Rezeki Murah

Semalam punya entry kepingin sangat nak carik rezeki.. means carik kijer la. Ari nih punya entry lak eden nak bitau pasal rezeki yang murah. Erm.. mungkin berkat doa dari kawan2 kat sini.. berkat doa family eden jugak yang tak suka eden dok bangun tido tengok tv makan tido bangun tgk tv sepanjang masa.

Toott.. toott.. tepon pinjam eden berbunyi lagu haram jadah menda ntah..
" Helo, tido ke? , Bangun la gi cari kijo ke, nih dok tido jah, ayah takut mung nanti jadik lemah tubuh badan tuh jah sbb kuat sangat tido.. wak tubik peluh skit.. ni dok.. tido sokmo kalu ayah tepon".

"Yo la.. orghe carik doh tp tokleh jugok.. payoh jugok nok carik kijo nih.. Jap lagik orghe gi carik lagik la "

" Ayoh masuk doh duit dalam bank.. skit jah dulu.. takdok duit nih. Tak laku mano jual lo ning musim kemarau...."

Lepas ayah eden letak jerk tepon.. eden terus bangun. Dengan penuh semangat eden rasa cam nak gi carik kijer lak ari nih.. kesian ayah eden sbb dok masukkan duit makan utk eden. Yer la.. nak harapkan saper laie kalu bukan my parents. Kalu la dorang takde.. maunya mati kebulur eden nih. Eden pikir.. apa nak jadik pun jadik la janji eden nak kijer part time dulu sementara sambil2 carik kijer tetap. Lepas eden siap.. terus start motor.. Kemana ek eden nak carik kijer kali nih?

Eden round satu Taman U.. last2 eden rasa cam nak gi mintak kijer kat Destina,Projet. Member eden ader kijer kat situ. Last2 member eden cakap kat situ penuh.. dia soh eden pi ke Taman Tun Aminah.. eden pi lagik kat Projet sana.. tanya kat sana pun penuh jugak..
Kendian eden singgah sat kat Telekom. Tanya pasal Streamyx.. eden ingat nak pasang kat umah eden kat Pulai Utama tuh.. tapi masalahnya kat area umah eden tak dapat lak.. Streamyx tak sampai ke sana laie.. tensen tol eden. Kalu tak eden dah leh online 24 Hours dahh...
Eden blah dari situ.. singgah Skudai Parade.. try ushar jap kijer kat situ. Alih2 eden try pi kat Ayamas. Tanya punya tanya.. dia soh isi nama... tang tuh jugak Area Manager dia interview eden. Pempuan.. lawa lak tuh.. seb baik dah taraf akak.. kalu tak eden nak ngorat dah td.. hahahaha...
Tup..tup.. dapat la plak. Dia cakap nak pakai pekerja sbb outlet baru nak bukak kat Jusco Taman U.. nanti eden kena datang trainning.. tp tarikh start trainning tak di bagitau lagik.. nanti dia akan call bagitau tarikh tuh..
Fuh.. gembira gak eden.. tak sia2 la eden kuar pagi2 lepas kena bebel ngan ayah eden.. dengan penuh semangat lak tuh eden ronda2.. last2 dapat gak kijer walaupun Part time kat Ayamas tuh...
Balik umah.. edeb bitau member2 eden... yeaah... aku bukan penganggur skit masa lagik...


Lawak Hari Rabu ( jgn amik ati )

SYURGA & NERAKA

Suatu masa di tadika kemas di kawasan Memali, Cikgu Liza memberi tugasan supaya murid-muridnya melukis gambar tokoh yang mereka sanjung. Ada murid yang melukis gambar orang lidi berhidung besar, ada yang melukis gambar orang bermisai, dan ada gak yang melukis Ultraman. Tiba-tiba Cikgu Liza mendapati Aiman melukis gambar orang berserban. Cikgu Liza pun bertanya,
"Gambar siapakah itu?"
Aiman menjawab,
"Ini gambar orang PAS yang mati ditembak polis."
Cikgu Liza terus merah muka, al-maklumlah dia baru sahaja mendaftar jadi ahli Puteri Umno. Manalah tau kalau-kalau boleh dapat rumah murah. Cikgu Liza meninggikan suara,
"Orang PAS fanatik! Mereka hanya memperjuangkan kuasa dan kedudukan."
Aiman tidak berapa faham cakap gurunya, al-maklumlah budak sekolah tadika. Tapi, murid itu tidak melawan Cikgu Liza, ia hanya membalas,
"Bila saya jumpa orang ini di syurga nanti saya akan tanya dia."
Cikgu Liza terus tersenyum sinis sambil berkata,
"Bagaimana kalau dia masuk neraka?!!"
Budak itu terdiam sejenak memikirkan hujah gurunya yang amat tinggi itu. Aiman melihat gurunya dengan penuh hormat dan berkata,
"Kalau begitu, cikgu ajelah yang tanya dia nanti."

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails