kelomahan dan kekurangan harus dinyantokan secaro jolas agar pihak HQ melihat ini sebagai satu cabaran bagi mereko untuk berfikir dan bukannyo melopehkan tangan begitu yo. Dan bagi ese komen-komen negatif yang datang dari pengunjung itulah yang cukup berhargo bagi pihak HQ menilai kekurangan yang ado dalam bisnes ini. Kritikan amatlah penting bagi membantu sesuatu bisnes itu untuk terus maju. Kalau tak, asyik syok sendiri yo lah jang oiii..
Hari ini, 26 Januari satu seminar untuk Master Distributors Telco & Post seluruh Johor diadokan dokek Hotel Dorsett, Johor Bahru. Hampir 50 orang peserto yang hadir terdiri dari pemilik, pengurus dan staf Telco & Post Shoppe seluruh cawangan di negeri Johor. Melihat pada plan, strategi dan penstrukturan semula pengoperasian Telco & Post, di harap ianyo dapek lah membantu usahawan sekalian mengusahakan bisnes mereko dongan jayonyo.
Yang ese nak tergolak. Semaso ese duduk mendongar di baris belakang, beberapo kali jugaklah blog 1001 MaLaM ini disobut oleh speaker, En Nordin. Dan beliau menogaskan yang blog ni tolah menjojaskan reputasi Telco & Post secaro umumnyo bilomano ramai pengunjung membuat carian internet berkaitan bisnes ini dan membaco terlalu banyak komen-komen negatif. Dan pado pandangan peribadi ese pulak, sepatutnyo Telco & Post HQ, khususnyo pihak pemikir strategi dan pembangunan plan perniagaan harus berterimo kasih kerano melalui blog ini jugaklah mereko dapat melihat sejauh mano pandangan masyarakat terhadap bisnes ini. Dan meneliti titik-titik kelemahan mereko terutamo sekali dari sudut SUPPORT.
Berbalik pada seminar ini, diharapkan perancangan 2010 seperti yang dibontangkan dokek M.D's sekalian siang tadi adalah suatu yang bakal direalisasikan oleh pihak HQ seperti yang dijanjikan. Dan ese ghaso pihak M.D's sekalian sendiri memerhati dan meneliti sejauh mano pelaksanoan malah keberkesanan dengan apo yang dibontangkan hari ini. Dan yang paling menarik minat M.Ds adalah tontang pembayaran komisyen yang lobih copek berserto dongan komisyen yang ditawarkan adalah lebih tinggi peratusannyo. Dan ini sekurangnyo boleh membantu M.Ds untuk mendapatkan keuntungan yang sepadan dan berbaloi-baloi.
Samo-samo kito lihat dan saksikan perancangan dan pelaksanaannyo seterusnyo.
Search This Blog
Nuffnang Ads
Facebook Badge
Nanyo Kobar
My Blog List
-
72 RANCANGAN B2 weeks ago
-
my promise to try..6 years ago
-
Artis baharu popular7 years ago
-
-
-
Dzal Aidi Syamil - 1 Tahun 5 Bulan9 years ago
-
-
Azam Eden.11 years ago
-
muhdrushdi11 years ago
-
Jek Video Ke Taman D'Utama12 years ago
-
Money as grow12 years ago
-
Leen & Fairus - Outdoor Portraiture12 years ago
-
-
My Album13 years ago
-
Rindu...14 years ago
-
EHH !? ADA PROMOSI ??14 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-