Salam Aidilfitri 2011 buat semua family, sanak sedara, bisnes partner, sahabat handai, rakan taulan, kawan seperjuangan, client-client, bakal client, bakal mentua (ooppss) dan sesape yang mengenali....

Maaf Zahir & Batin, dengan ingatan Tulus Ikhlas...


raya3-bw

14.3.11

Kojar 4SQ Badge

Macamano nak dapekkan badge dongan sonang dan badge yang polik-polik yo dokek 4SQ tu.
Mari ese nak share dokek sini caro-caro nyo. Tapi dongan syarat, selopeh ekorang dah berjayo dapek badge, ekorang kono lah share kan blog ese ni dokek memember 4SQ ekorang yo.
Tak baik kalu pengetahuan yang ado tu simpan sorang-sorang yo. Jadi konolah share.
Baru meriah sikit kan. Oh ya, baco sampai abis baru ekorang paham. PAHAM??

Ese bukan reko sendiri tips ni, cumo ese nak permudohkan rakan-rakan sekalian dari dok google.
Sobab ese dah google dan dah torai semuo nih ah.
Jadi dokek sini ese bagi short-cut terus, jadi ekorang just follow yo.
Tapi kono la usoho sendiri yo lopeh tu.
Laie satu jangan nak tamak pulak. Nanti kono penalti dari 4SQ, jonuh la ekorang nak tunggu 4SQ release kan semula penalti tu. Biasonyo lobih kurang 1 to 3 jam jugak satu penalti dikonokan.

Tips untuk mengelakkan kono penalti, nanti ese nulih entri lain lah yo. Bukan apo, nak share dolu camno caro
nak dapekkan badge polik-polik ni dolu.

Ok, petamonyo petuonyo adalah tak bulih Check-in guno handphone canggih ekorang tu.
Maksudnyo tak bulih guno application yang ekorang install dokek Blackberry kor, Iphone kor, Nokia kor, HTC kor, Blueberry kor, Straberry kor.. oppps..melalut.
Atau apo2 yo lah handphone ekorang pakai yang pasti tak bulih Check-in guno application.
Why? ( eh, omputih pulak yer ). kerano bilo guno aplikasi kat handphone canggih ekorang, GPS akan kesan lokasi ekorang berado. Mako untuk menipu 4SQ dah tak bulih laie dah.

Jadi, camno nak check-in kalu tak bulih guno aplikasi 4SQ tu?
Ok, 4SQ tak zalim. Dio dah sediokan siap-siap dah untuk mereko yang takdo handphone canggih pun bulih check-in 4SQ.
Jadi, gunolah Foursquare Mobile. Login id ekorang kek website ni.
Ekorang boleh masuk website ni guno handphone ataupun guno pc kek rumah sambil makan eskem.

Kendian, kalu dah ekorang nak kojar badge yang polik-polik yo ekorang tengok ado orang dapek.
Badge tu kebanyakkan berado kek luar negaro. Yang standard dari 4SQ yo yang ado dokek Malaysia.
Jadi, nak tak ondak ekorang terpakso la terbang poie ke luar negaro.
( Sila log-in ke website Airasia untuk menempah tiket penerbangan anda. )

Camno caghonyo aih.?

Lopeh dah masuk website Foursquare Mobile tu, ekorang tengok yang nombor 7.Change Location.
Ekorang tukar Location ekorang poie ke New York. Type yo kek situ - NEW YORK.
Hah, sekolip mato yo ekorang dah berado dokek New York.

Selopeh dah tukar lokasi ekorang. Korang kono tau lokasi terakhir sebolom ekorang tukar adalah Malaysia kan?Tak kisah lah ekorang kek KL kor, JB kor, Kokdiang kor, kironyo Malaysia lah.
Jadi jarak perjalanan antara Malaysia ke New York ekorang kono check berapo jam.
Kalu katokan 20jam, mako ekorang tak bulih check-in dalam jangko maso lobih kurang 20jam selepas tukar lokasi. Wakakaka... jadi poie mengaji Quran dulu yo.
Begitu jugak lokasi contohnyo dari New York ke London iaitu sekitar 6 jam lobih.
Tapi ekorang tak perlu ikut sangat. Ekorang tunggu yo sekitar 3 jam lobih kurang untuk setiap pertukaran lokasi. 4SQ mungkin mengambil kiro kalian punyoi Jet Peribadi mahupun kalian ado ilmu ghaib. Haha..

Setolah dah tunggu lamo, tibolah maso nak kojar Badge dokek New York.

Haaa, tapi sebolom tu. Untuk badge yang ekorang kono Follow BRAND tertontu,
untuk menyonangkan ekorang, lawat pulak website nih.
http://thekruser.com/foursquare/foursquare-brands-to-follow/

Website ni memaparkan semuo BRAND yang attach dongan 4SQ.
Ekorang klik yo SEMUO SEKALI Brand yang ado dan klik lah FOLLOW.
Barulah badge yang ekorang kojar tu bulih dapek.
Selagi tak follow, jangan harap la ekorang nak dapek Badge special tu.

Camno nak tau badge yang polik-polik dan yang up-to date?

Tadaaa, ekorang visit yo site ni.
http://mattersofgrey.com/foursquare-badge-list/
Ini antaro website terbaik menyenaraikan badge-badge terkini yang diuploadkan ke 4SQ.
Dan sentiaso up-to-date berbanding website lain.
Ekorang baco sendiri lah kek sano tips nak kojar badge yang dinyatokan.
Hanyo badge yang active yo boleh kojar.



Ok, ini ese buekkan ringkasan bagi mudahkan laie ekorang makan suap.


- Masuk website http://foursquare.com/mobile/
- Tukar lokasi, no 7. : Lokasi : New York
- Tunggu lobih kurang 2 hinggo 3 jam.
- Sambil tunggu tu, ekorang masuk website :  http://thekruser.com/foursquare/foursquare-brands-to-follow/
- Klik satu persatu brand yang ado, kendian FOLLOW.
- Dah habis Follow semuo brand, dan dah tunggu lobih kurang 3 jam.
- Test dulu samado dah dapek check-in kor bolom laie.
- Caro test , Tekan no 4. : Search venues.
- Masukkan yo apo-apo venue seperti Coffee, Bookstore atau apo yo.
- Dan try check-in salah satu dalam senarai yang alamatnyo di New York.
( Ekorang perlu mahir lokasi di New York , dongan caro bukak Google Maps )
- Kalau takdo point laie, maknonyo kono tunggu laie selepas 4SQ yakin kalian dah sampai New York.
- Kalau ekorang dapat point, itu bermakno memang dah bulih check-in tempat lain pulak.
- Nak cari venue mengikut badge, masuk website http://mattersofgrey.com/foursquare-badge-list/
- Tengok lah badge mano nak kojar, tengok venue dulu. Pilih venue yang New York dulu.
Ataupun tanpo venue. Dan baco tips yang dinyatokan.




Selamat Mencubo.

For thanx to me, add me at :  http://foursquare.com/ayares151



*** Change location ke "Austin, Texas" untuk mengojar badge terkini yang terhad.

* NEXT TIPS : Camno nak elakkan tekono Penalti dari 4SQ.






Special TQ to my Sifu for 4SQ Badge runner, Mr. Apex & Mr. Azmeir.

Mulo-mulo ese dikojutkan dongan sms dari seorang rakan yang memaklumkan tontang Tsunami yang tolah menghantam negaro Japan. Ese ingat itu cumo gurauan ataupun provokasi untuk sms berantai.
Tetapi bilo melihat berito terkini kek tv3, Masya Allah.. begitu kuat Tsunami melanda Japan.

Dianggarkan sekitar 8.9 skala ritcher gegaran pada jam lebih kurang 2.30pm waktu Tokyo tadi di 231 batu nautika dari Tokyo. Kawasan yang paling teruk di landa Tsunami adalah di kawasan Sendai, Miyagi.

Dan dilaporkan kesan dari gegaran memberi kesan kepada seluruh negara yang berada di Lautan Pacific.

Diharapkan takdo lah sampai ke Malaysia. Dan diharap semuonyo selamat hondaknyo.

Dolu, 6 tahun nan lalu. Waktu kojo dongan orang.
Memang maso banyok terikat dek waktu kojo.
Walaupun bebas nak masuk kojo pukol berapo, nak poie mano.
Tapi bukan sewenangnyo bulih cuti sesuko ati.
Memang terikat.

Bilo dah kojo sendiri ni. Waktu kojo pun fleksibel.
Ado kojo waktu sibuk, maso banyak digunokan untuk buek kojo.
Time kojo takdo, banyak dok melepak yo.
Tapi kato orang. Nak berjayo, tak bulih biarkan maso berlalu gitu yo.
Kono jugak isikan ruang maso tu dongan bondo yang boleh datangkan pendapatan.
Tak kiro la poie carik client kor, poie jalinkan hubungan duo halo dongan supplier kor.
Yang ponting bukan duduk sajo-sajo melepak kek kedai kopi.

Tapi prinsip ese mudoh yo.
Bilo kojo sendiri. Ese takmau bobankan otak ni untuk fikirkan berat-berat.
Kalau kayo tapi idup stress pun takdo guno jugak.
Biar hidup sederhano, asalkan tidak tertokan dongan ruang lingkup kojo.
Kadang tengok orang kayo, duit berkopok-kopok.
Tapi aih, nak ado maso dongan family pun susah.
Nak pulak bilo dah kayo, nak pandang orang bawah pun dah malas.
Nauzubillah lah. Mintak dijauhkan.

Biar idup sederhano. Bulih duduk samo rato lepak kedai kopi dongan orang marhaen.
Ado maso poie beriadah dongan orang kebanyakan.
Bukan memilih main golf dongan orang kayo yo.
Ataupun poie melancong kek luar negaro dongan orang yang berkepentingan yo.
Naik kereto bosar pun kalau hari-hari idup di maki.
Takdo guno jugak.

Lobih sonang laie idup sederhano. Cukup makan pakai minum segalo.
Sihat tubuh badan. Dan idup tidak lah menanggung stress akibat dari hutang.
Ataupun permasalahan tompek kojo.
Selamat juo lah nak buek amal kebajikan pun.

8.3.11

Langkah

Tigo tahun lalu, ese takut untuk melangkah ke dopan. Takut rebah di perjalananan.
Ramai kawan-kawan yang sudah melangkah jauh di dopan ese mengajak untuk terus melangkah.
Tapi ese dalam dilema. Takut. Risau. Dan bermacam ghaso bermain di minda.

Bilo dudok dalam keadaan seleso. Nak melangkah pun takut.
Takut tak dapek nak dok dalam keselesaan laie.
Tapi pepatoh orang tuo kato, kalu takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.

Termonung jauh ese. Berkali-kali mohon pendapat rakan-rakan.
Rato-rato pun memberi sokongan moral untuk ese meneruskan langkah ke dopan.
Jangan biarkan dilema menghantui jiwo.
Ese berkiro-kiro dalam pikiran. Kalu dibueknyo robah, sapo lah yang akan menolong.

Dalam ponuh semangat, ese gagahkan juo kaki. Angkat dari kanan.
Melangkah ke dopan. Tidak toleh lagi. Teruskan juo perjalanan.
Onak duri ese rodah yo. Ado akar ese menyusur, ado batas ese melompat.
Berpantang maut sebolom ajal. Alang-alang menyolok pekasam, biar sampai ke colah ketiak.

Dah 3 bulan ese dok melangkah menuju ke dopan.
Setakat ini, segalonyo masih lancar. Kawan masih ramai membantu.
Mujur juo lah masih punyo teman-teman seperjuangan yang sudi menghulur bantuan.
Dek kato peribahaso, yang sikit samo di cicah, yang banyak samo dilapah.
Ese pogang prinsip tu agar tidak menjadi sorang yang lupo diri bilo dah berjayo.
Duduk biar samo rondah, berdiri biar samo tinggi.

17.1.11

Hijrah 2011

"Apa perancangan untuk 2011?"

Ese tersenyum. "Perancangan 2011 adolah mau melotak jawatan." Muktamad.
Dan ese tersenyum lagi. Ghaso apo yang terbuku di dado dapek di luahkan dongan sepatoh kato yo.

2011, tahun untuk ese mengorak langkah baru. Memulokan bisnes sendiri dongan ponuh keyakinan.
Dan ese harap somangat ese tak hilang dongan dugaan dan cabaran yang dilalui.
Bermulolah kehidupan ese sebagai seorang ahli perniagaan.
Samo dongan arwah ayah yang dari mudo sampailah ke hujung nyawo bergolar seorang peniago.

Terimo kasih tak terhinggo pado bos lamo ese kerano selamo 6 tahun lobih memberikan ese peluang.
Dan memberikan ese ilmu dalam bidang perniagaan. Dan selamo itu jugak lah ese banyak mengutip pengalaman dalam menguruskan sebuah perniagaan.

Dan tak lupo jugak dokek kawan-kawan yang banyak support ese dalam pelbagai sudut.
Paling diharapkan adalah doa restu dari ibundo ese dan kaum keluargo semua.
Doa kalian jualah sedikit sebanyak menontukan jatuh bangun ese kolak.

2011 dah berlalu. Dan 2010 merupokan tahun yang banyak konangan pahit buek ese.
Ese kehilangan Jaisi yang banyok menyumbangkan jaso.
Di awal 2010 jugak lah pahit maung ditempuh seorang diri.
Suka duka silih berganti. Hidup tidak menentu.

Semoga kehadiran 2011 membuka sinar baru buek ese.

HIJRAH 2011.

Tokojut ese bilo ado sorang kawan yang ese tanyo tongah buek apo, beliau memberitahu tongah melayan youtube tontang penjelmaan Malaikat di Mekah atau lobih topat di Masjidil-Haram. Torus ese beristigfar banyak-banyak dan tanpo tunggu-tunggu laie ese memberikan nasihat sedikit. Bukannyo ese nak tunjuk baik sodangkan ese pun tidak lah baik bebenor tetapi apo yang ese tahu boleh la ese sampaikan.

Video tersobut jolas nak merosakkan akidah dan pegangan umat Islam. Ese mengesaki video tersebut sememangnyo tolah di edit ataupun ketiko ianyo di ambil, berlaku pembiasan cahayo yang menyebabkan ternampak seperti cahaya yang muncul dari langit dan turun di Kaabah.

Seperti yang kito sedio tahu sebagai umat Islam harus pegang dan percayo yang Malaikat tidak boleh dilihat oleh manusia biaso melainkan Nabi dan Rasul dan Allah Swt sahajo yang mengetahui rupo malaikat. Namun ponah kito dongar hadis yang mengatokan malaikat boleh berupo dalam pelbagai bentuk termasuk menjadi manusio mahupun haiwan. Akan tetapi kito totap tidak mengetahui yang manusio mahupun haiwan yang kito lihat itu adalah jelmaan malaikat.

Bilo mano kawan ese mengatokan, bukankah kewujudan video ini boleh menambahkan kepercayaan dan ketakwaan kito kepado Allah Swt. Masya Allah. Cubo lihat betapo kito dipesongkan pemikiran oleh kaum kafir yang sentiaso ingin menyosatkan umat Islam. Sepatutnyo tanpo video ini pun kito harus berpegang kepado Rukun Iman yang mano jelas di dalamnyo terkandung 'Percaya kepada Malaikat'. Dan bilo kito terlalu percayo kepado video terbabit, mako kita sudah lupo tontang hakikat manusio biaso tidak akan mampu melihat malaikat tanpo izin-NYA.

Video ini jelas nyato bertujuan untuk mewujudkan kesalahpahaman dan perdebatan hangat di kalangan umat Islam yang mano ado yang mungkin berpendapat mempertahankan video berkenaan dan ado yang akan berpendapat untuk membangkang kebenaran video berkonaan. Namun apa pun berbaliklah kepada perkara asas yang wajib dipegang oleh seluruh umat Islam iaitu Percaya Kepada Malaikat.

Di sini ese lampirkan bersamo 10 Malaikat yang utama yang wajib diketahui oleh umat Islam. Namun terdapat ribuan malaikat yang Allah ciptakan untuk melaksanakan perintah-NYA dan sentiasa sujud dan bertasbih kepada Allah pencipta sekalian alam.


Nama Arab Tugas
Jibrail جبرائيل/جبريل Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail ميكائيل Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil إسرافيل Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat[1]
Izrail عزرائيل Mencabut nyawa.
Munkar منكر Menyoal mayat di dalam kubur.[2]
Nakir نكير Menyoal mayat di dalam kubur.[3]
Ridhwan رضوان Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik مالك Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib رقيب Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid عتيد Mencatat segala perlakuan buruk manusia.

7.6.10

Blur

Duo tigo monjak ni ese masih blur nak menjalankan tanggungjawab selaku Pengurus Pemasaran ( title yo lobih tu..habuk tarak ). Nak mulokan semula apo yang ese dah tinggalkan onam purnamo yang lalu, bulih memang la bulih tapi sonak jugak kepalo ese nak nyusun jadual balik nak mulo dari mano aih nih.

Berbalik pado kerjayo. Sampai ke tuo memang la kono kojo. Kalu tak kojo camno nak makan, nak ado tompek tinggal yang seleso, apotah laie nak kawin kor. Kono la carik jugak duit tapi yang malangnyo tak nyompek aih nak nyimpan, memang selalunyo abih terus buek bayar apo yang patut nak menampung idup di bandarayo nih.

Bilo konangkan dan pikir semula, ghaso macam lobih seleso yo duduk dokek kampong tu. Buek yo apo yang patut kek kampong. Dapek sikit kito idup pun dah cukup seleso, kalu dapeknyo banyak, memang murah rejki orang tuo kato. Nak pulak hiburan pun takdo, pasarayo bosar-bosar pun takdo nak poie shoping. Jadi pendapatan bulanan ataupun hasil kojo ponat lolah tak lah di laburkan ke tompek tak sepatutnyo atau membazir buek boli bondo yang tak pekdah.

Tapi bilo konang balik, kalu duduk pulak dokek kampong tu ah. Tak berkombang otak ni ah. Potang-potang tengok dok melepak yo kodai kopi. Dok borak kosong isu negaro. Isu politik dan paling jahilnyo dok ngumpat sano sini. Parah aih.

Walau apo pun, ado pro and kontra lah duduk dokek mano, kojo dokek mano, carik rejki dokek mano sekalipun. Yang ponting niat biar ikhlas. Lopeh tuh perjalanan idup tuh kono lah susun biar mengikut landasan yang dituntut oleh agama. Selagi menyasar jauh lari dari landasan, idup dokek mano-mano pun samo yo. Takdo makno dan ghaso serbo tak longkap yo.




Related Posts with Thumbnails