Alasan & Dalih


"Sila bagi alasan kenapa anda datang lewat ke sekolah"

"Jangan nak bagi alasan la kalau dah datang lambat tu"

"Sempat lagi ko nak ber'dalih' ek bila dah datang lambat tu"

"Aku cuba berdalih utk tidak mengikuti kursus itu dgn mengatakan isteriku sakit."

Bagi pemahaman eden yang cetek ilmu ni, duo perkataan itu membawo maksud yang jelas berbezo. Alasan bersifat neutral dan samado ianyo boleh ditafsirkan sebagai bersifat positif ataupun boleh ditafsirkan sebagai bersifat negatif oleh pentafsir sesuatu ayat itu.
Manokalo Dalih pulo secaro jelas adalah bersifat negatif jiko digunokan dalam sesuatu ayat penyato.

Tetapi kenapo ramai antaro kito yang suko menganggap dan mentafsir bilo mano seorang menyatokan satu alasan itu adalah bersifat negatif. Paling tidak akan dicemuh kerano cubo untuk memberikan alasan atas sesuatu perkaro itu. Sedangkan.. menyatokan satu alasan itu merupokan satu pernyataan untuk memberitahu akan sesuatu maksud yang sebenar-benar telah berlaku atau akan berlaku. Tetapi ramai juga antaro kita tidak dapat membezokan samado itu alasan ataupun dalih.

Jiko seseorang itu menyatokan sesuatu perkaro yang tidak berlaku atau tidak wujud, barulah boleh dikategorikan sebagai dalih. Dan bilamano sudah menjadi dalih, sudah tentu ia bersifat negatif dan samo sekali jugo boleh untuk TIDAK diterima pakai oleh pentafsir/pendengar.

Jadi, sebagai contoh disini, kita boleh mengatakan begini :

"Jangan cuba memberikan dalih jika anda tidak dapat menyahut cabaran Jiwa Kental. "

dan Bukannya mengatakan begini :

"Jangan cuba memberikan alasan jika anda tidak dapat menyahut cabaran Jiwa Kental."

p/s : Tok Rimau pakar bahasa... tolong perbetulkan yer..



Pepatah Melayu : Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas.
Ertinya : semua tipu daya yang dilakukan manusia itu hendaklah diatasi dengan lemah lembut jua.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails