Malang sungguh malang. Semalam den dapat gaji, semalam tu jugak pc den rosak. Check punyo check, poning palo. Keputusannyo sungguh mengharukan hati dan perasaan eden. Selepas membuat ujilari menggunokan perkakasan backup, akhirnyo keputusan sungguh mendukocitokan.
Keputusan Ujilari :
1. Motherboard rosak ( langsung takde power )
2. Processor rosak ( langsung tak display )
Penyelesaian :
1. Tukar Motherboard
2. Tukar Processor
3. dan secara automatik, RAM kono tukor sama sbb pc lamo den pakai SDRAM. skang dah tak kuar laie dah motherboard yang support SDRAM.
Untuk menukar perkakasan itu bukan menjadi satu masalah bagi eden. Kalu ado ajo alat ganti, bagi ajo 1 jam plus minus untuk memasangnyo. Tetapi, masalah bosar sekarang ini adalah untuk mendapatkan alat gantinyo tu. Mano mau cekau? Dapatkah apek kedai pc kasi den buat bayaran 5 kali? Atau perlukah eden mengetuk keypad telefon bimbit mendail nombor yang tertera pado kad yang bersepah di kaki limo dopan opis eden? Ataupun perlukah eden mengumpul dulu dari sekarang?
Aiyo..berapo lamo den mau kumpul? Maunyo mati kebuluran. Dunio makin sempit. Minda den tertutup. Dok umah macam dok dalam guo. Takdo internet ibarat takdo la titian penghubung eden kepado dunio luar. Ibarat takdo la tanggo untuk den menuju ke atas. Nasib baik la jugo den kojo dokek company IT. Ado la jugak line internet kat opis ni dan leh la den surfing dan update blog den ni. Syukur.
p/s : pepatah melayu akan diupdate kemudian kerano buku pepatah melayu asli tertinggal dokek umah.