Fantastic Travel
28 Jun 2005Jam 3.45pm di opis Skudai, Johor.
Jam 6.45pm sampai di UKM, Bangi. Singgah masjidnya untuk solat jamak taakhir.
Jam 7.30pm pegi ke Pasar Malam di Bangi. Makan di Sate Kajang Haji Samuri di tengah2 kesibukan pasar malam.
Jam 8.00pm, jemput Kak Salina datang join borak dan minum-minum. Sambil-sambil ese nak tgk si DIA yang Kak Salina maksudkan. Memang comel dan cute, sesuai untuk perempuan. Tp bagi Kak Salina yang perlukan lobih dari itu, ghasonyo tidak sesuai laie. Kak Salina harus mencari si DIA yang lain yang lebih mantap, paling kurang seperti Superdiman punyo.
Jam 9.00pm, bertolak ke tempat meeting di Seksyen 4 tambahan, pejabat Umno cawangan Serdang. Pelik, cawangan Serdang tapi berada di Bangi pejabatnyo.
Jam 9.45pm, meeting bermulo. Kehadiran Dato' dan seramai 30++ ahli mesyuarat membuat degupan jantung ese makin koncang. Kehadiran kumpulan Rabbani menyerikan suasana menampakkan meeting ini tidak terlalu formal dan tidak la terlalu simple.
Jam 10.30pm, giliran ese membontangkan kertas kojo yang ese buat. Montaj persembahan dan perasmian majlis malam apresiasi seni dan budaya Islam Hadhari menjadi tugas di atas batu jemala ese untuk di uruskan. Ese membawo rakan selaku di bahagian teknikal untuk menerangkan serba details tentang konsep dan gerak kerja yang akan di laksanokan.
Jam 11.30pm, meeting selesai dan ado sedikit jamuan ringan. Ese mintak diri kerano perlu pulang segero ke Johor Bahru.
Perjalanan diteruskan. Rancak berbual. Tidak sedar meter kereto mencocah ke angka 190km/h. Nasib baik yang dinaik itu adalah Proton dari Generasi Kedua. Maka tidak la rasa seperti digoncang dan dipukol ribut lagaknyo. Kereta itu nampak mantap memecut.
Lebih kurang 3 jam perjalanan saja dari Bangi ke Johor Bahru. Sesampai saja penat terasa. Rebahkan badan, hanyut bersamo mimpi indah.
0 comment:
Post a Comment