Fantastic Travel
28 Jun 2005

Jam 3.45pm di opis Skudai, Johor.

Jam 6.45pm sampai di UKM, Bangi. Singgah masjidnya untuk solat jamak taakhir.

Jam 7.30pm pegi ke Pasar Malam di Bangi. Makan di Sate Kajang Haji Samuri di tengah2 kesibukan pasar malam.

Jam 8.00pm, jemput Kak Salina datang join borak dan minum-minum. Sambil-sambil ese nak tgk si DIA yang Kak Salina maksudkan. Memang comel dan cute, sesuai untuk perempuan. Tp bagi Kak Salina yang perlukan lobih dari itu, ghasonyo tidak sesuai laie. Kak Salina harus mencari si DIA yang lain yang lebih mantap, paling kurang seperti Superdiman punyo.

Jam 9.00pm, bertolak ke tempat meeting di Seksyen 4 tambahan, pejabat Umno cawangan Serdang. Pelik, cawangan Serdang tapi berada di Bangi pejabatnyo.

Jam 9.45pm, meeting bermulo. Kehadiran Dato' dan seramai 30++ ahli mesyuarat membuat degupan jantung ese makin koncang. Kehadiran kumpulan Rabbani menyerikan suasana menampakkan meeting ini tidak terlalu formal dan tidak la terlalu simple.

Jam 10.30pm, giliran ese membontangkan kertas kojo yang ese buat. Montaj persembahan dan perasmian majlis malam apresiasi seni dan budaya Islam Hadhari menjadi tugas di atas batu jemala ese untuk di uruskan. Ese membawo rakan selaku di bahagian teknikal untuk menerangkan serba details tentang konsep dan gerak kerja yang akan di laksanokan.

Jam 11.30pm, meeting selesai dan ado sedikit jamuan ringan. Ese mintak diri kerano perlu pulang segero ke Johor Bahru.

Perjalanan diteruskan. Rancak berbual. Tidak sedar meter kereto mencocah ke angka 190km/h. Nasib baik yang dinaik itu adalah Proton dari Generasi Kedua. Maka tidak la rasa seperti digoncang dan dipukol ribut lagaknyo. Kereta itu nampak mantap memecut.

Lebih kurang 3 jam perjalanan saja dari Bangi ke Johor Bahru. Sesampai saja penat terasa. Rebahkan badan, hanyut bersamo mimpi indah.

Perihal Hati

Hati bagaikan rajo. Ianyo menentukan keputusan samado sesuatu tindakan itu perlu dibuat atau tidak. Segalo perbuatan tubuh harus terlobih dahulu mendapat kelulusan hati.

Akal fikiran sekadar memberi idea, saranan dan nasihat. Akal fikiran juo mampu mencerakinkan idea-idea tersebut samado yang positif atau negatif.
Tetapi..terpulanglah kepada hati untuk memilih dan melaksanokan tindakan.

Pusat operasi akal ialah di otak. Output yang dapat dijanakan oleh otak ini ditentukan oleh sejauh mano pengetahuan yang ia ado. Jiko ianyo memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam, mako idea-idea yang dijanakan akan lebih pelbagai, berkualiti dan bernas.

Jiko ianyo memiliki pengetahuan yang sempit, cetek dan terhad mako idea-idea yang bakal dijanakan akan menjadi kabur, silap dan kurang meyakinkan. Justeru, peranan akal dan pengetahuan adalah penting dalam diri yang kecil ini.

Akal dan pengetahuan akan menjadi tidak bermakno sekiranyo hati tidak beroperasi dengan caro yang wajar dan sempurna. Pusat operasi hati ialah di dado, iaitu sekitar kawasan jantung. Namun ia bukanlah merujuk kepado alat pengepam darah yang bernamo jantung itu, tetapi lobih kepado suatu kekuatan yang bersifat ruhaniah.

Keputusan-keputusan yang dibuat oleh hati boleh jadi positif atau negatif, bergantung kepado keadaan yang menguasai hati itu. Jika iman menguasai hati, mako keputusan-keputusan yang dibuat akan menjurus kepado kebaikan. Jiko nafsu-nafsu yang rendah lobih menguasoi hati, keputusan-keputusan yang dibuat akan membawo kepado keburukan.

Di sini proses pengurusan dan pembersihan hati adalah amatlah penting untuk memastikan organisasi diri sentiaso berado pado prestasi yang terbaik. Apo caronyo marilah samo-samo kito fikirkan.

Harijadi

Hadiah? Sapo nak kasi? Sapo la sudi kasi adiah. Mano ado.
Ese kasi adiah pado diri sendiri lah.
Hadiah tahun ni best. Ese monang tender.
Hadiah peningkatan mutu kerjayo ese.
Alhamdulillah...

Ese terkilan sedikit. Beberapo orang yang diharap ingat besday ese takdo pun wish. Tidak mengapo. Ese manusio mereko jugo manusio. Manusio adalah pelupo.

Keluargo ese jugo tidak wish. Tidak mengapo. Itu sudah kebiasaan. Kalu mereko wish, itu satu keajaiban. Keluargo ese tidak tahu besday ese. Sekali ese cakap sepuluh kali mereko lupo. Lagipun tidak ponah walau sekalipun ese sambut besday dongan family.

Tahun lopaih, sambut besday dalam wad. Kono chicken pox. Alam Study.
Tahun ini, sambut besday dalam opis dongan kojo menimbun. Alam Kerjaya.


p/s : pssst... ORANG itu, nak adiah bulih.?

Lantit Selatan

Tak jadi nak poie Senibong. Jalan mungkin sosak, takut tidak sempat jugo nak tgk sunset. Terus hubungi semua agar jumpa malam ajo dokek Danga Bay.

On the ke rumah Mushroomcute, beliau sms tak dapat nak join kerano masalah kesihatan. Ese teruskan ajo menuju ke Danga Bay sendirian.

Kehadiran tidak lah ramai tapi kami faham yang selatan tidak ramai Geju tapi mungkin ramai blogger's. Yang hadir, Salleh Kamil, Tok Rimau, Kak Nina n Husband n Naufal, Ayobkelubi a.k.a Akulerdon yang diraikan membawo 2 orang rakannyo dari Pasir Gudang.

Sesi borak. Makan. Borak. Makan. Hisap Rokok. Minum. Borak. Isap Rokok. Minum.

Kak Nina terpaksa balik awal. Tinggal para adam's ajo.

Sempat ese singgah tengok Konsert Bintang RTM kat situ. Snap barang sekeping duo. Lagipun dah nak habis dah.

Bila?


Suatu petang yang hening tatkala senja hampir datang menyapa.

Miss X : Bila agaknyer kita nak tunang?
Ese : errr... setahun lagi kot.
Miss X : Setahun lagi?
Ese : Tunggu ada kereta dulu dan kelengkapan lain.
Ese : Yup, kapel setahun kemudian bertunang setahun then kawin.
Miss X : Kawin setahun jugak ke?
Ese : Errkk... takde lah. Selamanya lah.
Miss X : bleh tahan ke bertunang setahun tu?
Ese : tak tahan pun nak wat camne, duit tak cukup. Saper soh letak mahal-mahal.
Miss X : 30k tuh mahal ke?
Ese : eh takkk... murah jerrr.! Murah amat.

Pstt.. cam nak jual anak yo. Cam tak ikhlas nak bagi anak kawin yo...

Tunang

Semalam, lamaran Dia sudah diterimo pihak perempuan. Kini Dia sudah ado tunang. Dia jerit dalam kereto sewaktu pulang. " yeay..aku sudah bertunang!! ".

Ese tanyo Dia sebelum tu, bilo mau langsungkan. Dia cakap lagi setahun. Bagus. Kumpul duit dulu jang dan kumpul ilmu-ilmu bimbingan rumah tanggo. Kalu ghaso tak cukup laie, poie masuk kolas ERT.

Di lain sudut, ado Orang memandang sinis. Mungkin ado maksud dalaman. Dari kerdipan mato seolah menyoal diri ini.

Dan hari ini, memang betol sangkaan ese. Orang itu tanyo ese. Kito bilo laie nak ikut jojak langkah Dia. Ese jawab dongan soalan, " esok-esok bleh? " Orang itu senyum malu. Malu itu tando mahu.

Kembali

Teater bertajuk 'Kembali' mengisahkan tontang hukum Karma, kepercayaan masyarakat Hindu tontang kelahiran semula. Di lakonkan oleh 6 orang pelakon teater berbangso India menggunokan bahaso Melayu campuran Inggeris. Di lakonkan di Istana Budaya.

Walaupun ese dok meng'snapklik' tapi ese menghayati lakonan itu. Kelahiran semula 'Prakash' ke dunio setelah permintaannyo ditunai oleh penjago nerako menimbulkan konflik. Beliau bercinto dongan kekasihnyo iaitu 'anak'nyo sendiri yang sudah bosar. Kemudian dikonalkan kepado omak kekasihnyo itu yg merupokan bokas bininyo yang masih menotap dokek rumah lamonyo.

Konflik timbul bilomano Prakash masih menyayangi isterinyo sodangkan semuo sudah mengetahui yang Prakash sudah meninggal. Lagipun kelahiran semula Prakash adalah bermula dari kecil semula dan menjalani kehidupan semula.

Walaupun begitu, setelah Prakash menceritakan sejarah-sejarah lampau yang telah dilalui, kelihatan isterinyo mempercayai begitu jugo dongan kawan baiknya. Tetapi konflik timbul bilomano berlaku perebutan kasih sayang seorang wanita. Si anak tadi pula masih keliru dengan kejadian yang berlaku.

Kemudian datang sang penjago nerako menghilangkan kembali ingatan Prakash dan akhirnyo Prakash seolah sudah tidak mengingati masa lampau beliau menjadikan beliau seolah hidup di zaman yang baru.

sekian....

KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, berado di Bukit Mahkota. Kawasan yang baru. Masih belum ado pembangunan pesat. Yang ado cumo deretan beberapo buah bangunan kedai. Kawasan di situ cukup panas. Mungkin pokok-pokok tidak banyak.

Lawat tapak untuk Majlis Apresiasi Seni dan Budaya, Islam Hadhari ( MASIH ). Pusat konvensyen cukup bosar. Memang boleh memuatkan lobih kurang 100 buah meja makan. Lighting dan sound system sudah cukup mantap nampaknyo untuk konsert mini namun pihak penganjur mahukan lobih untuk persembahan kali ini.

Satu yang menarik di sini bagi ese. KUIS ado tasik yang luas. Kawasan tompek makan mengadap tasik. Sungguh tenang, aman dan damai kelihatan. Remajo wanita sungguh jarang dan mungkin tiado yang memakai jeans. Rato-rato memakai kurung dan tudung. Kan bagus kalau semuo universiti terapkan begitu kepado pelajarnyo. Bukannyo memakai baju nampak pusat macam universiti lain.

Rindu

"
akum kawan-kawan.
zcomel,
biar di sini saya ungkapkan pengalaman saya di masa lalu mengenai seorang kawan perempuan saya. Masalahnya hampir sama dengan saudari cuma bezanya adik angkat beliau bukan berkahwin tetapi pergi belajar ke luar negara.

Mula-mula beliau seringkali mengadu yg beliau amat rindu yang amat sangat kepada adik angkat beliau. Boleh dikatakan setiap minggu pasti beliau akan mengutuskan surat kepada adik angkat beliau di luar negara tersebut. Beliau juga tidak menghiraukan kesihatan beliau, tidak makan.. kurang tido dan sering termenung.

Saya cuba menceriakan beliau dengan pelbagai cara. sampai satu masa beliau jatuh sakit. Kebetulan adik angkat beliau pula hampir utk bercuti semester dan mendapat tau hal ini terus bertolak pulang ke Malaysia. Bila adik angkat beliau datang melawat beliau.. kelihatan sungguh perubahan yang ditunjukkan..Dari tidak selera utk makan.. dengan adanya adik angkat di sebelahnya.. beliau makan dengan selera sekali.

Kemudian..saya meminta adik angkat beliau itu cuba untuk memberikan kata semangat kepada akak angkatnya itu. Setelah adik angkat beliau menasihati dan memujuk dengan baik.. menceritakan segalanya yang dia gembira disana..dia juga sentiasa rindukan akak angkatnya dan sentiasa mengharapkan akaknya sihat.

Seminggu kemudian barulah beliau kelihatan kembali bertenaga.. kembali ceria dan hidup normal.

Oh.. saya gembira. Gembira kerana akhirnya beliau dapat menerima akan hakikat ini.. Hakikat yang seringkali datang dalam hidup kita.

Itu la kisah pengalaman saya 5 thn dulu..

Moralnya : saya lihat sebenarnya kawan saya tu 'bimbang' akan adik angkatnya..bimbang ttg diri adiknya tu samada gembira atau tidak..sihat atau tidak dan akhirnya telah membuatkan dia jadi tidak tenteram, jiwa menjadi kacau dan tidak dapat berfikir dengan matang.


Oleh itu Zcomel..saudari jgn la risau ttg adik angkat saudari..Insya Allah... beliau gembira disamping suaminya. Kalau saudari ada masa lapang..jengok2 la adik angkat saudari tu.

"


Entry di atas ini adalah balasan kepada luahan seorang rakan forum yang bermasalah di FORUM iRunding.

Keliru

Ese bukan orang KL. Bukan juo orang Nogori Semilan. Ese cumo menotap dokek JB. Merantau jauh dari nogori Cik Siti Wan Kembang.

Kalu dari Kelantan naik bas, pasti turun dokek Hentian Putra. Berhampiran dongan The Mall. Dari dolu sampai sekarang, ese masih keliru antaro Sogo dongan The Mall.

Duo buah kompleks beli-bolah ini sering tidak lekat lokasinyo dalam ingatan otak ese. Mungkin sobab poket takdo isi mako ese jarang jojak kaki ke situ. Jadi sering lupo-lupo. Atau sobab banyok sangat ese dah tolan semut itam.?

Itu hari jenuh ese dok belaja geografi dongan Nida. Belaja tontang koordinat The Mall, Sogo dan kawasan sekitarnyo tapi masih juo tidak lokat di ingatan ini.
Sah, semut itam bersarang di dalam otak ese. Kono tolan Ridset plak lopaih ni.



Pepatah Melayu : Seperti bunyi kencing kuda di papan.
Ertinya : seorang yang bercakap tanpa henti atau perkataan orang yang berleter tiada kesudahan.

Weblogger's Day

11hb Jun 2005 , Taman Warisan Pertanian & Taman Putra Perdana, Putrajaya, Hari Weblog anjuran Geng Jurnal berjayo diraikan dongan meriahnyo. Kehadiran melobihi 40 orang termasuk 'orang-orang rumah dan anak rumah'.

Ese. 8.30am keluar dari rumah Zhoulsz. Terus pecut ke Putrajaya. Silap pemahaman tontang lokasi. Tuju ke Presint 9 tetapi tersasar hinggo ke Lim Kok Wing. Call ND. Ruponyo buat di Presint 16. Tidak jauh dari kompleks kerajaan.

Sampai. Terus daftarkan diri. Serahkan tag yang ese bawo pado Attokz. Serahkan juo cenderamato murah sekadar suko-suko sambil mengaplikasikan teknik pemasaran. Kemudian tidak tunggu lamo, kuarkan kamero dan snap apo sajo. No limit paparazzo.

Sudah ramai datang. Kak Ros sms semaso beliau sampai padahal ese dah ado kat situ dok halakan kamero pado beliau. Nin9 datang juo walaupun sekejap. Turut menjadi paparazzo. Bilo semuo ado, sesi taklimat. Attokz terangkan dongan lebarnyo. Semuo paham. Semuo cerdik-cerdik. Dan sebelum acaro Tresure Hunt dilopaihkan, sarapan dolu dongan nasi goreng dan meehoon dari Kak Pnut. Acaro bermulo topat jam 11.30am.

Tidak tunggu lamo. Semuo peserto tidak rugikan maso mencari jawapan untuk acaro Tresure Hunt ini. Kumpulan ese, 'Jiwa Kental' terdiri dari ese, Nesloice dan De5Lin pada awalan tidak susah-susah mendapat jawapan dari kaunter pertanyaan. Saat ini la gunonyo kaunter itu untuk mendapatkan informasi. Kemudian baru kami selesaikan soalan lokasi. Terima Kasih pado akak kaunter pertanyaan. Beliau begitu banyak membantu kami. Gunokan kemudahan yang ado!

Kami tersilap langkah. Sangko kami ado jawapan antaro dalam perjalanan ke Tmn Putra Perdano lalu kami cepat-cepat kesano kalau-kalau dapat jumpo jawapan. Raso lain macam. Call Attokz mintak petunjuk. Ruponyo jawapan semua berado di Tmn Warisan Pertanian ajo. Pecut semula kesano. Kami rugikan sedikit maso kesano. Kembali mendapatkan jawapan. Kami dapat lagi jawapan saat akhir. Ramai gunokan Sistem Barter - pertukaran jawapan suko sama suko. Kami tidak ketinggalan gunokan sistem itu.

Selesai. Kaunter penyerahan jawapan sudah dibuko. Kami bergegas kembali ke Tmn Putra Perdano. Sudah ado yang hantar jawapan lebih awal dari kami. Tapi kami belom laie terlewat. Sudah hantar, kami berehat melepaskan penat. Sambil mengisi perut. Banyak potluck makanan dari peserto. Macam-macam ada!!

Petang. Acaro sukoneka. Main 'Telefon Berkarat'. Main 'Belonku Sayang' (kump. kami monang). Main 'Raja Botol'. Main 'Kakiku Enam'. Main 'Barisan Terpanjang'. Dalam banyak-banyak mainan, telefon berkarat hampir buat perut ese pocah. Punyo la lawak.

+++ kumpulan 3- "ular lari lurus melingkar atas pagar tepi seluar masuk seluar lalu membesar keluar suara garau macam aw-aw kuala krai arau perlis+++

Selesai sudah mainan sukoneka. Kami tunggu jawapan Tresure Hunt pulak. Attokz bagi jawapan. Kumpulan ese dapek tompek ke-4 ( 63 markah ). Rugi btol. Satu anak tangga laie untuk dapat cenderomato lawa. Takpo. Lain kali buek laie Tresure Hunt, pasti kami jadi juaro.

Sesi pembahagiaan hadiah. Sambil itu sesi taaruf. Ramai tidak konal satu samo lain. Ado yang pertamo kali ese jumpo seperti Archiq, Apek, Khal, Laili - sekadar menyobut beberapo namo. Moga lain kali kami dipertemukan lagi agar lobih erat ikatan silaturahim.

Selesai. Bersurai. Ado yang balik terus. Ado yang menyimpang ke rumah Kak Pnut di Presint 9. Sempat jugo kesano. Rehat sekojap sambil minum dan layan Sin Chan. Borak-borak. Mereko borak Akademi Fantasia. Ese sonyap ajo sobab ese tak layan AF tu. Bak kato Tok Rimau, orang JB tak perlu Astro. Dah ada 15 channel dah. Jadi tidak kesempatan layan AF.

Kami ( ese dan zhoulsz ) bertolak pulang pada jam 8.00pm dari rumah Kak Pnut. Thanx Kak Pnut sediokan air menghilangkan dahago.

Kat sini ese ucapkan terima kasih kepado pihak Penganjur, Attokz bersamo barisan ajk-ajk, terimo kasih kepado barisan penajo seperti yang dinyatokan, terimo kasih kepado semuo peserto terutamo ahli kumpulan ese, Nesloice dan De5Lin. Kito jumpo laie dalam Tresure Hunt 2.0 yang bakal diadokan tidak tau bilo masonyo laie. Akhir sekali ese nak gitau. "Ese suko yang amat main Tresure Hunt, menjana minda, menguatkan mental dan fizikal."

Jumaat

Ese jahil bab agamo. Asas itu ado la di dado ini. Ese cumo kurang setuju, tidak tahu pulo pendapat orang lain.

Hari ini, hari sebelum, hari dulu-dulu dan mungkin hari mendatang. Lepas solat Jumaat, Imam dan makmum membaco umul khitab. Kemudian Imam sambung dongan doa panjang. Tadah tangan mengaminkan.

Ado. Makmum tidak turut baco umul khitab malah bangun dan solat sunat. Tidak tahu mereko sunat apo. Mungkin sunat sesudah semayang Jumaat, mungkin sunat hajat dan macam-macam sunat.

Tapi, ese yang jahil agamo tidak setuju caro itu. Kenapo tidak tunggu selopaih habis doa baru solat sunat? Doa itu untuk semuo, utk umat-umat Islam, untuk diri sendiri, untuk pemerintah dan untuk Rasullullah dan paro sahabat.

Solat berjemaah. Kenapo berdoa tidak mau berjemaah samo? Solat sunat. Mungkin untuk diri sendiri ajo pahalonyo. Tadah tangan jugo sendiri-sendiri. Amin pun sendiri-sendiri.

Lagi malang pado yang sesudah habis solat Jumaat. Terus bangun dan keluar masjid. Ese. Jugo pernah begitu. Dan ese jugo tergolong dalam orang malang.

Anda?

Bank 'Dekattt ajer'

"Ini kena isi penuh borang ni, kerja apa dan alamat tempat keja." ngomel cik akak kaunter.

"Wajib ke? Kalu tak keje camne? Takleh bukak akaun bank ke?" ese sajo nak menguji kesabaran cik kak itu.

"Tadi cakap keje, skang cakap tak keje plak. Mana satu ni.?" cik akak mula tensen.

"Yer la, kalu saya katakan saya tak keje dan tak isi ruangan tu, takleh bukak akaun la ek?" eden ghaso tercabar bilo ese jadi pelanggan dan dilayan secaro begitu.

"Boleh bukak, tapi tadi awak cakap lain sekarang cakap lain." muko cik kak dah masam mencuko.

"Kalu boleh bukak, tak jadi masalah la saya tak isi pun kan." haha... ese menyimbah minyak laie dokek bara yang membara itu.

Lain sungguh layanan mereko. Langsung tak samo dongan piagam pelanggan yang tertampal dokek dinding di bank itu. Nak ajo eden soh cik akak tu pegi ke tepi dinding tu dan baco balik piagam pelanggan tu.

Related Posts with Thumbnails