Kembali

Teater bertajuk 'Kembali' mengisahkan tontang hukum Karma, kepercayaan masyarakat Hindu tontang kelahiran semula. Di lakonkan oleh 6 orang pelakon teater berbangso India menggunokan bahaso Melayu campuran Inggeris. Di lakonkan di Istana Budaya.

Walaupun ese dok meng'snapklik' tapi ese menghayati lakonan itu. Kelahiran semula 'Prakash' ke dunio setelah permintaannyo ditunai oleh penjago nerako menimbulkan konflik. Beliau bercinto dongan kekasihnyo iaitu 'anak'nyo sendiri yang sudah bosar. Kemudian dikonalkan kepado omak kekasihnyo itu yg merupokan bokas bininyo yang masih menotap dokek rumah lamonyo.

Konflik timbul bilomano Prakash masih menyayangi isterinyo sodangkan semuo sudah mengetahui yang Prakash sudah meninggal. Lagipun kelahiran semula Prakash adalah bermula dari kecil semula dan menjalani kehidupan semula.

Walaupun begitu, setelah Prakash menceritakan sejarah-sejarah lampau yang telah dilalui, kelihatan isterinyo mempercayai begitu jugo dongan kawan baiknya. Tetapi konflik timbul bilomano berlaku perebutan kasih sayang seorang wanita. Si anak tadi pula masih keliru dengan kejadian yang berlaku.

Kemudian datang sang penjago nerako menghilangkan kembali ingatan Prakash dan akhirnyo Prakash seolah sudah tidak mengingati masa lampau beliau menjadikan beliau seolah hidup di zaman yang baru.

sekian....

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails