Start My Long Journey Here
Dengan lafaz BismillahirrahmannirRAHIM.....
Maka dengan ini mengikut titah perintah duli yang Maha Mulia Tuanku Seri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong.. eden iaitu DOL dengan berbesar hati untuk merasmikan jurnal eden nih setelah baru berpindah dari yang lama iaitu Mind is Mine di Upsaid yang bengong dan cekik darah itu yang mana mengalahkan seekor drakula seperti Bush dan Tony Blair..
Upsaid punya pasal wat hal.. terpaksa eden mintak tolong member eden si Zhoulsz untuk buatkan layout yang cantik dan lawa cam skang nih utk eden.. haha.. bukan ajer dia buatkan layout.. tapi semua sekali dia buat.. tinggal hanya eden tukang masukkan entry jerk.. maklum la. eden nih buta IT... eden masuk U bukan amik cos IT.. sbb tuh la eden buta IT.. eden masuk U amik cos Sc Computer... kalu sebut pasal science.. kita tau kalu sekolah menengah dulu belaja tang kimia.. kalu science libatkan biologi.. kira cam kena bedah2 katak.. so.. skang masuk U lak.. eden belajo Computer Science... so.. banyak tau pasal bedah2 komputer jerk.. ngan campur2kan bahan kimia dalam komputer.. so.. maka jadik la komputer eden se power yang mungkin.. dengan terkangkangnya pc tuh.. dengan pelbagai jenis makhluk halus ada dalam tuh.. termasuk la kuman dan hama yang btol2 halus tak nampak dek pandangan mata... Oleh itu tanpa segan silu dan sudu garpu.. eden berbesar hati utk mengucapkan berbanyak time kasih kepada kawan baik eden.. tanpa dia jurnal ni tak wujud.. tanpa eden jugak.. entry yang bosan cam gini takkan ada.. dan tanpa cc yang bodoh bangang nih.. eden takkan dapat online ngan jiwa yang tenang sbb cc nih jerk takde orang main games yang bising dan memekak nak mampos cam cc cinerrrr. Eden jugak mewakili Yang Di Pertuan Agong dengan tidak rasmi langsung menganugerahkan kepada si Zhoulsz ini anugerah pereka layout terbaik yang murah hati merekakan layout utk beberapa blogger di tanah air udara dan api yang tercinta ini... Di harap beliau meneruskan usaha murninya kerana usaha murni itu akan di kenang sampai beliau tiada kelak..
Argh.. menda la eden melalut nih.. wokies.. kepada korang yang sudi berkunjung kemari tuh.. eden sekali lagik berbesar hati ( besor ke ati eden nih? ) untuk mengucapkan berbanyak time kasih. Tanpa korang siapalah korang.. dan eden adalah tetap eden walaupun tanpa korang.. Sekian, wabillah hitaufik walhidayah... Assalamualaikum wbt... ( pastu bunyi muzik pengumuman Raya, deng deng dengggg....).
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 comment:
Post a Comment