8.3.11

Langkah

Tigo tahun lalu, ese takut untuk melangkah ke dopan. Takut rebah di perjalananan.
Ramai kawan-kawan yang sudah melangkah jauh di dopan ese mengajak untuk terus melangkah.
Tapi ese dalam dilema. Takut. Risau. Dan bermacam ghaso bermain di minda.

Bilo dudok dalam keadaan seleso. Nak melangkah pun takut.
Takut tak dapek nak dok dalam keselesaan laie.
Tapi pepatoh orang tuo kato, kalu takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.

Termonung jauh ese. Berkali-kali mohon pendapat rakan-rakan.
Rato-rato pun memberi sokongan moral untuk ese meneruskan langkah ke dopan.
Jangan biarkan dilema menghantui jiwo.
Ese berkiro-kiro dalam pikiran. Kalu dibueknyo robah, sapo lah yang akan menolong.

Dalam ponuh semangat, ese gagahkan juo kaki. Angkat dari kanan.
Melangkah ke dopan. Tidak toleh lagi. Teruskan juo perjalanan.
Onak duri ese rodah yo. Ado akar ese menyusur, ado batas ese melompat.
Berpantang maut sebolom ajal. Alang-alang menyolok pekasam, biar sampai ke colah ketiak.

Dah 3 bulan ese dok melangkah menuju ke dopan.
Setakat ini, segalonyo masih lancar. Kawan masih ramai membantu.
Mujur juo lah masih punyo teman-teman seperjuangan yang sudi menghulur bantuan.
Dek kato peribahaso, yang sikit samo di cicah, yang banyak samo dilapah.
Ese pogang prinsip tu agar tidak menjadi sorang yang lupo diri bilo dah berjayo.
Duduk biar samo rondah, berdiri biar samo tinggi.

2 comment:

the life of cikgu sue said...

pandai pulak orang kelate kecek nogori.
Selamat melangkah dan teruskan langkahan.

en_me said...

salamm singgah jer.. ehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails