30.4.08

Touch Cannot Go

Kad baru yang di beli, ingatkan dah cukup berteknologi.
Ado sekali ese reload di ATM Machine, Maybank.
Boleh. Baki bertambah.

Tapi bilo baki sudah sedikit. Ese lalu dokek lorong bertando "tambah nilai".
Bilo di hulur kad, tak boleh nak reload.
Kato pekerjo tol, Mix Match.
Minto ese poie tukar dokek pejabat.

Bilo ese poie pejabat Plus. Kerani bagitau system tak dapat baco.
Kalau topup guno ATM Machine, dah tak boleh topup dokek plaza tol.
Pihak Plus salahkan system yang ado dokek ATM Machine.

Dan ese cakap, kalau dah tau sistem belum synchronize.
Kenapo dah nak laksanokan reload melalui ATM Machine.
Patutnyo betulkan dulu system tu baru laksanokan.

Ese amik kesimpulan, walaupun memudahkan.
Tetapi masih ado bendo simple yang menyusahkan.

Technorati Tags:
, , , ,

29.4.08

Sedia

Borang sudah diisi. Gambar sudah diberi.
Tinggal menunggu maso yo.
Maso yang sememangnyo ese sentiaso siap sedio.

Walau apo dikato, apo di ghaso.
Ese totap dongan niat yang satu.

Ya. Satu dan bukan duo.
Adakah kamu jugo sudah bersedio?
Untuk berkawat kaki bersamo ese.

28.4.08

Dr. Love

Di tongah malam, Dr. Love terimo panggilan kecemasan.
Sedang terpisat-pisat mengesat taik mato, Dr. Love lihat screen telipon.
Namo pesakit yang sodang dalam rawatan terpampang.
Mahu apo pado malam-malam buto begini, desis Dr. Love.

Lalu di jawab panggilan itu. Kedongaran pesakit itu menangis teresak-esak.
Serbo salah Dr. Love. Termangu kojap.
Dibiarkan pesakit itu habiskan tangisan.
Saat sudah reda, Dr. Love pun bertanyo.

"Kenapo eh dongan kamu ini, sakit kah? Sudah makan pil penahan sakit?"

"Bukan Doc, bukan sakit. Saya.. saya tensen. Kenapa saya jadi begini Doc?"

Dan malam itu, Dr. Love terpakso menahan tidor demi memberikan
kato peransang buat pesakitnyo. Dan akhirnyo telepon dilotak seiring dengan
tarikan nafas panjang dan ucapan terimo kasih dari pesakitnyo.

Dr. Love terbaring lesu. Turut menghela nafas yang panjang. Tersekat-sekat.

27.4.08

Barah

Mey Hua malu-malu ingin bagitau pado ese.
Katanyo nanti jatuh lah maruah dia.
Kalau orang dapat tahu.
Mana mau lotak mukonyo.

Mey Hua angkat tangan ese.
Lokap di dadonyo sebolah kanan.
Tangan dio menokan tangan ese untuk menokan dadanyo bolah kanan.
Member dokek sebolah terbeliak bijik mato. Tersampuk barangkali.

Teghaso ado benjolan. Keras. Berketul-ketul.
Mey Hua cakap, ianyo menyakitkan.
Kadang teraso panas sejuk mencucuk-cucuk.

Ese tanyo, kenapo jadi gitu?
Mey Hua cakap, tersilap ubat barangkali.
Tak menjadi. Mungkin overdose?

Gara-gara mau cantik dan punyoi tetek yang mungil.
Kini Mey Hua derito menanggung sekso.
Tetek Mey Hua membengkak. Sebolah ajo.
Selopeh menerimo suntikan hormon.
Padahnyo. Sungguh sengsaro.
Mungkin ado simpton barah payudara?


26.4.08

Sendiri

Kalau sudah takdo laie kepercayaan apo-apo.
Ese ghaso perlu menyendiri.
Barang seketika.

Masih banyak dan jauh laie perjalanan idup.
Untuk ese fikirkan. Untuk ese renungkan.
Bukan perkaro remeh mengikut emosi semato.
Untuk melayan perasaan yang entah apokobondo.

Ese bukan laie remajo.
Bukan zaman itu untuk rajuk rayu.
Dan bukan zaman untuk menarik muka masam.

Tidak sekali untuk mengelak.
Bukan jenis diri ini untuk mengalah.
Tidak sama sekali. Juang totap juang.

Namun ese perlukan maso.
Untuk kuatkan kembali.
Semangat untuk terus berjuang.

Kalau yang kita harapkan menyokong.
Turut samo melomahkan semangat kita.
Tidak bekerjosamo dan tidak berkongsi.
Malah membuatkan diri ini bagaikan manusia bodoh.
Apakan dayo laie.

Haruskah ese idup sendiri?
Menghayun kaki menyusuri liku hidup ini.
Berjuang sendirian?

25.4.08

Pengharapan

Terkadang, apobondo yang kito harapkan.
Tidak kesampaian.

Dan ese berharap laie. Cuma satu. Bukan dua.
Pengharapan untuk kepercayaan.

Dibalas.
Kembalikan kepercayaan itu.

Ese cubo berusaho. Namun dugaan itu maha hebat.
Semakin mencubo, semakin kuat dihujani dugaan.
Terkadang hampir tersungkur rebah.
Namun berpaut pado niat nan satu.

Ese tekad. Walau apo terjadi.
Niatku totap yang satu. Bukan dua.

23.4.08

Dilema

Kojo Gomen.
Dari dulu otak ese diset untuk tidak terjerumus dalam
lembah pekojoan gomen. Tidak. Bukan tidak bagus.
Ese tidak suko kojo yang di ikat.
Macam lembu di cucuk idung.
Gaji terjamin. Ado kenaikan setiap tahun.
Kalau hujung tahun mungkin ado bonus.
Nak buat permohonan pinjaman pun sonang.
Tapi kojo gomen macam tu lah.
Kalu duduk atas, kono tokanan dari bawah.
Kalu duduk tongah2, laie la sakit kono tokanan dari dua arah.
Kalu duduk bawah, kalian tahu lah kan camno kan?

Kojo Swasta.
Masih jugok laie seperti lombu dicucuk idung.
Tapi bergantung pado skop kojo.
Kalau kalian dibidang pemasaran seperti ese,
mungkin kalian boleh bergerak kesano kemari.
Bebas. Tapi masih di dalam kandang yang luas.
Gaji kalian kadang totap. Tak bergerak-gerak.
Kalau nasib baik, duit claim boleh dapat cepat.
Tapi kalau nasib kurang baik, claim kalian yang dah
5 bulan pun belum dilunaskan. Jadi haraplah pado gaji
pokok yang tak seberapo. Cukup untuk kalian makan minum.

Kojo Sendiri.
Bebas. Takdo tali tercucuk dokek idung.
Mau pergi atau pulang kojo pukol berapo pun takdo orang kisah.
Bergantung cumo pado disiplin sendiri.
Bilo ado job, adolah gaji untuk makan.
Kalau takdo job, kalian bakal sasau mencari.
Risiko tinggi tetapi pulangan jugak tinggi.
Kalau kalian untung bosar, agih-agihlah pado yang memerlukan.
Barulah ado borkat dalam perniagoan.
Kalu nak buat pinjaman bank, agak rumit sikit lah.
Perlu itu ini baru boleh lopeh. Itupun kalau duit kat bank banyak.
Pengurusan kendiri mesti teratur, baru dapat menguruskan anak buah.
Bertambah lagi satu 'pengurusan' yang perlu kalian fikirkan.



Kalau kalian, mahu pilih yang mano satu?
Yang selamat tetapi terikat.
Yang bebas tetapi tersekat.
Yang luas tetapi berisiko tinggi.

22.4.08

Black Goat

Kalian ponah dijadikan 'kambing hitam'?
Jiko jawapannyo Ya, kalian tentu tahu apo ghasonyo kan?
Sodap sehinggo menjilat jari? Atau menggigit jari?

Jiko jawapannyo Tidak, kalian kono berhati-hati.
Agar tidak sewenangnyo di 'kambing hitam' kan oleh sesiapo pun.

Orang kato, lamb chop itu sodap.
Tapi menjadi 'kambing hitam' tidaklah sesodap memakan lamb chop.

Berlaku jujur bukan segalonyo untuk terus berjuang idup dokek dunio.
Malah menjadi hipokrit jugo biarlah berpado-pado.
Kelak bakal memakan diri sendiri.

apm01


Ese domam. Lantaran sojuk melampau dalam dewan yang sedang dalam persediaan.
Dan tibo-tibo melangkah keluar ke tompek paneh untuk menapak ke Suria KLCC.
Namun domi tugasan yang diamanahkan oleh Beyond Events, ese kuatkan diri.

Sementolah diberikan tag untuk 'all access' menjadikan kami, Capturepixs Team
lobih bersemangat melaksanokan tugasan. Dan menjadi kewajipan kami untuk
capture seluruh perjalanan majlis dari mula hinggo lah selosai.

Anugerah Planet Muzik 2008 yang sudah 5 tahun diadokan dokek Singapura kini
kembali diadokan dokek Malaysia. Majlis ini berlangsung pado 20 April 2008
di Kuala Lumpur Convention Centre ( KLCC ).

Kehadiran penyokong dari Singapura menggamatkan suasano persembahan.
Dan pado maso rehearsal, sompek lah jugak berborak dongan artis tempatan
macam Anuar Zain, Zainal Abidin, Nasha Aziz, Farah Asyikin dan juga beberapo
artis dari Singapura dan Indonesia.

Terpampang dokek kerusi yang disusun namo-namo artis yang akan hadir turut
membuatkan ese teruja. Masakan tidak, namo-namo bosar dalam industri hiburan tanahair
seperti Datuk Siti Nurhaliza, M.Nasir, Erra Fazira, Maya Karin, Nasha Aziz dan ramai lagi.

Dan ini keputusan bagi Anugerah Planet Muzik 2008 seperti yang diraikan semalam.

Artis Wanita Baru Terbaik - Farah Asyikin
Artis Lelaki Baru Terbaik - Faizal Tahir
Kumpulan Baru Terbaik - Meet Uncle Hussain
Lagu Paling Popular - Itu Kamu, Estranged
Kumpulan Paling Popular - Estranged
Artis Lelaki Paling Popular - Faizal Tahir
Artis Wanita Paling Popular - Datuk Siti Nurhaliza
Artis Lelaki Terbaik - Anuar Zain
Kumpulan Terbaik - Gigi
Lagu Terbaik - Nakal, Gigi
Artis Wanita Terbaik - Krisdayanti
Album Terbaik - Peace, Love & Respect - Gigi
Artis Singapura Paling Popular - Cradle
Lagu Singapura Paling Popular - Cradle
Artis Terbaik Singapura - Taufik Batisah
Album Terbaik Singapura - Ceritera Awan, Cradle

Dan terdapat duo anugerah yang tidak dipertandingkan, tetapi diraikan ;

Anugerah Cipta Planet Muzik - KRU
Anugerah Khas Planet Muzik - Search

Dan kami pulang tepat jam 2am menuju ke tanah selatan. Berhonti banyak kali
dokek R&R di Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ). Masing-masing mengantuk dan
badan pun dah longlai lunyai di mamah aircond yang sejuk banget.

Ado banyok gamba dimuatnaik dokek Capturepix's

17.4.08

Indon vs Bangla

Masuk ladang itu, keluar ladang ini.
Macam-macam jenis mat indon dan mat bangla yang ese jumpo.

Kalau mat indon, ado berbagai jenis. Tuo ado, mudo ado.
Yang baik ado, yang nakal ado, yang macam gangstar pun ado.
Macam-macam jenis.

Tapi mat bangla ni kalu di lihat rat0-rato yang ado dokek ladang,
sepesen ajo. Dalam lingkungan 20an-40an.
Takdo yang kebudakan, dan takdo yang dah tuo kerepot.

Mat indon berpakaian ala kadar. Rambut tak bersikat itu dah biaso lah.
Baju t-shit corak macam jenis. Ala rock ado, ala nazi ado, ala black metal pun ado.
Seluar pulak tak usah di cerito. Jenis seret tahi ayam memang kegomaran mereko.
Jeans kaki bosar. Yang pakai seluar pendek koyak rabak pun ado.

Tapi mat bangla, kalian mungkin dapat agak. Pakaian mereko kemas.
Sentiaso pakai kemejo lengan panjang. Kecuali waktu di tongah ladang sodang kojo.
Kalu baju, dah pasti di kancing sampai ke ataih. Lengan panjang pulak takdo yang
di lihat disinsing. Semua berkancing di lengan.

Rambut mat bangla. Memang kemas.
Rapi dan ado yang berkilat di sikat dongan minyak rambut.
Kalu di berikan blazer, dorang memang pakai dengan penuh gayo.
Siap kancing.

Bilo diberikan blazer pado mat indon, siap kono tolong betulkan laie.
Senget sano sini. Ado yang sampai rabak baju dibueknyo.
Sedih betul ese nengok.

Itulah jurang perbezaan yang ese nampak semaso sesi penggambaran
untuk projek I-Card bagi pendatang luar negaro yang bekojo dokek Malaysia.


Sabtu lopeh, sebaik ajo lopeh menghadiri majlis kahwin sahabat di Kluang,
ese yang menompang Abang Comel Buncit pun nak poie ke Kompleks Sukan.
Tetapi hujan lobat yang amat. Terus tak jadi nak singgah.

Dan Ahad, terpakso poie laie sekali. Kali ini ese poie dongan Abang Bulat
dan Abang Botak naik JAISI jer.

Waktu JAISI sampai dokek pintu masuk ke Kompleks Sukan, kebotulan ado konvoi
dari geng mano ontah, ado marshall dongan kereto lampu lip-lap.
JAISI membontoti rapat-rapat kereto marshall dan turut bukak lampu lip-lap.
Dongan itu dapek la ese masuk ke kawasan parking berhampiran lokasi trek.

PETRONAS Sprinta AAM Malaysian Cub Prix Championship 2008 diadokan dokek Kompleks Sukan, Kluang, Johor, Malaysia pado 12 & 13 April. Sampai ajo, ese tengok ado pagar tingginyo lobih kurang 10 kaki. Sungguh hampeh penganjur.
Macamano penonton nak tengok perlumbaan.

Mengikut kato sumber yang boleh dipercayoi, tahun 2007 lopeh, pagar tidaklah setinggi tahun ini. Dan camano lah freelance photographer macam ese dan rerakan
nak shoot perlumbaan ni.

Abang Botak cubo bertanyo dongan Marshall trek untuk masuk, namun malang tidak dibonarkan memandangkan kami takdo tag. Mako dongan itu, berlegar-legar lah kami
mengelilingi trek mencari port yang terbaik untuk kami menembak.

Bahang panas teraso. Haus sungguh tokak. Manusia ramai bersosak-sosak. Sampah memang usah cakap lah, bersepah sano sini. Ese pun polik kenapo dokek kawasan berdokatan, Majlis Perbandaran tidak sediokan tong sampah. Satu pun tong sampah takdo dokek kawasan gerai menjual makanan.

Abang Botak dah malas nak shoot. Katonyo dah takdo mood. Tapi ese yang minat
bonar untuk shoot sport, nak taknak terpakso mencari port yang sesuai dan selit
di colah manusio yang ramai.

Memandangkan ese bawak senapang gajah, jadi orang ramai pun dongan senyum simpul
memberi sedikit ruang untuk ese beraksi. Kadang dongar juo suaro dorang mintak
ese shoot dorang sekoping duo. Soh masukkan dalam News Paper, kato dorang.
Sedangkan dorang taktau yang ese cumo freelance ajo. Dok luar pagar ajo.

Tapi ese cukup banggo walaupun ese shoot dari luar pagar, ikut colah lubang pagar.
Hasil yang ese dapek memang memuaskan hati sendiri. Malah jauh lobih baguih laie
dari apo yang ado dokek laman rasmi penganjur. Kalu ekorang tak cayo, boleh ajo
ekorang poie tengok dokek website Malaysian Cub Prix.

Yang sayangnyo ese tak dapek nak shoot dokek podium dan sebarang foto pemonang
dongan pialo masing-masing tak dapek nak diabadikan. Kalu tahun dopan ado laie
dan kesompatan laie untuk poie shoot, kono la cubo ikut otai yang ado untuk
masuk ke kawasan dalam pagar. Baru boleh buat aksi panning sekali.

4 tahun nan lalu, perit, pedih dan sakit sungguh.
Jatuh air muko dan ilang maruah ese.
Bagaikan orang gilo dibueknyo.

Hari ini, ese meraso sakitnyo kembali menyengat.
Tersedut hampir separuh nyawo ese.
Namun situasinyo sungguh berbezo. Samo tapi tak serupo.

Kalu sodih, ese lobih suko sendirian.
Ese perlukan ketonangan. Menghayati setiap posan ayoh dan ma.
Dan ese akan sibukkan diri dongan kojo-kojo seharian.
Agar orang sekeliling tak nampak kesodihan ese.

Moga sejarah takkan mungkin berulang.

13.4.08

Versatile

Jek Jenggo, ketuo kapitan ladang kepulauan Borneo cakap ese ni, 'Versatile'.

Ese angguk geleng dopan sorang rakan sekampong, Amir.
Yang hensem dan banyak pitih.
Rakan niago yang samo-samo mahu melonjak ke dopan.

Tang mano yang 'versatile' pun ese taktau.
Tapi untuk idop, posan arwoh ayoh ese, kato beliau,
"idup ni, keno buek apo sajo, jangan terlalu memilih".

"Dari pengalaman, kito bulih sentiaso melangkoh ke dopan", tambah beliau lagi.

Dari dolu laie, ese memang suko buek sesuatu yang baru.

Terkadang, ese rindu pado posanan arwah ayoh ese.
Dan malam tadi, ese rindu beliau laie.

Ese sambut cadangan Bro Rudy Bluehikari dongan nekad.
Emailkan ajo entri blog kepado Dekan.
Sisipan email mungkin sudah dibaco oleh Dekan FSKSM.
Kalau dio ado maso membaco email dari orang tak dikenali lah.
Takpo, ese bokeh pelajar FSKSM. Takkan tak bulih bersuaro untuk kebaikan.

Selang sehari ese hantarkan email link blog,
semalam ese mahu hantar barang lagi ke tompek yang samo.
Tapi kali ini guno kendoraan yang mewah sedikit.

Dan nah. Ya. Pagar berpalang arah keluar masuk bangunan N28 sudah
terangkat keduo-duonyo. Seolah menyambut mesro kedatangan ese.
Adakah kerano menggunokan kenderaan mewah?

Apakah punconyo palang itu terangkat. Dah rosak kah?
Atau sememangnyo takdo staf nak jago untuk tokan butang Interkom
bagi mengangkat palang untuk naik ke atas?
Jadi penyelosaiannyo, terus angkat ajo lah tanpo perlu turunkan.

Oh, nasib si pagar palang.



Satu makhluk berbulu tolah berjayo ditangkap Bomoh Tua.
Perangkap yang dipasang bukan calang-calang.
Bomoh Tua dapat dari sempadan kepulauan Borneo.
Berpagar bosi. Sudah dibaco jampi serapah.


Duo hari makhluk berbulu di kurung.
Takut makhluk tersebut mampos, Bomoh Tuo beri makan biskut merry.
Makhluk itu pelahap jugak ruponyo.
Patutlah berkeliaran dalam rumah bujang ini.

Setolah dipakso dan dibebel oleh Sang Kepunden Keding,
Bomoh Tuo melopehkan makhluk berbulu di sekitar dopan perumahan.
Dan mengejarnyo. Mencicit makhluk berbulu lari. Menyusup disebalik semak.
Takut betul dongan mentera Bomoh Tua. Atau takut dongan badan Bomoh Tua?

Namun, ghasonyo makhluk berbulu meninggalkan bininyo di rumah bujang ini.
Tepat jam 12.00 malam, si bini makhluk berbulu yang jugak berbulu,
menyeringai di sebalik peti ais. Menampakkan taring.
Menyapa Sang Liutrawa yang datang bertandang.

Dan mengilai-ngilai bagai langsuir.
Sang Liutrawa. Bukan makhluk tersebut.

7.4.08

Sabotaj

Semalam.
Dio kato, kekalahan pihak dio disobabkan oleh sabotaj.
Itu sobab boleh kalah bosar.

Kalau dia monang.
Adakah dio akan keluarkan kenyataan yang samo?
"Kami monang sobab takdo orang sabotaj!"

Kalau dio tido semaso majlis. Takdo orang mau sabotaj kah?

Kadang-kadang bondo macam ni lah yang membuatkan
khalayak meghasokan mual dan loya mendongarnyo.

Dan pihak lagi satu pulak, tak abis-abis memprovokasi.
Menangguk di air keruh.
Gunokanlah pendekatan lain.
Agar khalayak tidak mual dan loya.

Berikan sesuatu pado khalayak.
Buktikan yang kalian boleh.
Bukan hanyo melaung pado manifesto masing-mnasing.
Tapi segalonyo cumo menanam tebu di bibir.

Kalau bibirmu mungil macam cewek indonesia,
mahu jugo ese mengulumnyo. Mungil manis.

Keluar masuk ke bangunan N28, Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memang ado pagar berpalang.
Tujuannyo dolu takmoh kasik pelajar turut samo parking
di ruang yang disediokan untuk pensyarah dan kakitangan pejabat.

Ese, rapatkan kereto di depan pagar berpalang.
Tekan butan interkom hampir 5 kali.
Baru ado suaro perempuan.
Ese bagitau nak hantar barang ke Fakulti.
Pagar berpalang terangkat.
Ese masuk.

Selopeh selesai tugas menghantar barang.
Ese mahu keluar.
Kono lalui laie pagar berpalang arah keluar.
Turut ado samo interkom di tepi pagar.

Ese tokan. Sekali. Duo kali. Tigo kali.
Takdo orang jawab.
Ese tokan laie. Sepuluh kali. Doploh kali.
Pun takdo orang jawab.

Ese hangin satu badan. Memang patut ese anti dongan
pekorjo kerajaan ni. Jam 4.15pm di tangan. Mano poie semuo pekerjo?
Takkan dah bersiap-siap goyang kaki nak pulang.
Buek apo di lotak interkom kalau takdo yang nak jawab?
Menyusahkan orang yo.

Ese tokan laie. Limo puloh kali.
Takdo berjawab jugak.
Hampir doploh minit ese menokan butang interkom.
Takdo orang berjawab. Macam cilako cis. Desis hati kecil ese.

Kebotulan. Ado staff Fakulti berkonaan barangkali.
Mahu keluar jugak ikut pagar berpalang itu.
Beliau tengok ese tokan bertubi-tubi tapi takdo orang berjawab.
Beliau angkat tangan, hulur kad id beliau.

Ese pinjam sekojap dan sentuh di panel.
Pagar berpalang terangkat.
Beliau dengan kereta dari belakang.
Membontoti rapat-rapat kereto ese.
Satu touch, 2 buah kereto keluar.

Terimo kasih bro.

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat dongan pagar berpalang.
Memang menyusahkan. Dan staf yang tak jawab Interkom, memang cis sungguh.

Dolu maso ese belajar di Fakulti tersebut, zaman tu belum wujud lagi
menatang alah pagar berpalang ini. Memang dapek parking di atas.
Pado maso ese konvo lah, benda alah ni di buat.

Menyusahkan. Terimo kasih Dekan, FSKSM.
Kerano tidak menjengok permasalahan ini.


technorati tags:

2.4.08

Apa Kejadah?

Luar Negara
Ahli Parlimen Belanda, si brengsek Geert Wilders sememangnyo
sialan menyiarkan filem pendek bertajuk 'Fitna' yang menghina agamo Islam.
Seluruh dunio mengutuk tindakannyo.
Duta Belanda di Malaysia, Lody Embrechts melahirkan raso kosal.
Terlajak perahu boleh la ekau kayuh undur balik jang oiii,
ni dah terlajak jet roket dah ni.

Dan kini, seluruh dunio Islam memboikot barangan dari negaro Belanda.
Beberapo barangan buatan Belanda :
Shell, Mentol Philips, Dutch Lady, Ferrero Rocher,Van Houten,
Knorr, Lady’s choice, Lipton, Wall’s, Planta, Fair & Lovely, Lux, Rexona,
Pond’s, Dove Clear, Breeze, Ben & Jerry’s, dan banyak lagi.

Mari samo-samo kito memboikot.


Luar Negara lagi
Siapo itu Sufiah Yusuf kalau di Salford, Manchester?
Penggomar seks bebas mungkin lobih mengonali beliau dongan Shilpa Lee.
Dodahan tabloid membuko mato rakyat kito terutamonyo,
yang dolu cukup berbanggo mempunyai permato harapan bangso.
Namun sekali tersilap langkah terjerumus, padah jawabnyo eh.

Mari samo-samo kito doakan mugo beliau kembali ke Malaysia.


Dalam Negara? ( ada jugak ruponyo )
Penyanyi tersohor yang merupokan adik kepado Kak Ziana Zain,
siapa lagi kalau bukan Anuar Zain. Kalian kenal?
Mungkin ado orang terkojut, mungkin ado orang tidak terkojut.
Malah menganggap itu adolah caro terkini yang lobih 'open minded'.

Ya. Inilah salah satu contoh penggunoan 'Matlamat Cuba Menghalalkan Cara'.
Sanggup buat apo sajo asalkan dapek mencapai matlamat.
Bagi ese, ini sungguh memalukan. Sungguh memualkan.
Kalau beliau bukan Islam, ese tidaklah semual sekarang.
Tetapi jelas, beliau mengenepikan agamo semato untuk peminat.

Dalam sedar atau tidak, tawaran beliau itu bakal mengajak masyarakat
sekeliling ( terutamo peminat beliau lah ) untuk turut samo berkongsi
habuan mencemar imej agamo Islam. Sungguh memalukan.
Kalau ini berlaku, apo tanggapan 'orang luar' tontang perilaku ini?

Berpuluh tahun dalam dunio hiburan, semakin berani bertindak-tanduk
tanpo memikirkan kesan dan natijahnyo. Dimano kematangan beliau?
Mungkin sudah tibo untuk beliau punyai 'sesorang' untuk menjagonyo.

Mari samo-samo kito doakan Anuar Zain sodar akan tindakannyo itu.

1.4.08

Wanita Malam

Wanita malam.
Hidupnya gelap gulita.
Ditemani cuma bayangan suram rembulan.

Wanita malam.
Tangis hiba tiada terasa.
Walaupun rindu kian menerpa.

Wanita Malam.
Bibir tersenyum hambar.
Merenung masa yang berlalu.

Sampai bila harus.
Terus menerus.
Menjadi wanita malam.?

Related Posts with Thumbnails