Soft Launch
Saat den mencoret ni, den baru ajo sampai dari KL. Badan pun masih laie teraso keponatan akibat memandu secaro ekstrem dari KL ke JB tanpa henti dengan kelajuan minima 120km/j. Mato pun merah akibat kurangnyo tido.
Buek apo eko jang dokek KL? err..tuh la den kato yang den sojak duo monjak ni busy skit dongan kojo. Banyak kono out-station membuatkan den takdo maso nak meng'update'kan blog den nih. Tapi kali nih den gagahi juo untuk mencoret memandangkan sudah lepas satu beban yang tertanggung. Ops..tp ada laie beberapo beban masih dipikul ni..
Dalam bulan 3 ajo den dah naik KL sebanyak 3 kali.. dan kali ni plak den poie KL adalah untuk majlis Sidang Media bagi Pelancaran Laman Web Perundingan Pintar : I-Runding. Majlis diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya.
Den poie sehari sebelum majlis untuk menyiapkan segalo kelengkapan agar semuonyo berjalan lancar. Kol 3 pagi baru la siap semuo kojo dan dapat la merehatkan badan buat seketiko. Menginap di Hotel Marriot sebab pagi-pagi esoknyo terpakso lagi sekali memastikan bilik untuk majlis berlangsung tidak mengalami apa-apa masalah.
Majlis bermula jam 12pm dan vip yang datang adalah YB Dato' Dr. Mashitah Ibrahim, Dato' Dr. Fadzilah Kamsah dan Dato' Mohd Zaidi Mohd Zain. Pelancaran di mulokan dongan sedikit montaj berkenaan sistem perundingan pintar dan montaj tuh la yang disiapkan sehingga jam 3 pagi semalam tu.
Kemudian sesi soal jawab bersamo dongan pihak media dan sesi meng'snap' klik. Sepanjang majlis, den bertindak selaku jurukamera bagi pihak company tidak mahu kalah dengan jurukamera dari pihak media. Mereko dongan digital kamera ber'muncung' panjang..tapi eden dongan digital kamera yang cikai.. Oh..malunyerr...
Selepas majlis selesai, kitorang terus bertolak pulang ke JB sekitar jam 4 petang. Mahu lihat apo yang den snap? Cubo2 jengok dan cari di "AyAres Meng'snap' Klik"
0 comment:
Post a Comment