Kepingin Mencari Rezeki

Paper Utusan Malaysia, 10 Mac 2004 ari tuh ader kuarkan iklan. UTM tawarkan peluang kerja. Banyak gak la kijer yang UTM tawarkan tp baper kerat jerk yang sesuai dengan kelayakan eden nih.. saper soh amik Diploma Sains Komputer.. kan dah susah nak dapat kerja.. kalu dulu eden tau cenggini.. mmg eden amik Engineering la.. tp apsal eden tak tau ek.. maybe sbb takde saper nak bagitau atau eden sendiri yang tak reti2 nak amik tau.. haha.. skang saper padan muka?? Eden jugak la yang padan muka. Kuargh kuargh kuargh..
Hari nih eden terus pi HEP, UTM. Tengahari ni panas siot.. naik motor rasa cam nak terbakar kulit lengan eden nih. Panjat tangga HEP sampai tingkat 4.. penat lagik. Terus eden pi ke Unit Pengurusan Sumber Manusia. Mintak borang kat dalam tuh.. sekali eden mintak dua sekaligus.. backup takut salah tulis borang nanti. Seb baik brother kaunter tuh tak banyak tanya sbb sebelum eden mintak.. ader dah pempuan mintak. Eden tgk dia bagi ngan senyum simpul jerk.. sbb tuh eden mintak jugak sekeping lagik.
Eden isi borang tuh kat umah.. Eden nak mintak jadik Pembantu Pegawai Sistem Maklumat. Choice lain lak eden letak Juruteknik Komputer dan jugak Juruteknik.. pastu last choice eden letak Penyelia Asrama... haha.. amenda ntah. Eden main letak jerk janji dapat kijer.

Thanx to all

Thanx pd semua 'teman-teman' yang sudi berkunjung ke mari setelah jurnal eden ini di rasmikan. Korang lambat masuk skit jerk.. kuih muih sumer dah tinggal baki.. jamah la apa yang patut.. ader skit lagik kuih yang eden lom buatkan... kat bahagian tuh nanti korang tunggu la yerk.. dan pakai jamah skit sorang kuih tuh.. Nama kuih tuh 'Kuih Buku Tamu'. Rasanya silap la korang kalu korang tak jamah kuih yang eden hidangkan kalu dah bertandang ke mari.. taknak jamah banyak.. jamah skit pun jadik la... Ok.. kalu tak sedap jangan lak korang bising.. sbb ia free jerk.. Kang eden sekeh lak kang kalu bising2..
Wokies.. eden stop dulu.. kalu kesampaian la.. jurnal kali ni eden nak sertakan sedikit 'pencuci mulut' bagi setiap entry.. biar bila korang blah dari jurnal eden nih dengan sengih2 ala kambing tak mandi siang malam.. jamah la yerk 'pencuci mulut' kat bawah tuh.. jangan memalu taik kucing betina lak..


Lawak Hari Senin

Kisah Soh Chin Aun & R. Arumugam

Cerita ini berlaku masa tahun 70-an, masa tu Malaysia tengah hebat dengan bolasepak.
Soh Chin Aun & Arumugam turut serta pergi ke Jepun kerana ada jemputan pertandingan club-club asia.
Malaysia adalah salah satu pasukan yang bertanding.

Bila tiba waktu breakfast, mereka ni nak makan telur. Tapi masalah tak boleh nak berkomunikasi.
Oleh kerana dah habis ikhtiar, Soh Chin Aun dapat idea.
Dia panggil waiter masuk ke toilet, buka seluar dan tunjuk telurnya. Hait!!...jepun tu cakap.

Arumugam pun buat benda yang sama, tunjuk telurnya.

Bila breakfast sampai, Arumugam pun mula makan. Tiba-tiba dia merungut. "Shit!!, why the egg is so salty".
Oleh kerana dah bising satu restoren, maka Manager pun datang dengan Waiter tadi.
Tanya punya tanya, dan Manager pun explain balik pada Arumugam.
Translationnya lebih kurang begini :-


"Tadi awak tunjuk telur hitam, so dapatlah telur masin".

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails