Perihal Hati
Hati bagaikan rajo. Ianyo menentukan keputusan samado sesuatu tindakan itu perlu dibuat atau tidak. Segalo perbuatan tubuh harus terlobih dahulu mendapat kelulusan hati.
Akal fikiran sekadar memberi idea, saranan dan nasihat. Akal fikiran juo mampu mencerakinkan idea-idea tersebut samado yang positif atau negatif.
Tetapi..terpulanglah kepada hati untuk memilih dan melaksanokan tindakan.
Pusat operasi akal ialah di otak. Output yang dapat dijanakan oleh otak ini ditentukan oleh sejauh mano pengetahuan yang ia ado. Jiko ianyo memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam, mako idea-idea yang dijanakan akan lebih pelbagai, berkualiti dan bernas.
Jiko ianyo memiliki pengetahuan yang sempit, cetek dan terhad mako idea-idea yang bakal dijanakan akan menjadi kabur, silap dan kurang meyakinkan. Justeru, peranan akal dan pengetahuan adalah penting dalam diri yang kecil ini.
Akal dan pengetahuan akan menjadi tidak bermakno sekiranyo hati tidak beroperasi dengan caro yang wajar dan sempurna. Pusat operasi hati ialah di dado, iaitu sekitar kawasan jantung. Namun ia bukanlah merujuk kepado alat pengepam darah yang bernamo jantung itu, tetapi lobih kepado suatu kekuatan yang bersifat ruhaniah.
Keputusan-keputusan yang dibuat oleh hati boleh jadi positif atau negatif, bergantung kepado keadaan yang menguasai hati itu. Jika iman menguasai hati, mako keputusan-keputusan yang dibuat akan menjurus kepado kebaikan. Jiko nafsu-nafsu yang rendah lobih menguasoi hati, keputusan-keputusan yang dibuat akan membawo kepado keburukan.
Di sini proses pengurusan dan pembersihan hati adalah amatlah penting untuk memastikan organisasi diri sentiaso berado pado prestasi yang terbaik. Apo caronyo marilah samo-samo kito fikirkan.
0 comment:
Post a Comment