Rindu

"
akum kawan-kawan.
zcomel,
biar di sini saya ungkapkan pengalaman saya di masa lalu mengenai seorang kawan perempuan saya. Masalahnya hampir sama dengan saudari cuma bezanya adik angkat beliau bukan berkahwin tetapi pergi belajar ke luar negara.

Mula-mula beliau seringkali mengadu yg beliau amat rindu yang amat sangat kepada adik angkat beliau. Boleh dikatakan setiap minggu pasti beliau akan mengutuskan surat kepada adik angkat beliau di luar negara tersebut. Beliau juga tidak menghiraukan kesihatan beliau, tidak makan.. kurang tido dan sering termenung.

Saya cuba menceriakan beliau dengan pelbagai cara. sampai satu masa beliau jatuh sakit. Kebetulan adik angkat beliau pula hampir utk bercuti semester dan mendapat tau hal ini terus bertolak pulang ke Malaysia. Bila adik angkat beliau datang melawat beliau.. kelihatan sungguh perubahan yang ditunjukkan..Dari tidak selera utk makan.. dengan adanya adik angkat di sebelahnya.. beliau makan dengan selera sekali.

Kemudian..saya meminta adik angkat beliau itu cuba untuk memberikan kata semangat kepada akak angkatnya itu. Setelah adik angkat beliau menasihati dan memujuk dengan baik.. menceritakan segalanya yang dia gembira disana..dia juga sentiasa rindukan akak angkatnya dan sentiasa mengharapkan akaknya sihat.

Seminggu kemudian barulah beliau kelihatan kembali bertenaga.. kembali ceria dan hidup normal.

Oh.. saya gembira. Gembira kerana akhirnya beliau dapat menerima akan hakikat ini.. Hakikat yang seringkali datang dalam hidup kita.

Itu la kisah pengalaman saya 5 thn dulu..

Moralnya : saya lihat sebenarnya kawan saya tu 'bimbang' akan adik angkatnya..bimbang ttg diri adiknya tu samada gembira atau tidak..sihat atau tidak dan akhirnya telah membuatkan dia jadi tidak tenteram, jiwa menjadi kacau dan tidak dapat berfikir dengan matang.


Oleh itu Zcomel..saudari jgn la risau ttg adik angkat saudari..Insya Allah... beliau gembira disamping suaminya. Kalau saudari ada masa lapang..jengok2 la adik angkat saudari tu.

"


Entry di atas ini adalah balasan kepada luahan seorang rakan forum yang bermasalah di FORUM iRunding.

0 comment:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails