Outstation
Petang Jumaat dikobarkan secaro mendadak. Kono outstation ke KL selamo duo hari iaitu Sabtu dan Ahad. Sabtu minggu pertamo cuti, ahad pun cuti. Tapi den terpakso jadi Bangla pado duo hari itu. Biar la kawan mahu golak, tugas harus dipikul.
Bersiap dongan kadar panahan kilat, dan bertolak dari Jb pada jam 8.30mlm. Turun di perhentian rehat Nilai lebih kurang jam 12.30mlm. Sempat pekono nasi lomak dolu sementaro menunggu Man Driver datang amik.
Lebih kurang jam 1.00pg.. Man Driver sampai dongan Perdana V6 kaler itam. Man Driver antorkan di Metro Inn, Kajang. Lepas check-in, hempas badan di katil empuk. Terus sudah hanyut dalam mimpi indah.
Jam 6 pagi dah kono bangun. Perlu ado di Cheras pada jam 8.00pg. Ado majlis dokek dewan serbaguna di Cheras tu anjuran persatuan polis. Ceramah motivasi sehari bersama Dato. Dr. Fadzilah Kamsah. Terpakso handle satu gerai di sano untuk mempromosikan iRunding.
Jam 5 petang sudah selesai ceramah motivasi. Maka selesai la tugas eden disano. Man Driver hantar semula ke Metro Inn. Bersiap terus untuk keluar lagi. Kak Salina datang amik. Den bergogas turun. Singgah semayang Magrib di Masjid UPM. Jumpa Spyz dokek sano, den terus bagi gambar dan vcd yang memang di bawo untuk dio. Kebetulan jumpo di situ.
Diman datang. Kami bertolak ke Istana Budaya untuk menonton majlis penutup Festival Musik Kuala Lumpur. Memang memuaskan hati eden. Lagipun ini pertamo kali eden menjojakkan kaki ke Istana Budaya ni. Den kagum juo dongan pemain muzik semuo. Nida dah sediokan tompek utk kami. Dok kat kawasan press. Thanx to Nida. Lain kali lotak den dopan2 sekali yo..nak snap ketiak pengetuk gondang tu.
Lopaih dari menyaksikan persembahan, aktiviti seperti biaso. Melantit. Lokasi pilihan kali ini adalah restoran thai yg diberi namo Sri Niara Restaurant yang terlotak di Taman Melawati. Kehadiran adalah seramai 12 orang semuonyo. Ingin tahu siapo, jengok ajo dokek SINI.
Meriah juo. Seperti biaso kalau turun melantit di KL, den cubo memayungi majlis setakat den mampu. Itu berkat dari oustation la tu. Sapo kato jadi 'bangla' takdo rezeki?
Majlis lantit Melawati bersurai, Superdiman hantar kami (den dan kak salina) dokek 7-eleven tompek Kak Salina tinggalkan keta. Selopaih panaskan enjin, kak salina antorkan eden balik ke Metro Inn. Thanx to Kak Salina sudi amik dan antor balik sampai kol 2.30pg tuuu..
Esoknya. Bangun pagi lagi. Tukar tempat promosi. Pergi ke Permata. Kolej Latihan Perindustrian Petronas di Bangi mungkin. Tiada apa menarik melainkan majlis High Tea. Penceramah juga adalah Fadzilah Kamsah. Sempat masuk ke dalam menjamah juadah.
Man Driver antorkan. Singgah kat tasek serdang mengambil seseorang. Bawa sekali pergi KL. Sempat juga jalan2 sekitar KL. Pegi ke Time Square mencari aksesori kamera. Jumpa tu memang jumpa tapi harga membuatkan den telan liur. Wide Converter untuk digicam eden itu berharga RM1k++... tidak mampu. Cuba tanya Circular Polarizing Filter (CPL), size 72mm memang ada tapi kedai itu mau cekik darah eden. Mau jual dongan harga RM200++. Den tidak mau sbb budget lari. Akhirnyo kedai itu jual dongan harga RM150 sahaja. Den congak2 hasil dari survey, sudah murah itu. Apatah laie CPL itu berjenama Tamron.
Mau naik cab dari Time Square ke Puduraya jika amik dari kaunter, mereko mau charge RM8. Padahal tadi den naik dari Puduraya ke Time Square tu cuma RM3.. cis..cekik darah jugo yer kaunter taxi di KL ni ruponyo.
Dia suggest naik LRT sebelah Pudu Jail. Yakin yang amat dia kat situ ada Lrt Star. Jalan kaki dah sampai dokek dengan stesen monorail, baru teringat situ mana ada lrt. Adus..dapat penat saja. Peluh dah merecik membasahi kemeja lengan panjang eden. Gaya plak macam salesman baru balik jual barang. Hahaha..
Last-last jalan kaki saja. Tahan taxi tengah jalan. Hantar ke Puduraya cuma RM2.40 tapi orang kayo seperti eden cakap " keep the change".. ( riak ). Driver cina itu senyum tawar. Mungkin sikit sangat bakinya. Elehss..cukup la tu.
Dia hantar eden di Puduraya sampai naik bas. Dia lambai den lambai. Dia sudah hilang dari pandangan. Den lentokkan kepala lalu ilang dalam kegelapan suram lampu bas.
Sampai di JB sekitar jam 2 pagi.
0 comment:
Post a Comment